Keputusan perlawanan yang berlangsung semalam. Gua frust dengan team jdt nih. Apa kehenya nih. Harap dapat bangkit lah di stadium larkin nanti. Nampak macam misi mustahil pulak. Huhu. Jom kita tengok keputusan 4 perlawanan yang berlangsung semalam.
KEDAH 6-1 PKNP
PAHANG 3-1 JDT
TERENGGANU 1-1 SARAWAK
SABAH 0-1 NEGERI SEMBILAN
Kedah sudah selesa rasanya. Dah boleh berjimba, fokus dengan semi final lepas nih mungkin jumpa dengan terenganu atau sarawak. Manakala pahang pun sudah boleh dikatakan mampu untuk mara ke semi final. Tapi kita tunggu persembahan jdt di bumi larkin nanti. adakah akan ada kebangkitan dari pasukan jdt? Susah nampaknya, jdt musim ini masih belum menjadi lagi. Terengganu masih 50-50 dengan Sarawak hanya mampu mencatatkan seri dalam perlawanan malam tadi berakhir dengan 1-1. Sabah vs Negeri sembilan, nampaknya sabah gagal memanfaatkan di gelanggang sendiri. Tewas tipis kepada negeri sembilan 0-1.
Boleh dikatakan pasukan kedah, pahang, negeri sembilan atau sarawak mungkin akan melangkah ke semi final ?? Itu ramalan sahaja. Dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku. nantikanya perlawanan seterusnya pada 21.4.2017, ada masa lagi untuk recover dan perbaiki kelemahan pasukan masing-masing .
alamak ..Sarawak seri la pulak..
bukan rezeki kot dalam perlawanan tersebut