Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Keputusan jdt vs pknp, liga super 6.2.2018 (Sedikit ulasan)

Keputusan jdt vs pknp, liga super 6.2.2018 (Sedikit ulasan)

Zik · Feb 7, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

logo liga super, liga super,

Keputusan penuh :

JDT 3-0 PKNP.

Penjaring:

  1. Diaz 42,
  2. Fadhli  Shas 57″
  3. Natso Insa 92″

Tiga mata berharga di bumi larkin.  Pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 setelah berjaya menundukkan pasukan baru liga, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos sebentar tadi. Sebelum ini PKNP menang ke atas pasukan Negeri sembilan 1-0. Tetapi lain pula ceritanya apabila bertemu dengan harimau selatan.. pastilah gugup bro..

Harimau Selatan Mengaum!! 

Ternyata anak buat Morais kali ini mempamerkan aksi bertenaga dan juga memperlihatkan penguasaan buat pasukan tuan rumah yang seperti kebiasaan melancarkan serangan demi dengan hantaran pendek berkualiti. Luciano Figueroa menguji gawang PKNP FC seawal minit pertama apabila tandukan yang dilakukannya hasil lontaran jauh dari Corbin Ong berjaya ditangkap kemas leh penjaga gol PKNP, Syazani Mat Puat.

Selepas daripada percubaan tersebut, JDT masih mengawal permainan dengan baik berbanding PKNP yang masin lagi mencari rentak permainan. Masih gugup lah senang cerita. Namun, gerakan-gerakan yang dilakukan anak buah Ulises Morais itu gagal diterjemah menjadi jaringan. Hanya tiga percubaan tersasar dicipta sebelum jaringan pendahuluan menjelma pada minit ke-42 oleh Diaz.

JDT leading satu gol. 

Gol yang dijanakan hasil daripada sepakan percuma rendah dari Safiq Rahim yang menghantar bola kepada Natxo Insa itu kemudiannya mengumpan cantik kepada Jorge Pereyra Diaz. Diaz yang tidak dikawal pertahanan PKNP FC, melakukan rembatan sekaligus menewaskan Syazani untuk jaringan pembukaan perlawanan. JDT didepan 1-0 sehingga separuh masa pertama tamat.

diaz,

Separuh masa kedua.

JDT terus mendominasi permainan pada babak kedua dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-58 selepas pemain pertahanan, Fadhli Shas menanduk masuk bola hasil sepakan sudut yang dilakukan Safiq Rahim bagi tuan rumah menjarakkan jurang gol. PKNP seakan hilang arah.

Jaringan tersebut ternyata masih belum cukup buat JDT. Ulises Morais melakukan pertukaran dengan memasukkan Gonzalo Cabrera bagi menggantikan Ahmad Hazwan Bakri seminit selepas jaringan kedua tersebut dihasilkan bagi menambah bisa di bahagian serangan.

Cabrera terlepas peluang untuk menambah jaringan setelah beliau yang menerima umpanan cantik dari Natxo Insa sekadar melakukan rembatan melewati palang gol ketika pemain dari Argentina itu sudah mendapat peluang terbaik di hadapan gol. Sayang betul, apa nak buat dah nasib.

Seorang lagi pemain gantian JDT, Safawi Rasid juga hampir meletakkan nama selaku penjaring selepas rembatan luar kotak penalti yang dilakukannya selepas tiga minit dimasukkan berjaya ditepis keluar Syazani.

Ketika perlawanan hampir ke penghujung,masa tambahan dalam minit ke 92, Natxo Insa berjaya menambah jaringan ketiga pada masa kecederaan untuk kemenangan 3-0 buat JDT. Hasil daril assist Carbin Ong yang bijak mencari ruang yang kosong dan memberikan peluang buat natso, menyepak sebelah kanan, slow jer. tetapi keeper sudah tidak berdaya menangkap bola itu agak jauh, walaupun dapat menampan sikit, tetapi bola itu masuk ke dalam gawang.

natso insa, kiko natso insa,

Tahniah buat pasukan jdt, terus leading liga super buat masa ini. Kita tak tahu game esok kalau team lain ada menang besar, mungkin akan potong jdt, Tunggu.

 

 
Video gol highlights jdt 3-0 PKNP 6.2.2018

Share this on WhatsApp

Sukan jdt 3-0 pknp liga super 2018, jdt ajar pknp bermain bola sepak 2018, keputusan jdt vs pknp, keputusan liga super jdt vs pknp 6.2.2018, keputusan penuh jdt vs pknp 2018, keputusan penuh jdt vs pknp liga super 6.2.2018, ulasan jdt vs pknp 6.2.2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.