Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Keputusan permohonan Gerak Khas Prihatin (GKP), tarikh dapat bantuan

Keputusan permohonan Gerak Khas Prihatin (GKP), tarikh dapat bantuan

Zik · Jun 4, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

gerak khas prihatin

Gerak Khas Prihatin adalah bantuan dari pihak kerajaan yang mahu membantu kepada penjaja-penjaja kecil yang  terkesan dengan pendapatan bulanan terjejas teruk kerana wabak covi19 yang melanda dinegara kita. Benar, kerana tidak ada orang dapat keluar dari rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian dengan senang. Terpaksa melalui pembelian online dan sebagainya.

PUTRAJAYA, 2 JUN: Semakan kelulusan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat mulai esok (3 Jun) melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my , kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Masukkan no IC anda. Kalau anda ada mohon, adalah keputusannya nanti. Lulus atau tidak. Tak lulus, dia akan bagitahu sebabnya. Mungkin takda ssm ke atau, pekerja melebihi 4 orang. Tak declare LHDN dan sebagainya. Memang ramai yang tak dapat sebab tak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini. So jangan marahlah pulak. huhu.

LHDN berkata pihaknya menerima sebanyak 642,976 permohonan dalam tempoh permohonan GKP dibuka mulai 1 Mei sehingga 15 Mei, dan sebanyak 488,857 atau 76 peratus permohonan telah diluluskan.

“Bakinya sebanyak 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi dan 72,859 (11.3 peratus) permohonan lagi telah ditolak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut LHDN, pemohon GKP yang diluluskan dijangka menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Jun.

Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, LHDN berkata keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun.

LHDN berkata kerajaan bersetuju untuk memberikan peluang kepada pemohon yang gagal dalam permohonan GKP untuk membuat permohonan rayuan mulai 3 Jun hingga 15 Jun melalui portal rasmi GKP bagi memastikan semua pihak yang layak menerima GKP tidak tercicir.

“Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun,” katanya.

-BERNAMA

keputusan bayaran gerak khas prihatin

Share this on WhatsApp

Pengumuman 29 jun 2020 terima gerak khas prihatin, Keputusan permohonan Gerak Khas Prihatin Rakyat (GKPR), semakan gerak khas prihatin rakyat, tarikh dapat bantuan, tarikh dapat bantuan gerak khas prihatin rakyat 2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.