Ujian ketiga peringkat kumpulan, menentang kemboja (cambodia) pada petang ahad ini pukul 5 petang nanti. Jurulatih ong kim swee terlebih dahulu mengingatkan JANGAN TERLALU GHAIRAH, sebaliknya berwaspada. Biarpun Indonesia membelasah 6-0, manakala Thailand selesa membenam 4-0 tetapi Singapura sedikit kealpaan menang tipis 2-1 keatas Kemboja sedikit membimbangkan skuad kebangsaan.
Mampu atau tidak, jawapannya petang ini nanti.
Info perlawanan:
- Lokasi: Indonesia , stadium Bung Karno
- Masa: 5 petang (waktu malaysia)
- Live: RTM1,(SUkan terbaik hanya di RTM) TV3 dan Astro Arena 801
Keputusan terkini :
MALAYSIA U23 [4] VS KEMBOJA U23[1]
Penjaring:
- Izzaq faris ramlan (minit ke 7)
- Baddroll bakhtiar, (minit ke 35, 38 penalti)
- Chheoun (minit ke 60)
- Wan Zaharul Nizam (minit ke 90)
Deme tengah berlatih semalam nih.
Dah mula : Sedang menyanyikan nyanyi lagu negaraku. Pemain malaysia berjersi warna biru.
Separuh masa pertama:
Minit ke 1: Malaysia main agak gugup sikit.Tapi malaysia menguasai permainan.
Minit ke 3 : Wan Zaharul Nizam dijatuhkan tapi tak dapat penalti pun.
Minit ke 4: Nazmi !!! Sepakan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol. Kelihatan datuk hamidin, dan jurulatih malaysia ong kim swee. Agak resah.
Minit ke 6: Izzaq fariz! telepas peluang, 2 kawalan berjaya dilepasi. Tidak menepati sasaran. sedikit lencongan.
Minit ke 7: Izzaq faris Goolll. akhiranya hasil hantaran cross dari Yong kuong Yong. Menggunakan kelebihan fizikal badan yang tinggi. Cantik disitu.
Minit ke 13: Pemain malaysia dikasari. dua orang sekali. Adui. Come on malaysia cari gol lagi daa.
Minit ke 14: Nazmi pemain paling mua 17 tahun. Hari isnin patutnya di spm dah nih. Demi negara, mungkin dia akan delay dia punya examnya lah kot. Bola banyak ditengah. Erm apa nak dibuat nih. Cerita pasal exam spm pulak aku nih.
Minit ke 18: Izzaq faris hampir, tetapi hantaran kurang kemas. No14 out no 19 IN (pemain kemboja).
Minit ke 20:Pemain kemboja mengalami kecederaan. Pemain no 17. Adui bising bunyi hon2 nih. Khairul fahmi belum diuji. Bola banyak di tengah.
Minti ke 21: Irfan fazail mencuba membuat percubaan dari jauh. Ternyata ke laut.
Minit ke 23: Sepakan percuma buat malaysia, agak lemah sepakan dari baddrol. Mungkin jauh sangat kot, mudah bagi keeper kemboja.
Minit ke 25: Mahali dah lepas pertahanan kemboja, tetapi hantaran kurang kemas. Izzaq dah tunggu tadi. Adui. Peluang tadi tuh.
Minit ke 29: Dua kali dah sepakan sudut. Nazmi menerima kad kuning pertama. Adui. Badrol mengalami kecederaan.
Minit ke 30Izzaq faris membaut hantaran cantik kepada Irfan fazail. Peluang terbaik tuh, tetapi bola tuh tepat ke tangan keeper. Sepatutnya shoot bola leret. Tetapi bukan senang nak baut leret.
Minit ke 33: Bola memang banyak mengusai oleh malaysia,tetapi banyak serangan agak tumpul.
Minit ke 34: Serangan dari kemboja. Mudah buat KFC.
Minit ke 35: Gollll satu percubaan dari jarak jauh. Sepakan leret tetapi agak melantun, menyebabkan keeper kemboja tertewas.
Minit ke 38: Malaysia mendapat penalti, hasil dari izzaq faris yang ditampan dalam kotak penalti. Disempurnakan oleh baddrol bakhtiar. Mudah!!! 3-0
Minit ke 45: Ah ha!! 1 minit masa tambahan. Tamat perlawanan.
Separuh masa pertama. Memperlihatkan malaysia menguasai perlawanan. Namun ada sekali sekala kemboja melakukan serangan sekali sekala. Namun, pertahanan malaysia memang dilihat “kebal”. KFC tidak dipaksa bekerja keras dalam menjaga pintu gawang gol.
3 jaringan awal dari malaysia melegakan buat penyokong dan juga jurulatih ong kim swee dalam memastikan misi maara ke separuh akhir jelas. Tetapi harus berwaspada pada separuh masa kedua nanti. Apepun, ONG akan melakukan rombakan untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin dalam mengukuhkan kedudukan.
Statistik separuh masa kedua:
Separuh masa kedua:
Minit ke 45: Pertukaran pemain kemboja.
Minit ke 47: Muslim membuat sepakan. Terlalu lemah. Terus cepat-cepat dia lari ke bawah.
Minit ke 49 : Bahaya!!! Pemain kemboja membuat serangan. Nasib baik KFC cepat kedepan. Dan sepakan captaian kemboja kelaut atas.
Minit ke 49: Pemain kemboja no 17 jatuh kekotak penalti. Jatuh, tetapi pengadil tidak memberikan penalti.
Minit ke 52: Tendangan sudut buat malaysia. Tak berjaya.
Minit ke 55: Kemboja mula menguasai bahagian tengah. Tetapi hantaran tak berapa kemas.
Minit ke 56: Thamil arasu masuk , Izzaq faris OUT. Terdengar bunyi booo dari penyokong indonesia.
Minit ke 60: malaysia bolos, kemboja membuat counter attack hasil dari gerakkan pantas. Kealpaan yang berlaku. Meletakkan kedudukan 3-1.Chheoun membuat sepakan yang cantik, tertewas KFC.
Minit ke 77: Pemain malaysia jatuh dikotak penalti. Tapi tak dapat pun penalti. Kad kuning dapat. Kwang2.
Minit ke 78: Come on malaysia, cari gol lagi da!!! Penguasaan bola nampak dikuasai oleh kemboja sekarang ini. Bahaya!!
Minit ke 80: Muslim cemerlang menjag pertahanan. Ops kenapa tuh?? Owh asakan dari pemain kemboja terkena kepala dan perut muslim ahmad.
Minit ke 84: Peluang, buat malaysia. Tetapi padang pun macam haram. Tak kena bengkes, tiba-tiba jatuh.
Minit ke 85: Muka ONS macam risau pun ada jer pun. Mahu cari gol. Fakri!!!! adui sikit lagi. tinggal tanduk sikit jer lagi. Tapi bola tuh agak jauh sebenarnya.
Minit ke 88: Fandi Othman, pemain no 17, melencong jauh jugak la dari sasaran.
Minit ke 89: Satu gerakan dari malaysia sekali lagi, tahamil arasu mensia-siakan peluang. Sepatutnya bagi memberi kepada member sebelah kiri.
Minit ke 90: Wan zhaarul menjaringkan gol untuk malaysia 4-1. Sepakan lencong, keeper duk senyap tengokkan bola tuh??? 4 minit masa tambahan.
Minit ke 94: Tamat perlawanan dengan sepakan percuma dari malaysia.
Nantikan keputusan terkini dibawakan oleh zikrihusaini.com. Segala info dan gambar-gambar penjaring akan diupdate seberapa pantas yang mungkin. Sekian terima kasih.
cr poster to bolasepak malaysia
Iqbal says
Tak sabar dah nak tengok ni… π
MDHAFiZ.NET says
InsyaAllah Msia boleh menang…tanah tumpah darahku….. π
nanti boleh la jumpa Indonesia….
hati2 dgn tibo…okto..dan diego…
anak papua dh pandai main bola dah….
Ruben Wuarbanaran tak dpt main atas masalah naturalisasi…kalau tak dapat lah lihat kelibat pemain indonesia kelahiran belanda itu beraksi….
jadi peluang utk menang masih terbuka luas…. π
akubiomed says
Tanniah skuad Harimau Malaysia kerana berjaya menjaring gol dengan jumlah besar. π
tehr says
lega
akhirnya kita menang
sekarang tunggu lawan indonesia je
nuriz says
malaysia 4 tahniah malaysia, raya gol tu.
ohcikgu says
gol terakhir tu memang cantik.
amuk says
Menang memang menang… tapi !!!!!
Aku tak paham cara skuad kita bermain smalam….. sampai dgn cambodia pun kita tertekan…
Inilah masalahnya pandah rendah pada lawan…. sampai mcm buat latihan pas pas lak…cukup panas hati tengok ..awal2… x mau score byk2….
kalau x kerana lantunan bola n penalti…. for sure…. makan diri….
Nasib baik… cambodia x dpt gol 1st half…. n lepas tu cambodia… x berkampung dlm gol ramai2….
Satu lagi… lepas ni… thamil arasu jgn bagi main..buang terus dari skuad…. dah bagi byk peluang…. tapi sia sia…. (tak layak)
Semua ni… sikap pemain kita… dah terdesak baru… main btul2…
ciksembang says
wah dah boleh jadi pengulas sukan
dnoBiz says
Zik antara pengulas yang terbaik di blog… kalau tak caya boleh tengok ulasan dia sebelum ni memang detail… π
aimannajmy says
huhu agak keciwa sikit half time.. permainan agak slow huhuh
dnoBiz says
Bila fikirkan pertemuan Malaysia dan Indonesia tetiba aku rasa seram .. hehehh
jangan nanti ada pemain kita yang kena keracunan makalan dah la