Keputusan penuh perlawanan liga super yang berlangsung semalam. Kita ada tiga game.
1.6.2018
- KEDAH 0-2 MELAKA UNITED
- SELANGOR 4-0 KELANTAN
Full time Liga Super Malam semalam.
- JDT 2-0 Perak
- Kuala Lumpur 3-0 Terengganu
- PKNP 1-2 Pahang
Pahang enggan mengalah. Tetap mahu terus mencabar pendahulu liga super JDT apabila bangkit menewaskan PKNP 2-1 , ketinggalan pada separuh masa pertama, dan mencari 2 gol . Perbezaan 8 mata memastikan Pahang tidak gentar untuk mencabar jdt yang akan bertemu minggu depan dua kali tuh. 5 .6 hari rabu dan 9 haribulan 6 hari sabtunya pulak.
Kuala Lumpur setelah memperkuatkan jentera serangan yang baru dan juga benteng pertahanan yang baru dilihat lebih kental dan seterusnya berjaya menewaskan pasukan irfan bakti 3-0 di tempat sendiri, stadium cheras malam semalam.
JDT tiada masalah untuk menewaskan pasukan Perak malam semalam dengan mencatat 2-0 di stadium larkin. Morale pasukan perak agak terganggu apabila jdt sudah mendapat gol pertama seawal minit ke 7 apabila mendapat sepakan penalti.
Kedudukan terkini liga super.
Kedudukan terkini liga super JDT ditangga pertama dengan jurang mata 8 dan pahang juga mengejar di tempat kedua dengan 24 mata,perak jatuh satu anak tangga apabila tewas 0-2 di stadium keramat jdt. Kedah masih di tangga ke 4 begitu juga dengan terengganu yang tewas mengejut dengan pasukan kuala Lumpur 0-3.
Negeri sembila dan kelantan macam tak boleh nak diselamatkan kalau prestasi macam ini ditunjukkan kemungkinan besar akan terjerumus ke liga perdana semula. Huhu.
Sekian dari meja sukan.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Leave a Reply