Keputusan perlawanan suku akhir kedua dalam kempen piala fa edisi 2015. Pasukan terengganu dan kelantan mendominasi permainan malam ini. Geng sek pantai timur nampaknya semakin hebat lorr nih.
Jom kita tengok keputusan penuh perlawanan.
Perak (0) vs (2) Terengganu
Jaringan :
Paulo rangel 22″
Issey Nakajima 55″
Aggregate :
Perak (1) vs (3) Terengganu
Terengganu sudah mengesahkan mara ke separuh akhir dan bakal bertemu dengan pasukan dari seberang tambak (the lions xii) rasanya sebab dia dah leading 2-0 keatas jdt ll. Esok kita akan tahulah macam mana keputusannya.
Kelantan (3) vs (0) Sime Darby
Penjaring :
Badri radzi 41″ (penalty)
Iwuji Augustine 58″
Erwin Carillo 74″
Kelantan mara ke separuh akhir menewaskan sime darby di gelanggang keramat kota bharu, kelantan. Bakal bertemu dengan pasukan pahang. Fuhhh memang tough perlawanan separuh akhir nanti. Pahang juara bertahan akan bertemu dengan kelantan, pastinya sengit nanti.
Ulasan perlawanan.
Separuh masa pertama dilihat kelantan menguasai permainan, cuma dari segi finishing tak berapa nak menjadi. Sime darby ada juga sekali dua membuat serangann, tapi penyudahnya sangat lemah. Kelantan didepan apabila piya dijatuhkan dalam petak penalti. Dengan mudah piya menyempurnakan sepakan penalti itu. Kelantan di depan dengan aggregate 2-1.
Separuh masa kedua, permainan lebih rancak dan ganas. Banyak kad kuning dilayangkan. Namun lebih penting dua gol dari kelantan merancakkan permainan malam tadi. Gol kedua dari pemain import iwuji dengan sepakan kencang ke sebelah kiri gawang sime darby. Apabila wan zack haikal dimasukkan, idea serangan pun makin banyak. Kelantan terus mencari gol selesa erwin pemain import baru meledak gol hasil dari hantaran yang baik kepada beliau dan menyudahkannya dengan baik sekali.
Dah minit-minit terakhir fakri baru nak dimasukkan, dan sapa entah aku pun tak berapa nak kenal. Asakan semakin banyak, tetapi agak lewat dan mensia-siakan peluang yang terhidang depan gol tuh.
Esok jangan lupa pulak :
JDT ll vs LIONS XII
PAHANG VS PENANG FA
Adakah akan ada kejutan dari pasukan yang ketinggalan gol ini?? Kita saksikannya esok ok!!
Sekian dari meja sukan zikri husaini melaporkan untuk anda semua.
titan says
tahniah buat kelantan.
akhirnya menang 3-0 dan layak ke separuh akhir.
Zik says
Kelantan dibawah azraai khor sudah nampak ada keserasian diantara pemain.. keep it up the good work
Sobri Mansor says
Seladang apah pun tak boleh.
Zik says
Cuba lagi seladang…
cukupmakan says
Taniah kelantan, trubat jugaluka kekalahan dengan JDT tempoh hari .kikiki
Zik says
Oklah .. dapat juga ke separuh akhir.. jdt first round dah out.huhu
si bongkok says
Ulasan saya utk 4 pasukan yang mara ke top 4 piala F.A
1 – Pahang selaku juara bertahan nampak masih konsisten dengan prestasi mereka dalam piala F.A ini. Peluang utk ke final masih terbuka dengan syarat konsistensi mereka terus kekal sahaja.
2 – Kelantan berjaya keluar dari zon siri kekalahan mereka. Dengan merekrut 2 pemain import baru nampak tuah bersama mereka dengan azraai khor…ditambah lagi dengan baju kaler pink itu turut memberikan impak kepada azraai khorr… 😀
3 – Skuad ganu juga berjaya mara ke separuh akhir 2015 piala F.A ini. Antara pencapaian terbaik mereka setelah 2-3 musim terumbang ambing sebelum ini. Mungkin kelibat cikgu rahman bersama penggempur mereka paulo rangel byk membantu pasukan.
4 – Lions saya tak byk info dapat utk tahun ini. Namun dari result liga nampak skuad fandi ahmad terumbang ambing. Cuma bila lawan dengan mereka di gelanggang keramat – padang rumput tiruan banyak memihak kepada mereka.
Predit FINAL :
Pahang VS Terengganu
* Ulasan dari meja buruk kafe warung si bongkok bukan pakar taktikal mcm hafizal hamad & hasnizam uzir … 😀
Zik says
Terbaikkkk broooo… seberang tambak nampaknya memberikan saingan yang hebat tanpa pemain import..
Hero Borneo says
terbaiklah bro..ulasan yang cukup bagus
suri says
tengok juga tapi tak tahu nak berikan kupasan macam mana adoi..apa layan jugalah sesekali .ahai..