Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Kelantan Julang piala FA 2013,

Kelantan Julang piala FA 2013,

Zik · Jul 1, 2013 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

http://img189.imageshack.us/img189/7606/zi1j.jpg

KEPUTUSAN:

JOHOR DARUL TAKZIM [0]- KELANTAN FA [1]

  • Jaringan: Norfarhan Mohamad, minit ke 15

Memang ramai yang meramalkan, pasukan kelantan akan mempertahankan piala ini, untuk tahun ini. Ternyata pentas final malam yang lepas. permainan memang dikuasai oleh Kelantan lebih bertenaga dan punyai banyak peluang keemasan disia-siakan.

Tipulah kalau tak kecewa, selaku penyokong pasukan JDT kecewa dengan aksi yang hampar pada babak pertama sangat hambar, dan percaturan fandi ahmad agak kelam kabut. Sepatutnya pada awal minit ke 15 tidak membuat pertukaran drastik memandangkan pemain belum panas badan lagi, apatah lagi tidak mendapat rentak langsung.

Ketiadaan pemain pertahanan, Aidil merencatkan pertahanan JDT.

Pertahanan jdt sangat rapuh, berapa kali pertahanan diuji. Mujurlah, penjaga gol johor, al hafiz berjaya mengurangkan banyak defisit gol dari kelantan, cuma satu gol sahaja bolos. Kalau diikutkan memang banyak boleh dapat gol. Mungkin fakri agak gopoh dan terlalu ghairah untuk mendapatkan gol. Apepun persembahan fakri membanggakan pada malam itu.

Ulasan separuh masa pertama:

Kelantan mengganas membuat banyak percubaan merbahaya dari fakri, pemain import dan juga daus yang menjadi peledak untuk menjulang kelantan mempertahankan piala fa kali kedua 2013. Manakala jdt tak dapat membuat sebarang percubaan merbahaya, norshahrul idlan talaha pergerakkannya banyak disekat dan tidak mendapat support yang baik.

Kelantan didepan minit ke 15.

Jaringan Nor Farhan , satu hantaran yang kemas dan tepat pada masanya menewaskan penjaga gol al hafiz yang sudah menampan bola itu, namun apakan daya terlalu deras sepakan itu dan masuk ke gawang johor. Hantaran dibuat oleh piya, pertahanan di sebelah kanan sudah terlambat untuk mengejarnya.

Kesilapan fandi ahmad memasukkan thanaraj (xda function siot) memang satu keputusan yang tidak patut, safiq rahim pun dikeluarkan. Safee sali digantikan dengan Lionel Nunez selepas kelantan mendahului 1-0. Tetapi safee sali pada ketika itu tengok muka macam injured.

Benteng pertahanan kelantan kebal.

Benteng pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang terutamanya Obinna Nwaneri dan Nik Shahrul Azim memang bijak membuat clearance yang cepat. Buntu norshahrul dan nunez untuk memecahkan tembok kebal ini.

Separuh masa kedua.

Tak dapat nak dikatakan apa-apa, ternyata percaturan Bodak Hojan, yang berasal dari croatia itu lebih banyak pengalaman di pentas final dan juga diperlawanan antarabangsa, punyai lebih kelebihan untuk mengatur strategi yang lebih jitu. Membuat pertukaran tepat pada masanya dan tidak tertekan.

10 Minit terakhir, JDT enggan mengaku kalah.

Biarpun begitu, serangan demi serangan berganti-ganti baik dari kelantan mahupun johor. Apepun, JDT cuba membuat sesuatu yang lebih apabila 2 sepakan percuma disia-siakan oleh Lionel Nunez, tersasar atas palang dan sipi jugakla. Beberapa hantaran lintang juga tersasar sedikit sahaja. Khairul fahmi pantas menangkap bola itu. Namun, dia terkena bengkes dari nunez yang menyebabkan perlawanan terhenti seketika.

Kelantan menjulang piala FA 2013!!!

Tahniah diucapkan sekali lagi. Buat pasukan johor darul takzim jangan berputus asa, Terima keputusan dengan tenangnya. Apepun hinaan, dan perli memerli itu adalah satu kebiasaan buat orang kita, termasuklah diseluruh dunia.

Satu fenomena yang cukup baik.

Ia adalah satu fenomena yang cukup positif bagi aku untuk, terus merancakkan dan memeriahkan dunia bola, sukan tempatan yang sudah mendapat tempat dihati rakyat jelata yang inginkan suasana yang aman damai.

 Sorakan pasukan JDT, bersemangat!!

Walaupun tewas, menang sorak pun ok gak. Majulah sukan untuk negara!! Sekian dari meja sukan, kita jumpa lagi tahun depan kalau ada rezeki. Huhu.

Video highlights:

Share this on WhatsApp

Sukan final piala fa 2013, gambar-gambar final piala fa 2013 kelantan vs jdt, gol highlights kelantan vs jdt akhir piala fa 2013, kelantan juara piala fa 2013, video gol kelantan vs johor piala fa 2013, video gol norfarhan mohamad, videol gol kelantan vs johor darul takzim piala fa 2013

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Razlan says

    July 1, 2013 at 10:30 pm

    Gempak sungguh game kali ne

    Reply
  2. Melly hannah says

    July 4, 2013 at 9:04 pm

    Team Kelantan layak juara kerana bermain dengan jayanya….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.