Keputusan penuh perlawanan liga super yang berlangsung pada hari ahad, iaitu kuala lumpur vs pahang dan PKNP vs Perak untuk perlawanan yang ke 6. Kita ada keputusan yang mengejutkan untuk pasukan pahang, tak berapa nak mengejutkan pun.
Keputusan penuh perlawanan liga super 15 april 2018.
PKNP 1-2 PERAK
Senarai penjaring.
- Wander Luiz 19″
- Nasir Baharuddin 24″
- Muhammad Shahrel Fikri bin Md Fauzi 80′
Perak tiada masalah untuk mendapatkan tiga malam tadi seteleh menewaskan pasukan adik , hehe. Itulah tapi kalau ikutkan memang ada banyak peluang dari game , cuma disia-siakan jer. Kita harap pasukan perak lebih berhati-hati untuk game akan datang. Apepun tiga mata penting tuh. Perak terus melonjak ke tangga 4 setelah menewaskan pknp. Lepas nih perak akan bertemu dengan pasukan kuala lumpur.
KUALA LUMPUR 2-2 PAHANG.
Senarai penjaring :
- Guilherme 10″
- Sumareh 13″
- Indra Putra Muhyiddin 39″
- Kogileswara Raj 60″
Nyaris-nyaris nak tewas skuad tok gajah. Namun pasukan pahang bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 60. Cantik gol dia tuh, gelecek tewaskan 4 defend terus shoot serong ke sebelah kanan, memang tepat masuk ke dalam gawang kuala lumpur oleh Kogileswaran Raj.
Perlawanan kuala lumpur vs pahang terpaksa lewat sejam sebab keadaan padang dan cuaca yang hujan. So dalam tuh jugakla, pengulas terpaksa pot-pet sembanglah apa yang patut cukupkan sejam untuk kasi keadaan padang dan tunggu cuaca agak elok barulah game boleh on dalam jam 9:30 malam baru start.
Game kl vs pahang agak rancak sebenarnya, seawal minit ke 10 guilherme menjaringkan gol pertama buat kl, hasil dari hantaran jauh tepat kepada wak doyok terus menampan tanduk masuk ke gawang. Tiga minit selang , pahang buat kl tergamam apabila skuad tok gajah pantas mencari gol penyamaan oleh Sumareh yang tidak dikawal sebelah kiri apabila keeper kl terlepas bola muntah, terus sumareh menanduk masuk ke gawang kl.
Indra putra membuatkan semangat pasukan kl membara apabila menjaringkan gol kedua kl . kl 2-1 sehingga separuh masa pertama tamat. Separuh masa kedua, pahang lebih tersusun mencari gol penyaman oleh Kogi.
Masing-masing mencari gol kemenangan tetapi gagal untuk dapatkan gol sampai habis masa tambahan 4 minit. Hampir-hampirlah tapi tak berjaya. So 1 mata dapat dikutip kedua-dua pasukan. KL naik di tangga ke 8. Manakala pasukan pahang naik terus ke tangga ke 2. Kalau dapat tiga mata jurang mata dengan jdt cuma 2 mata jer. Tapi bila dah seri nih jurang mata 4 mata. Selepas ini pahang akan bertemu dengan pasukan melaka united pada 28 April 2018.
Kedudukan terkini liga super setakat ini 15.4.2018 .
JDT tangga pertama, 15 mata dibelakang no 2 ialah pahang sama dengan terengganu yang membezakan ialah jumlah bolos. Jaringan sama dengan terengganu. Perak tangga ke 4.
Leave a Reply