Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / Keputusan prk port dickson p132, 13 oktober 2018

Keputusan prk port dickson p132, 13 oktober 2018

Zik · Oct 13, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

prk port dickson,

Keputusan penuh pilihanraya kecil parlimen port dickson hari ini 13 oktober 2018.

Kala tengok undi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah boleh dikatakan menang majoriti yang agak besar juga tuh.

PRK kali ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Calon Bebas lain adalah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong; pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah, Lau Seck Yan.

Jika dilihat kepada momentum kempen, Anwar paling menonjol dengan menggerakkan jentera berkempen hingga ke minit terakhir, berbanding enam calon lain.

Malam tadi saja, empat program ceramah diatur untuk Anwar bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam yang turut mendapat sokongan pemimpin utama PH.

 Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh majoriti 21,932 undi melebihi jumlah yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa calon Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 28,904 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, mendapat 6,972 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 3,910 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 87 undi.

Calon Bebas lain, Stevie Chan mendapat 304 undi, Lau Seck Yan (192), Kan Chee Yuen (172).

Setakat jam 7.50 malam, keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di Bilik Gerakan Utama PH menunjukkan sebanyak 40,541 undi sudah dikira.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi mencatatkan sebanyak 54 peratus setakat jam 4 petang tadi.

Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan peratusan keluar mengundi PRK Port Dickson, tertinggi berbanding tiga PRK Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia selepas PRU-14.

Dengan Anwar sudah mendapat lebih separuh daripada undi yang ada, mustahil pihak lawannya akan dapat menyaingi undi yang diperolehinya.

KEPUTUSAN UNDIAN LATEST:

  1. DS ANWAR IBRAHIM 30724 UNDI
  2. PAS 7347
  3. TAN SRI ISA SAMAD 4171 UNDI
  4. SAIFUL 112 UNDI
  5. STEVIE 329 UNDI
  6. KAN 180 UNDI
  7. LAU 238 UNDI

Share this on WhatsApp

Politik datuk seri anwar menang pilihanraya prk port dickson 13.10.2018, keputusan prk port dickson 13.10.2018, keputusan prk port dickson p132 13.10.2018, keputusan prk port dickson p132 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.