• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFC / KEDAH MENDONIA, BELASAH VISAKHA 5-1 PIALA AFC 30.6.2022

KEDAH MENDONIA, BELASAH VISAKHA 5-1 PIALA AFC 30.6.2022

Zik · Jul 1, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

al mardi

 

INI MALAM KITA PUNYA!! Biarpun pada awal perlawanan tewas dengan Bali United 0-2. Namun skuad kendalian Aidil, bangkit pada perlawanan kedua tewaskan pasukan Kaya 4-1 dan malam ini 5-1 dengan pasukan Visakha fc dan terus menjadi juara kumpulan G.

KEPUTUSAN PENUH

KEDAH 5-1 VISAKHA FC

Jaringan oleh :

  • Ronald Ngah (m.pen) 12″ x gol 
  • Mohammed Khan 20 ” 
  • Al Mardi 28, 45, 54″
  • Fayyadh 67″
  • Ronald Ngah Wanja 76″

Inilah hasil liga super kita yang semakin menunjukkan hasil setelah pasukan malaysia dapat mara ke piala asia 2023 . Dua pasukan wakil piala afc, Kedah dan Kuala Lumpur melangkah ke peringkat seterusnya . Kedah Darul Aman (KDA) FC mengiringi KL City FC apabila turut mara ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC selepas membelasah Visakha FC 5-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi. Ingatkan tak boleh menang, sebab bali United tewas mengejut dengan pasukan ini dengan perbezaan jaringan yang besar 2-5.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G :

  1. KEDAH 6 MATA 
  2. BALI UNITED 6 MATA
  3. VISAKHA 6 MATA
  4. KAYA FUTBOL 0 MATA

Lebih manis, kemenangan besar ke atas wakil dari Kemboja itu membolehkan skuad ‘Kenari’ mengungguli Kumpulan G dengan mengetepikan Visakha FC menerusi perbezaan jaringan. Awal pada minit ke 12, Kedah dapat peluang sepakan penalti, tetapi sepakan terbang atas terlalu tinggi. Malah pada aksi malam tadi, Visakha terlebih dahulu mengejutkan KDA FC menerusi tandukan Mohammed Faez Khan yang bermula dengan ‘gimik’ sepakan percuma selepas perlawanan ‘berusia’ 20 minit. Tiada yang follow up Faez dalam pergerakan dia dalam menghasilkan gol itu.

penalti tak gol

Jaringan tersasar ke atas tinggi oleh Ngah.

gol visakha vs kedah

Jaringan Mohamed Khan minit 20″ , pertahanan kedah tiada yang follow up dia dengan mudah membuat tandukan bebas tanpa halangan.

‘KEDAH TIDAK KALUT.

Namun, KDA FC membalas menerusi penyudah kemas Mahmoud Al Mardi pada minit ke-28 hasil umpanan bola tinggi oleh Ronald Ngah di sempurnakan dengan baik. Kemudian, Mardi meletakkan KDA FC di depan hasil sepakan percuma menarik di penghujung babak pertama. Sepakan sebelah kiri yang jauh lebih kurang 28 ,meter merembat jauh menewaskan keeper pasukan Visakha kelab dari Kemboja.

hantaran kepada mardi

Hantaran bola lambung ke depan tepat kepada Mardi mudah buat beliau menjaringkan gol padu menjadikan Kedah 1-1 Visakha.

free kick mardi

Sepakan percuma yang padu sebelah kiri gawang menewaskan penjaga gol visahka. Bola itu mengelirukan melencong , sukar buat keeper.

HATRIK MARDI , LEDAK KEDAH.

Bersambung babak kedua, Mardi terus ‘mengganas’ apabila dia berjaya menyempurnakan hantaran Fayadh Zulkilfi sekali gus melengkapkan hatriknya pada minit ke-54.  Fayadh yang sebelum ini berfungsi sebagai ‘arkitek’ gol ketiga menyumbang gol keempat KDA FC pada minit ke-66 dan ‘kenduri gol’ diteruskan dengan jaringan kelima oleh Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76. Jaringan Ronald memang kelas beb, dia bawak bola dari tengah tewaskan 4 orang pertahanan yang cuba menghalau berjaya lepas, dan membuat sepakan sebelah kanan , menewaskan lagi keeper Visakha. Terdahulu, kemenangan 2-1 yang dilakar KL City FC ke atas Tampines Rovers menyaksikan mereka turut mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara terbaik.

Mardi hatrik

Gerakan yang menarik dari sebelah kanan, cutback dari Azmi Haris dan disempurnakan oleh Mardi ketika pertahanan kucar kacir ketika ini.

fayyadh gol

Hasil gerakan solo dari Wan Ngah memperdayakan pertahanan dan keeper Visakha, dah tak boleh buat apa melorongkan pada Fayyadh yang berada dikedudukan yang baik untuk menjaringkan gol ke 4 pasukan Kedah.

Gerakan solo ngah wanja

Gerakan memukau dari Ngah wanja yang menewaskan 4,5 orang pertahanan Visaka kemudian merembat ke sebelah kanan gawang. Memang tak dinafikan itu turning point yang cukup hebat dari beliau.

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

AFC, Sukan BELASAH VISAKHA 5-1 PIALA AFC 30.6.2022, kedah layak ke separuh akhir pusingan separuh akhir piala afc 2022, KEDAH MENDONIA, kedah menewaskan visahka 5-1

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: