Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / Keputusan penuh rasmi PRK P.091 Rompin 5.5.2015

Keputusan penuh rasmi PRK P.091 Rompin 5.5.2015

Zik · May 6, 2015 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

Minta maaf , agak lambat. KEPUTUSAN RASMI : Piliharaya Kecil P091 Rompin bertarikh 5.5.2015 adalah seperti berikut. Hehe, sudah dijangka pun yang akan menang sudah tentulah:-

PAS – 14,901 Undi
BN – 23,796 Undi ( Menang )

Majoriti – 8,895 (Majoriti PRU 13 – 15,114)

Hasil dari keputusan undian terdapat 41 peratus  merosot undi majoriti sebelumnya atau 6,219 majoriti undi BN. Hasil dari pemerhatian, mungkin orang masih marah mengenai perlaksanaan GST. Tetapi ia tetap tidak merubah undian majoriti kepada barisan kepimpinan yang ada sekarang ini. Ia ada banyak faktor, itu tidak perlu disebut. Karang aku yang pulak dakwa. Bn masih dianggap satu kerajaan yang stabil. Namun, disebalik itu kita tak tahu betapa tekanannya kerajaan sekarang ini dalam mencari pendapatan negara selain nak kena tanggung hutang yang berjuta-juta billion tuh.

BN kekal kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8,895 undi

Calon BN, Datuk Hasan Arifin (gambar) memperolehi 23,796 undi manakala calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad memperoleh 14,901 undi.

ROMPIN: Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini. Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi.

Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli pada Selasa sekitar jam 10.25 malam.

Sebanyak 38 pusat mengundi telah dibuka bagi proses pembuangan undi di mana jumlah keseluruhan peti undi termasuk undi pos ialah 120 dan jumlah undi ditolak ialah 591.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu. Menurut SPR, sebanyak 73 peratus pengundi daripada 53,294 pengundi di kawasan itu telah keluar mengundi.

Rekod yang lepas:

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Allahyarham Jamaluddin yang memperoleh 30,040 undi menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 14,926 undi.

Credit to astroawani.com

 

 

Share this on WhatsApp

Politik BN menang majoriti rendah kempen piliharanya rompin p091 5.5.2015, bn menang majoriti rendah vs pas prk rompin 2015, keputusan penuh undian prk P.091 rompin 2015, keputusan undian prk rompin, keputusan undian prk rompin p091

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. titan says

    May 7, 2015 at 12:18 am

    tahniah pada yang menang.

    kepada yang kalah, boleh cuba lagi pada season yang akan datang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.