Keputusan penuh perlawanan piala malaysia yang berlangsung petang dan malam tadi. 8 perlawanan yang berlangsung, 1 game sahaja yang ada live streaming dari media prima iaitu tv9, perlawanan diantara pasukan Felda united vs Perak. Jom kita tengok keputusan perlawanan yang berlangsung 18 julai 2017.
- PKNP 2-0 NEGERI SEMBILAN (Penjaring G FORTUNATO 83 Penalty, 93 PKNP )
- SARAWAK 0-0 TERENGGANU
- FELDA UNITED 1-1 PERAK (Penjaring Shahrul Saad 66’PRK , Zaf Rahan Krangar 67″ FU)
- KELANTAN 3-1 KEDAH (Morgaro Gomis 55, A Bakr 65″ 93 KLTN, Liridon 84(penalty) KDH).
- MELAKA UNITED 2-1 UITM (Felipe 22, 64 MU, Akanni-Sunday Wasiu 45″ UITM)
- PKNS 0-0 KUALA LUMPUR
- SELANGOR 3-2 JDT (Ahmad Fairuz 33″ , Amri Yahya 35″ 91 Penalty), Hazwan Bakri 56, Lok Darren 69″)
- T-TEAM 1-1 PAHANG (Sumareh 1′ PHG, Hassan Nor 6′)
Keputusan penuh , memperlihatkan prestasi setiap pasukan untuk setiap kumpulan tak semua dapat full mark untuk pusingan yang pertama. Untuk itu, bagi perlawanan pusingan kedua untuk timbal balik masih ada peluang untuk semua pasukan, walaupun dapat kosong mata dengan syarat menang kesemua perlawanan tuh. Misi mustahil tuh.
Selangor beroleh kemenangan menewaskan jdt akhirnya untuk musim kali iini. Melaka united bangkit untuk memberikan saingan dalam piala malaysia. Kumpulan C dilihat sengit. Kelantan pun mula bangkit menewaskan pasukan kedah 3-1 beb. Pahang masih lagi mencari rentak kemenangan setelah tiga perlawanan semua berakhir dengan seri jer. Apa jadi nih pahang??
Tapi dari kedudukan terkini setiap kumpulan , kita dah boleh tengok mana pasukan yang mungkin ada peluang untuk mara ke suku akhir nanti. Masih lagi open, tapi kita tengoklah mana pasukan yang sudah dapat awal untuk layak ke suku akhir.
Untuk kumpulan A, PKNP dah semakin hampir tuh. Pahang 3 mata, semua game dia seri. Belum confirm lagi, t-team dan negeri sembilan masih ada harapan untuk baiki kedudukan. Kita tengok jerla.
Kumpulan B. Mungkin perak dah boleh tarik nafas lega, tapi felda united bila-bila masa akan potong kedudukan kalau perak kalah. Kuala Lumpur masih ada peluang, tapi agak tipis dengan juga pkns .
Kumpulan C. Kita tengok persembahan yoyo dari setiap tiga pasukan yang berentap nih cukup hebat. KEDAH, MELAKA UNITED DAN Kelantan bersaing dengan hebat. 6 mata setiap pasukan. Masih lagi 50-50. Uitm pulak yang jadi mangsa belasahan. Mungkin kedah dan kelantan ada peluang. Melaka united belum pasti. Boleh tahan melaka sejak akhir-akhir nih.
Kumpulan D, selangor bangkit menjadi lead kumpulan D menewaskan seteru utama dalam piala malaysia dan liga super. Menewaskana 3-2 satu keputusan yang menarik disaksikan. Dalam kumpulan ini, Saingan lebih kepada JDT , Selangor dan Terengganu. Tapi mungkin yang layak barangkali selangor dan JDT. Apepun masih awal lagi.
Manakala kedudukan terkini selepas tiga perlawanan untuk pusingan yang pertama adalah seperti berikut .
KUMPULAN A:
- PKNP 7 MATA
- PAHANG 3 MATA
- T-TEAM 2 MATA
- NEGERI SEMBILAN 2 MATA
KUMPULAN B:
- PERAK 7 MATA
- FELDA UNITED 5 MATA
- KUALA LUMPUR 2 MATA
- PKNS 1 MATA
KUMPULAN C :
- KEDAH 6 MATA
- MELAKA UNITED 6 MATA
- KELANTAN 6 MATA
- UITM 0 MATA
KUMPULAN D :
- SELANGOR 7 MATA
- JDT 4 MATA
- TERENGGANU 3 MATA
- SARAWAK 1 MATA
Leave a Reply