Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for contoh karangan hobi saya

contoh karangan hobi saya

Karangan-Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia

Zik · Sep 19, 2020 · Leave a Comment

jaringan lebuh raya di malaysia

Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan pembinaan lebuh raya di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Sebenarnya pembinaan lebuh raya ini memang da kebaikan dari segi ekonomi negara dan juga jadi perhubungan diantara seluruh semenanjung malaysia. Namun ada baik dan buruknyalah sebenarnya. Tetapi kali ini kita nak bincang mengenai kebaikan pembinaan leburaya di malaysia kita ini. Masa jadi singkat berbanding di jalan biasa.

Rangka Karangan [Read more…] about Karangan-Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia

Karangan- Hobi saya

Zik · Apr 28, 2019 · Leave a Comment

hobi saya

Saya mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi saya pula hampir sama dengan ayah saya iaitu membaca buku.

Biasanya apabila ke kedai buku, saya dan ayah akan membeli buku-buku. Ayah suka membaca buku politik dan buku agama, manakala saya pula suka membawa novel kanak-kanak dan semua bacaan yang memberi pengetahuan kepada saya. Kadang-kadang apabila saya tidak ada buku lagi yang hendak dibaca, saya akan membaca buku yang ayah beli. Ini bermakna saya mendapat ilmu pengetahuan sama seperti ayah.

Selain membaca buku, saya suka melukis dan bersajak. Dalam bilik saya penuh dengan hasil saya yang ditampal pada dinding. Saya boleh melukis pelbagai benda, terutamanya lukisan pemandangan ditepi pantai.Sebelum melukis, saya gambarkan dahulu rupa pantai yang hendak dilukis berdasarkan pengamatan saya ketika pergi melancong. Lukisan saya kelihatan hidup  dan kawan-kawan yang pernah melihat lukisan saya turut memuji-muji kehebatan saya melukis, terutama dari segi mewarna.

Saya suka bersajak juga. Biasanya saya  menulis sajak pada waktu malam, ketika ahli keluarga saya  sedang tidur. Ilham datang waktu malam yang sunyi . Selepas selesai menulis sajak,  saya akan baca sajak tersebut berulang-ulang kali  sehingga saya dapat  menghayatinya. Kemudian, sajak itu saya  serahkan ke bahagian majalah sekolah. Sajak saya selalu disiarkan dalam majalah sekolah. Pihak sekolah  memberi sagu hati kepada saya  atas sumbangan saya itu.

Hobi saya  memberi manfaat kepada saya dan masa depan saya. Pada suatu hari nanti, saya akan menjadikan hobi saya ini sebagai kerjaya tetap iaitu menjadi penulis, pelukis dan penjajak yang berjaya.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.