Juara EURO 2012, Milik siapa???
Pasukan yang manakah akan menjulang piala EURO 2012 untuk edisi kali ini?? Spain yang menjadi penyandang juara EURO 2008, dan juara Piala Dunia 2010 semestinya lebih tertekan kerana perlu mempertahankan kejuaraan dan merupakan ranking nombor 1 dunia (point jauh banyak tue).
Berbanding dengan pasukan italy ranking no12, tetapi semestinya kedua-dua negara ini punyai strategi tersendiri dalam memastikan kejuaraan EURO kali ini lebih bermakna.
Keputusan terkini AKHIR :
ITALY [0] VS [4] SPAIN
SPAIN (SEPANYOL) JUARA EURO 2012
Jaringan:
- David Silva: Minit ke 14.
- Jordi Alba: Minit ke 41
- Fernando Torres: Minit ke 83
- Juan mata: Minit ke 88
Jom kita tengok lineup Italy VS Spain nih.
Italy XI: Buffon(C), Abate, Barzagli, Bonucci, Chiellini, Pirlo, Marchisio, De Rossi, Montolivo, Cassano, Balotelli.
Spain XI : Iker(C) Arbeloa, Piqué, Ramos, Jordi Alba, Busquets, Xavi, Xabi, Silva, Iniesta, Fabregas.
Dah nak mula. Penyokong italy nampaknya tampak lebih sedikit berbanding penyokong spain yang lebih membanjiri stadium disana.
Ketika sedang menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing. Penuh semangat buffon.
Minit 1:Sudah bermula. Italy mula mengasak.
Minit 2: Bola banyak dipegang oleh italy buat masa ini.
Minit ke 5: De rossi dipersalahkan, sepakan percuma buat spain. Sepakan kelaut.
Minit ke 6: Bahaya!!! Hantaran yang baik dari sebelah kiri sergio ramous ke xavi. Lambat sedikit. Sepakan sudut buat spain.
Minit ke 7: Spain mula mengasak bertubi-tubi. Namun, pertahanan italy tampak kebal. Cuma clearance yang tak berapa nak cantik.
Minit ke 10: Bahaya, serangan dari spain. Sergio ramos hand ball. Hurm.
Minit ke 12: Passing yang kemas dari spain.
Minit ke 14: David silva menyempurnakan gol pertama buat spain!!!! Memang cantik. Hasil hantaran dari cassano.
Hantaran memang tepat, pada masanya kena kepala dan David Silva tengah lari dengan laju.
Minit ke 16: Italy mula mengasak. Sepakan sudut buat italy. Sergio ramos clear. Sepakan sudut sekali lagi. Kali ini casillas saves bola dan kedepan. Memang cekap iker casillas.
Minit ke 20: Italy mula tertekan, pemain ada sorang injured. Tukar pemain.
Minit ke 25: Gerrard Pique dipersalahkan. kad kuning pertama.
Minit ke 26: Cross yang cantik dari pemain italy, tetapi sayang lambat sedikit buat Mario. Dan iker casillas cepat keluar kedepan.
Minit ke 28: Italy mula mendapat rentak untuk menyerang. Beberapa percubaan digagalkan oleh Casillas yang cekap. Fuh!!!
Minit ke 39: Spain mengatur langkah, percubaan yang menarik.
Minit ke 41: Satu hantarn yang tepat pada masanya. Jordi Alba terus menyempurnakan gol denga cantik sekali . warrgghhh 2-0.
Minit ke 44: Tambah 1 minit masa tambahan.
Ulasan separuh masa pertama:
Spain nampak lebih yakin dah penguasan bola yang lebih tepat hantarannya ternyata memberi kelebihan buat pasukan ini membuat percubaan yang lebih menyakinkan. Ini terbukti pada minit ke 14 david silva menyudahkan dengan tandukkan. hasil hantaran dari Cassano. Spain juga menguasai dibahagian tengah. Hantarn yang tepat pada masanya (dari perangkap offside) memberi kelebihan buat Jordi alba mendapat hantaran dari siapa kurang pasti. Tapi dia memang bijak cari ruang kosong.
Ternyata strategi yang digunakan oleh Italy membuat strategi open membawa padah. Selain, mario balotelli yang diikat (dikawal ketat). MAmpukah italy bangkit??? Susah nak aku bagitahu. Tetapi bola itu bulat.
Separuh masa kedua:
Minit ke 45: Dah mula!!!
Minit ke 47: Diayam-ayankan jer keeper italy. Nasib baik, kalau tak memang lauk.
Minit ke 50: Casillas menyelematkan pintu gawang sekali lagi. Memang cekap dia.
Minit ke 54: Italy cuba membuat sesuatu, tetapi buntu.
Minit ke 57-58: Italy mendapat sepakan percuma. Tetapi dinafikan oleh Casillas. David Sila OUT, Pedro Rodriguez IN.
Minit ke 64: Spain bermain secara aggressive. Pemain italy ada seorang injured. Coach kata takda pertukaran pemain dah. Pandai-pandailah.
Minit ke 68: Pedro hampir menjaringkan gol untuk spain. Satu taktikal yang cantik. Cuma pertahanan italy pantas membuat clearance. Kalau tak, nahasla. Italy diasak dengan kerap.
Minit ke 71: Serius aku dah makin mengantuk nih.
Minit ke 73: Spain hampir pesta gol lagi. Italy berkampung di bahagian pertahanan. Kemonla italy.
Minit ke 74: Fabregas OUT, IN Fernando Torres.
Minit ke 78: Pertahanan italy rapuh!!! Nasib baik Offside, kalau tak , tak tahu aku nak cakap wei.
Minit ke 83: Kesilapan passing. Memberikan peluang kepada spain. Dn passing kepada Torres , memang habisla. 3-0 Bro…… Huyyyyyyy
Minit ke 86: Pertukaran pemain, Inniesta OUT, Juan Mata IN.
Minit ke 88: Juan mata menjaringkan gol keeepat hasil hantaran yang pantas dari torres. Fuhhhh 4-0 beb!!!
Minit ke 90: 3 minit masa tambahan. Tamat perlawanan. Spain juara EURO 2012!!!
Tahniah weiiii buat Spain. Viva Espanyol…
Nantikan ulasannya pukul 2:45 pagi nanti. Refresh setiap 5 minit yer.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Oh! budu says
aku bajet spain menang. 2-0.. hahaaha
titan says
ok. jerman dah kalah dengan italy. jadi, italy kena menang..
anif says
Italy ada peluang jadi champion ni! 😀
Jebeng Otai™ says
sokong bro.. 🙂
eddie says
Spain la…2-1
akubiomed says
Perlu ulang menonton siaran perlawan ulangan. Tertidur tahu-tahu sudah 2 gol disumbat dan apabila terjaga pasukan Itali sudah naik untuk terima hadiah tempat ke 2. 🙂
yas says
Yezzz….yg penting SPAIN menang..hehehe