Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Politik / Keputusan pilihanraya Sandakan (PRK) 186 11 mei 2019

Keputusan pilihanraya Sandakan (PRK) 186 11 mei 2019

Zik · May 11, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

P186 SANDAKAN

Pengundian PRK Sandakan berakhir tepat jam petang tadi sejak dibuka pada 7.30 pagi ini.

Kesemua 19 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan ditutup tepat pukul 5 petang ini sejak ia dibuka pada 7.30 pagi tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan pengundi keluar mengundi di kesemua 19 pusat pengundian setakat pukul 4 petang ialah 51 peratus.

KEPUTUSAN tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

LANGSUNG

Wong atasi pencapaian mendiang bapa

9.25pm: Kemenangan Vivian Wong dengan undi dan majoriti yang lebih besar mengatasi pencapaian mendiang bapanya pada PRU14.

Pada PRU14, Stephen mendapat 67.97 peratus undi dengan majoriti kemenangan 10,098 undi.

Sementara itu, Vivian mendapat 74.18 peratus undi, dengan majoriti kemenangan 11,531 undi berbanding pesaing terdekatnya calon PBS, Linda Tsen.

Ini walaupun, Stephen meraih undi yang lebih besar sebanyak 19,094 undi berbanding anaknya Vivian yang memperoleh 16,012 undi. Hal ini sudah dijangkakan memandangkan kebiasaannya peratusan keluar mengundi rendah ketika PRK.

 

8 malam: Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee (DAP) terus mendahului dengan 16,012 undi.

Calon PBS, Datuk Linda Tsen Thau Lin pula memperoleh 4,491 undi manakala tiga calon Bebas, Chia Siew Yung (178 undi), Hamzah Abdullah (788 undi) dan Sulaiman Abdul Samat (126 undi).

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA P148 SANDAKAN 

Keputusan tak rasmi, Shir Yee menang

SANDAKAN: Calon DAP, Vivian Wong Shir Yee memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sandakan berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menerusi keputusan diperoleh di 83 daripada 93 peti undi yang selesai dikira, Shir Yee memperoleh 14,175 undi, manakala calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin, mendapat 4,163 undi.

Tiga calon Bebas iaitu Hamzah Abdullah memperoleh 709 undi, manakala Sulaiman Abdul Samat dan Chia Siew Yung masing-masing mendapat 121 undi dan 152 undi.

Berdasarkan statistik peratusan keluar mengundi SPR setakat jam 4 petang tadi, peratusan pengundi keluar mengundi adalah 51 peratus.

Keputusan tidak rasmi itu bermakna Shir Yee mempertahankan kerusi yang disandang bapanya, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, sejak dua penggal lalu.

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tiong Hua, di sini manakala keputusan rasmi bagi PRK Sandakan dijangka  diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam ini.

Share this on WhatsApp

Politik keputusan pilihanraya kecil p186 sandakan 11.5.2019, keputusan prk sandakan 2019, keputusan prk sandakan p186 11 mei 2019, prk 186 keputusan di sandakan, prk sandakan 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.