Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan penuh piala dunia 17 dan 18jun 2018(brazil vs switzerland, germany vs mexico)

Keputusan penuh piala dunia 17 dan 18jun 2018(brazil vs switzerland, germany vs mexico)

Zik · Jun 18, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala dunia, world cup 2018, logo piala dunia 2015,

Ada beberapa pelawanan tumpuan malam semalam. Germany vs Mexico dan Brazil vs Switzerland.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWNAAN :

GERMANY 0-1 MEXICO

  • Hirving Lozano m 35″

COSTA RICA 0-1 SERBIA

  • Aleksandar Kolarov m 56″

BRAZIL 1-1 SWITZERLAND

Senarai penjaring :

  • Brazil 1 (Coutinho m-20)
  • Switzerland 1 (Steven Zuber m-50)

Kuasa besar bola sepak, tumbang. Brazil diambang kejatuhan. Itujerla yang mampu aku katakan. Sekiranya mahu menjadi sang juara. Nafsu mencari gol sebagai pasukan yang mampu untuk terus bersaing dalam piala dunia harus ada. Penyandang juara 4 kali, germany aksi yang agak longlai setelah ketinggalan 0-1 dengan mexico memanglah nampak struggle cari gol tapi semuanya gagal. Kita tak nampak lagi gaya sang juara lagi untuk kali ini. Mungkin diantara spain dan portugal nampak sengit juga. Argentina pun lesu jugak… hurmmm 

KEDUDUKAN KUMPULAN E :

  1. SERBIA 3 MATA
  2. BRAZIL 1 MATA
  3. SWITZERLAND 0 MATA
  4. COSTA RICA 0 MATA

KEDUDUKAN KUMPULAN F :

  1. MEXICO 3 MATA
  2. SOUTH KOREA 0 MATA
  3. SWEDEN 0 MATA
  4. GERMANY 0 MATA

Mexico melakar kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Jerman 1-0 dalam aksi sulung Kumpulan F kempen Piala Dunia, malam tadi.

Pemain sayap PSV Eindhoven, Hirving Lozano muncul wira Mexico apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-35 sekali gus mengejutkan Jerman yang dalam misi untuk menjadi pasukan pertama selepas Brazil pada 1962 yang berjaya mempertahankan gelaran juara Piala Dunia.

 Anak buah Joachim Loew hampir menyamakan kedudukan dua minit kemudian namun sepakan percuma yang dilakukan Toni Kroos sekadar menggegar palang gol Mexico.

Aksi babak kedua menyaksikan dominasi sepenuhnya oleh Jerman yang melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Mexico tetapi gagal menemui penyudah bagi menjaringkan gol penyamaan.

Ini adalah kemenangan kedua Mexico ke atas Jerman dalam 12 perlawanan

MOSCOW: Jurulatih Jerman, Joachim Loew mengakui juara bertahan Piala Dunia itu terpaksa membayar persembahan buruk pada babak pertama dengan kekalahan 0-1 kepada Mexico, awal pagi tadi.

Hirving Lozano menjaringkan satu-satunya gol selepas 35 minit di Moscow apabila Jerman tewas perlawanan pembukaan di Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun.

“Dalam babak pertama kami bermain sangat teruk,” kata Loew. “Kami tidak dapat bermain seperti biasa, serangan kami dan hantaran tidak menjadi.”

“Pada babak kedua, kami lebih memberi tekanan tetapi Mexico kembali bangkit,” katanya.
“Kami mempunyai beberapa percubaan di gawang tetapi seperti terkena sumpahan, bola kami tidak masuk dan kadang kala kami tidak dapat mencari penamat.

“Esok kami perlu terus pandang ke hadapan dan melupakan perkara ini.”

Jerman tidak pernah gagal untuk melepasi pusingan kumpulan pada Piala Dunia tetapi pasukan Loew mestilah bangkit semula untuk bersedia dalam perlawanan akan datang bertemu Sweden pada 23 Jun ini di Sochi.

“Ia mengecewakan apabila tewas dalam perlawanan pertama. Ia adalah situasi di mana kami tidak biasa langsung. Dalam banyak kejohanan terdahulu kami selalu menang perlawanan pertama tetapi kami perlu menerimanya,” kata Loew.

“Selalu akan ada halangan untuk diatasi dan kami perlukan cari penyelesaian dan melakukan lebih baik pada perlawanan akan datang.”

BRAZIL :

ROSTOV-ON-DON, Russia: Jaringan pemain tengah Switzerland, Steven Zuber menerusi tandukan pada babak kedua berjaya memadam gol pendahuluan dijaringkan Philippe Coutinho bagi mengikat juara dunia lima kali, Brazil 1-1 dalam aksi sulung Kumpulan E Piala Dunia, sebentar tadi.

Pemain tengah Barcelona, Coutinho berjaya meletakkan Brazil di depan apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan lencong menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-20.

PEMAIN Brazil hanya mampu melihat bola menerjah jaring untuk gol penyamaan Switzerland hasil tandukan Steven Zuber (kiri). – Foto AFP

Bagaimanapun, Switzerland yang dilihat kurang menyerlah di jentera serangan pada babak pertama kembali bangkit dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Zuber berpunca daripada sepakan penjuru pada minit ke-50.

Coutinho mempunyai peluang terhidang bagi meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu tetapi percubaannya tersasar sebaik babak kedua bersambung.

Keputusan seri itu menyaksikan Serbia kini memimpin carta Kumpulan E selepas berjaya meraih tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica dalam perlawanan yang berlangsung sebelum itu. – Reuters

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan brazil vs switzerland 17.6.2018, keputusan brazil vs switzerland 18.6.2018, keputusan penuh piala dunia brazil vs switzerland 2018, keputusan piala dunia german vs mexico 17.6.2018

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.