• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Kamus Dewan bahasa A

Kamus Dewan bahasa A

Zik · Jan 24, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

dewan bahasa dan pustaka

1

a I huruf pertama abjad Rumi.

a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia,

~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan

sesuatu: nama bukunya … ~, nanti saya cuba ingatkan!

AA kep Asia-Afrika.

AB kep anggaran belanja.

aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll:

“Satu …,” ~ Wit dr kerusinya.

aba II; ~-daba hama, kuman.

abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun

yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah

Nabi Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa

bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh

Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau

beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun

1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau

negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan

(gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah

antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa

antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama

lamanya;

berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus

ratus tahun lamanya.

abadi Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan,

kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud

atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak

berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~;

mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih

sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2.2

menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu

diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar

yg terkorban;

terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus

cerita-cerita rakyat;

keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang

ibu; ~ perdamaian dan keamanan;

pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.

abadiah, abadiat Ar abadi.

abah I arah, tuju: tak tentu ~nya;

mengabah menuju;

mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg

tertentu.

abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd

bapanya).

abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;

~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali

perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.

abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr;

mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian

kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan,

melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2.

memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau

mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang;

mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan

(sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan

atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan

itu kauabaikan;3

terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak

dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau

disia-siakan;

keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok;

keabaian perihal abai;

pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas

dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan,

dll);

pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak

memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).

abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.

abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.

abalone (abaloné) sj siput drpd genus Haliotis yg boleh dimakan.

abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu

seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki

laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua

sedikit; 4. panggilan kpd suami;

~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak

mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg

anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami)

seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~

tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya

hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain);

berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2.

memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang

terhadap seseorang;

berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg

pengasih dan bertimbang rasa.

abang II Jw merah.4

abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan

masyarakat;

berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat,

berdindingkan: rumah yg ~ buluh;

mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan

payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran

pertempuran ~ jalannya mesyuarat.

abau sj kura-kura, labi-labi; main ~ main tampuk labu.

ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu

campur.

Abd. kep Abdul.

abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.

abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa

saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan

atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan; ~ negara Id pegawai

kerajaan;

mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika

pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi,

menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau utk kepentingan

seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara;

mengabdikan 1. menjadikan abdi, menghambakan, memperhamba:

~ tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya:

tenaganya diabdikannya kpd negara;

pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan:

tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg

banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda

cintanya terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja

sering berlaku.5

abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja

itu sendiri.

abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yg berisi

organ-organ (spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).

abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.

abet Jk tingkah laku;

mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.

abiad Ar sl putih; fidah yg ~ perak yg putih.

abid Ar orang yg menghambakan diri kpd Allah dgn beribadat kpd-Nya.

abidin Ar jamak bagi abid.

abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit

raja singa.

ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.

abintara sl pesuruh raja; ? bentara.

abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup

drpd benda bukan hidup.

abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg

tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta

hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan

huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf

mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba =

2, jim = 3, dal = 4, dll);

mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama

semua peserta;

pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan

(senarai nama dll) mengikut urutan abjad.

ablasi (Bio) pembuangan tisu atau organ tubuh secara pembedahan.

abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa:

keadaan yg ~; 2. Id agak gila;6

keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan

tidak normal, keadaan luar biasa.

abnus Ar sl kayu hitam.

aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.

abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.

abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. =

berabonemen berlanggan.

abrak sl batu cermin, mika.

abrar Ar golongan orang yg soleh.

abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.

abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.

absah Id sah (bkn surat keterangan dll);

mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll);

keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan

legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan

kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;

pengabsahan pengesahan.

absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll);

mengabsen Id memanggil nama-nama orang utk mengetahui atau

menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll):

guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.

abses (absés) bengkak yg bernanah.

absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).

absolutisme prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin

dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.

abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau

dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala,

mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~;

mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;7

keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang

pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.

abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih

ciri-ciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes,

pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg

dikaji.

absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras:

sesungguhnya adalah ~ utk berbuat demikian kerana subjeknya

hanya diketahui oleh segelintir manusia.

abtar Ar 1. sl kudung; 2. terputus rahmat Allah.

abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting

dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok;

  1. debu, serbuk;

~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan

fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm

kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas

selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;

spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau

terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga

isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat

tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali,

tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja

memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;

abu-abu Id warna kelabu;

mengabu menjadi abu, menyerupai abu;

mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki

menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau

menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan,

menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan 8

penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk

golongan yg cuba ~ mata orang ramai;

keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.

abu II kalah (dlm permainan congkak dll).

abu III suatu pangkat di Siam.

abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.

abuh I riuh, sibuk.

abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak

pd kaki (tubuh dsb).

abuk; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku

atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.

abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka

dll).

abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg

tidak mungkin tercapai (terhasil).

abung; limau ~ limau bali, limau besar.

abur; mengabur membuang-buang (wang dll), menghamburkan,

membazirkan, memboroskan;

pengabur orang yg membuang-buang atau membazirkan (wang),

pemboros.

abus 1. bahagian atau pecahan yg terkecil; 2. duit syiling zaman dahulu yg

terendah nilainya; 3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai

nilai.

abuya Ar 1. ayah; 2. panggilan hormat kpd orang yg ajarannya (biasanya

ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.

abvolt unit ukuran voltan elektrik yg bersamaan dgn 1 x 10-8 volt.

abyad Ar ? abiad.

Ac simbol kimia bagi aktinium.

acah; beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut;9

mengacah melakukan gerak utk mengelirukan atau menyesatkan

lawan;

mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin

hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja utk bertindak;

acahan perbuatan mengacah.

acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.

acak II Jk; mengacak melakukan sesuatu tidak dgn peraturan,

mengacaukan;

acak-acakan kacau-bilau, tidak teratur.

acan I; mengacan melakukan gerak pukulan atau serangan utk

mengelirukan atau menyesatkan lawan.

acan II; mengacan mengharapkan, mencita-citakan.

acan III Kd mengusik seseorang (dgn tujuan utk bergurau).

acang Id perkakas utk mengukur keadaan air dlm dandang.

acang-acang Mn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur

peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk)

sekampung atau senegeri.

acap I = acap-acap kerap kali, sering kali.

acap II 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air

(padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur,

mata keris pd tubuh seseorang, dll);

mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).

acap kali beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia masih

melakukannya walaupun sudah ~ ditegur.

acar I sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn

bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi);

jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur;

mengacar membuat acar.10

acar II = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm

~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul,

tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).

acara I 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan

dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu

pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa

khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3.

kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah

jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~

kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg

teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di

mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini

akan diadakan di mahkamah tinggi;

beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau

programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di

mahkamah;

mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum;

mengacarai 1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara

(pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis

pelancaran produk itu; 2. Id memulai percakapan, memberi bahan

bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa”, aku ~ percakapan;

mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke

dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan

pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara);

pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan

persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll),

juruacara.

acara II Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu

(duduk dll).11

acaram sl cincin bertunang, cincin tanda.

acau; mengacau mengigau; ? aco.

aci I diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak

jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih

kurang sedikit janganlah diambil berat;

mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan.

aci II batang logam tempat roda berpusing, gandar roda;

~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod

penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan

berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg

memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain

dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg

mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin

pembakaran dalaman;

aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.

aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg

lebih tua).

aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup puyuh.

aci V tepung (sagu, ubi kayu, dll).

aci-aci Id andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalau

kalau;

mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan;

aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan:

sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu.

acik nama timang-timangan bagi anak yg kedua bongsu.

acita (Hindustan) beras.

aco; mengaco Jw 1. mengigau; 2. berkata tidak keruan (yg bukan-bukan).

acu I; mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakut

nakutkan (spt mengangkat atau menghalakan senjata hendak 12

menikam dsb); 2. = mengacu-acu memikir-mikirkan (sesuatu yg

hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak

(hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian

(kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya;

mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk

mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan,

menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris

terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu

acukan menganjurkan, merancang-rancangkan: sudah lama ia

mengacu-acukan langkah ini.

acu II; mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan

cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda

kereta api, dll);

acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan

sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt

kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg

dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran

kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~

kalimat pola kalimat.

acu III; mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb)

seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai

atau tidak dsb).

acu IV sj tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar,

Knema hookeriana.

acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~

(hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd

sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini

merugikan perjuangan kebangsaan;13

mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan:

tidak ~ larangan orang tua-tua;

acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau

perhatian;

ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.

acum; mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal

utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi,

menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang;

acuman 1. hasutan; 2. tentangan;

pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.

acung I Id; mengacung menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas: tangannya

~;

mengacungkan menghalakan (sesuatu ke arah seseorang),

menunjukkan (tangan dll): ~ senjata; ~ tangan;

pengacungan perbuatan mengacungkan: ~ senjata.

acung II Mn; mengacung menyepak, menendang.

AD Id kep Angkatan Darat.

ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan,

wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg

mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa

sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu

tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya

sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi

perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja

penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang

mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia:

ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~

dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh,

sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): 14

dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat

daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll

sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan

utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya?

~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~

(adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan

tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru

dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~

saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg

ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada

orang hendak, kau pun hendak juga!”;

seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada:

hidangan ~ sudah sedia;

adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak

(tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau

tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini

lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb

perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi;

adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk;

adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat,

kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa

hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk

menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan

dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai;

adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~

kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya:

mereka itu spt adik-beradik ~;15

ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam

berkaki tiga;

adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita

pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga;

berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm

sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan;

sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya:

keluarganya boleh dikatakan ~ juga;

berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab,

maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb

tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;

keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat

sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;

mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg

bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan

kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah

megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri,

dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih

lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku

tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg

bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?;

mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan,

menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2.

mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan:

~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak

sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau

berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll),

menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa

asing; ~ kempen kebersihan;16

mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt

cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar,

membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk

mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya;

keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu

ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di

sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum

nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu

sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang

membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan;

~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu

tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi;

berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd

tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak

anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung;

pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu

petang.

adab 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi

pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami

berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~,

supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang

berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~

tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl

tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai

buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi

pekertinya);

beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa,

bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat

kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; 17

mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain,

menghormati: ~nya sbg orang yg sopan;

memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan

tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek

jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang;

peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani

dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan

membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat;

berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun:

dunia yg sofistikated lagi ~ ini.

adad Ar bilangan, jumlah.

adagio (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah

gemalai.

adai; ~ –badai tudung saji yg bersulam.

adakala ada waktunya (ketikanya, kalanya), kadangkala, sekali-sekali: ~

dia menang, ~ pula dia kalah.

adalat Ar keadilan.

Adam = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ =

cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari

yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit.

adan firdaus, syurga.

adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb):

tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu;

mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu

atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan,

merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya

di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di

jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong;

sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak 18

kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap

(menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju,

memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran,

dsb);

musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan

atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg

dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak

ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju;

mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu),

mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya;

pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang;

pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang

yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3.

penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).

adang II Id; ~ … ~ … kadang … kadang …;~ makan ~ tidak kadang makan

kadang tidak;

adang-adang kadang-kadang.

adap; adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di

upacara perkahwinan).

adaptasi penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku

Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan;

seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk

mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri;

beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu

~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza;

mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata

pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama

terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan 19

alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd

yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik;

pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu;

pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg

menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni):

Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh,

tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.

adapun ? ada.

adar I; mengadar bermalam di rumah orang, bertandang.

adar II sangat tua.

adas 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2.

= ~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens.

adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di

dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan

yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~

Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air

cair, ~ api panas;

kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan);

mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu

~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia,

kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan

menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg

dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~

resam adat kebiasaan;

~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan

hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi,

lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat

kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya

menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat 20

yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung

berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~

sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan

ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya: hidup

dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati

adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan

mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal

dgn muafakat;

beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan

sesuatu secara adat;

mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu

kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan;

teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi

kerana kebiasaan.

adawat Ar permusuhan, benci.

ADD kep Akhbar Dalam Darjah.

addin Ar al-Din.

adegan Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn

baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara

di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg

menimbulkan keghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam

digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang.

adem Jk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati);

mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).

adhesi (adhési) IB 1. daya tarik-menarik antara molekul dua zat yg

berlainan; 2. ucapan setuju, ucapan sokongan.

ad hoc (Latin) bkn sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa

perancangan awal: jawatankuasa ~.21

adi I (Sanskrit) sl yg pertama, yg terutama, yg tertinggi: pahlawan ~;

pendekar ~.

adi II Ar mengikut adat, biasa, lazim.

adi III Br adik;

adi-beradi = seperadian pertalian adik-beradik dlm sesuatu

keluarga.

adiabatik (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan

sebarang kemasukan atau keluaran haba.

adib Ar 1. beradab, berbahasa, bersopan; 2. sasterawan, pujangga.

adicita Id ideologi.

adik 1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda; ~

bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu

dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik

berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya

kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd

isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda);

~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang;

~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu

anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu

anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak

seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir;

beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas

puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami

tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;

adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai

hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu),

bersaudara: mereka lima ~ mereka lima bersaudara; bergaduh ~ dlm

pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau

selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; 22

beradik kakak selaku adik dan kakak;

memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik.

Adika Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja.

adikara sl 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang.

adikarya karya agung yg dianggap menggambarkan peradaban sesuatu

bangsa, mis Hikayat Hang Tuah dlm masyarakat Melayu.

adikong (drpd Perancis aide-de-camp) pembantu peribadi kpd pembesar

(spt sultan, perdana menteri, dll).

adikuasa kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah

sejak ~ Soviet Union hilang taring.

adikudrati yg di luar kekuasaan alam (Roman Katolik).

adil 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan,

undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu

~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul (bkn

sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb):

pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu pelantikan

yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar taksiran

mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk; para

pekerja mendapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn

pengorbanan yg dilakukan kpd organisasi; 4. tidak menyebelahi

mana-mana pihak (bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak berat

sebelah: tugas ibu bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu pemberian kpd

anak-anak dgn tidak melebihkan seorang drpd yg lain;

mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm

mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan

menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang;

keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja

atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; 23

menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg

adil bagi kehidupan dlm masyarakat;

ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak

adil;

peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya

ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka;

pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan

dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan;

  1. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan

oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm

~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili

sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam;

pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau

orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang,

nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke

beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang

yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju,

dll).

adinda bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat

dsb).

ading sl adik.

adiningrat Jw gelaran bangsawan yg tertinggi.

ad interim (Latin) utk sementara waktu: kabinet ~; tindakan ~.

adipati Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang).

adipos (Ubat) mengandungi lemak atau menyerupai lemak; tisu ~ tisu yg

dipenuhi lemak.

adiposuria (Ubat) kewujudan lemak dlm air kencing.

adipsia (Ubat) keadaan abnormal yg menyebabkan seseorang mengelak

drpd minum (tidak terasa dahaga).24

adiraja sl 1. (suatu) gelaran; Maharaja A~; 2. Id ark hak ~ hak melakukan

kekuasaan yg tertinggi; diraja.

adiratna sl permata yg mulia (ki bagi perempuan yg cantik).

adisejuk (Kim) bkn cecair yg menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke

bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku.

adiwangsa bangsa utama (mulia).

adiwarna sl amat bagus, amat indah.

adjektif (adjéktif) kata sifat.

adjudikasi (Udg) proses undang-undang dlm menyelesaikan sesuatu

pertelingkahan;

teradjudikasi; hak ~ hak yg telah diiktiraf dlm prosiding

kehakiman dan pentadbiran.

adjuster (Eko) pelaras.

administrasi IB pentadbiran, tatausaha, pengurusan: ~ negara; ~

perniagaan.

administratif IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg

dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau

dikenakan sesuatu hukuman lain).

administrator IB pentadbir, penatausaha.

admiral kepala angkatan laut, laksamana.

adob bata yg dibuat drpd campuran tanah liat dgn jerami yg dijemur utk

dijadikan bahan binaan.

adoi sr aduh;

mengadoi, mengadoi-adoi mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh):

sekonyong-konyong ia ~ dan mengerang.

adopsi IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan

sbg anak angkat.

adpertensi (adperténsi) IB iklan (dlm surat khabar dll).

adpis IB nasihat: lagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat-tepat; advis.25

adpisir IB penasihat.

adpokat ? avokado.

ad rem (ad rém) (Latin) berkaitan atau bertepatan dgn sesuatu perkara dsb

(bkn jawaban dll), tepat benar.

adrenal (adrénal) (Bio) bkn sesuatu yg berdekatan dgn atau berkaitan dgn

ginjal.

adrenalina (adrénalina) (Bio) hormon yg dirembeskan oleh bahagian

medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia menghadapi

keadaan cemas kerana kesannya berguna utk tindakan ‘lawan’ atau

‘lari’.

adrenosklerosis (adrénosklérosis) (Ubat) pengerasan struktur kelenjar.

adres (adrés) bp alamat (tempat tinggal);

mengadreskan mengalamatkan (surat dll kpd).

ADRI Id akronim bagi Angkatan Darat Republik Indonesia.

adu I; beradu 1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk: motokar

itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding;

  1. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding,

berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~

cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga

bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba

membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh

kejayaan;

mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb

berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2.

menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll),

melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan

fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~

ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layang-layang; ~

tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu seseorang 26

mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan

pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia

dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan

buruk yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~ kpd hakim; ~ lidah

berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib;

mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen,

dll), memberitahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak

menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu

tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg

patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~

kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau

melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak

tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya,

dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun;

memperadu-adukan memperadudombakan;

aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan:

ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~

itu sedang disiasat oleh polis;

peraduan pertandingan: ia telah berjaya menjadi johan syarahan

dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu;

pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam),

pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian,

orang, dll;

pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan

(simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.

adu II; beradu tidur (bkn raja);

peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja).

adu domba; mengadu domba, mengadudombakan,

memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu 27

golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab

hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah

negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita;

pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang

atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah,

antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.

aduh sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya

perut saya!

mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana

kesakitan dll): suara yg ~ itu suara orang kena tikam;

teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi.

aduhai sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai

beginilah nasib adinda.

aduk; mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau

menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. =

mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku;

teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan

(bkn seperai dll);

adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll);

aduk-adukan campur aduk;

pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk:

pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan;

pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk

diaduk selalu dgn ~.

adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll);

mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur

dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim

Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm

teknik sastera yg menarik;28

adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih;

pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan

sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan;

pengadun alat utk mengadun: ~ warna.

adun II sl elok (kerana berhias): ~-temadun Mn indah-indah, berjenis

jenis warnanya;

beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~;

baginda makan sirih yg beradun-adun;

mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~

pengantin;

adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~

kekasihnya.

ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat

peringkat negeri yg dipilih melalui pilihan raya).

ad valorem (Udg) duti yg dikenakan mengikut nilai barang.

adverba (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata

adverba lain.

advertensi (adverténsi) IB iklan.

advis IB nasihat; adpis.

advokat I IB peguam, peguam bela.

advokat II ? avokado.

aedes (aédés) (Bio) sj nyamuk, mis Aedes aegypti, yg membiak di dlm air

bertakung yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.

aerial (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan radio

utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet.

aeroangkasa (aéroangkasa) 1. atmosfera bumi dan ruang yg

melampauinya; 2. berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru

berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm

ruang angkasa lepas: industri ~.29

aerob (aérob) (Bio) organisma yg dapat hidup hanya dgn adanya oksigen

dr udara.

aerobatik (aérobatik) persembahan kecekapan, ketangkasan, dan

kemahiran mengendalikan penerbangan pesawat udara.

aerobik (aérobik) 1. senaman yg penuh bertenaga utk meningkatkan

bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paru-paru,

biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi muzik yg

rancak:ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat)

senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan oksigen bebas:

pengudaraan diperlukan utk membekalkan oksigen bagi

mikroorganisma ~;

beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan

badan spt ~.

aerobiologi (aérobiologi) kajian tentang mikroorganisma, spora dsb

yg dibawa angin, terutamanya yg menyebabkan penyakit.

aerodinamik (aérodinamik) 1. ilmu sains yg mengkaji cara sesuatu benda

bergerak melalui udara (spt kereta, kapal terbang, dsb); 2. bkn

sesuatu benda (spt kapal terbang, kereta, dsb) yg mempunyai bentuk

yg dapat melalui udara dgn mudah dan laju: bentuk kereta yg ~

membangkitkan keanggunannya.

aerodrom (aérodrom) lapangan terbang yg kecil, biasanya digunakan oleh

pesawat udara persendirian utk berlepas dan mendarat.

aerofobia (aérofobia) perasaan takut kpd tiupan angin.

aerogram (aérogram) surat yg dikirim khas melalui pos udara, surat udara.

aerolit (aérolit) sj tahi bintang yg mengandungi bahan silika.

aerologi (aérologi) kajian tentang atmosfera, termasuklah lapisan-lapisan

atasnya.

aerometer (aérométer) (Fiz) alat utk mengukur berat atau ketumpatan

udara atau gas.30

aeronautik (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan.

aeroponik (aéroponik) kaedah atau teknik menanam tumbuh-tumbuhan

yg digantung di dalam persekitaran rumah hijau dgn menyemburkan

larutan nutrien pd akar yg terjulur di udara: sistem ~ hanya

memerlukan tong gentian, pengepam dan paip getah; ~ adalah

salah satu konsep menanam tumbuh-tumbuhan di dalam

persekitaran rumah hijau.

aerosfera (aérosféra) seluruh atmosfera yg menyelubungi bumi.

aerosol (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di udara.

aerotaksis (aérotaksis) pergerakan mikroorganisma ke kawasan yg

beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut

(aerotaksis negatif).

aerotropisme (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke

kawasan yg beroksigen.

afagia (Ubat) keengganan atau ketidakupayaan utk makan atau menelan.

afakia (Ubat) ketiadaan kanta mata secara semula jadi atau disebabkan

kemalangan, kecederaan dsb.

afal Ar (jamak kpd fiil) kelakuan, perbuatan: orang itu baik ~nya.

afasia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk memahami atau mengungkapkan

sesuatu ujaran yg disebabkan oleh penyakit atau kecederaan pd otak.

afdal lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~;

keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan

ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga

dinyatakan ~ berfikir.

afdeling (afdéling) IB bahagian.

afektif (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran

atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi

membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn

alam-alam kognitif mereka.31

afelion (afélion) titik dlm orbit tempat sesuatu komet atau planet berada

paling jauh dr matahari.

aferesis (aferésis) (Lin) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal

perkataan, mis apabila huruf h dlm hujung digugurkan menjadi

ujung dan suku kata bu dlm bukan digugurkan menjadi kan.

afesis (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi

sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan

menjadi bang.

afghani unit mata wang Afghanistan.

afiat Ar 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2.

kesihatan;

mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan;

keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg

sempurna.

afid sj serangga kecil drpd famili Aphididae yg merosakkan tumbuh

tumbuhan dgn menghisap air daun, batang atau akarnya.

afidavit kenyataan atau keterangan bertulis dgn mengangkat sumpah yg

disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah: peguam berkata

beliau tidak menerima ~ terbaru dan syarikat berkenaan gagal

mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu.

afiliasi gabungan, pertalian: dua orang sarjana ini memerihalkan latihan

sains dan ~ mereka dgn badan penyelidikan;

berafiliasi mempunyai perhubungan atau pertalian: lembaga

keilmuan yg mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dgn

kekuatan sosiopolitik.

afiniti (Kim) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian utk bertindak atau

berpadu dgn atom atau sebatian lain yg mempunyai juzuk kimia yg

berbeza.32

afonia (Ubat) kehilangan suara yg disebabkan oleh penyakit larinks,

kerosakan saluran suara dsb.

aforisme (Lin) ungkapan yg tepat, ringkas, dan jelas yg mengandungi atau

melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan, peribahasa

(spt bersatu teguh bercerai roboh).

Afrikaans salah satu bahasa rasmi Republik Afrika Selatan: bahasa ~.

Afrikaner orang kulit putih di Republik Afrika Selatan yg berasal drpd

keturunan Belanda dan bertutur dlm bahasa Afrikaans.

afrit Ar satu golongan jin yg jahat, ifrit: sedang kita leka bersuka ria,

datanglah jin ~ hendak menyusahkan kita.

afro potongan rambut yg berbentuk bulat, keriting halus, tebal dan

panjang, spt rambut sesetengah orang kulit hitam: rambut potongan

~.

afrodisiak bahan yg dapat membangkitkan nafsu syahwat.

afsun ark pesona.

afta (Ubat) ulser kecil yg lazimnya terjadi di dlm mulut akibat jangkitan

kulat.

AFTA akronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan

Bebas Asean).

Ag simbol kimia bagi argentum.

afwah Ar tuah (orang yg keramat): dgn ~ maulana menolong hamba

mungkin tercapai segala yg dicitakan.

aga I (Turki) gelaran bangsawan.

aga II angkuh, sombong: ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;

beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri;

mengagakan membanggakan: sesungguhnya kedua-dua orang tua

itu dapat ~ anaknya;

keagaan keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~

bagi yg punya;33

peraga ? raga III.

agah I; beragah berpandang muka mengajak berkelahi: sementara

mereka ~, polis pun tiba;

beragah-agah, beragah-agahan berpandangan muka hendak

berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (bkn ayam);

mengagah 1. memandang muka atau menentang mata (mengajak

berkelahi dll): ~ lawan; 2. melakukan sesuatu utk membuat bayi

ketawa: anak itu ketawa kerana diagah-agah; 3. mengeluarkan

bunyi yg belum berupa patah-patah perkataan (bkn bayi): anak kecil

itu sudah pandai ~; 4. mempertemukan muka (supaya berkelahi): ~

ayam sabungan.

agah II Kl, Tr bersifat sombong: kalau kamu masuk kampung orang,

jangan ~ sangat.

agak I 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika

kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan):

menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana;

agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini

hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang

ke mari?

beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu

jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~

utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu

dgn tidak ~;

mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan

dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke

mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg

bijaksana; 2. memaksudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg

kena; 34

mengagakkan 1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau

tekaan sahaja), menduga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg

diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri;

mengagak-agihkan 1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan,

memberitahukan, menjelaskan; 2. suka mencela;

teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn

sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak

menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya;

teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak

melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil

tindakan;

agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar.

agak II; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata.

agal I sj penyu besar.

agal II Jw serat pokok ibus.

agam I sl besar, tegap: terlalu ~ tubuhnya.

agam II tidak ada akhir, larut; berkepanjangan bagai ~ prb perbuatan

(perkataan) yg berlarut-larut;

beragaman berlarutan, tidak berkesudahan: berpestalah sejauh

impian ~.

agama 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan

penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha

Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga

orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2.

kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg

sesuatu yg amat berkuasa);

beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang

Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama,

beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg 35

tidak berdasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan,

gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda;

mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama;

keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama:

sastera ~; semangat ~.

agamani Id warak.

agamawan orang (golongan) yg mempunyai ketaatan, pegangan, dan latar

belakang agama yg kuat: gerakan Islam yg dipelopori oleh tokoh ~

dlm perkembangan nasionalisme Melayu.

agan; beragan Mn bermaksud, berniat, sengaja; mati ~ mati bukan kerana

penyakit (tetapi kerana rindu, sedih, dll);

mengagan, mengagan-agan mengganggu, menggoda, mengusik.

agar I supaya, semoga: awak harus bersekolah ~ pandai.

Agar II (dlm gelaran): Seri ~ Diraja.

agar-agar 1. sj tumbuhan (lumut laut), Eucheuma spp.; 2. lumut laut yg

sudah diproses (dibersihkan dsb) dan boleh dimasak utk dibuat kuih

atau penganan; 3. sj kuih.

agarik sj kulat yg biasanya terdapat pd lukisan cat.

agas I sj serangga kecil yg sangat mengganggu.

agas II; tali ~ tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yg sedang

bersalin berpegang.

agas III ? akas I.

agen (agén) sesuatu yg menyebabkan berlakunya tindak balas (proses

dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg

mendermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak

balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg

menyingkirkan oksigen drpd unsur atau sebatian atau menambahkan

hidrogen atau mendermakan elektron kpd unsur atau sebatian lain,

sewaktu tindak balas kimia.36

agenda (agénda) 1. susunan perkara yg dikemukakan utk dibincangkan

(dlm mesyuarat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun

baik; 2. ark buku catatan.

agensi (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu

perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3.

organisasi pentadbiran kerajaan;

~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan

pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket

pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk

orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat

penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah

syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan

tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.

aghlaf Ar 1. tidak bersunat; 2. kafir.

agih bahagi, beri;

beragih berbahagi (harta dll);

mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama

perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua);

mengagihkan membahagikan, memberikan: ia ~ rokok buatan luar

negeri kpd kami;

mengagih-agihkan membahagi-bahagikan: di sinilah letaknya

keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat

diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan;

pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg

diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~

berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan

(bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb;

peragih pembahagian, pemberian: apa ~ mentua kpd pengantin itu?37

agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani,

sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian.

aging-aging sj tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah,

keremak jantan (hutan), Eclipta alba.

agitasi IB hasutan (supaya memberontak dll).

agitator IB penghasut, perisau.

aglosia (Ubat) ketiadaan lidah sejak lahir.

aglutinasi 1. (Ubat) penggumpalan sel darah, atau mikrooganisma spt

bakteria, akibat tindakan antigen dan antibodi dlm darah; 2. (Lin)

penambahan imbuhan pd kata atau kata akar utk menunjukkan

fungsi tatabahasa, mis mem-, per-, dan -kan dlm mempertemukan.

aglutinin (Ubat) antibodi yg menyebabkan sel bakteria tertentu melekat

antara satu dgn lain utk membentuk gumpalan yg akan dimusnahkan

oleh sel darah putih.

aglutinogen (Ubat) bahan yg bertindak sbg antigen yg merangsang

penghasilan aglutinin tertentu dlm darah.

AGMARIS akronim bagi Agriculture Marketing Information Systems

(Sistem Maklumat Pemasaran Pertanian).

agnostik orang yg berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu

yg berupa kebendaan sahaja yg boleh diketahui manakala

pengetahuan tentang Tuhan dan segala yg abstrak tidak mungkin:

mereka itu terdiri drpd skeptik, ~, ateis, dan peragu.

a go go sj tarian yg diiringi muzik pop yg rancak yg popular pd 1960-an.

Agong; Yang di-Pertuan ~ gelaran utk Ketua Negara Malaysia.

agorafobia (Psi) ketakutan yg amat sangat terhadap tempat yg luas dan

lapang.

agrafia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk menulis akibat kecederaan pd

otak.

agraria IB urusan tanah (pertanian, perkebunan, dll).38

agraris IB (berasaskan, berkaitan dgn, bersifat, dsb) pertanian: Inggeris

tidak begitu suka mengganggu masyarakat Melayu yg dianggap

masyarakat ~.

agregat (agrégat) I IB bp enjin utk membangkitkan tenaga elektrik.

agregat (agrégat) IIjumlah: dia mendapat ~ yg baik dlm peperiksaan SRP.

agresi (agrési) IB pencerobohan (oleh sesebuah negeri terhadap negeri

lain).

agresif (agrésif) cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku

(bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg

lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb);

keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka

terhadap fahaman liberal;

pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan yg

agresif.

agresor (agrésor) IB pihak (negara dll) yg memulakan serangan atau

pencerobohan, penyerang (yg memulakan persengketaan dsb).

agro- awalan asing berkaitan dgn pertanian, tanah, atau ladang, mis dlm

agrokimia dan agroteknologi.

agroekologi (agroékologi) kajian saintifik tentang hubungan antara

organisma hidup dgn persekitaran, khususnya di kawasan pertanian.

agroekonomi (agroékonomi) ekonomi yg berasaskan atau berkaitan dgn

pertanian.

agroindustri industri yg berkaitan dgn aktiviti pertanian.

agrokimia; bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk tujuan pertanian, mis

racun serangga.

agrologi kajian saintifik tentang tanah dan potensi daya pengeluarannya

dr segi pertanian (tanaman dsb).

agronomi sains pertanian atau cabang ilmu pertanian yg berkaitan dgn

pengelolaan tanah utk menghasilkan tanaman.39

agrostologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang rumput.

agroteknologi (agrotéknologi) teknologi yg berkaitan dgn pembangunan

pertanian.

aguk 1. perhiasan yg tergantung pd kalung pengantin (bentuk bulat bagi

laki-laki, bentuk bulan sabit bagi perempuan); 2. buah rantai, loket.

agul; agul-agul Id angkuh, sombong;

mengagulkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan.

agun Id cagar, sandar(an);

mengagunkan mencagarkan, menggadaikan;

agunan cagaran, gadaian, jaminan.

agung I 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg

tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama:

Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~;

Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka

kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan,

dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP;

mengagungkan

menjadikan (menganggap dsb) agung,

membesarkan, memuliakan, meninggikan: al-Quran ~ ilmu

pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu;

mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat

mengagungkan;

keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg

pengarang terletak pd konsepsinya yg moden;

pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg

menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan

bahan rujukan dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris.

agung II; teragung, teragung-agung terhantuk (kepala, buah-buahan);

ragung.

agus Id 1. sj gelaran: mas ~; 2. sl bagus, elok, mulia.40

agut; mengagut-agut Mn kehabisan nafas (spt ikan yg hampir mati),

mengap-ngap.

agut-agut = burung ~ burung butbut.

ah sr kata utk menyatakan kehairanan (tidak setuju, keluhan, runsing): ~,

itukah yg kaumaksudkan!; ~, seganlah aku!; ~, mengapa budak

budak itu tidak dapat berfikir!

aha kata seru utk menunjukkan tanda faham, hairan, atau sedar akan

sesuatu: ~, ini ideanya!

ahad I Ar 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm

seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~

seminggu, sejumaat.

ahad II Ar perjanjian;

mengahadkan 1. menikahkan: maka kadi pun tampillah ke

hadapan ~ kedua-duanya; 2. memeterai perjanjian.

ahadiat Ar sl ketunggalan (Tuhan).

ahai sr kata utk menarik perhatian: saya tak senang kalau tak lalu di muka

rumah saudari, ~!

ahem (ahém) sr kata utk menarik perhatian.

ahi ? ahai.

ahkam Ar (jamak bagi hukum) hukum, undang-undang.

ahlan = ~wasahlan Ar selamat datang.

ahli I 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~

persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan

yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~

sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~;

~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm

bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak

mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mempunyai hak

bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa 41

anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg

sepenuhnya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk

memegang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang

cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan,

bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan

memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam,

kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering

kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg

dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu

perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji

manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji

manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu

kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~

linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis

tempatan wakil rakyat yg menjadi anggota majlis yg mentadbirkan

kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg

menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan

pilihan raya ); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains

(spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang

ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil

bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis

terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota

sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan

selalu berlawan tinju;

mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu

pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll),

berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm

ilmu fikah;42

keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan,

dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2.

perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya

dlm kelab ini telah dibatalkan;

berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains

moden.

ahli II, ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata

Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau

kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab

Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal

dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat

bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan

suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis

Nabi Muhammad SAW.

ahmak Ar bodoh, dungu: orang yg ~; fikiran yg ~.

ahmar Ar merah.

aho sr kata utk menyatakan hairan (terkejut).

ahram Ar (majmuk drpd haram) piramid: kita teringat kpd ~-~ yg

didirikan oleh Firaun.

ai I sr kata utk menyatakan kehairanan: ~, sudah lama di sini!

ai II ia, setuju: siapa yg bersetuju akan usul itu berkata ~.

AI kep artificial intelligence (kecerdasan buatan).

aib 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota

keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi

malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu;

  1. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya;

mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~

jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), 43

memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu

bahawa mereka telah ~ agama Islam;

keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu

merupakan suatu ~.

Aidiladha = Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 10

Zulhijah setiap tahun Hijrah, Hari Raya Haji, Hari Raya Korban.

Aidilfitri = Hari Raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1

Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan),

Hari Raya Puasa.

AIDS akronim bagi acquired immune deficiency syndrome (sindrom

kurang daya tahan penyakit) iaitu penyakit atau keadaan yg

dianggap disebabkan oleh sejenis virus yg menjadikan sel-sel putih

dlm tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya drpd

serangan penyakit.

aikido sj seni mempertahankan diri (dlm masyarakat Jepun).

aileron (Kej) bahagian sayap kapal terbang yg berengsel yg gunanya utk

mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan.

ain I 1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70); 2. huruf ke-19 abjad

Jawi.

ain II Ar 1. mata, mata air; 2. inti, penting, sejati.

ain-al-banat, ainulbanat Ar sl sj kain yg elok.

air I 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian

oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau

rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut,

dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3.

cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau;

  1. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5.

minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran

air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain;44

~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara

sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah

anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir;

~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur

sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang

merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll;~ batu

kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~

belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat

(Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom

oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus;

~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu

tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~

kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas,

dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg

dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh

hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr

kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil

= ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong

air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb;

~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng

gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam

kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih

apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm

botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam

magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur

dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak

hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan

garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur

air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg 45

sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika

bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta

jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita

dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~

mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di

pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah

dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat

drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg

belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh

manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian

atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk

diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg

membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri;~

mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip

air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn

menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg

dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air

laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg

kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi

drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran

(Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu,

mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O;

~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~

pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam

cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri;

~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci

jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk

bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh

air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ 46

setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~

suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air

yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut

air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar

dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas

kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin

selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa

(bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk

ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air

lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~

timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak

bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd

bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk

air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~

zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama

bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal,

dll);

~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya

tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb

perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat

atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~

di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu

menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut

asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb

perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya

pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus

prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan

cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~

diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan 47

(dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke

perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk

diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas

dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap,

selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita

mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka

berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan,

tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg

kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam

jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb

orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg

dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga

yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat

menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita

tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri);

adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut

orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb

  1. a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya);

bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran

yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit

prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb

pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai

menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~

bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu

pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh

diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan

ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai

penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr

hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya 48

(sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi

pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan

aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam prb kasih

yg sia-sia (tidak sempurna); merajukkan ~ di ruang (hendak karam

ditimba juga) prb marah yg tiada sampai, apabila perlu ditolong

juga; sekali ~ bah, sekali pasir berubah, sekali ~ gedang (besar),

sekali tepian beranjak prb lain kepala (ketua) lain kemahuannya;

selama ~ hilir, selama gagak hitam prb tetap selama-lamanya; spt ~

dlm kolam (terenang) prb dikatakan kpd orang yg tenang sikap dan

tingkah lakunya; tak ~ hujan ditampung, tak ~ peluh diurut, tak ~

talang dipancung prb segala daya upaya dilakukan asal maksud

tercapai; terbit ~ kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa prb

mahu melakukan sesuatu kerana dipaksa; terseberang pd ~ besar

prb terpelihara drpd bahaya besar; umpama ~ digenggam tak tiris

prb perihal orang yg kikir;

berair 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll);

  1. mengeluarkan air atau cecair;

mengair 1. menjadi air; 2. menjadi spt air (rata, jernih);

mengairi 1. memberi (menyalurkan, membekalkan) air ke (sawah

dll), menggenangi (sawah dll); ~ sawah orang prb menguntungkan

orang lain; 2. bp memberi minum;

keairan 1. basah, tergenang (digenangi) air; 2. bocor (dimasuki air);

  1. sl kena luka;

perairan 1. laut yg termasuk dlm (diiktiraf sbg sebahagian drpd)

kawasan atau wilayah sesebuah negara: kapal penyeludup itu

tertangkap di ~ Malaysia; 2. Id urusan mengenai persediaan air;

pengairan perihal (usaha dsb) mengairi (kawasan pertanian);

sepengairan yg mendapat air dr satu sungai: kawasan atau daerah

~.49

air II; ~ anjing sj tumbuhan (pokok), menserah putih, Homalium

caryophyllaceum.

ais air yg dibekukan, air batu; ~ kering sj bahan pendingin makanan yg

dibuat dgn menyejatkan karbon dioksida cecair dgn cepat.

aisberg (Geog) bongkah ais yg sangat besar yg hanyut terapung-apung di

dlm laut.

aising campuran gula dgn mentega serta putih telur dll, yg digunakan utk

menghiasi atau menyalut kuih (utk menyedapkan lagi rasanya);

beraising dibubuhi aising, bersalut dgn aising;

mengaising membubuh (menyalut, menghias, dsb dgn) aising (pd

kek dsb);

pengaisingan perihal mengaising (kek dsb).

aiskrim sj penganan manis yg sejuk (dibuat drpd campuran berbagai-bagai

bahan dan dibekukan).

aiwan (Parsi) sl balai tempat menghadap.

aiya bp kata utk menyatakan rasa tidak setuju, keberatan, dsb.

aja I bp kep sahaja: dia gila joget ~.

aja II sebutan bagi puteri bangsawan (Deli).

ajab Ar sl hairan.

ajahan; ikan ~ sj ikan; ? jahan.

ajaib 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang

terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl

sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah

muzium;

mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan,

menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang

sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan;

keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan,

keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg 50

pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan

bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.

ajak I; mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya

turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb)

atau turut melakukan sesuatu, menjemput, menyarankan kpd (utk

berbuat sesuatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia

telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya

berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~

kami makan; 2. membangkitkan hati (utk melakukan sesuatu),

mencabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk;

ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu

(pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik

berupa jemputan atau cabaran);

pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang.

ajak II Mn sama dgn, seakan-akan, seperti;

mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan

(menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu.

ajal batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji

(akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah

sampai ketikanya ia mati; menemui ~ mati; menghadapi ~

menghadapi saat-saat akan mati.

Ajam Ar sl orang Islam yg bukan bangsa Arab, mis orang Islam di Iran,

Turki.

Ajami Ar sl berkaitan dgn Ajam.

ajan Mn; mengajan; ~ anak meneran kuat-kuat supaya anak lahir; tuah

diajan tahi yg keluar prb kalau kemuliaan terlalu dicari-cari, nama

buruk yg diperoleh; ? ejan I, rejan I.51

ajar; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau

panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu

dahulu;

berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara

kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~;

belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu

kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan,

dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang;

mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd

orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd:

~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi

nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3.

membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu

berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau

ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir;

kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul

seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);

itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia

sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman;

mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan,

kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil

janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu

alam dan sejarah;

mengajarkan mengajar sesuatu (kpd seseorang dll), memberi

sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~

hitungan yg sesulit ini; ia ~ cara-cara mengendalikan mesin

tersebut kpd pekerja-pekerja baru; guru yg ~ sesuatu mata

pelajaran; 52

ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk:

mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak

melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau

syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3.

hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia

diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya;

pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn

mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan,

dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi

beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg

diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak

Pandir; 3. peringatan, pedoman: pengalaman ini akan menjadi ~

bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda

kebesaran-Nya;

pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu

pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~

yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha,

kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian,

penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah

tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan

dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;

~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah

sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd

pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan

keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau

kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular

menyebabkan berlakunya proses sosialisasi;53

berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan: ceramah itu

bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para

peminat;

pembelajaran proses (kegiatan) belajar;

pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg

mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat

kekurangan tenaga ~;

pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab,

dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~

universiti;

mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami

telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu; ~ ilmu sains;

terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi),

berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai;

pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa

Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri

sekolah aliran Inggeris.

ajar-ajar sl pertapa, pendeta.

aje bp sahaja: fikirnya, dia ~ yg betul; kau ~ yg pergi.

ajeh (Rompin, Endau) saya, aku.

ajek (ajék) Mn wajik.

ajeng Jw gelaran bagi puteri bangsawan yg belum berkahwin.

ajengan (Sunda) ark orang terkemuka (terutama guru agama Islam), kiai.

aji I Jw sl raja, ratu: sang ~; kakang ~ panggilan permaisuri kpd raja; ~

mahkota raja yg merdeka.

aji II Jw harga, nilai.

aji III Jw hikmat, mantera (yg menyebabkan sakit dll).

aji IV Tr, Kl permainan dam: lepas main ~, kamu kena beli keropok lekor.

aji-aji sj ikan laut, Seriolina nigrafasciata.54

ajir Ar orang upahan, buruh.

ajnabi Ar lelaki (bukan saudara dekat) yg sah dikahwinkan dgn seseorang

perempuan.

ajnas Ar (jamak bagi jenis) macam-macam.

ajrih Jw hormat, (rasa) segan: kota kecil itu dipandang dgn penuh ~.

aju; mengajukan 1. mengemukakan (usul, permintaan, sanggahan, dll),

memajukan: dia ~ pertanyaan itu dgn kata-kata yg manis; 2.

membawa ke hadapan (pasukan dll), memajukan: ~ pasukan

cadangan;

ajuan sesuatu yg diajukan, anjuran, syor, usul, cadangan;

pengajuan perihal (perbuatan) mengajukan: ini hanya mungkin

diterima dgn baik melalui ~ istilah yg betul dan tepat; ? maju.

ajuk I; mengajuk memperolok-olok atau mengejek (dgn meniru cakap

atau tingkah laku seseorang): ia menjerit-jerit menurut caranya

sendiri yg tidak dapat diajuk orang; tidak baik ~ orang tempang

berjalan;

ajukan perihal mengajuk, ejekan.

ajuk II; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh

diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati

(perasaan, fikiran): dlm mengkaji inilah terkeluar kata-kata ~, duga

menduga;

ajukan dugaan, ujian, terkaan;

keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~,

dangkal sudah keseberangan prb telah diketahui benar isi hatinya.

ajun I = terajun menyimpang (dr sasaran), sipi, terlambat (dr jadual dsb):

pekerjaan mereka sangat ~.

ajun II Mn; mengajun bercadang, bermaksud; 55

belum diajun telah bertarung prb belum dimulai sudah mendapat

rintangan; muda diajun, kikir diperbuat prb disebut bkn orang yg

mahu bersuka-suka, tetapi tidak mahu merugi utk bersuka-suka itu.

ajung I jong, perahu Cina;

bak ~ berat sebelah prb dikatakan terhadap pertimbangan atau

keputusan yg tidak adil; dr ~ turun ke sampan prb mundur dlm

kedudukan.

ajung II IB pembantu: ~ inspektor.

ajutan pegawai tentera yg menolong panglima atau ketua angkatan tentera

dlm urusan-urusan pentadbiran.

a/k kep anak kpd: Ive ~ Rini.

ak kep anak: Abon ~ Jatim.

akad Ar janji, perjanjian; ~ jual beli perjanjian jual beli;

berakad mengikat perjanjian.

akademi 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu

pengetahuan (keahlian dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk

memajukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll).

akademia (akadémia) dunia atau kehidupan akademik: malanglah

andainya para ilmuan kita sampai kehilangan khalayak kerana

terlalu asyik menyendiri di dunia ~ menara gading mereka.

akademik (akadémik) 1. mengenai atau berkaitan dgn akademi (pusat

pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan

(yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan

penganalisaan yg ~.

akademikus (akadémikus) IB orang yg berpendidikan dr pusat pengajian

tinggi (lepasan universiti dsb).

akademis (akadémis) IB akademik: soal-soal ~; perbincangan ~.

akad nikah perjanjian dlm perkahwinan;56

mengakadnikahkan mengijabkabulkan, menikahkan: puteri itu

telah diakadnikahkan baginda dgn anakanda baginda.

akah (Pattani) sj penyu.

akaid Ar (jamak bagi akidah) rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan

yg diyakini; ilmu ~ pengetahuan tentang ajaran (kepercayaan).

akak bp kakak: tentu ~ sudah cukup mengkaji buruk baiknya.

akal 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar;

menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam

ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja;

~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg

licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain;~ geladak tipu

muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu

hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga

jengkal berasa diri kurang drpd orang lain;

~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah

dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb

tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai

balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah

menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian

ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai;

akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak

hendak pergi ke sekolah;

seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap

tenaga dan fikiran;

berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai

mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~;

mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu:

diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu,

memperdaya: tidak baik ~ cikgu;57

mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya);

terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~?

akan 1. bagi, buat, pada, untuk: beli buku ~ daku; 2. utk menyatakan

sesuatu kemungkinan (hendak terjadi sesuatu), utk menyatakan

jangkaan tentang sesuatu (kejadian, perlakuan, perkembangan, dll),

dijangkakan: Perdana Menteri ~ tiba pd pukul 10.00 pagi; penyakit

itu ~ merebak jika penduduk-penduduk di daerah itu tidak disuntik

segera; hari ~ hujan; 3. kata sendi yg menghubungkan kata kerja

tak transitif dgn frasa nama (kadang-kadang dipendekkan menjadi

kan): lupa ~ orang tua; tidak sedar ~ dirinya; 4. adapun, perihal,

mengenai, tentang: ~ sekarang anak kita pun sudah besarlah; ~

harta peninggalan ayahnya itu …;

akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan (pd rupa, sifat, dll):

wajahnya ~ wajah arwah datuk saya; barangkali dia bukan anak

raja, tidak ada ~ langsung dgn Seri Negeri;

seakan-akan sama benar, seolah-olah, seperti: pemilihan pengerusi

itu ~ pemilihan presiden suatu negara;

mengakan ark bermaksud (hendak), mengarah: ~ utk mencapai

sesuatu tujuan;

mengakankan ark memisalkan, mengumpamakan;

keakanan waktu yg akan datang.

akang kakang, abang, kakak.

akantus sj tumbuhan herba atau renek drpd genus Acanthus yg banyak

dijadikan tanaman hiasan, daunnya besar berduri dan bunganya

berwarna putih atau keungu-unguan.

akapnia (Ubat) kekurangan karbon dioksida di dlm darah atau tisu badan.

akar I 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazimnya tumbuh ke dlm tanah;

jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menengah, ~

serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar 58

akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg

menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua

atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd

huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis ?4 = 2; 3? 125 = 5;

5?243 = 3;

~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar

pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok

beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt

pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg

tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg

halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu

rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong

akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd

dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~

tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke

dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di

atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik);

~ umbi a) akar tunjang; b) keseluruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya

membezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan

Melayu; membongkar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya

sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd

sesebuah gerakan atau pertubuhan politik;

~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd

perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~

lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau

sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb

orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau

pandai mencencang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pandai, dgn

satu tindakan sahaja dapat mengalahkan semua orang lain; tiada 59

rotan ~ pun berguna prb sementara belum ada yg lebih baik

bolehlah dipakai yg ada dahulu;

berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu

sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah

berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian

sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap

dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd

(sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori

beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi

peribumi;

berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul,

bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu

perlu dikikis;

mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian,

pegangan, dll): kecenderungan ini semakin ~ dlm masyarakat.

akar II; ~ asam riang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar

kerayung, Vitis hastata; ~ gasing putih sj tumbuhan (pokok

memanjat), gasing-gasing, Pericamphylus glaucus (incanus); ~

sekentut sj tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut,

kesimbukan, Paederia foetida.

Akar III ? Agar II.

akarat Ar tanah yg dimiliki.

akas I pantas, cekatan, pandai, tangkas: ~ bernyanyi; ~ menari.

akas II (Sanskrit) ? angkasa.

akas III Ar kebalikan, lawannya; balik ~ a) terbalik; b) Kd hidup kembali.

akasa ? angkasa.

akasia sj pokok renek yg mempunyai bunga kecil berwarna kuning atau

putih, biasanya terdapat di negara beriklim panas.60

akaun 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai

urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman

perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku

kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala

urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau

penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg

berkaitan dengannya;

~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus

niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~

beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah

mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~

bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn

masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~

lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk

mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun

pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh

matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan

akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah

organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~

penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh

dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau

dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~

semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat

dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg dibuka di bank

perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi

faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun

yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan

kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan 61

untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi

satu tempoh perakaunan;

perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~.

akauntabiliti keadaan apabila seseorang perlu menjelaskan sesuatu

perkara yg dipertanggungjawabkan kepadanya, kebertanggung

jawaban: mereka yg mempunyai kepakaran perlu diberi kebebasan

mengkritik keputusan mahkamah utk memastikan ~ institusi

kehakiman.

akauntan orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan

dll) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi,

dll) dan bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai

kedudukan kewangan tersebut dr semasa ke semasa;

~ awam a) akauntan yg memberikan perkhidmatan profesional kpd

orang awam; b) akauntan yg menjadi ahli sesebuah badan atau

institut akauntan awam; ~ berkanun akauntan terlatih yg menjadi

ahli persatuan akauntan profesional bertauliah; ~ kos akauntan yg

mengendalikan dan menyimpan segala rekod yg berkaitan dgn kos

dan perbelanjaan sesuatu perniagaan.

akbar Ar maha besar, terbesar; Allahu~ Allah yg Maha Besar.

aken (akén) (Bio) buah kering yg tidak pecah semasa matang, berbiji

tunggal dan mempunyai kulit biji yg boleh tercerai drpd

perikarpanya, mis buah bunga matahari, salad dan strawberi.

akhbar 1. Ar (jamak bagi khabar) berita, warta; 2. surat khabar, harian; ~

tempatan surat khabar yg diterbitkan di dlm negeri atau wilayah

tempat ia diedarkan.

akhdar Ar hijau.

akhiar Ar lebih baik.

akhir 1. kemudian sekali, penghabisan: perkataan itu terdapat pd baris ~

halaman itu; ikhtiarnya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ 62

minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~

musim penghujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b)

penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian,

terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg

diadakan terkemudian sekali (sbg penamat): pertandingan ~;

akhirnya 1. = ~ kelak = akhir-akhirnya kesudahannya; 2. yg

belakang sekali, belakang, kemudian (lwn awal): dia merenungi

pusaran hidupnya yg sukar dicari titik awal dan ~; pd akhir

akhirnya ini kebelakangan ini; ~ kelaknya sl akhir-akhirnya;

akhir-akhir kebelakangan; ~ ini pd waktu kebelakangan ini;

berakhir 1. habis, selesai, tamat, habis tempohnya: mesyuarat telah

~; 2. = ~ dgn = berakhirkan berkesudahan dgn: pesta itu ~ dgn

perkelahian;

mengakhiri menghabisi, menyudahi, menamatkan: dia ~ pidatonya

dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang

maghribnya dgn doa yg panjang;

mengakhirkan 1. menempatkan (menaruh) di belakang,

mengemudiankan: dia ~ adiknya; 2. mengundurkan (waktu dll): ~

jam;

terakhir paling akhir, di belakang sekali, kemudian sekali:

barangkali ini nasihat ~ sebelum ia meninggal;

akhiran penambahan atau imbuhan pd akhir sesuatu perkataan (mis

an, i, kan pd perkataan spt tumbuhan, mengasihi, mendalamkan,

dll);

berakhiran mempunyai akhiran;

keakhiran kesudahan, penghabisan: ia sudah berada di titik ~

hidupnya;

keterakhiran perihal paling kemudian atau terkemudian:

keterdahuluan dan ~ adanya alam;63

pengakhiran perihal mengakhiri atau mengakhirkan, penyudahan:

~ mesyuarat;

pengakhir sesuatu yg mengakhiri (menamatkan), penamat: tetapi

anda di Amerika Syarikat berpendapat yg ini ~ kerja.

akhirat Ar alam tempat kita berada sesudah kita mati, alam yg kekal

(sesudah hari kiamat), alam yg baqa; dunia ~ a) dunia dan akhirat;

  1. b) (utk) selama-lamanya: minta maaf dunia ~;

keakhiratan segala sesuatu yg berkaitan dgn akhirat.

akhirulkalam Ar sbg penutup, akhirnya (biasanya dipakai sbg penutup

surat, huraian, dll).

akhlak Ar (jamak bagi khuluk) budi pekerti, kelakuan, tabiat: anak itu

sudah rosak ~nya; ilmu ~ pengetahuan bkn kelakuan (tingkah laku)

manusia; pegawai ~ pegawai yg mengawasi anak-anak yg telah

melakukan kejahatan tetapi tidak dipenjarakan;

berakhlak mempunyai akhlak: kehidupan ~.

akhtaj Ar sl (orang yg) takluk.

akhwan Ar sl saudara-saudara; ikhwan.

aki I datuk, nenek: tok ~;

aki-aki orang laki-laki yg sudah tua.

aki II IB alat penghimpun elektrik (dipakai pd enjin motokar dll), bateri.

akibat 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan

(yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~

peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg

disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan

(didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~

minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir;

akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau

terus berkelakuan begini? 64

berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn

kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain;

mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya

atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): serangan

serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan

terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan.

akidah Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

akik I = batu ~ sj batu berwarna yg biasanya dijadikan permata cincin; ~

disangka batu prb terhina orang kerana salah sangka.

akik II perkakas tenun.

akikah Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg

dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg

tanda kesyukuran kpd Allah;

berakikah; hari ~ hari ketika mengadakan akikah;

mengakikahkan; ~ anak mengadakan akikah utk anak.

akil Ar berakal, cerdik, pandai; ~ baligh cukup umur, dewasa (berdasarkan

pertimbangan agama Islam).

akit I Kl angkat.

akit II = ~ sulai sj tumbuhan (pokok), kelat lapis, membatu merah,

mengkirai, mensirah, titimah (rengga), Ilex cymosa.

aklamasi IB pernyataan menyetujui sesuatu usul dsb dgn bersuara sahaja

atau secara lisan (tidak dgn mengundi).

akliah Ar bkn akal fikiran (bukan perasaan): Mumford masih yakin dgn

kemampuan ~ dan kebijaksanaan manusia; sebuah autobiografi yg

menerangkan pengalaman-pengalaman Imam al-Ghazali yg

terpenting dlm bidang ~ dan rohaniah.

aklimasi (Bio) penyesuaian (fisiologi dan tingkah laku) sesuatu organisma

terhadap perubahan sekitaran.

akmal Ar paling sempurna: Tuhan yg A~.65

akne (akné) (Ubat) sj penyakit kulit berupa bintik merah atau bengkak

bengkak kecil seakan-akan jerawat yg tumbuh pd muka dan leher,

biasanya di kalangan remaja.

akolia (Ubat) ketiadaan (kekurangan) rembesan hempedu.

akoluria (Ubat) ketiadaan pigmen hempedu di dlm air kencing.

akomodasi 1. tempat utk makan dan tidur (dlm perjalanan), penginapan;

  1. penyesuaian: pendekatan yg kerap dibincangkan dlm konteks

negara kita ialah asimilasi dan ~;

mengakomodasikan melakukan penyesuaian supaya sesuatu

selaras, secocok dsb dgn sesuatu keadaan (keperluan dsb): sbg

anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak utk

~ budaya ibunda dgn budaya tempatan yg lebih menonjol.

akordion sj alat muzik yg dimainkan dgn menekan-nekan bahagian

bahagiannya yg tertentu (dgn jari).

akrab I lebih dekat, karib: sahabat yg ~;

mengakrabkan mempererat, mengaribkan (persahabatan);

keakraban perhubungan atau pertalian yg sangat erat, perhubungan

(pertalian) yg akrab atau karib: mereka masyarakat yg sedang

kehilangan ~ dgn kesenian rakyat mereka yg tradisional; panggilan

itu kedengaran agak lembut dan penuh tanda ~.

akrab II Ar bintang kala (rasi, gugusan bintang).

akreditasi (akréditasi) proses kawalan kualiti secara luaran terhadap

kursus pengajian dlm sesebuah institusi pendidikan bagi menjamin

dan meningkatkan kualiti: proses ~ ini mampu membawa perubahan

kpd institusi pengajian tinggi di negara ini; Lembaga A~ Negara;

mengakreditasi memberikan akreditasi kpd sesebuah institusi dsb:

usaha yg rapi sedang dibuat utk ~ beberapa buah IPTS yg sedia

ada.66

akrilik 1. bkn bahan, pakaian, atau gebar yg dibuat melalui proses kimia;

  1. sj cat yg digunakan oleh pelukis.

akrobat orang yg membuat pertunjukan gerak badan dsb (di sarkas dll) yg

memerlukan ketangkasan dan kemahiran (spt membuat lompatan

lompatan yg sukar, berayun di kayu buaian yg tinggi, berjalan di atas

tali yg direntangkan, dll).

akrobatik gerakan badan spt yg dapat dilakukan oleh akrobat: penjaga gol

Jordan itu terpaksa melakukan ~ dlm usaha menyelamatkan pintu

golnya.

akrofobia (Psi) perasaan takut yg amat sangat apabila berada di tempat yg

tinggi.

akronim kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama

atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu

perkataan (mis RISDA, MARA);

mengakronimkan menjadikan bentuk akronim;

pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim.

akru; terakru 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit

(bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu

dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apa-apa

hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd orang itu.

aksam Ar sumpah.

aksara 1. huruf; 2. (Komp) huruf, angka, dll yg dapat dilambangkan dgn

kod komputer.

aksen (aksén) (Lin) 1. tekanan suara (bunyi) pd kata atau suku kata; 2. cara

seseorang dr sesebuah daerah (negeri dsb) menyebut kata-kata,

loghat, pelat, telor; 3. tanda diakritik;

mengaksenkan menyebut sesuatu kata atau suku kata dgn

menekankan suara: suku kata yg diaksenkan;67

pengaksenan perihal atau perbuatan mengaksenkan: ~ sesuatu kata

atau suku kata.

aksentologi (akséntologi) kajian secara sistematik tentang tekanan bunyi

suara.

aksep (aksép) IB surat pengakuan hutang.

akses (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh,

menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: pengguna

akan diberi ~ internet secara automatik; pemohon dipercayai

mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati

seseorang: ahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kpd anggota

masyarakat kelas atas;

mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail

komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan

pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah

murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar.

aksesori (aksésori) 1. bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat

dll (bukan sesuatu yg perlu ada padanya): ~ kereta; 2. barang yg

melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, spt beg tangan,

kasut, rantai, dsb.

aksi 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan

gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan

bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3.

tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak:

ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg

menampakkan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak,

suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya;

beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan

keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak,

bertingkah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, 68

hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak

menolong.

aksiom pernyataan yg diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata

drpd pengalaman sbg suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi

sesuatu huraian.

akta 1. undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); 2.

surat sijil: ~ guru; 3. surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan

rasmi atau badan pemerintah: ~ notaris; ~ syarikat undang-undang

yg mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan

pembubaran syarikat;

mengaktakan menjadikan sbg akta (undang-undang): perkara itu

perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan.

aktentas IB beg tempat surat-surat; importir ~ ki pengimport yg tidak

sungguh-sungguh (mencari keuntungan dgn menjual lesen import).

aktif 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan

politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek

ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya

melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing);

mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~

kembali parti yg hampir mati;

keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana

~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;

pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan.

aktinium (Kim) sj unsur logam berwarna putih perak, bersifat radioaktif.

aktinoterapi (aktinotérapi) (Ubat) perawatan pesakit dgn menggunakan

sinaran cahaya.

aktivis orang yg melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan atau perjuangan

secara aktif dan agresif: dua puluh tahun bukanlah waktu yg pendek 69

bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yg menjadi ~ gerakan

kemerdekaan semenjak usia muda.

aktivisme amalan yg berteraskan tindakan kekerasan utk mencapai tujuan

politik.

aktivitet (aktivitét) IB aktiviti.

aktiviti kegiatan: pegawai daerah ini giat dlm ~ sosial, sukan dan budaya;

beraktiviti melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan.

aktor 1. pelakon lelaki yg membintangi sesuatu filem (televisyen, radio);

  1. orang yg berperanan dlm sesuatu kejadian, pelaku.

aktres (aktrés) pelakon wanita yg membintangi sesuatu filem (televisyen,

radio).

aktual yg sebenarnya: bagaimanapun keperluan itu ialah sesuatu yg

berpotensi, belum lagi sesuatu yg ~.

aktuari orang yg pakar memperhitungkan risiko (premium polisi insurans,

bayaran dividen, kadar anuiti, dll) utk sesebuah syarikat insurans.

aktuil IB sedang menarik perhatian orang banyak, baru, hangat (berita dll):

pokok perbincangan yg ~.

aku kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau

di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar

terhadap orang yg perlu dihormati);

beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); ~ berengkau

memakai kata aku dan engkau;

beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau

berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang

asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;

mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar

(bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya

mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa

dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: 70

siapa yg ~ biayanya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak;

~ bapak; ~ hartanya; 5. membanggakan (memegahkan) diri: di

mana-mana, ia ~ saja;

mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala

kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada

(berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3.

menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4.

memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin;

memperakui mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan

diperakui oleh undang-undang;

memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta

menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2.

mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~

beberapa buah buku utk diterjemahkan;

teraku diakui: mazhab Hanafi merupakan salah satu drpd empat

mazhab yg ~ dlm agama Islam;

akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan

majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong

pawang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang

yg mujarab ubat atau manteranya);

keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri:

kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;

perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg

diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan,

diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat

perhatian kerajaan;

pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau

mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan

kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya 71

pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang

berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat

pengesahan.

akua (Kim) bkn air atau larutan akueus.

akuafobia perasaan takut yg keterlaluan terhadap air spt laut, sungai dsb.

akuakultur penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik

haiwan mahupun tumbuhan) utk menjadi makanan manusia:

memberi tumpuan kpd pembangunan ~ spt ternakan kerang (ikan

dlm sangkar, udang dlm kolam dan kepah).

akualung alat bantu pernafasan mudah alih yg digunakan oleh penyelam

dsb.

akuamarin 1. sj batu permata yg berwarna hijau kebiru-biruan; 2. warna

hijau kebiru-biruan.

akuan Br, Sr mengaku.

akuanaut orang yg terlatih utk menyelam atau menjelajah di bawah air.

akua regia (Kim) campuran yg sangat mengakis dan terdiri drpd satu isi

padu asid nitrik pekat dgn empat isi padu asid hidroklorik pekat.

akuarel (akuarél) sj lukisan (catan) yg dihasilkan dgn cat air yg nipis dan

lut sinar.

akuarium 1. peti kaca tempat memelihara ikan; 2. bangunan tempat

mempamerkan ikan dan binatang-binatang lain yg hidup di dlm air

atau berhampiran dgn air (spt kura-kura, ular, dsb).

Akuarius lambang kesebelas dlm zodiak, yg berlambangkan orang sedang

menuang air.

akuatik (Bio) bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air:

tumbuhan ~ merupakan tumbuhan yg hidup dan membiak dlm air.

akuatin 1. teknik atau proses membuat goresan pd plat tembaga dgn

menggunakan asid nitrik; 2. gambar atau cetakan yg dihasilkan dgn

teknik (proses) ini.72

akueduk (akuéduk) (Kej) 1. paip besar atau terusan yg menyalurkan

bekalan air ke sesuatu tempat (bandar, kawasan perladangan dsb);

  1. binaan spt jambatan panjang yg merintangi lembah atau tanah

rendah utk menopang paip atau saluran air.

akueduktus (akuéduktus) (Bio) saluran yg menyalurkan bendalir tubuh di

dlm sesuatu organ atau struktur tubuh.

akueus (akuéus) (Kim) bkn sesuatu larutan yg pelarutnya air.

akuifer (Geo) bahagian bawah tanah yg terdiri drpd kerikil atau batu

berliang yg mengandungi air.

aku janji janji atau pengakuan yg menjadi asas utk melaksanakan sesuatu

tindakan (tugas, tanggungjawab, kewajiban dsb): mulai tahun

depan, ~ akan dikuatkuasakan ke atas seluruh kakitangan awam;

kementerian mengeluarkan surat ~ sbg syarat kelulusan sebelum

guru dibenarkan mengikuti PJJ;

mengaku janji membuat aku janji: seseorang yg ~ utk menjalankan

kerja pembinaan tanpa didaftarkan sbg kontraktor berdaftar

dianggap melakukan kesalahan.

akuk Mn penyakit ayam (yg menyebabkan ayam meringkuk atau

terlentok);

terakuk mengantuk;

terakuk-akuk terangguk-angguk (kerana tidur atau terlalu

mengantuk).

akuk-akuk pemetik senapang, picu.

akulturasi penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd

budaya lain: selagi satu kebudayaan bertembung dgn satu

kebudayaan yg lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan

berlaku;73

mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd

sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penonton

penontonnya.

akumen kebolehan memahami, menilai, dan memutuskan sesuatu dgn

cepat dan jelas, mis dlm soal perniagaan, kepintaran.

akumulator (Fiz) peranti yg menyimpan elektrik, yg terdiri drpd satu atau

lebih sel yg tersusun secara bersiri.

akupunktur suatu kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan

perubatan di negeri China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara

mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum:

seorang pesakit sedang menjalani rawatan ~.

akur I (ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dsb): saya tidak ~

engkau kahwin seorang lagi;

mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli

penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~

kehendak-kehendak Jepun;

mengakurkan 1. mencocokkan, menyesuaikan; 2. mendamaikan

(orang bertengkar dll);

keakuran persetujuan, persesuaian, kecocokan: saling mengerti

dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan.

akur II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah,

jelur kait, Illigera appendiculata.

akus (Sanskrit) kusa gajah, besi kuasa (Kd).

akustik 1. kajian saintifik tentang bunyi; 2. (Fiz) bkn bunyi atau deria

pendengaran.

akut bkn penyakit yg muncul dgn tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak

singkat tempohnya: leukemia ~.

akwal Ar (jamak bagi kaul) perkataan; afal dan ~ perbuatan dan perkataan.74

al Ar kata penentu (mendahului kata nama) yg bererti itu (terdapat pd

perkataan spt almarhum, alkisah, alhasil, albahri dan alalam).

Al simbol kimia bagi aluminium.

a/l kep anak lelaki (kpd): Maniam ~ Muniandy.

ala I ? alah IV.

ala II Ar atas, akan, kepada, pada; ~ kadarnya menurut kesanggupannya,

sekadarnya.

ala III Ar tinggi;

terala sl termulia, tertinggi: barang lakunya ~ drpd raja-raja yg

lain.

ala IV (Perancis) secara, menurut gaya (yg dilakukan dsb oleh):

ketawanya, cakapnya, dan langkahnya ~ orang Inggeris; teknik

menyediakan kepingan kayu yg mengandungi huruf-huruf ini

dikenali sbg ‘percetakan ~ China’.

alabangka (Portugis) linggis, perejang.

alabaster sj batu putih yg digunakan utk membuat patung, barang hiasan

dsb.

ala carte (Perancis) hidangan masakan yg tersenarai pd menu, yg boleh

dipilih secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan pd harga yg

telah ditetapkan.

al-Adl (al-‘Adl) Ar Yang Maha Adil (satu drpd 99 nama Allah).

alaf Ar 1. seribu, alfu; 2. masa yg lamanya 1000 tahun, seribu tahun,

milenium; ~ baru tempoh masa selepas alaf terdahulu.

al-Afu (al-‘Afuw) Ar Yang Maha Pemaaf (satu drpd 99 nama Allah).

alah I kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang;

~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa

lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak

oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan

pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga 75

bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal

sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak

tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok

belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung

menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak

bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang

ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg

tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja;

beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian,

dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg

~ itu kalah;

beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri;

mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2.

menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya;

mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn

kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya;

teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan

tak ~ badai;

alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila

(sewaktu) berjudi;

kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan;

peralahan kemenangan, perampasan;

pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan.

alah II sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dll) hingga boleh

menimbulkan kesan yg tidak baik pd kesihatan seseorang: ~

terhadap penisilin;

alahan perihal alah, keadaan alah, alergi.

alah III; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat,

mengempang;76

alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2.

bendungan, empangan, tebat.

alah IV sr kata utk menyatakan kesal atau rasa tidak senang (menunjukkan

keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dll): ~ , menyusahkan

aku saja !; ~, janganlah begitu !; ~ mak !

al-Ahad Ar Yang Maha Tunggal (satu drpd 99 nama Allah).

alahai sr kata utk menyatakan rasa terkilan, kesal, dsb; ~, anak emak!

alai 1. sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, gedayung, kedaung, Parkia

javanica; 2. sj tumbuhan (pokok), batai, jemerelang, sena laut,

Peltophorum dasyrachis.

alai II; ~-balai; ? halai-balai.

alai III; ~-belai bujukan, cumbuan.

alai IV; mengalai Br menari, meronggeng.

alaihi Ar atasnya, padanya, baginya; iblis ~ laknat iblis yg dikutuki Tuhan,

laknat bagi iblis.

alaihissalam Ar damai atau kesejahteraan padanya (biasanya digunakan

atau disebutkan sesudah menyebut nama nabi, spt Sulaiman

alaihissalam, Daud alaihissalam, dll).

alaika Ar atasmu, padamu.

alaikum Ar atasmu, padamu, bagimu; ~ assalam, assalamu~ damai atau

kesejahteraan padamu (sekalian).

alak I Kl galakan (lembu berlaga);

mengalak menggalakkan, menggesa: kalau tidak dialak, kerja itu

tidak akan siap.

alak II Mn; sealak-alak sesedang-sedangnya, secukupnya.

al-Akhir Ar Yang Akhir dan Tiada Kesudahan (satu drpd 99 nama Allah).

alakulihal Ar dlm segala hal, dlm hal apa pun: ~ , para nabi mempunyai

ilmu yg luas sekali.

alala sj lagu rakyat Sepanyol.77

alalbahalal, alalbihalal ? halalbihalal.

alalia ketidakupayaan bertutur yg berpunca drpd kerosakan pd alat

artikulasi luaran (bukan pd sistem saraf pusat).

al-Alim (al-‘Alim) Ar Yang Maha Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah).

al-Ali (al-‘Ali) Ar Yang Maha Tinggi (Luhur) (satu drpd 99 nama Allah).

alam I 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~

bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala

yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga

yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a)

pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt

keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi;

  1. b) Id fizik; lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang

atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak;

~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan

(minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~

persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan

mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg

kuat dialah yg berkuasa;

~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh

alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~

fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran

(cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam

tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam;

lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat

malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi;

sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia;

kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia

terhadap ~ negeri itu besar.78

alam II; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan,

perubahan, dll), menanggung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita

telah ~ kesulitan ekonomi;

pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu

telah banyak ~nya;

berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya

ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran.

alam III bendera, panji-panji.

alamak sr alah mak.

alamang sj pedang; ? lamang.

alamar ark; penguasa ~ pemegang kekuasaan memerintah; ? amar I.

alamas ark intan.

alamat 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa

sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda,

pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu

~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia

menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor

rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat

tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah

dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod

pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan

ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku

dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa,

menandakan, menunjukkan: burung berkicau ~ hari nak siang;

~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah);

alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan

perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan

bersama;79

beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda):

mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2.

mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata

bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai

atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul

surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem;

mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat;

mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda

bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang;

  1. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan.

alamatulhayat Ar tanda hidup (berupa surat, cenderamata dll).

alamiah bersifat semula jadi, natural: undang-undang ~ yg tidak bertulis.

al–Amin Ar gelaran yg diberikan kpd Nabi Muhammad SAW kerana

sifatnya yg amanah serta boleh dipercayai: kerana sifatnya yg amat

jujur, Nabi Muhammad SAW telah diberi gelaran ~.

alamin Ar (jamak bagi alam) alam ghaib dan alam syahadah; ?

Rabbulalamin.

alan sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, Shorea albida; ~

batu sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan, kayu kumai,

papan panel, dll), empenit, meraka, meraka alan, sengawang,

seriagawan, Shorea sp.; ~ bunga sj tumbuhan (pokok yg kayunya

dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dll), meranti bunga,

Shorea sp.

alan-alan pelawak, badut.

alang I 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga; 2. tidak terlalu besar

(tua dll) dan tidak pula terlalu kecil (muda dll), sedang, sederhana,

tanggung(-tanggung); keris ~ keris yg sedang atau sederhana

panjangnya; saudara yg ~ saudara yg bukan bongsu dan bukan

sulung; 3. sedikit, kurang: masalah tersebut memakan masa dan 80

tenaga yg bukan ~; ~ kepalang sedikit, tidak cukup, tanggung(-

tanggung); bukan ~ kepalang bukan sedikit, sangat, terlampau;

alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguh

sungguh, setengah hati: bekerja ~; 2. sedikit, kurang: bukan ~ bukan

sedikit, terlalu, sangat;

~ berminyak biar licin = ~ mandi biar basah = ~ berdakwat biar

hitam prb kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan; ~

menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan prb kalau sudah

terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya;

alangkah 1. kata yg melahirkan rasa kagum, hairan, dsb: ~

cantiknya bunga-bungaan di taman itu; 2. betapa: ~ (baik buruk,

besar, kecil, dll).

alang II 1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu

yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding):

supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3.

dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah;

~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd

jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka

papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat

berjalan).

alang III = alangan ark hadiah, pemberian; ~ berjawab, tepuk berbalas

prb kebaikan dibalas dgn kebaikan, kejahatan dgn kejahatan pula.

alang-alang Jw sj rumput yg tinggi, lalang.

alap I Sl sopan, santun: lemah lembut ~ santun.

alap II; mengalap Kd, Jw mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan

dgn galah yg memakai pisau atau kait di hujungnya.

alap-alap Jw 1. helang belalang, burung rajawali; 2. ki pencuri, penyeluk

poket; ~ sepeda pencuri basikal.81

alaqah Ar 1. darah beku yg membesar menjadi janin (bakal bayi, bakal

manusia, lembaga); 2. hati kecil: dizahirkannya kpd ~nya di dlm

hatinya.

alar anak sahaya hutang-hutangan, anak hamba.

alarem IB tanda bahaya.

alas I 1. sesuatu yg menjadi lapik tempat meletakkan sesuatu yg lain,

tempat berdiri sesuatu, asas, dasar; ~ cawan tempat diletakkan

cawan, piring; ~ tiang asas tempat berdirinya tiang; 2. kain dsb yg

digunakan utk menutup sesuatu (spt meja dll), lapik, tutup; ~ bantal

sesuatu yg ditaruh di atas bantal (jikalau tidak bersarung); 3. (Kej)

bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau

yg memegang gandar yg berpusing;

~ baju lapik baju; ~ cap ark wang yg harus dibayar kpd pegawai

Sultan yg membuat naskhah; ~ kaki sesuatu (spt tikar atau bangku)

tempat meletakkan kaki (sewaktu sedang duduk di kerusi dsb); ~

kata ki kata pendahuluan; ~ kubur orang yg memikul kesalahan

orang lain; ~ meja lapik meja, kain penutup meja; ~ muatan tolak

bara (pemberat sbg pengimbang) di bawah muatan perahu; ~ perut

makan pagi, sarapan sekadar menghilangkan rasa lapar; ~ peti tutup

peti; ~ rumah ark asas rumah (dasar rumah); ~ ternang bokor tempat

diletakkan bekas air (spt teko dll); jadi ~ cakap utk sagu hati kerana

jasa yg telah disumbangkan;

beralas 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja–meja itu

belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb),

berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati

menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan;

beralaskan 1. mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg alas,

berlapik: meja yg ~ kain putih; mangkuk yg ~ piring kuih; 2.82

mempunyai (menggunakan dll) sbg asas, atas asas atau dasar,

berasaskan: ia ditangkap ~ bukti-bukti yg nyata;

mengalas, mengalasi memberi beralas, memberi berlapik, berlaku

sbg alas (lapik) kpd: ia berbaring dan tangannya ~ tengkuknya; ~

perut makan pagi; dialas bagai memengat prb apabila bercakap

hendaknya setelah difikirkan terlebih dahulu;

mengalaskan 1. menjadikan (meletakkan sbg) alas: ~ sehelai tikar

di bawah meja; 2. mengasaskan (mendasarkan) pd: ~ tuduhan

tuduhan pd cakap orang sahaja;

alasan 1. asas, dasar: kepentingan bersama adalah ~ utk

menubuhkan suatu parti; 2. sesuatu (bukti, keterangan, dll) yg

dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu (tindakan, pendapat, dll),

sebab: apa ~ ia bertindak demikian?; jawatankuasa itu mempunyai

~ utk membuat keputusan itu; 3. yg dijadikan sbg alas: jalankan

jentera di tengah-tengah kayu ~;

beralasan mempunyai alasan, ada asasnya, berdasarkan alasan,

berasas: ia tersenyum, kerana leteran emaknya itu ~ kesihatan;

tuduhan-tuduhan yg tidak ~.

alas II Jw hutan: ~ yg sunyi.

alas III; pengalasan Jw ark segolongan tertentu pegawai istana, pesuruh

istana.

alat I 1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat

(mengerjakan, menghasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu

memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi;

  1. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai sesuatu

maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll): dia

dianggap orang ~ penjajah; kemudahan dsb yg boleh dijadikan ~

utk menjayakan rancangan; 3. bahagian tubuh manusia atau haiwan

atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg mengerjakan sesuatu, organ; 83

~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi

yg berirama (utk dimainkan lagu); ~ ganti alat utk menggantikan

sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd

mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~

kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah kelengkapan upacara raja-raja;

~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan kekuasaan

negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau binatang utk

melakukan hubungan jenis; ~ kelengkapan segala alat yg

kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi

sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan

bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~

pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang; ~

perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg dipakai

oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barang-barang yg

digunakan utk menambah kecantikan (terutamanya wajah seseorang

perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg dipakai tukang

kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis pensel, pen, kertas,

dakwat, dsb;

beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat;

mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat

(senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera;

mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat;

memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk

mencapai sesuatu tujuan): ~ orang utk mencapai maksudnya;

alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya

biliknya ditambahi ~ dan perhiasan.

alat II Mn jamuan, perjamuan; acang-acang ~ orang yg mengatur jamuan;84

beralat mengadakan upacara adat (perkahwinan, perjamuan, dll),

mengadakan jamuan (utk), berjamu: ia hendak ~ mengahwinkan

anaknya;

memperalatkan mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan:

tidak sedikit dikeluarkan wang utk ~ anaknya;

peralatan perjamuan, upacara adat: ~ kahwin.

alau; burung ~ sj enggang.

al–Awwal Ar Yang Awal dan Tiada Permulaan (satu drpd 99 nama Allah.

al–Azim (al-‘Azim) Ar Yang Maha Agung (satu drpd 99 nama Allah).

al–Aziz (al-‘Aziz) Ar Yang Maha Berkuasa dan Perkasa (satu drpd 99

nama Allah).

al–Badik (al-Badi‘) Ar Yang Maha Menciptakan Sesuatu yg sebelumnya

tiada (satu drpd 99 nama Allah).

al–bai bithaman ajil konsep perbankan Islam yg merujuk kpd penjualan

barang dgn bayaran yg tertangguh.

al-Bais (al-Ba‘ith) Ar Yang Membangkitkan Manusia (satu drpd 99 nama

Allah).

alban ? leban I.

al–Baqi Ar Yang Berkekalan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Bar (al-Barr) Ar Yang Menjadi Sumber Kebaikan (satu drpd 99 nama

Allah).

al–Barik Ar Yang Maha Pencipta Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al–Basir Ar Yang Maha Melihat (satu drpd 99 nama Allah).

al-Basit Ar Yang Maha Melapangkan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Batin Ar Yang Menyembunyikan Kewujudan (satu drpd 99 nama

Allah).

albatros sj burung laut drpd genus Dionedea dan Phobetria yg berwarna

putih, besar dan bersayap panjang yg banyak terdapat di persisiran

pantai Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.85

albedo (albédo) (Fiz) nisbah antara cahaya yg dipantulkan ke semua arah

dgn cahaya yg jatuh ke atas suatu planet atau satelit.

albino (Bio) organisma (terutamanya manusia dan haiwan) yg kekurangan

pigmen pd rambut (bulu) dan kulit, yg mengakibatkan bahagian yg

berkenaan kelihatan luar biasa putih.

albion (tanah) Inggeris.

album 1. buku tempat menaruh gambar-gambar (setem dll): ~ yg

mengandungi gambar-gambar pd hari perkahwinannya; 2. piring

hitam yg mengandungi beberapa buah lagu: penyanyi yg telah

berjaya menghasilkan beberapa buah ~.

albumen (albumén) (Bio) putih telur.

albumin kumpulan protein ringkas yg larut dlm air yg terdapat dlm putih

telur, plasma darah, dll.

al-Dar (ad-Darr) Ar Yang Mendatangkan Kemudaratan (satu drpd 99

nama Allah).

aldehid (aldéhid) (Kim) kumpulan sebatian organik yg mempunyai radikal

-CHO (mis formaldehid dan asetaldehid).

al-Din Ar cara hidup yg diredai Allah: pelbagai pihak mengambil

kesempatan sempena Ramadan al-mubarak utk menganjurkan

pelbagai aktiviti bagi merealisasikan Islam sbg ~.

aleban ? leban I.

alegori (alégori) sesuatu karya (cerita, puisi dsb) yg menggunakan watak,

peristiwa dll sbg lambang utk menerangkan (menyampaikan)

sesuatu yg lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah ~ yg

dipilih utk dibicarakan sbg satu pengenalan kpd karya sufi;

mengalegorikan mengubah sesuatu karya (cerita dsb) menjadi

alegori, mengubah sesuatu dlm bentuk alegori.

alegreto (alégréto) (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg agak cepat

dan rancak (lebih perlahan sedikit drpd alegro).86

alegro (alégro) (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg cepat dan rancak.

aleja (aléja) ? leja.

aleksia (aléksia) (Ubat) keadaan tidak berupaya membaca atau memahami

bahasa bertulis akibat kecederaan atau kecacatan semula jadi pd

bahagian tertentu otak.

alem Jk; mengalem, ngalem memuji-muji, memanjakan;

aleman manja.

alergen (Ubat) bahan protein atau bukan protein yg boleh menyebabkan

alahan.

alergenik (Ubat) berkaitan dgn alergen.

alergi keadaan sensitif terhadap sesuatu (makanan, ubat, dll) sehingga

boleh menimbulkan kesan atau perkembangan yg tidak baik pd

kesihatan, alahan.

alfa I ? alfu.

alfa II huruf pertama dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol ?, ?.

alfabet (alfabét) bp abjad.

alfabetologi (alfabétologi) kajian tentang tulisan abjad.

al-Fatihah Ar surah pertama (bab pertama) dlm al-Quran.

al-Fattah Ar Yang Maha Pembuka (satu drpd 99 nama Allah).

al-Fadil Ar panggilan hormat bagi orang yg mempunyai ketinggian atau

kelebihan ilmu dlm bidang agama: ~ Ustaz Ali.

alfalfa sj tumbuhan yg digunakan sbg makanan utk haiwan ternakan,

sayur-sayuran dll, Medicago sativa.

alferes (alférés) ? alperes I.

alfiah bandar di pantai selatan India; kopiah ~ sj kopiah yg tinggi.

alfu Ar seribu; ~ lailah wa lailah seribu satu malam; alaf.

alga kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri drpd satu sel atau

berbilang sel), kebanyakannya hidup di dlm air dan tumbuhan ini

penting dlm rangkaian makanan (mis rumpai laut).87

algebra (algébra) cabang matematik yg menggunakan huruf-huruf dan

tanda-tanda (lambang-lambang) sbg mewakili angka atau kuantiti.

al-Ghaffar Ar Yang Maha Mengampuni (satu drpd 99 nama Allah).

al-Ghafur Ar Yang Maha Sedia Mengampuni (satu drpd 99 nama Allah).

al-Ghani Ar Yang Maha Kaya dan Tidak Memerlukan Sesuatu Apa pun

(satu drpd 99 nama Allah).

algisid bahan kimia utk menghapuskan atau membunuh alga, racun alga.

algoja ? algojo.

algojo (Portugis) 1. orang yg menjalankan hukuman mati, pelebaya,

pertanda; 2. ki orang yg bengis dan kejam.

algologi kajian tentang alga, termasuklah aspek morfologi, anatomi,

proses pertumbuhan dan ekologinya.

algoritma 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti

utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan

profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg

menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian

masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg ditentukan

utk mencapai matlamat atau objektif.

al-Hadi Ar Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya (satu drpd 99

nama Allah).

al-Hafiz Ar Yang Maha Memelihara (satu drpd 99 nama Allah).

al-Hai Ar Yang Maha Hidup (satu drpd 99 nama Allah).

al-haj haji: Tunku Abdul Rahman Putra ~.

al-Hakam Ar Yang Maha Menentukan Hukuman (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Hakim Ar Yang Maha Bijaksana (satu drpd 99 nama Allah).

al-Halim Ar Yang Maha Penyantun dan Penyabar (satu drpd 99 nama

Allah).88

alhamdulillah Ar 1. segala pujian bagi Allah; 2. ungkapan menandakan

rasa syukur: ~, kita telah mendapat kemerdekaan.

al-Hamid Ar Yang Maha Layak Menerima Pujian (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Haq (al-Haqq) Ar Yang Maha Benar (satu drpd 99 nama Allah).

al-Hasib Ar Yang Maha Menghitung Amalan Makhluk (satu drpd 99

nama Allah).

alhasil Ar kesudahannya, hasilnya, akhirnya: ~, dia sendiri juga yg

menanggungnya; ~ simposium itu tidak dapat mencatatkan apa-apa

yg bernas kecuali salah seorang peserta bangun dan membetulkan

beberapa fakta; ? hasil.

ali I Ar tinggi;

mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian.

ali II; gula ~ gulali, sj penganan.

ali-ali humban tali, tali pelontar batu; anak ~ = batu ~ batu yg dilontarkan

dgn ali-ali; membuang ~ melontar batu dgn ali-ali;

mengali-ali membuang batu dgn menggunakan ali-ali.

alias 1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg

mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2.

(Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm

sistem komputer.

ali baba cara perusahaan yg memakai nama Melayu atau kelihatan saja

dimiliki atau diuruskan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya

kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yg

lain: yg mendapat keuntungan ialah orang asing melalui cara ~;

mengalibabakan menjual hak-hak yg khas bagi orang Melayu kpd

orang Cina atau bangsa asing yg lain: ada orang Melayu yg ~ hak

hak mereka.89

alibi bukti atau keterangan (bahawa seseorang yg dituduh itu) berada di

tempat lain ketika berlaku sesuatu perbuatan jenayah: ketika

dituduh, ia tidak mempunyai ~.

alif I 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu); 2. huruf pertama

abjad Jawi; tahun ~ tahun yg pertama drpd daur kecil atau windu;

~ gantung = ~ kecil alif utk pengganti tanda tasydid; ~ saksi alif yg

menyaksikan huruf a; tegak spt ~ tegak lurus; berbilang dr esa,

mengaji dr ~ prb mengerjakan sesuatu hendaknya dr permulaan

(menurut peraturan).

alif II Ar sahabat, teman.

alifatik (Kim) bkn sebatian organik yg molekulnya terdiri drpd atom-atom

karbon yg tersusun lurus atau bercabang.

alif-ba-ta abjad Arab.

aligator sj reptilia besar yg rupanya seakan-akan buaya, biasanya boleh

ditemui di tasik dan sungai di Amerika dan China.

alih pindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan

(mempercakapkan yg lain);

beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke

tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan

menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg

lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~

dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan,

tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu;

perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar,

berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim

bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu

hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman);

~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke

tempat lain utk meluaskan pandangan atau pengalaman dsb; ~ 90

haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari menjadi petang; ~ musim

berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~ rumah

berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki menurut

perintah perempuan;

mengalih 1. = mengalihkan mengubahkan duduk (letak dsb)

sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan

menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah,

menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha

mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah;

~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama

mengganti nama; ~ sila berpindah duduk;

~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke

ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang yg

hendak membalikkan perkataannya;

peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan

kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain

dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan pertukaran

kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn perubahan

keadaan hidup dll;

pengalihan perihal (perbuatan dsb) mengalihkan, pengubahan,

penggantian, pemindahan (kuasa dll).

alih-alih dgn tidak disangka-sangka, tetapi: katanya ia sakit, ~ saya

berjumpa dengannya di pasar.

alih bahasa pertukaran drpd satu bahasa kpd bahasa yg lain,

penterjemahan;

mengalihbahasakan menterjemahkan.

al-ijarah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd persetujuan bahawa

bank sbg pemilik aset, memajakkan aset berkenaan kpd pelanggan 91

utk suatu tempoh tertentu, dgn bayaran sewa yg dipersetujui antara

kedua-dua belah pihak.

alik; berulang-~ berbolak-balik, pulang balik: kerjanya berulang-~ saja

antara Kuala Lumpur dan Singapura; ? ulang-alik.

alim I 1. mempunyai pengetahuan yg mendalam tentang agama Islam di

samping memiliki sifat warak, zuhud, dan takwa: meminta petunjuk

dan nasihat mengenai hukum agama drpd orang yg ~; ~ ulama

pakar-pakar agama Islam; 2. patuh kpd ajaran agama (Islam) serta

rajin beribadat, soleh: ayahnya seorang yg ~; 3. bp sangat baik sifat

dan akhlaknya (spt orang alim): nampaknya ~, rupanya orang

bangsat; ~-~ kucing pura-pura alim;

kealiman 1. perihal (sifat) mengetahui dgn mendalam mengenai

agama, perihal sungguh berpengetahuan (tentang agama); 2.

kepatuhan kpd ajaran agama (Islam) serta kesungguhan beribadat,

kesolehan; 3. bp kebaikan tingkah laku (sifat dan akhlak).

alim II sj damar yg dipakai utk ubat.

alimbubu Mn pusaran angin.

alimentari (aliméntari) bkn makanan yg terlibat dgn penghadaman dan

penghadamannya: salur ~.

alimiat zaman ketika manusia telah mengerti dan tahu, lwn zaman jahiliah.

alimoni (di kalangan suami isteri bukan Islam) bayaran saraan drpd suami

kpd isteri atau sebaliknya dlm masa kedua-duanya sudah bercerai

atau sudah berpisah tetapi belum bercerai secara sah.

alin; mengalin mengurut (memijit) badan orang sakit dgn memakai

tepung adunan kuning yg bercampur putih telur utk mengeluarkan

penyakit;

alinan pengalin;

pengalin benda utk mengalin: tepung ~. 92

alinea (alinéa) (Latin) baris baru pd tulisan, baris permulaan, paragraf

(perenggan).

aling I; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk

menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~

melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi);

tedeng ~ sesuatu yg dipakai utk menutup maksud (perbuatan) yg

kurang baik;

mengalingi menutup supaya jangan kelihatan: induk ayam itu ~

anaknya supaya jangan disambar helang.

aling II; ulang-~; ? ulang.

alip I; penyepit ~ penyepit yg digunakan oleh pandai atau tukang emas.

alip II; alip-alipan ark main cari-carian.

alir I; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik,

dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepalanya; 2.

bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata,

peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3.

bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga

elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara

lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain):

emas ~ ke luar negeri;

mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air

bendungan itu dapat ~ daerah yg luas;

mengalirkan

menyebabkan (menjadikan) mengalir,

menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke

sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menyebabkan bergerak (di air),

menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb),

mengarahkan;

aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air

sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau 93

masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain

dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik,

dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah

pindah; 4. haluan pemikiran (pendapat), mazhab (politik,

pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan)

falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~

zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita

ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn

kisah peperangan Kedah; 6. arah perkembangan, kecenderungan

atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam

puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg

khusus atau tertentu (bkn pembahagian atau pengelasan pelajar atau

pelajaran dsb): sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~

sains;~ tunai penerimaan dan pembayaran wang tunai;

beraliran berhaluan pendapat (politik, pandangan hidup dll): lunas

itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis;

pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran

(air, arus elektrik, dll); pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke

sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan;

pengalir sesuatu yg (digunakan utk) mengalirkan.

alir II sj pancing utk menangkap buaya; menahan ~ memasang tali alir;

mengalir menangkap buaya dgn tali alir.

alir III Mn licin (permukaan).

alis bulu yg berupa lengkung di atas mata, (bulu) kening; ~nya spt seraut

jatuh alis yg indah sekali (cantik bentuknya).

alit I celak;

mengalit membubuh alit (celak) pd, mencelak; ~ mata mencelak

mata; ~ bibir membubuh gincu pd bibir, memerahkan bibir;94

pengalit alat utk mengalit: bibir dibentuk dgn pensil ~ dan

seterusnya disapu gincu

alit II; tali ~ tali gasing.

alit III Jw ark kecil.

aliterasi (Lin) pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa

perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak)

spt derup derap.

aljabar Ar algebra.

al-Jabbar Ar Yang Maha Perkasa (satu drpd 99 nama Allah): Khalik ~;

Malik ~.

al-Jalil Ar Yang Maha Memiliki Sifat Keagungan Yang Tiada Pada

Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al-Jamik (al-Jami‘) Ar Yang Maha Penghimpun (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Kabir Ar Yang Maha Besar (Gah) (satu drpd 99 nama Allah).

al-kafalah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd jaminan satu pihak

bahawa satu pihak yg lain akan menunaikan kewajibannya.

alkah Ar ark ? alaqah.

alkali (Kim) bahan yg meneutralkan asid utk membentuk garam dan boleh

menukarkan kertas litmus merah menjadi biru;

beralkali berkaitan dgn, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali:

larutan ~; garam ~;

mengalkalikan menjadikan atau menyebabkan beralkali;

kealkalian darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali;

pengalkalian perihal (proses atau perbuatan) mengalkalikan.

alkalimeter (alkaliméter) alat utk mengukur kepekatan alkali dlm

larutan.

alkalimetri (alkalimétri) teknik pengukuran banyaknya kandungan alkali

atau bes dlm sesuatu larutan.95

alkaloid (Bio) sebatian semula jadi yg mengandungi nitrogen, yg biasanya

terdapat di dlm tumbuhan, dan digunakan dlm ubat-ubatan.

alkamar Ar bulan; ? kamar II.

alkana (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom

karbonnya mempunyai ikatan tunggal.

alkari ark batu lak, laka, lakri, malau gari (kari).

al-Karim Ar Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Kasyaf (al-Kasysyaf) Ar Yang Menyingkap Hijab (membuka rahsia

alam) (salah satu nama Allah).

alkatipa ark permaidani; ? katifah.

alkena (alkéna) (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom

atom karbonnya mempunyai satu ikatan ganda dua atau lebih.

alketip ? alkatipa, katifah.

al–Khabir Ar Yang Maha Sedia Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah).

al–Khafid Ar Yang Maha Merendahkan Darjat Seseorang (satu drpd 99

nama Allah).

al–Khaliq Ar Yang Maha Pencipta Sekalian Makhluk (satu drpd 99 nama

Allah).

alkimi Ar ilmu kimia.

alkimia ilmu kimia pd peringkat awal perkembangannya, yg merangkumi

tempoh di antara kurun 500 SM sehinggalah abad ke-17.

alkisah kata yg digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat

dan bermakna, kisahnya, ceritanya; ? kisah.

al-Kitab Ar al-Quran, Kitabullah.

alkohol 1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm

minuman keras dll); 2. minuman keras;

beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau

bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~.96

alkoholisme ketagihan minuman keras (alkohol).

alkoholometer (alkoholométer) alat utk mengukur tahap kandungan

alkohol dlm cecair.

alkoholuria (Ubat) kehadiran alkohol di dlm air kencing.

alkonya (Portugis) nama keluarga.

alku orang yg mencari pelacur utk pelanggan lelaki (atau sebaliknya),

barua, jaruman, ketolol, muncikari.

alkuna (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg mempunyai

ikatan ganda tiga antara atom-atom karbonnya.

Allah Ar Tuhan (Yang Esa);

~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subhanahuwataala

Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak

Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana

~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang

kurang baik (menjadi tidak baik).

Allahuakbar Ar Allah yg Maha Besar.

Allahumma Ar Ya Allah, Ya Tuhanku; labaika ~ labaika! kerana-Mulah

ya Tuhanku, kukerjakan ini!

Allahyarham Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki

Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn

terkenal di seluruh negara.

Allahyarhamah Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang

perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal.

allamah Ar ark mahir, sangat pandai: pensyarah-pensyarah yg ~.

al-Latif Ar Yang Maha Lemah Lembut dan Mengetahui Segala Sesuatu

Sehalus-halusnya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Majid (al-Maj?d) Ar Yang Maha Dimuliakan (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Majid (al-M?jid) Ar Yang Maha Sempurna (satu drpd 99 nama Allah).97

almaktub kitab suci.

al-Malik Ar Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan (satu drpd 99 nama

Allah).

almalun Ar sl terkutuk.

alma mater sekolah, maktab atau universiti yg pernah menjadi tempat

belajar seseorang.

almanak 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn

maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut,

peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan

maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg

berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu

diketahui umum.

al–Manik (al-Mani‘) Ar Yang Maha Menegah dan Menolak (satu drpd 99

nama Allah).

Almarhum Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki

Islam, biasanya digunakan pd raja dan kerabatnya yg telah mangkat

atau meninggal.

Almarhumah Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang

perempuan Islam, biasanya pd raja dan kerabatnya yg telah mangkat

atau meninggal.

almari sj perabot yg bertingkat-tingkat dan berpintu utk menyimpan

pakaian (barang-barang dll).

almas Ar intan.

al-Masih; Isa ~ Nabi Isa as.

al-Matin Ar Yang Maha Teguh Kekuatan-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muakhir (al-Muakhkhir) Ar Yang Mentakhirkan Wujudnya Sesuatu

(satu drpd 99 nama Allah).

al-mubarak Ar yg beroleh berkat: Ramadan ~.

al-Mubdik Ar Yang Maha Memulakan Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).98

al-mudarabah konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud pihak

pemodal membiayai pengusaha dgn pembahagian keuntungan yg

dipersetujui bersama.

al-Mughni Ar Yang Maha Mengayakan Makhluk Sehingga Tidak

Memerlukan Apa-apa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muhaimin Ar Yang Maha Mengawal (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muhit Ar Yang Maha Melingkungi Segala-galanya (salah satu nama

Allah).

al-Muhsi Ar Yang Maha Mengira (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muhyi Ar Yang Maha Menghidupkan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muid (al-Mu‘id) Ar Yang Maha Mengembalikan Ciptaan-Nya (satu

drpd 99 nama Allah).

al-Muiz (al-Mu‘izz) Ar Yang Maha Memuliakan (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Mujib Ar Yang Maha Memakbulkan (satu drpd 99 nama Allah).

almukhalis Ar ark juruselamat, penyelamat.

al-Mukmin Ar Yang Maha Melimpahkan Keamanan dan Kesejahteraan

(satu drpd 99 nama Allah).

al-Mumit Ar Yang Maha Mematikan (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muntaqim Ar Yang Membalas Dengan Seksa (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Muqaddim Ar Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu (satu drpd 99

nama Allah).

al-Muqit Ar Yang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya

(satu drpd 99 nama Allah).

al-Muqsit Ar Yang Maha Adil dan Saksama (satu drpd 99 nama Allah).

al-Muqtadir Ar Yang Maha Berkuasa Menentukan Sesuatu (satu drpd 99

nama Allah).99

al-murabahah konsep kewangan (perbankan) Islam yg bermaksud

penjualan barangan (yg dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kpd

pembeli yg membayarnya secara ansuran dgn harga yg melebihi

harga asal mengikut persetujuan bersama.

al-Musawwir Ar Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya

(satu drpd 99 nama Allah).

al-Mutaali (al-Muta‘ali) Ar Yang Maha Tinggi dan Suci (satu drpd 99

nama Allah).

al-Mutakabbir Ar Yang Maha Memiliki Segala Kebesaran (satu drpd 99

nama Allah).

al-Muzil Ar Yang Maha Menghina Musuh-Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-Nafik (an-Nafi‘) Ar Yang Memberikan Kebaikan dan Kemanfaatan

(satu drpd 99 nama Allah).

al-Nur (an-Nur) Ar Cahaya Yang Menerangi (satu drpd 99 nama Allah).

aloe vera (aloe véra) 1. sj tumbuhan yg termasuk dlm famili Liliaceace,

daunnya yg panjang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yg

mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya; 2. bahan yg dihasilkan

drpd tumbuhan ini yg mengandungi vitamin dan mineral, biasanya

digunakan utk membuat barangan kosmetik.

alofon (Lin) bunyi yg berlainan yg terhasil drpd satu fonem (bunyi), mis

/k/ dlm kita dan kata.

alogami (Bio) persenyawaan silang pd tumbuhan berbunga.

alograf (Lin) lambang tulisan yg berlainan yg merujuk kpd grafem yg

sama, mis M dan m drpd grafem < M >.

aloi logam yg merupakan gabungan dua logam atau lebih (mis gangsa,

loyang, dll) atau satu logam dgn bahan bukan logam (mis keluli).

alokasi IB penentuan banyaknya barang dll yg disediakan utk sesuatu

tempat (pembeli dll), peruntukan.

alon; alon-alon Jw lambat-lambat, perlahan-lahan.100

along I nama timang-timangan bagi anak yg sulung.

along II bp orang yg memberikan pinjaman wang secara haram dan

mengenakan bunga yg sangat tinggi, dan biasanya akan bertindak

ganas sekiranya pinjaman tersebut tidak dibayar.

alongan Jw kolam, tasik.

alonim nama lain bagi seseorang atau sesuatu, mis Mat adalah alonim bagi

Muhammad.

alopati kaedah merawat penyakit dgn cara mencetuskan keadaan yg

berbeza drpd punca sebenar yg menyebabkan penyakit berkenaan.

alopesia (alopésia) (Ubat) ketiadaan rambut atau bulu pd kawasan kulit yg

biasanya berambut atau berbulu.

alot Jk tidak mudah putus, liat.

alotrop (Kim) pelbagai bentuk sesuatu unsur yg menunjukkan ciri alotropi

(mis karbon mempunyai alotrop grafit, intan, dan karbon amorfus).

alotropi (Kim) kewujudan sesuatu bahan (spt karbon, sulfur, mangan, dll)

dlm pelbagai bentuk dgn sifat fizik dan kimia yg berbeza.

alpa lalai, kurang mengendahkan; janganlah ~ akan kewajibanmu

janganlah lalai akan kewajibanmu;

mengalpakan melalaikan, mengabaikan, melupakan: ~ kewajiban;

kealpaan kelalaian, kelengahan: harap dimaafkan ~ saya.

alpaka sj haiwan mamalia di Amerika Selatan yg rupanya seakan-akan

llama dan bulunya yg panjang dapat dijadikan bahan pakaian, Lama

pacos.

alpeniti (Portugis) peniti.

alperes (alpérés) I (Portugis) sl leftenan muda, pegawai rendah: adapun si

Talib itu peranakan Minangkabau jadi ~ di dlm negeri Bantan.

alperes (alpérés) II sj ikan laut: ~ batu, ~ jawa.

alpiah ? alfiah.

alpukah ark daya usaha, inisiatif, kehandalan.101

al-Qabid Ar Yang Maha Pengekang (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qadir Ar Yang Maha Berkuasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qahhar Ar Yang Maha Gagah Perkasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qawi Ar Yang Maha Berkuasa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Qayyum Ar Yang Berdiri Sendiri (satu drpd 99 nama Allah).

al-Quddus Ar Yang Maha Suci (satu drpd 99 nama Allah).

al-Quran kitab suci agama Islam.

al-Rafik (ar-Rafi‘) Ar Yang Maha Meninggikan Darjat (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Rahim (ar-Rahim) Ar Yang Maha Pengasih kpd semua makhluk (satu

drpd 99 nama Allah).

al-Rahman (ar-Rahman) Ar Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi

Rahmat (satu drpd 99 nama Allah).

al-Raqib (ar-Raqib) Ar Yang Maha Mengawasi (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Rasyid (ar-Rasyid) Ar Yang Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran

(satu drpd 99 nama Allah).

al-Rauf (ar-Rauf) Ar Yang Maha Pemberi Kasih Sayang (satu drpd 99

nama Allah).

al-Razzaq (ar-Razzaq) Ar Yang Maha Memberi Rezeki (satu drpd 99

nama Allah).

ALRI akronim bagi Angkatan Laut Republik Indonesia.

al-Sabur (as-Sabur) Ar Yang Maha Penyabar (satu drpd 99 nama Allah).

al-Salam (as-Salam) Ar Yang Maha Sejahtera (satu drpd 99 nama Allah).

al-Samad (as-Samad) Ar Yang Kekal dan Menjadi Tempat Bergantung

Sekalian Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).

al-Samik (as-Sami‘) Ar Yang Maha Mendengar (satu drpd 99 nama

Allah).102

al-Syahid (asy-Syahid) Ar Yang Maha Menyaksikan Segala Kebenaran

(satu drpd 99 nama Allah).

al-Syakur (asy-Syakur) Ar Yang Maha Menggandakan Balasan (satu drpd

99 nama Allah).

altar 1. tempat mempersembahkan korban, mazbah; 2. meja yg digunakan

semasa upacara Perjamuan Suci di gereja.

al-Tawwab (at-Tawwab) Ar Yang Sentiasa Menerima Taubat (satu drpd

99 nama Allah).

alter ego (alter égo) (Latin) 1. (Psi) personaliti kedua seseorang, aku yg

kedua; 2. sahabat yg rapat atau karib yg boleh dipercayai.

alternatif 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu

~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua

kemungkinan.

alternator pengulang-alik.

alti ark cerdik pandai.

altimeter (altiméter) sj alat yg biasanya dipasangkan pd pesawat terbang

utk menentukan atau mengetahui tinggi pesawat terbang itu dr aras

laut.

altitud ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras

laut.

alto (Muz) 1. nada suara nyanyian yg paling tinggi bagi lelaki dewasa atau

yg paling rendah bagi wanita; 2. penyanyi dgn suara nyanyiannya

paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita.

altruis orang yg bersikap lebih prihatin terhadap kebahagiaan dan

kebajikan orang lain.

altruisme sifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau

kebahagiaan orang lain drpd diri sendiri.

altruistik bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang

lain drpd kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri.103

alu I (alat) penumbuk padi dsb, antan;

(bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk dicampakkan prb Mn

dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya

dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb Mn

dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~

pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg

selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb Mn perkauman

yg dekat menurut adat.

alu II; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat

dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik

sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu

~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala

hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk

melihat siapa yg memanggil.

alu-alu sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap

berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda.

alum I Jw layu;

mengalum menjadi layu, merana.

alum II (Kim) sj garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium

(digunakan utk membuat samak, bahan ubat, dll), tawas.

alumina (Kim) aluminium oksida semula jadi.

aluminium sj logam yg ringan (rupanya spt timah putih).

alumni siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti.

alun ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung

gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~;

beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi

di sawah ~ -alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak

(bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan 104

rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau

berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara);

mengalun,

mengalun-alun

mengombak memanjang,

mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun:

suara azan ~ ke udara;

mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun

(berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli;

alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan

kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau

rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal.

alun-alun Jw tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten.

alung 1. sj permainan guli (permainan kanak-kanak); 2. sr kata yg

digunakan dlm permainan guli ketika hendak melemparnya.

alur 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang

tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar;

  1. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat

dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan;

~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di

bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah

kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk

dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas

kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila membajak; ~ tengkuk lekuk

di tengkuk; ~ bertempuh, jalan berturut prb dilakukan menurut adat

(kebiasaan yg lazim);

beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2.

Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu

alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan,

baharulah digunakan kekerasan;105

mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia

kurus sekali);

aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~

adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul).

alur-alur sj tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima.

alusi perbuatan membayangkan atau merujuk kpd sesuatu secara tidak

langsung.

alusmitai halwa rambut.

aluvium (Geo) tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir,

selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai,

dan muara, lanar.

alveolus (alvéolus) (Bio) 1. pundi udara yg halus dlm paru-paru tempat

berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida; 2. rongga

dlm rahang tempat tertanamnya akar gigi.

al-Wadud Ar Yang Maha Mengasihi orang yg beriman kpd-Nya (satu

drpd 99 nama Allah).

alwah Ar kayu gaharu.

al-Wahhab Ar Yang Maha Pemberi (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wahid Ar Yang Maha Esa (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wajid Ar Yang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki

Nya (satu drpd 99 nama Allah).

al-wakalah konsep perbankan Islam yg merujuk kpd suatu keadaan

apabila satu pihak, mis pelanggan menamakan satu pihak yg lain,

mis bank utk bertindak bagi pihaknya.

al-Wakil Ar Yang Maha Pelindung (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wali Ar Yang Maha Memberikan Pertolongan (satu drpd 99 nama

Allah).

al-Wali (al-W?li) Ar Yang Maha Memiliki dan Memerintah Segala

Sesuatu (satu drpd 99 nama Allah).106

al-Waris (al-Warith) Ar Yang Kekal Memusakai (setelah musnahnya

alam ini) (satu drpd 99 nama Allah).

al-Wasik (al-Wasi‘) Ar Yang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya (satu drpd

99 nama Allah).

alwat ? alwah.

al–Zahir (az-Zahir) Ar Yang Menzahirkan Kewujudan (satu drpd 99 nama

Allah).

am 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang

atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~;

kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa;

  1. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb)

tertentu: pengetahuan ~ ; perkara-perkara ~;

mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan

(tidak mengkhususkan).

Am simbol kimia bagi amerisium.

amah perempuan yg bekerja sbg pembantu rumah, orang gaji.

amal 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit

bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain):

bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan;

~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan

oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan

zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau

faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan,

dll), kebajikan kpd orang ramai;

beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~;

  1. = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~;
  2. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan;

mengamalkan 1. melaksanakan, mempraktikkan, melakukan (sbg

suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg 107

telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi

berparlimen; 2. membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga

menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam;

~ makan buah-buahan tempatan;

amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg

suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd

praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik

dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm

sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2.

kesungguhan hati mengerjakan sesuatu; 3. pelaksanaan;

pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan

sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang.

amalgam (Kim) aloi merkuri dgn satu atau lebih bahan lain, utk menampal

gigi, membuat cermin, dll; ~ zink aloi merkuri dan zink.

amali bkn pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan

pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb:

selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai

latihan ~.

amaliah Ar berkaitan dgn amalan: antara dua keutamaan ilmiah dan ~.

aman 1. bebas drpd keadaan kacau-bilau (spt peperangan, pergaduhan,

permusuhan, dsb), sentosa, tenteram: ia menghendaki hidup ~ dan

sejahtera; negeri yg ~; 2. bebas drpd gangguan atau sesuatu yg tidak

menyenangkan, damai, tenang, tenteram: suasana yg ~; 3. amanah,

pesan: begitulah ~ raja kpd puteranya;

mengamankan 1. menjadikan aman (tenteram, tenang),

menyentosakan, menenteramkan:

rundingan-rundingan itu

bertujuan utk ~ keadaan di Timur Tengah yg sentiasa bergolak; utk

~ perasaannya yg kacau, ia membaca buku agama; 2. menyerahkan 108

kpd orang supaya selamat, mengasingkan (dlm tahanan): ~ penjahat

dlm penjara;

keamanan keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan,

ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda

rakyat; ~ pd akal fikiran;

pengamanan perbuatan (usaha dsb) mengamankan, penenteraman;

pengaman orang (pihak) yg mengamankan.

amanah 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk

disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2.

kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan,

ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai,

jujur; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan)

orang dll (dgn menipu dsb); orang ~ orang yg boleh dipercayai; 5.

(Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk

mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg

menentukan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim

pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi

pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham

Nasional; 7. ark pesan, amanat;

beramanah ark beramanat;

mengamanahkan 1. mempercayakan (menyerahkan kepercayaan)

kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong

lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja;

barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakhoda Jaya; 2. ark

mengamanatkan;

pengamanahan

perihal (perbuatan, tindakan dsb)

mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah

upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat;109

pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan,

melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh

membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut.

amanat Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya;

penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah

yg wajib ditaati; 2. amanah;

beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan,

berpesan;

mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan

pesanan, menasihati: Perdana Menteri ~ rakyat supaya bertekun

menghadapi segala kesulitan.

amang I tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah dll: kurang elok

karangnya kerana banyak ~ di dalamnya; ~ bijih.

amang II; mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti

(dgn mengacukan senjata), mengancam, menggugat: diambilnya

kerisnya lalu diamanginya lawannya.

amangku Jw yg menjaga, yg memelihara; A~ Buana yg menjaga dunia

(gelaran Sultan Jogjakarta); mangku.

amangkurat Jw amangku buana (gelaran Sultan Mataram).

amansari sj penganan yg dibuat drpd kacang hijau dan nyiur.

amanuensis (amanuénsis) IB pembantu yg ahli dlm makmal kimia atau

fizik (terutama di sekolah).

amar I Ar perintah, suruhan (Tuhan, raja): menurut ~ Allah; ~ makruf

(nahi mungkar) perintah supaya mengerjakan perbuatan atau

amalan yg baik (dan menjauhi perbuatan atau amalan yg jahat);

mengamarkan memerintahkan, menyuruhkan;

amaran 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang

kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringatan keras

yg diberikan secara lisan (tidak menerusi surat rasmi). 110

amar II gelaran: Seri A~ Diraja.

amarah marah: tidak dapat menahan nafsu ~.

amat I sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu;

memperamat, memperamat-amat, memperamatkan,

memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan;

teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia;

keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan,

kehebatan, dsb) yg amat tinggi.

amat II; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar,

melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi:

segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis;

pengamatan, pengamat-amatan pengawasan, penelitian: drpd ~

saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg

bersalah;

pengamat pengawas.

amatur bkn kegiatan (spt sukan, kesenian, dll) yg dilakukan sbg suatu

kegemaran dan bukan utk mencari wang: pelakon ~ sandiwara;

pemain bola ~.

amaturisme faham bahawa sesuatu kegiatan, mis sukan, dilakukan bukan

utk mendapatkan ganjaran wang, tetapi utk kepuasan dan

keseronokan.

amaun banyaknya, jumlah: komoditi yg memerlukan ~ bahan yg berbeza

utk pengeluarannya akan mempunyai berlainan nilai.

ambah IB pertukangan: sekolah ~.

ambah-ambah Jk penyakit sampar.

ambai I sj tangguk penangkap ikan, belat langgai;

mengambai menangkap ikan (udang dll) dgn ambai, menangguk.

ambai II; berambai-ambai bercucuran, berpercikan: air matanya ~;

mengambai-ambaikan memercikkan (air dll).111

ambai-ambai I sj tumbuhan (bendalu), Rafflesia hasseltii.

ambai-ambai II sj ketam.

ambak Mn tambak;

mengambak menambak, menggalang; subur kerana dipupuk, besar

kerana diambak = besar diambak, tinggi dianjung prb Mn besar

(tinggi) kedudukan kerana dimuliakan oleh anak buah.

ambal I hamparan, permaidani.

ambal II; berambal-ambalan berarak-arakan;

ambalan perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan.

ambal III; mengambal melihat dgn ekor mata, menjeling.

ambal IV; mengambal Mn menambak, menimbun tanah.

ambalela (ambaléla) Jw; aksi ~ lagak hendak menentang (tetapi

sebenarnya tidak melawan); ? balela.

ambang I 1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela),

kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan

duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus

sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan

(sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada di

~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal

menempuh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali

(saatnya, terjadinya sesuatu);

mengambang merintangi, menahan.

ambang II; mengambang, mengambang-ambang, terambang,

terambang-ambang terkatung-katung atau terapung-apung (di

udara), melayang-layang: bulan mulai ~ di langit sebelah timur; ?

kambang.

ambar Ar sj barang yg harum baunya (ada yg berasal dr perut ikan laut,

ada dr sj damar); jenis-jenisnya: ~ batu, ~ kuning, ~ ikan, ~ kesturi,

~ bunga, ~ darah.112

ambasador duta besar.

ambat; pengambat Br sj alat (kayu, rotan, dll) utk memukul.

ambau I pelampung perahu, gandung (bambu yg dipasang di kiri kanan).

ambau II; mengambau Mn 1. terjun; 2. ki menyerah (kerana telah putus

ikhtiar);

terambau terjatuh.

ambek; mengambek Jw marah, merajuk: si adik mesti ~;

ambekan 1. nafas, bernafas; 2. pemarah, lekas marah, giat; 3.

perangai, tabiat.

ambelar Jk tali yg dipakai pd sj permainan guli sbg tanda.

ambelas, ambeles Jw 1. masuk ke dlm (air, lumpur dll); 2. hilang lenyap.

ambelu; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotria ovoidea.

amben Jw emban, ikat pinggang.

amben (ambén) Jw balai-balai, geta.

amberal IB admiral, laksamana.

amberol Jk runtuh, roboh.

amberuk Jk runtuh, roboh.

ambet Jk lampin, bebat (kanak-kanak yg baru lahir).

ambi Kl hati-hati, ingat-ingat;

berambi berhati-hati, beringat-ingat.

ambien bkn keadaan persekitaran.

ambiguiti kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran,

ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon

melalui kecenderungan ~ yg ketara.

ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak

peduli;

ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling

menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua

keluarga, kaum, dll);113

mengambil 1. memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta

menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan

sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm

laci; 2. memegang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~

wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu

tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg

dikehendaki (diperlukan dsb), mendapatkan atau memperoleh

(sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke

hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh

(membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa

pengetahuannya atau dgn tidak mendapatkan kebenarannya: siapa

agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima

seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg

isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan

(keterangan, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis

sedang ~ keterangan drpd beberapa orang yg menyaksikan kejadian

itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8.

menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai

lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang

pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran;

  1. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau

mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup

Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa,

dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman;

~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak,

mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan

perkahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya;

~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai;

~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian 114

(minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau

seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd

orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg

umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati;

~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan

kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat

hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan memasukkan

ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~

keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang

menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira

mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hendak

berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa

menggunakan (memerlukan, memakan) masa; ~ menantu

menjadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya

dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ operId menerima

drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan

urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~

pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan,

pegawai) menerima atau mendapatkan pekerja (kakitangan,

pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan,

mengikhtisarkan; ~ semangat menarik semangat drpd badan orang

(bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping

terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang

menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat

(khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~

negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan

Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~

tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian

(peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi 115

peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh

(mendapatkan) keuntungan drpd sesuatu jualan; ~ upah

mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk

mendapat upah;

mengambilkan mengambil utk: ia ~ anaknya buah-buahan;

ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah

~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka;

pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil,

pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang

baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang

pengetahuan saya;

pengambil orang yg mengambil; ~ bahagian orang yg mengambil

bahagian, peserta.

ambil alih; mengambil alih menggantikan orang atau pihak lain

mengendalikan (menguasai dsb) sesuatu;

pengambilalihan hal (perbuatan, tindakan) mengambil alih: ~

tanah drpd petani telah dibuat.

ambin kain (tali dll) utk menggendong barang atau mengikat anak yg

digendong;

berambin; ~ lutut duduk dgn lutut diikat dgn tali yg dikalungkan di

leher;

mengambin menggendong dgn ambin;

ambinan barang yg diambin, gantungan.

ambing I puting susu.

ambing II ? umbang-ambing.

ambisi Id keinginan (keghairahan) mendapatkan sesuatu kedudukan

(pangkat dll).116

ambivalen mempunyai perasaan yg bertentangan terhadap seseorang,

sesuatu atau keadaan (spt rasa benci dan rasa sayang kpd seseorang

pd masa yg sama).

amboi sr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik

seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~ , cantik sungguh awak hari ini!

ambon; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang embun.

ambring; ambring-ambringan Jk tidak keruan, tidak menentu (hilang

akal dll).

ambu-ambu 1. sj ikan laut, air kurik, kayu, tongkol (coreng), Euthynnus

alleteratus; 2. sj ikan laut, air semambu, tongkol, Germo sibi.

ambuh Jk ark sudi; ? embuh I.

ambul; mengambul 1. memantul, menganjal, melambung kembali (spt

bola yg dilemparkan ke tanah dll); 2. tenggelam serta timbul

kembali.

ambulan (Ubat) berupaya utk berjalan, bukan setakat terbaring sahaja

(bkn pesakit).

ambulans kenderaan yg digunakan khas utk membawa orang sakit atau

cedera (ke hospital).

ambung I keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di

atas belakang; masuk ~ tak masuk bilang prb kalau mengerjakan

sesuatu yg besar, yg kecil-kecil tidak diperhatikan;

mengambung membawa dgn ambung.

ambung II; mengambung, mengambungkan 1. melambungkan,

melemparkan ke atas: ~ bola; 2. mengumbang-ambingkan: kapal itu

diambung-ambungkan gelombang spt tempurung; ~ diri a)

menghempaskan diri; b) meninggikan diri, menyombong; 3. =

mengambung-ambungkan mengangkat-angkat, menyanjung

nyanjung, memuja-muja: suka diambung-ambungkan orang.

ambung III Jw; mengambung mencium.117

ambung-ambung sj tumbuhan (pokok kecil yg hidup di pantai),

merambung, pelampung, Scaevola frutescens.

ambur I; mengambur Mn terjun (ke dlm air); ? hambur II.

ambur II Br tabur, hambur; padi ~ sj padi yg ditanam secara dihambur

atau ditabur benihnya.

ameba (améba) (Bio) sj hidupan satu sel yg senantiasa berubah bentuknya,

terdiri drpd berbagai-bagai jenis (hidup dlm air atau juga dlm tubuh

binatang dan manusia sbg parasit).

ameboid (améboid) (Bio) berkaitan dgn atau menyerupai ameba, sama ada

dr segi bentuk, struktur atau pergerakan.

amek (amék) Id ambil.

ameliorasi (améliorasi) (Lin) perubahan makna sesuatu kata drpd makna

yg kurang elok kpd makna yg lebih baik, mis canggih yg dahulunya

bermakna terlalu banyak bercakap berubah kpd moden dan hebat.

amen (amén); mengamen Jk berjalan dr rumah ke rumah sambil

bernyanyi dan bermain muzik: dia pergi ~;

pengamen orang yg mengamen: ia temui satu rombongan ~

keroncong.

amende bp apa benda.

amendemen (améndemén) Id usul pindaan rang undang-undang yg

dibahaskan dlm parlimen dll.

amenorea (aménoréa) (Ubat) ketiadaan (terhentinya) haid secara

abnormal.

Amerika (amérika) = ~ Syarikat negara di Amerika Utara yg ibu

negaranya Washington D.C;

mengamerikakan membuat, menyebabkan, atau menjadikan

seseorang atau sesuatu mempunyai (mengikut, menyerap dsb) ciri

atau nilai hidup (budaya, adat dsb) Amerika: beliau menyifatkan 118

sebarang penarikan semula sekatan senjata akan ~ konflik di

negara Balkan itu;

keamerikaan hal yg berkaitan dgn ciri-ciri (nilai, amalan, adat, dsb)

kehidupan, budaya dsb orang Amerika: sarjana sastera di Amerika

Syarikat kini lari kpd teori yg berkembang di Eropah dgn

meninggalkan ~ yg melekat pd ideologi baru;

pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dsb) mengamerikakan:

ini bukanlah bermakna bahawa proses ~ tidak ditanggap sbg

ancaman kpd identiti budaya pd satu-satu tahap.

Amerikanisme (amérikanisme) budaya (amalan hidup) orang Amerika

Syarikat.

amerisium (amérisium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

amfetamina (amfétamina) (Ubat) sj dadah sintetik yg digunakan,

terutamanya sbg perangsang.

amfibia jenis binatang berdarah sejuk (spt katak) yg hidup di dlm air pd

peringkat awal hayatnya dan di darat kemudiannya (setelah besar);

kapal terbang ~ kapal terbang yg dapat mendarat di air dan di darat;

kereta kebal ~ kereta kebal yg dapat berjalan di darat dan di air.

amfiteater (amfitéater) 1. sj bangunan yg bentuknya bulat atau bulat bujur

dan tidak berbumbung dgn tempat duduk bertingkat-tingkat di

sekeliling ruang yg terbuka, biasanya digunakan sbg tempat

persembahan acara hiburan, bersukan dsb; 2. deretan tempat duduk

bertingkat-tingkat di dlm dewan, panggung dsb yg disusun dlm

bentuk separa bulat.

amfiun Ar candu.

amfoterik (amfotérik) (Kim) bkn sesuatu bahan (spt aluminium

hidroksida) yg mempunyai kedua-dua ciri asid dan bes.

amil I Ar orang yg diberi tauliah (kuasa) utk memungut zakat (dan berhak

menerima zakat).119

amil II sj siput laut.

amilase (Bio) enzim yg menghuraikan kanji dan glikogen menjadi gula

ringkas spt glukosa.

amilolisis (Bio) pencernaan kanji atau bahan berkanji menjadi gula.

amin Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa

berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah

tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn

sesuatu amanah;

mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan

doa dgn mengucapkan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg

hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg

dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.

amin-amin sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj

tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan,

Phyllanthus niruri.

amino (Kim) mengandungi atau terdiri drpd satu atom nitrogen dan dua

atom hidrogen (–NH2) (bkn bahan kimia dsb): asid ~; kumpulan ~.

amir Ar 1. orang yg memegang perintah, pemimpin; ~ al-bahar =

amirulbahar laksamana; ~ almukminin, amirulmukminin pemimpin

sekalian orang Islam (gelaran khalifah dan sultan yg besar-besar); ~

haji = ~ al-haj = amirulhaj pemimpin jemaah haji; 2. ark gelaran

wakil Sultan Riau di Pulau Tujuh.

amirulbahar Ar laksamana; ? amir.

amirulhaj Ar pemimpin jemaah haji; ? amir.

amirulmukminin Ar pemimpin umat Islam; ? amir.

amit I Jw; pengamitan pemberian mempelai kpd mentua tatkala

meninggalkan rumah mentuanya.120

amit II Sr makanan ringan yg tidak mengenyangkan dan dimakan semasa

berehat: penjualan ~ di kantin sekolah perlu dikawal kerana boleh

menjejaskan kesihatan pelajar.

amko ark Id sj motokar kecil (dipakai sbg teksi).

amma Ar sl adapun, akan; ? ammabakdahu.

ammabakdahu Ar ammabakdu.

ammabakdu Ar adapun kemudian drpd itu (digunakan dlm surat).

ammeter (amméter) (Fiz) alat utk menyukat arus elektrik.

ammi buta huruf; ummi II.

ammonia (Kim) gas yg tidak berwarna, berbau sengit dan menusuk

hidung, merupakan sebatian drpd hidrogen dan nitrogen (digunakan

dlm pembuatan baja dll);

terammonia telah bercampur dgn ammonia.

AMN kep Ahli Mangku Negara (pingat yg dikurniakan oleh DYMM Yang

di-Pertuan Agong).

amnesia (amnésia) kehilangan daya ingatan.

amnesti (amnésti) pengampunan (pembebasan drpd hukuman) biasanya

kpd orang yg telah melakukan kesalahan terhadap negara (spt

memberontak dsb).

amnion (Bio) selaput paling dalam yg menyelaputi embrio mamalia,

burung dan reptilia.

amoi C anak perempuan, gadis (biasanya digunakan sbg panggilan kpd

gadis Cina).

amonit fosil cangkerang yg berbentuk lingkaran.

amor (Latin) anak dewi Venus (dewi percintaan).

amorfus (Kim) bkn pepejal (spt jelaga, kaca, dll) yg bukan hablur atau

tidak dapat membentuk hablur.

ampai 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai; 2. = jari ~ sj rotan utk

menyesah (memukul); 3. = ampaian tali (dawai dsb) yg 121

diregangkan atau galah tempat menjemur pakaian: dia menjemur

pakaian di ~ di belakang rumah;

mengampai 1. bergantung spt di ampai(an); 2. menjemur: ~

tembakau;

mengampaikan 1. menggantungkan (menyangkutkan) pd ampaian

utk menjemur (pakaian dll), menyidaikan, menyampaikan: ~

pakaian yg sudah dicuci; 2. menyampirkan: ~ kain; 3.

menyandarkan: ~ dirinya pd tembok;

terampai 1. tergantung spt di ampaian, tersidai; 2. tersampir; 3.

tersandar(kan); 4. tidak mendap, terapung; ~ jemur Mn waktu pagi

kira-kira pukul lapan;

ampaian 1. bahan yg terampai di dlm cecair; 2. (Kim) serakan

zarah-zarah di dlm cecair atau gas; ~ koloid serakan zarah-zarah

pepejal yg halus di dlm cecair.

ampai-ampai 1. sj binatang laut yg badannya spt agar-agar (berjurai-jurai

tepinya); ubur-ubur; 2. = pohon ~ sj tumbuhan (pokok).

ampama, ampamar bp penyampai rahsia kpd polis dll, hantu mata-mata.

ampang I bendung; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb

dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik

lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang; ? empang I.

ampang II ringan, mudah.

ampe (ampé) Jw sampai.

ampean (ampéan) Jw gundik, selir.

ampek Jk bengik, mengah.

ampel (ampél) Jw buluh, bambu.

ampela Jk empedal ayam.

ampere (ampére) (Fiz) unit sukatan arus elektrik.

ampiar ? ampere.

ampit; anak ~ sj ikan darat, ikan pelaga, sempilai.122

amplifier alat yg dihubungkan pd mikrofon (pd pesawat radio dsb) utk

menghasilkan bunyi yg lebih kuat.

amplitud (Fiz) nilai mutlak maksimum yg dicapai oleh sesuatu gangguan

pd gelombang atau mana-mana kuantiti yg berubah mengikut kala

tertentu.

amplop IB 1. sampul surat; 2. wang rasuah (yg dibubuh di dlm sampul

surat).

ampo Jw napal (sj tanah merah yg boleh dimakan).

ampu I; mengampu 1. sl menahan di bawah (dgn telapak tangan),

menyokong dr bawah (supaya tidak jatuh, runtuh, dsb): kain baju

diampu oleh hamba raja; 2. sl = mengampukan memerintah

(negeri, kerajaan): yg pertama ~ negeri Pasai ialah Sultan Malikul

Saleh; 3. ki mengangkat, menyanjung (utk menyukakan seseorang

supaya mendapat sesuatu faedah daripadanya): siapa yg pandai

~nya akan mendapat segala sesuatu daripadanya; ~ bodek bk

mengangkat (supaya mendapat sesuatu);

pengampu 1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam

perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang

yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg

mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg

mengampu.

ampu II Mn empu; ~ kaki ibu jari kaki.

ampuh I Jw bertuah, mujarab, sakti: keris yg ~;

keampuhan kesaktian, kemujaraban: aku terbangun drpd ~ doa yg

diucapkan oleh hati pasrah.

ampuh II Mn 1. bah, banjir, lembak, sebak; air ~ air bah; 2. hanyut:

padinya ~ oleh banjir;

mengampuhkan menggenangi, melembak; ~ sawah mengairi

sawah;123

keampuhan tergenang oleh air, kebanjiran, kegenangan.

ampuh III; pengampuh; layar ~ layar yg tertinggi letaknya.

ampuk I Sr tidak kena pd sasaran dr arah yg dilepaskan: bola yg di atas

botol itu tidak jatuh kerana tembakan peluru gabusnya ~.

ampuk II; burung ~ sj burung, burung sentali, burung teteguk, burung

tukang besi.

ampul I; mengampul menjadi besar, mengembang (spt kacang direndam

dll).

ampul II Sb bkn kayu (papan dll) yg ringan, lembut, dan dapat timbul di

permukaan air.

ampun kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah

dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan;

mengampuni memberi ampun (kpd seseorang), memaafi

(seseorang): baginda mempunyai kuasa utk ~ orang salah;

mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan

(kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa

hamba-Nya;

terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia

menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika

orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa

umpatan itu ~;

ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd

orang tuanya; 2. = pengampunan;

pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd

pengganas-pengganas yg telah insaf dan menyerah diri;

pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yg Maha Pengasih dan

Maha P~.

ampung ? apung.

amput; mengamput bk bersetubuh;124

amputan bk 1. kemaluan perempuan; 2. gundik.

amputasi (Ubat) pemotongan sebahagian anggota badan spt kaki atau

tangan, dlm sesuatu pembedahan akibat penyakit atau kecederaan

teruk.

amra I bp tukang (pandai) senjata.

amra II (Sanskrit) 1. sj mempelam (rupanya spt kedondong); 2.

kedondong; ~ jangan disangka kedondong prb sebelum kita

mencuba janganlah kita sangka sesuatu itu buruk kerana rupanya

saja.

amril kertas empelas.

amsal Ar (jamak bagi misal) seperti, umpama.

amtenar IB pegawai.

amuh Mn ark mahu, suka.

amuk; beramuk 1. = mengamuk; 2. sl = beramuk-amuk bertempur

(berjuang, bertarung, dsb) menentang musuh, bertikam: maka

segala hulubalang Melayu pun tampil pula ~ dgn Feringgi; 3.

berkecamuk, kacau, bergelora; ~ fikirannya kacau fikirannya;

beramuk-amukan saling beramuk (bertarung), bertempur

tempuran, bertikam-tikaman;

mengamuk 1. menyerang dgn membabi buta (kerana sangat marah,

gelap mata, dll) dan membunuh atau mencederakan sesiapa saja yg

ditemui: orang yg ~ itu akhirnya tertangkap; 2. ki berkecamuk,

menjadi-jadi, menghebat: taufan ~; penyakit taun ~; di sana sini

guntur ~; 3. membuat kacau (mengganggu orang ramai dsb) dgn

hebatnya, merajalela (menimbulkan kekacauan): orang minyak ~

lagi; 4. membentak-bentak, marah-marah (secara kasar): minta duit

pd emaknya, kalau tak dapat, ~;

mengamukkan menyuruh (membiarkan) mengamuk: ~ tentera dgn

musuh;125

pengamukan

perihal (perbuatan dll) mengamuk atau

mengamukkan;

pengamuk orang yg mengamuk (menyerang orang dll).

amung Jw; teramung satu-satunya, tunggal: saudara yg ~.

amung-amung sj ikan laut, gerepoh, Caranx ignoblis.

amunisi peluru, roket, misil, bom dsb yg biasanya ditembakkan atau

dilancarkan drpd sesuatu senjata.

a.n. kep atas nama.

ana Ar saya, aku.

anaam Ar; bahar al–~ samudera kesenangan (nama laut di syurga).

anabolisme (Bio) pembinaan sebatian kompleks drpd bahan ringkas dgn

menggunakan tenaga, mis pembinaan protein drpd asid amino.

anaerob (anaérob) (Bio) organisma yg tidak memerlukan oksigen

atmosfera atau udara utk hidup.

anaerobik (anaérobik) bkn proses biologi yg berlangsung tanpa oksigen.

anafora (Sas) pengulangan sesuatu kata atau frasa pd permulaan beberapa

kalimat atau klausa yg berturut-turut agar memperoleh kesan

tertentu.

anafrodisiak (Ubat) bahan yg boleh menyebabkan kurangnya atau

hilangnya keinginan nafsu syahwat.

anaglif sj hiasan atau arca yg berbentuk timbulan.

anagogi (Sas) tafsiran terhadap kata-kata atau karangan yg bercorak mistik

atau rohaniah.

anagram kata atau frasa yg terbentuk dgn menukarkan susunan huruf dlm

kata atau frasa (mis bola kpd loba): bentuk ~ memerlukan

kemahiran utk mengolahnya.

anai-anai sj serangga spt semut, putih warnanya, membuat sarang dlm

tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm order

Isoptera; 126

busut juga ditimbun oleh ~ prb orang kaya juga yg bertambah

kekayaannya atau orang yg pernah bersalah juga yg dituduh jika

terjadi sesuatu kejahatan; sbg ~ bubus prb berduyun-duyun,

berkerumun (melihat sesuatu dll).

anak I 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru

lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga

kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil

yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan

bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~

itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah;

~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun

pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6.

orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah negeri): ~

Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll), kakitangan,

pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu benda: ~ tangga;

  1. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit;

~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali

batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil

dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b)

bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~

ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm

permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon

(wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik

ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri

(seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~

buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b)

orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah

tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~

bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari 127

pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~

cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan

batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~ dagang orang

asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan;

~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau

bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik

seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya

mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg

diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh

orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan

layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd

permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar

nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg

membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~ guam orang

yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat)

perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg

lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik;

~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk

anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya,

anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b)

orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg

dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung,

negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat

Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal

pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak

(dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr

satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg

dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman

kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci 128

(diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~

kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di

belakang lidah (dlm kerongkongan); ~ limpa kelenjar yg

mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa

ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok

pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci

meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda,

pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di

sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal

atau dilahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan

Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak

yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg

keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~

panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd

saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara

anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~

pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut

anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut

rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil;

~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik)

seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah);

~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung

anak yg tertua; ~ sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak

boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg

kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan

  1. a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat

syarikat yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain

dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua

syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama 129

ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh

syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain;

~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~

tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg

paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan

daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga

(bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~

tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain

lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg dibesarkan

dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang,

bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a)

anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu

atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu

bapa lagi, anak piatu;

~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka

keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepaskan,

beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui

prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan; ~

harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar

biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau

suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~ orang ~ orang juga

prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang

menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung

mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan

kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya;

~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun

keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~

sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang

lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk 130

empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin

dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb

mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan; kalau

tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri

makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang;

kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan =

Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg

disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil

kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau

sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau

besar mendatangkan kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb

dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari

nafkah; rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana

perbuatån orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam

kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat

tumpuan (pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau

menanduk ~ dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujung prb memarahi

anak atau kekasih bukanlah kerana benci, tetapi kerana hendak

mengajar; tergising-gising bagai ~ tiada diaku = terkesot-kesot

bagai ~ tidak diaku prb mendekati orang yg tidak mahu dihampiri

oleh kita;

anak-anak 1. banyak budak: ~ sudah ramai berkumpul di depan

sekolah; 2. budak kecil, kanak-kanak: dia masih ~ lagi; 3. boneka,

patung;

anak-anakan boneka, patung; ~ mentimun anak angkat yg

dijadikan isteri;

beranak 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~

bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak:

mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, 131

kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu

tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak

berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) =

belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat

sudah bersenang-senang;

anak-beranak 1. sekeluarga (ibu bapa dan anak-anak mereka):

dialah yg membantu kami ~; 2. suami atau isteri serta anak-anak;

beranakkan 1. mempunyai sbg anak(nya): dia malu ~ seorang

penjahat; 2. melahirkan (seseorang): nenekku berumur enam belas

tahun sewaktu ~ bapaku;

menganak; ~ semang menjadi anak semang, memburuh; ~ sungai

menyerupai anak sungai, mengalir banyak-banyak (peluh, darah,

dll), banyak sekali (minuman dll);

memperanakkan melahirkan: ia berasal dr Bentan, tetapi

diperanakkan di Melaka; lain orang ~, lain dipanggil bapa prb

keuntungan tidak selamanya didapat oleh orang yg berhak

menerimanya;

anakan 1. bunga wang; 2. boneka, patung;

keanak-anakan berlaku (berkelakuan) spt anak-anak: tabiat yg ~;

peranakan 1. keturunan anak negeri dgn orang asing: ~ Cina; 2. yg

dilahirkan di: pemuda-pemuda ~ Melaka; 3. rahim (tempat bayi dlm

perut), kandungan: sakit ~.

anak II; ~ penak sj tumbuhan (pokok memanjat), Ventilago oblongifolia.

anak III; ~ pertang sj ikan laut, Epinephelus amblycephalus; ~ tamban

jepuh sj ikan laut, Spratelloides spp.; ~ tapah sj ikan, Kryptopterus

bicirrhis.

anakanda bh, bd anak (biasanya digunakan dlm surat-menyurat).

anakhoda sl ? nakhoda.132

anakonda sj ular besar tidak berbisa yg terdapat di kawasan tropika

Amerika Selatan yg menjerut mangsanya hingga mati, Eunectus

murinus.

anak pinak anak cucu;

beranak pinak mempunyai keturunan.

anakronisme 1. seseorang (sesuatu) yg ketinggalan zaman; 2. kesilapan

menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dll pd zaman yg

sebenarnya.

anak tiri anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg

terdahulu;

menganaktirikan memperlakukan seseorang sbg anak tiri.

analgesia (analgésia) (Ubat) keadaan tidak berasa sakit semasa sedar.

analgesik (analgésik) (Ubat) ubat yg dapat meredakan rasa sakit tanpa

mengakibatkan hilangnya kesedaran.

analis IB jurucerakin, pakar kimia yg menjalankan penyelidikan

(membuat analisis di makmal dsb).

analisa ? analisis.

analisir IB; menganalisir menganalisis.

analisis penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah,

persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll)

secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal

sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam

dlm semua segi;

~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding

dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim)

analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti

sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis

secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap

juzuk yg diketahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ 133

nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi

berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh

drpd maklumat kewangan organisasi tersebut; ~ penyata kewangan

(Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi

berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan,

dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyaknya jualan, harga jualan,

dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi

keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan,

kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan

masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara utk

menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn

berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan

berasaskan ukuran isi padu;

menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll):

darah harus diambil drpd kedua-dua ibu bapa utk dianalisis;

bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih

menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data;

penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis: pengumpulan dan

~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah;

penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih

popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika

Syarikat.

analitis bersifat analisis.

analog 1. sesuatu yg merupai sesuatu yg lain; 2. bkn sifat alat yg

pengendaliannya menggunakan kuantiti fizik yg berubah-ubah (spt

voltan, arus, dll) utk mewakili nombor.

analogi kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan

(sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan),

berdasarkan perbandingan (persamaan);134

beranalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi:

kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya;

menganalogikan menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi.

analogus (Bio) mempunyai fungsi (organ atau bahagian) yg sama tetapi

berbeza asal usulnya.

ananas nanas.

anang sl anakku.

anani Ar hanya mementingkan diri sendiri: sifat ~ tidak sepatutnya wujud

dlm kehidupan bermasyarakat, lebih-lebih lagi sesama Islam.

anaptiksis (Lin) penyisipan vokal di antara dua konsonan utk

menyederhanakan struktur suku kata, mis penyisipan vokal e dlm

perkataan putra menjadi putera dan e dlm perkataan sri menjadi

seri.

anarki 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang

(ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak

patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau

porak-peranda (dlm negeri dll).

anarkis orang yg hendak mewujudkan (menimbulkan) anarki, orang yg

suka menimbulkan keadaan kucar-kacir (dlm sesebuah negeri dsb).

anarkisme fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau

pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan

segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan: kejujuran Moleire

terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dgn

membetulkan fatalisme dan ~ yg terdapat dlm masyarakat.

anasir 1. zat yg empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yg menurut

pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala

galanya di seluruh alam; 2. segala yg terdapat di dunia, makhluk; 3.

bahagian drpd suatu keseluruhan, anggota dll drpd sesuatu golongan

(perkumpulan, masyarakat dsb): masyarakat bandar telah 135

dipengaruhi oleh ~-~ Barat; berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-

~ jahat; 4. unsur, faktor.

anatomi kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan

(manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh.

anbia Ar (jamak bagi nabi) (segala) nabi, nabi-nabi: penghulu segala ~.

anca Id ark rintangan, kerugian (kerana kekeliruan dll).

ancak talam drpd anyaman tempat menyajikan barang-barang utk hantu;

membuang ~ Mn menyajikan barang-barang dlm ancak utk hantu.

ancak-ancak Mn 1. tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya dsb),

lalai; 2. olok-olok, main-main: ancamannya dianggap orang sbg ~

sahaja;

mengancak-ancak mengerjakan pekerjaan yg sia-sia, bermain gila,

mengolok-olok, bermain-main sahaja.

ancala Id, sl gunung.

ancam; mengancam 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak

melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugikan,

dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2.

meletakkan (menyebabkan berada) dlm keadaan akan mengalami

atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk

Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung;

kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg

mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau

sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll);

mengancamkan mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd

orang yg hendak mendekatinya;

terancam berada dlm keadaan menghadapi bahaya dsb, diancam

(oleh): sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut; manuskrip yg

masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan;136

ancaman sesuatu yg mengancam atau diancamkan, bahaya dsb yg

mungkin menimpa: mereka menghadapi ~ drpd musuh luar dan

dalam;

keterancaman keadaan terancam;

pengancaman perihal (perbuatan) mengancam: ~ itu dilakukan

secara halus;

pengancam orang yg mengancam.

ancang-ancang Jw langkah sebelum (melompat dll), persiapan utk

berbuat sesuatu), anju: nama dan pekerjaan hanya suatu ~ utk

mendapatkan berita yg lebih banyak;

mengancang-ancang mengambil langkah (akan melompat dll),

menganju.

ancer-ancer Jw tanda, alamat; tanggal (hari) ~ hari yg telah ditetapkan; ~

jangka waktu rancangan jangka waktu.

ancoa C bagaimana.

ancu I rakit Rembau.

ancu II gelegar (yg menyokong lantai rumah).

ancuk; berancuk bk bersetubuh;

mengancuk berancuk.

ancung C pasu yg bertutup (utk mengisi halia).

anda I; ~ musang kantung tempat jebat (kesturi).

anda II kata ganti diri kedua (tidak membezakan taraf, tingkat dan umur).

andai I = andai-andai misal, umpama;

andainya, seandainya, andaikan misalnya, katakanlah, sekiranya,

seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu

pangkat sudah naik sekarang ini;

berandai-andai bercakap-cakap, berunding; 137

mengandaikan menganggap mungkin terjadi, memisalkan,

mengumpamakan: cubalah kauandaikan kau sendiri pengarah, apa

yg akan kaulakukan?

terandaikan dapat diandaikan: tidak ~ adanya perbezaan antara

dua hak yg serupa;

andaian, andai-andaian contoh atau misalan (yg tidak semestinya

merupakan suatu kenyataan) yg dikemukakan utk menjelaskan

sesuatu hujah (utk dijadikan bandingan dll): cakap saya ini macam

andai-andaian saja sebab saya bukannya ahli dlm hal-hal serupa

itu;

berandaian mempunyai atau membuat andaian.

andai II ? randai II.

andai kata andainya, seandainya, andaikan.

andak I nama timang-timangan bagi anak yg keempat atau kelima.

andak II ark singkatan bagi pandak;

mengandak, mengandakkan 1. memendekkan; ~ layar

menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja

mengurangi belanja;

pengandak

sesuatu yg digunakan utk mengandakkan

(memendekkan); tali ~ tali utk mengandakkan layar.

andaka (Sanskrit) seladang, lembu hutan, banting.

andal 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg

terakam haruslah ~;

mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka

akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman;

  1. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll);

andalan apa-apa yg boleh diandalkan;

keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data;138

keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan

keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar.

andalas sj tumbuhan (pokok) yg baik kayunya.

andam I; ~ surai anak rambut yg dipepat; mak ~ a) perempuan yg

mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin

perempuan; b) perempuan yg kerjanya menyolek pengantin; pak ~

orang lelaki yg kerjanya spt mak andam; tukang ~ orang yg kerjanya

mengandam pengantin (mak andam ataupun pak andam);bagai anak

dara mabuk ~ prb dikatakan kpd orang yg kelihatan letih lesu dgn

tidak berpenyakit;

berandam 1. memepat rambut di dahi, memepat janggut; 2.

mempunyai rambut (janggut) yg dipepat;

mengandam memepat dan menjadikan kemas (rambut, janggut,

dll); ~ pengantin mengandam dan mencantikkan pengantin (dgn

menyolek muka, mendandan rambut dll);

andam-mengandam hal yg berkaitan dgn mengandam: Milah

hendak belajar ~;

andaman hasil mengandam: ~ rambutnya menarik;

pengandam tukang andam (mak andam ataupun pak andam).

andam II Mn; ~ karam hilang sama sekali, habis semuanya;

mengandam mengurung, memingit;

andaman yg dikurung (dipingit), pingitan; anak ~ anak gadis yg

dikurung (dipingit).

andan I putih seluruh tubuh kerana tidak ada warna kulit, bulai, sabun.

andan II Mn berkerabat (bersanak) dekat kerana perkahwinan dan bukan

kerana darah keturunan (bkn perempuan).

andang suluh (drpd daun nyiur yg kering), jamung.

andang-andang I kayu pd tiang perahu (kapal) utk menggantungkan

layar: ~ atas; ~ bawah.139

andang-andang II Jw tahi lalat.

andapita Jk ark sj penganan.

andar; mati ~ a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b)

mati dgn tidak disembelih (bkn binatang).

andartu gelaran atau panggilan yg bermaksud anak dara tua: apa tujuan

perkahwinan aku ini? Adakah kerana tidak ingin digelar ~?

andas I tempat menaruh sesuatu yg hendak ditempa atau dipotong,

landasan;

mengandaskan membuat atau memakai spt andas.

andas II (Bio) tulang kecil yg terdapat dlm bahagian tengah telinga

mamalia (di antara dua tulang kecil yg lain).

andeka (andéka) I (Sanskrit) daulat (tidak dipakai pd raja Islam); kena ~

ditimpa daulat, kena bencana kerana menderhaka kpd orang yg

berkuasa;

berandeka berdaulat: memang hakikatnya, raja berdaulat penghulu

~.

andeka (andéka) II Jw; mengandeka sl bertitah.

anderak ark, anderik lubang utk menangkap gajah.

anderiguru (Bugis) kepala (dlm tentera), hulubalang.

andesit (andésit) (Geo) sj batuan gunung berapi yg berwarna perang atau

kekelabu-kelabuan.

andewi (andéwi) IB sj sayur, Cichorium endivia.

andi I sl tuan, tuanku: daulat tuanku ~ batara, mana titah patik junjung.

andi II gelaran bangsawan Makasar.

andikara ? adikara.

andiko Mn; penghulu ~ penghulu adat; ? andeka I.

andil IB saham.140

andilau Mn sj tumbuhan (pokok), Commersonia bartramia; tercincang

puar bergerak ~ prb apabila seseorang dihina saudara-maranya akan

turut tersinggung pula; endilau.

anding; ikan ~ = belanak ~ sj ikan, Liza subviridis.

andong Jw kereta kuda (sewaan).

androesium (androésium) organ pembiakan jantan pd bunga yg terdiri

drpd beberapa stamen.

androfobia (Psi) perasaan tidak berminat, tidak suka atau benci kpd lelaki.

androgen (Bio) hormon yg merangsangkan perkembangan dan

pemeliharaan sifat sekunder jantan spt pertumbuhan misai.

andropaus (Ubat) peringkat kemerosotan hormon testosteron bagi lelaki,

yg biasanya berlaku apabila usia meningkat tua.

anduh kain yg digantung pd leher utk mengampu tangan yg cedera (patah,

retak, dll);

beranduh memakai atau menggunakan anduh: tangan kanannya yg

patah itu masih kelihatan ~;

menganduh mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh

terkulai, mengampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera

dlm kemalangan itu; ~ kajang merentangkan tali tempat

digantungkan kajang;

anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal;

penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg

patah.

anduk IB tuala mandi.

andun sl pergi ke; ~ perang pergi berperang.

andung I sj tumbuhan (pokok), jenjuang, lenjuang, Cordyline fruticosa.

andung II sj pokok nibung.

andung III; buluh ~ sj buluh.

andur kereta kerbau.141

aneh (anéh) tidak spt yg biasa dilihat (didengar dsb), pelik, ganjil (bkn

benda, perbuatan, dll): ~ sangat kelakuannya; kejadian yg ~;

menganehkan menganggap aneh, menimbulkan rasa hairan,

menghairankan: sungguh ~ apa yg dikatakannya itu;

keanehan 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap

bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan,

keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian

itu;

penganehan perihal menganehkan.

aneka (anéka) banyak (jenisnya dll), berbagai-bagai, berjenis-jenis,

bermacam-macam: sekolah ~ jurusan; serba ~ bermacam-macam,

berbagai-bagai (jenis);

beraneka berjenis-jenis, bermacam-macam: buku ini mengandungi

latihan ~;

keanekaan kepelbagaian.

aneka ragam (anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan);

beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam);

keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd

kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya

yg unik dan menarik.

aneka warna (anéka warna) 1. berbagai-bagai warna; 2. aneka ragam;

beraneka warna berbagai-bagai warna;

menganekawarnakan menjadikan sesuatu beraneka warna;

keanekawarnaan keadaan beraneka warna: upacara majlis itu

mencerminkan ~ perhiasan.

anekdot (anékdot) kisah yg ringkas dan biasanya agak lucu tentang

sesuatu kejadian (peristiwa);

beranekdot mengandungi unsur anekdot: ucapan yg ~.142

anemer (anémer) IB pemborong pekerjaan (membuat rumah dll),

kontraktor.

anemia (anémia) (Ubat) penyakit yg diakibatkan oleh kekurangan sel

darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun

perdarahan yg berlebihan.

anemofili (anémofili) (Bio) pendebungaan yg dibantu oleh angin.

anemograf (anémograf) alat utk merakamkan arah dan kelajuan angin pd

kertas.

anemologi (anémologi) kajian tentang angin.

anemometer (anémométer) 1. alat utk mengukur kelajuan dan hala tiupan

angin; 2. alat utk mengukur kadar pergerakan bendalir (spt gas).

anemometri (anémométri) teknik mengukur kelajuan dan arah angin.

anemone (anémoné) sj tumbuhan taman atau tumbuhan liar yg bunganya

berbentuk spt bintang berwarna putih, ungu atau merah.

anemotropisme (anémotropisme) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap

arah angin dan persekitaran.

anestesia (anéstésia) (Ubat) kehilangan rasa pd tubuh (sebahagian atau

seluruh) apabila dikenakan ubat bius;

~ am keadaan tidak sedar dan tidak berasa sakit pd keseluruhan

tubuh akibat ubat bius; ~ setempat kehilangan rasa sakit pd bahagian

tubuh tertentu akibat ubat bius.

anestesiologi (anéstésiologi) cabang perubatan yg berkaitan dgn kajian

anestesia dan anestetik.

anestetik (anéstétik) (Ubat) bahan (ubat) yg menyebabkan tubuh badan

tidak sensitif (kpd rasa sakit, sentuhan, dsb), ubat bius.

aneurisme (anéurisme) (Ubat) bengkak atau gelembung pd arteri yg

disebabkan oleh penyakit, kecederaan dsb.

anfas Ar lebih berharga.

ang Mn engkau.143

angabaya ? anggabaya.

angabehi (angabéhi) ? ngabehi.

angah I nama timang-timangan bagi anak yg kedua.

angah II Mn; terangah payah, tercengang (tidak dapat berkata-kata); ?

engah.

angan 1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak

masuk akal; 2. Mn maksud, niat;~ lalu, faham tertumbuk prb

menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar;

angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak

betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg

sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm

menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan

~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll)

yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~

tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak

memalukan orang tuanya;

~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan

sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan

sesuatu yg tidak mungkin tercapai;

~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi

tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg

terlampau tinggi;

berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan,

keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. =

mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai

bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun:

kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi

penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas

perbuatan orang terhadapnya;144

mengangankan, mengangan-angankan 1. mencita-citakan,

mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan

angankan utk dijadikan isterinya; 2. membayangkan dlm fikiran,

mengkhayalkan;

terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran,

terlukis dlm khayalan.

angap menarik nafas dgn susah dan cepat-cepat (spt ikan di darat), ngap

ngap.

angau asyik terbayang, terkenang dsb akan seseorang, terutamanya

apabila dilamun perasaan cinta atau keinginan yg amat sangat

terhadap seseorang: Shida betul-betul membuatku ~; aku dicap sbg

budak ~ dan aku selalu dikatakan berkhayal sewaktu belajar oleh

guru yg mengajar aku; gila ~; sakit ~.

mengangaukan menyebabkan atau menjadikan angau: entah apa

yg ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres.

angga; berangga bercabang (bkn tanduk rusa).

anggabaya Jw ark; ratu ~ gelaran orang yg berkuasa.

anggai sl ark isyarat, semboyan.

anggak Jw congkak, sombong.

anggal I 1. ringan (muatan perahu), lwn sarat: perahu yg ~; 2. ringan

(penyakit): sakitnya telah ~; 3. senggang, tidak banyak kerja,

lapang: masa yg ~ bagi kami;

menganggali, menganggalkan meringankan; perahu yg sarat

dianggali ki (dikatakan mengenai) ayam yg temboloknya terbuka

dlm perlagaan.

anggal II para gantung.

anggan I (Palembang) ark perkahwinan dgn janda (bekas isteri) saudara.

anggan II Mn enggan.145

anggap I; menganggap memandang (sesuatu atau seseorang) sbg,

berpendapat bahawa: mereka ~ dia orang yg tidak boleh diharap;

buku itu dianggap paling penting utk membantu pelajarannya;

anggapan kesimpulan (sikap) terhadap seseorang atau sesuatu,

pandangan, pendapat, sangkaan: buku itu membayangkan ~ hidup

orang-orang terpelajar; ~ umum pendapat umum; pd ~nya pd

sangkaannya (pandangannya);

beranggapan mempunyai anggapan (bahawa), menyangka,

berpendapat: mungkin ada orang yg ~ poster samalah spt hiasan

dinding atau jambangan bunga.

anggap II sl; beranggap berganti, bergiliran (menari dll): anak-anak

muda itu menari ~;

beranggap-anggapan bergiliran mengajak atau menjemput menari

(minum dll): sampai tengah malam mereka ~ menari;

menganggap menjemput (mengajak) menari dll dgn memberi

isyarat: hulubalang itu pun dianggap oranglah;

menganggapkan mengunjukkan (minuman dll);

anggapan ajakan, jemputan (menari dll).

anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira: isi besen itu dgn air ~

setengah;

menganggar, menganggarkan mengira(kan) secara kasar sahaja,

mengira-ngira(kan), memperhitungkan (belanja, biaya, dll) secara

kasar: adalah dianggarkan bahawa kira-kira tiga perlima penduduk

dunia tinggal di Asia; jawatankuasa itu menganggarkan

perbelanjaan yg diperlukan lebih drpd RM5000;

anggaran 1. jumlah yg dianggarkan, perhitungan atau perkiraan

secara kasar: beri ~ berapa liter minyak diperlukan utk perjalanan

1000 km; ~ pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, 146

kira-kira: ia hendak berhenti di situ ~ empat lima malam lagi; 3. Id

peraturan;

~ belanja kira-kira (kasar) belanja (kerajaan, pertubuhan, dll); ~

belanjawan kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; ~ dasar

peraturan pokok yg menjadi dasar peraturan lain (pd pertubuhan

dll); ~ rumah tangga Id peraturan yg menghuraikan atau

melengkapkan anggaran dasar;

penganggaran proses mengira (menghitung) secara kasar;

penganggar orang yg menganggar sesuatu.

anggar II Id permainan (perkelahian) dgn memakai pedang: bermain ~;

beranggar bermain anggar, berkelahi dgn memakai pedang; ~ lidah

berbantah; ~ pena berbantah dgn tulisan, berpolemik.

anggar III rumah tempat perhentian (di ladang dll).

anggar IV IB 1. gudang tempat menyimpan kapal terbang; 2. gudang besar

di pelabuhan; 3. jambatan, pangkalan pelabuhan.

anggar V kayu tempat burung bertengek dlm sangkar.

anggar VI; teranggar-anggar ark terlanggar-langgar.

anggara ark buas, ganas (binatang); setua ~ binatang buas; ? angkara.

anggerik sj tumbuhan (bendalu) berbunga dlm famili Orchidaceae, orkid;

jenis-jenisnya: ~ bulan,~ merpati dll.

anggerka ark; baju ~ sj baju panjang (dipakai di bawah baju kot).

anggit; menganggit 1. menyemat atap (rumbia, nipah, dll); 2. memasang

kulit pd gendang dgn rotan; 3. Jw mengarang, menggubah, mereka:

~ muzik;

anggitan 1. segala sesuatu yg dianggit; 2. Jw karangan, gubahan,

rekaan.

angglap Jk = mengangglap mencuri, tidak membayar (hutang dll).

anggota 1. bahagian tubuh, terutama tangan dan kaki: duduk membongkok

tidak menyenangkan ~ badannya; 2. ahli (sesuatu pasukan, 147

pertubuhan, golongan, dll): ~-~ pasukan bomba bergesa-gesa ke

tempat kebakaran itu; ~ perwakilan asing; ~ polis; ~ tentera;

beranggota mempunyai anggota;

beranggotakan mempunyai sbg anggota atau ahli;

menganggotai menjadi anggota (sesuatu perkumpulan, pertubuhan,

dll): pertubuhan itu dianggotai oleh peminat-peminat pelbagai seni;

Jabatan Pengajian Islam terus ~ Fakulti Sastera dan Sains Sosial;

keanggotaan perihal menjadi anggota, kedudukan (hak) sbg

anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm

Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm pertubuhan tersebut

dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain.

anggu ark ? peranggu.

angguk 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan

kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia

prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak);

berangguk = mengangguk;

berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk;

mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui,

mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan;

mereka ~ bersetuju;

mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2.

mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju;

menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~

kepalanya;

mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah

berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan

percakapannya;

terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2.

mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu 148

mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar

cakap ibunya;

anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak

dipedulikannya;

pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu.

anggul; menganggul, beranggul 1. mengangkat kepala (lwn

menundukkan kepala); 2. terangkat haluan (kapal, perahu dll);

teranggul-anggul turun naik (haluan perahu dll, terangguk-angguk.

anggun I elok, tampan (pakaian, tingkah laku, gaya): elok bentuk

mukanya, putih kuning cahaya warna kulitnya, hebat ~ jalannya;

begitu ~ baju baldu hitam yg berpotongan kebaya itu;

keanggunan keelokan, ketampanan: ia tersenyum mengagumi ~

perkembangan fikirannya sendiri.

anggun II ? anghun.

anggung I; menganggung, menganggungkan sl menaikkan,

mengangkat.

anggung II; ~ gaya Mn terkeliru, bingung.

anggup; ~-anggip ark bergerak-gerak turun naik (mengangguk-angguk,

terkulai-kulai); ~ bagai rumput tengah jalan prb kehidupan yg

melarat (sakit, miskin, dll).

anggur I 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok memanjat); 2. = buah ~ buah

pokok anggur; ~ kering buah anggur yg dikeringkan, kismis;

~ meriam pecahan besi utk peluru meriam; air ~ a) perahan buah

anggur; b) minuman keras dll yg dibuat drpd buah anggur;

anggur II; menganggur tidak bekerja, tidak mempunyai pekerjaan: di

kampung itu banyak anak muda yg ~;

pengangguran perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai)

orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak

mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~ 149

bermusim pengangguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa

tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu

pekerjaan dilaksanakan dll);

penganggur orang yg menganggur.

anggur III keratan cabang atau batang utk ditanam di tempat lain;

menganggur 1. mengalih, menganjak (tanaman dll); 2. mengerat

cabang utk ditanam; 3. menanam keratan cabang; dianjak layu,

dianggur mati prb suatu nasihat atau kebenaran yg tidak boleh

diubah lagi;

angguran anggur, keratan cabang utk ditanam.

anggur IV; anggurlah sl lebih baik (drpd), biarlah: jika begitu rupanya

Galuh Daha ini, ~ tiada beristeri seumur hidupku.

anggut; menganggut, beranggut turun naik (haluan perahu dll),

mengangguk.

anghun C sj tembakau merah.

angin 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~

kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan

menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau

berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap

kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg

belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan

datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6.

kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat

atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg

nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang

muram;

~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak

pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan

utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin 150

ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya

dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr

pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~

cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg

datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai

jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan

angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur

angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu

menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah

angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala

angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar

salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang

dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan

kenderaan;~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~

tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~

musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa

angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu

arahnya; ~ pasang pasang-pasang;~ pengarak pagi angin pd waktu

dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~

ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg

berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu

sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg

berpusing; ~ sendalu angin yg sedang ; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa)

angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan;

~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang:

maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah

gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari

pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg

serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr 151

tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba

ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung;

~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg

sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah

tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat

ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar

khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana

~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup

~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap

pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok bergoyang = tak

sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada

sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang

orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang;

seangin sedikit sahaja, sekelumit;

angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat;

angin-anginan panas baran, lekas marah;

berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang

sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar

terbuka rahsia (khabar dll);

berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk):

kedua-duanya pun ~ di beranda;

mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin;

  1. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup

angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi;

mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin,

mengipasi;

menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan

menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau

mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr 152

tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang

bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya

anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya;

terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya);

terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus);

peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau

bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg

biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit,

dsb).

angioma (Ubat) sj tumor yg selnya membentuk salur darah atau salur

limfa.

angioplasti (Ubat) teknik pembedahan utk membaiki atau memulihkan

saluran darah yg rosak (tersumbat dsb).

angiosperma (Bio) tumbuhan yg bijinya terdapat di dlm ovari.

angka I 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu,

nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca?

~ abjad (Komp) aksara yg hanya merangkumi angka dan huruf dlm

sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan

seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh

angka yg tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan dan boleh

bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak

digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu

perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis

berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali

sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan

seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap

angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagikan dgn 2 tidak

berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih

sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan 153

pembawah (mis 3/4, 5/6, dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh

menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5

ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka

yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka

Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa

kesialan (mendatangkan sesuatu keburukan dsb);

angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn

angka;

berangka-angka, berangka-angkaan

termenung-menung

memikirkan sesuatu;

mengangkakan memberi berangka, memberi bernombor;

perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt

penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara

bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai

penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai

pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan,

statistik.

angka II sl sangka, anggap, fikir;

mengangka menyangka, menganggap, memikir: diangkanya

kakang berubah cita.

angkak Pn; terangkak-angkak angkuh, congkak, pongah.

angkali angka yg ditulis di hadapan rangkaian algebra (mis angka 3 dlm

3xy).

angkar Jw angker.

angkara 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama

manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3.= ~ murka mementingkan

diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman

harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang

dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang.154

angkasa 1. udara, awang-awang, langit: bintang-bintang menghias ~; 2.

lapisan udara yg mengelilingi bumi; ~ lepas = ~ luar ruang di luar

lapisan udara yg mengelilingi bumi;

mengangkasa terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit).

angkasawan orang yg terlatih utk menyertai misi ke angkasa lepas

(menuju ke bulan dll): John Glenn ialah ~ Amerika yg pertama

mengedari bumi di angkasa lepas.

angkat 1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau

diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~ ; anak ~; 3. ark kali (kekerapan)

membawa: sudah tiga ~ minuman; 4. turunan: se~ seumur, sebaya

(dgn);

~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~

kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat

(majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~

sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~

mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang

kalau tidak di depan kita;

angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~;

berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke

tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2.

mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang

yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh;

memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya

rombongan itu diberangkatkan ke ibu kota;

keberangkatan perihal berangkat (bertolak), berangkatnya: dia

pergi tanpa memberitahukan ~nya padaku;

mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia

~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab

soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke 155

tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg

beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf,

pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan

penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4.

(mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg,

mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6.

Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis;

  1. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~

dia;

~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas

kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi

hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang;

mengangkat-angkat 1. mengangkat berulang kali; 2. ki meninggi

ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau

suruh aku ~ orang;

mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat;

mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu

sebentar; ~ topinya akan memberi hormat;

angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2.

pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata

Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah

pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkatan

pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau

dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri

bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan

atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman

Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan

orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8.sl selengkap; pakaian ~ a) 156

selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian

seragam;

~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata

keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat,

tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera

laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg

berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta

yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara;

perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan;

~ adat alat perlengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan;

seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark

segolongan;

pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn

berbagai-bagai erti);

pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3.

orang yg suka memuji-muji.

angkatap angka atau kuantiti yg tetap nilaiannya (dlm rangkaian algebra),

pemalar.

angkawan ark perangkawan.

angkel (angkél) Id 1. wang yg diberikan kpd seseorang yg masuk serdadu

(zaman kolonial); 2. mengikat kontrak baru (sehabis kontrak lama).

angker Jw 1. kelihatan menyeramkan kerana dipercayai berhantu (bkn

pokok besar, rumah besar, dll); 2. kelihatan menakutkan (bkn air

muka seseorang).

angket (angkét) IB penyelidikan mengenai sesuatu yg menjadi

kepentingan umum (biasanya dilakukan dgn surat pertanyaan).

angkin C ikat pinggang perempuan yg dibuat drpd kain.

angkit; angkit-angkit; belat ~ belat atau bidai di muka rumah yg boleh

digulung-gulung; 157

mengangkit mengangkat (periuk dll dr atas tungku dll).

angklung alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh.

angkor; besi ~ besi utk memutarkan enjin motokar supaya berjalan

(digunakan pd motokar zaman dulu).

angkubah sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yg tidak tetap (boleh

berubah), variabel.

angkuh I mempunyai sifat atau watak suka meninggi diri, congkak,

sombong, pongah, tinggi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~;

mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh,

menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri;

keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~

golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.

angkuh II Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik

rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg

pesolek).

angkuk bentuk kepala pd perahu kolek.

angkul-angkul pengikat tali temberang yg berlubang dua.

angkung I sj permainan judi dgn kad.

angkung II kereta beroda dua yg ditarik orang.

angkup I = sepit ~ penyepit utk memegang barang yg kecil-kecil;

angkup-angkup I. Id lidah-lidah penutup lubang pd pompa dsb,

katup (pd pompa dsb); 2. = ~ besi sj penyepit;

mengangkup memegang (menyepit) dgn angkup;

terangkup-angkup terbuka tertutup berulang-ulang.

angkup II alat yg digunakan utk mengukur garis pusat tembikar dll; ~

pokok angkup bersenggat yg digunakan utk menentukan garis pusat

balak atau pokok.

angkus, angkusa sj tongkat berkait utk mengemudikan gajah, kusa

(gajah).158

angkut I; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali): empat

kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis;

mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia

menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke

tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke

sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa

buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil

tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran;

angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya

terlampau banyak;

pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke

tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem

pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh

digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang

yg telah ditetapkan;

pengangkut orang yg mengangkut, alat utk mengangkut: ~ barang.

angkut II; ~ besi = angkut-angkut sj tumbuhan (pokok), jelunut,

mendarung gajah, Sommersonia bartramia.

angkut-angkut sj lebah dlm famili Eumemidae.

anglap Jw = menganglap mencuri, tidak membayar hutang.

anglo Id, C dapur arang.

anglong I Jw bercakap tidak keruan.

anglong II ? anglung.

anglung C rumah peranginan, pavilion.

angon Jw; bocah ~ budak gembala;

mengangon menggembalakan;

angonan binatang yg digembalakan.

angot Jw sakit (kembali), sakit gila (mengacau dsb).159

angpau C wang dlm sampul kecil yg diberikan sbg hadiah pd hari Tahun

Baru Cina dll.

angsa I sj itik besar, Anser spp.; ~ besar, Anser albifrons.

angsa II; ~ laut sj burung, Sula leucogaster plotus.

angsal Jw dapat, mendapat.

angsama Ml barua.

angsana sj tumbuhan (pokok), Pterocarpus indicus; sena.

angsang Jw insang.

angsoka sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Pavetta indica.

angun Br; mengangun menjaga dan menunjuk ajar pengantin sehingga

majlis perkahwinan selesai;

pengangun perempuan (biasanya golongan tua) yg mengajar selok

belok berumah tangga;

pengangunan tempat tidur pengantin.

angur Jw, sl lebih baik … (drpd), biarlah, remaklah: ~lah beta mati.

angut; mengangut terkejap, terlelap, tidur sebentar, mengantuk.

anhu Ar ark daripadanya (lelaki): radhiallahu~ diperkenankan Allah

atasnya.

ani; mengani memasang lungsin (pd alat tenun);

anian bahagian drpd alat tenun (tempat dipasang lungsin).

ani-ani Jw pisau pemotong padi, tuai.

aniaya perbuatan yg menyakiti atau menyeksa manusia atau binatang,

kezaliman, penindasan, penyeksaan: raja yg berbuat ~ akan dibenci

rakyat;

menganiaya, menganiayai melakukan aniaya, menindas,

menyeksa: apabila seseorang perempuan dianiayai oleh suaminya,

dia boleh meminta pertolongan drpd kadi;

teraniaya telah dianiayai, diseksa, ditindas: fakir miskin tiadalah ~

di negeri itu; Allah tetap berada di pihak yg ~;160

penganiayaan perbuatan menganiayai, penyeksaan, penindasan:

dlm perlumbaan kuda, binatang itu menerima ~ juga;

penganiaya orang yg menganiayai, penyeksa, penindas.

animasi 1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan

hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg

kelihatan hidup;

menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb)

kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan;

penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan.

animis yg menganut atau berpegang pd animisme: orang-orang ~ di

pedalaman pulau Borneo.

animisme kepercayaan bahawa setiap benda (batu, kayu, dll) mempunyai

semangat (roh).

animistik berkaitan dgn atau bersifat animisme.

animo hasrat, keinginan, perhatian: sangat kurang ~ utk mendengar muzik

klasik.

aning-aning sj penyengat besar.

anion (Kim) ion bercas negatif.

anis Id sj tumbuhan (herba), adas manis, adas cina, Anethum graveolens.

anja Mn; beranja-anja, teranja-anja manja; masa kecil teranja-anja,

sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak prb apa yg biasa

dikerjakan semasa kecil susah dapat diubah kalau sudah tua.

anjak; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat,

berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan

sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan

masuk ke kamarnya;

menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dr sesuatu

tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak 161

layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi

(keputusan);

anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd

tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg

lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji

kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);

penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan;

penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya

perkakas itu menjadi panjang atau pendek.

anjal mudah berubah menjadi bertambah atau berkurang mengikut

perubahan (harga, daya, dll) kenyal, elastik: permintaan yg ~;

menganjal mempunyai keupayaan utk balik ke tempat atau ke

bentuk asal apabila ditarik atau ditekan: katil spring ~ apabila kita

tidur di atasnya;

menganjalkan menyebabkan atau menjadikan menganjal: gerakan

ini penting bagi ~ otot di bahagian atas belakang lengan;

keanjalan perihal anjal, kekenyalan, keelastikan;

ketakanjalan keadaan atau perihal tidak anjal: ~ kadar faedah.

anjang I kep panjang.

anjang II panggilan kpd saudara dlm sesuatu keluarga.

anjang-anjang I sj ikan laut, Pentapodus setosus.

anjang-anjang II sj ketam.

anjang-anjang III; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus spp.

anjar Ar ark sauh, jangkar.

anjiman sl kapal kompeni Inggeris yg belayar ke Asia Timur.

anjing 1. sj binatang yg menyalak (ada yg dipelihara utk menjaga rumah

dsb dan ada yg liar); 2. ki barua, tali barut, angsama, muncikari,

jaruman, pinang muda: dia menjadi ~ musuh kerajaan; 162

~ air memberang, berang-berang, Lutra spp.; ~ ajak = ~ geladak

anjing yg tidak dipelihara; ~ arau anjing belang putih hitam; ~ hitam

ki orang jahat yg sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kpd

umum; ~ hutan anjing liar yg hidup dlm hutan, Cuon alpinus; ~

koreng anjing yg bergaris-garis kuning dan hitam; ~ kumbang = ~

lotong anjing yg berwarna hitam; ~ ladang anjing belang hitam dan

kuning tua; ~ laut sj mamalia laut, Halichoerus grypus; ~ langsat

anjing yg berwarna kuning langsat; ~ nibung anjing yg berwarna

kuning kecoklat-coklatan; ~ pandan anjing yg berwarna merah; ~

penghidu anjing yg dilatih khas utk mengesan dadah, menjejaki

penjenayah dsb; ~ polis anjing yg terlatih utk membantu polis

menjejaki penjenayah, mengesan dadah dsb; ~ sabun anjing yg

berwarna putih; ~ serigala sj anjing liar yg hidup dlm hutan; ~

sokom anjing yg berbintik-bintik hitam; ~ tanah sj serangga,

Gryllotalpa vulgaris; ~ tarikan sj anjing yg digunakan oleh orang

Eskimo utk menarik heretan mereka dsb;

~ galak, babi berani prb berani sama berani, kuat sama kuat; ~ diberi

makan nasi bilakan kenyang prb sia-sia memberi nasihat yg baik

kpd orang jahat; ~ ditepuk menjungkit ekor prb orang yg tidak

berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong; ~ itu jika dipukul

sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yg banyak tulang prb orang

yg tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya

(tidak terhalang oleh hukuman); ~ itu meski dirantai dgn rantai

emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis prb

orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan

berubah lakunya; ~ mengulangi bangkai prb laki-laki yg

mengulangi perbuatan yg tidak senonoh (perempuan jahat dll); ~

menyalak bukit mahukah runtuh = beberapa pun ~ menyalak bukit

bolehkah runtuh prb bagaimanapun orang yg jahat mencela orang 163

yg baik tidak akan ada akibatnya; ~ tiada bercawat ekor prb sesuatu

yg hina dan tidak berguna tidaklah indah pd mata sekalian orang;

bagai ~ beranak enam prb dikatakan kpd perempuan yg kurus sekali

kerana melahirkan anak; bagai ~ melintang denai prb seseorang yg

sombong menunjukkan kesombongannya; bagai ~ menyalak di ekor

(di pantat) gajah prb orang yg lemah hendak melawan orang yg

berkuasa; bagai ~ tersepit di pagar prb seseorang yg dlm kesusahan

serba salah halnya; bangsa ~ kalau biasa makan tahi, tak dimakan,

dicium ada juga prb orang yg biasa berbuat jahat itu walau

bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yg jahat; bagai

disalak ~ bertuah prb tidak dapat bertangguh, permintaan mesti

dikabulkan (bkn anak-anak yg tidak dapat ditolak kehendaknya);

melepaskan ~ tersepit (sesudah lepas dia menggigit) prb menolong

orang yg tidak tahu membalas budi; sbg ~ terpanggang ekor prb

dikatakan kpd seseorang yg mendapat kesusahan yg amat sangat,

sehingga kian ke mari mencari pertolongan; spt ~ berebut tulang prb

dikatakan kpd orang tamak yg merebutkan harta; spt ~ berjumpa

pasir prb orang yg selalu ria hati kerana mendapat benda yg

disukainya; spt ~ beroleh bangkai prb dikatakan kpd orang tamak

yg mendapat sesuatu dgn mudahnya; spt ~ dgn kucing prb ibarat

orang yg selalu berbantah; spt ~ kedahuluan prb Mn seseorang yg

didahului oleh orang yg lebih mulia (kaya) dlm hal meminang gadis

dll; spt ~ kepala busuk prb orang yg telah diketahui kejahatannya,

ke mana ia pergi dihinakan orang juga; spt ~ lapar mendapat tulang,

daging segumpal dan sekeping apam prb orang yg melakukan

sesuatu kebajikan hanya kerana mengharapkan keuntungan; spt ~

menggonggong bangkai prb dikatakan kpd orang laki-laki yg

membawa perempuan jahat; spt ~ menggonggong tulang prb orang

tamak yg hendak memiliki harta orang, akhirnya harta sendiri yg 164

habis; umpama ~ makan muntahnya prb orang yg tamak itu tidak

membezakan yg baik dgn yg jahat.

anjing-anjing I buah betis.

anjing-anjing II = ~ perahu alat utk menggulung layar pd perahu.

anjing-anjing III sj tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.

anjing-anjing IV= burung ~ Pr burung pekaka, raja udang.

anjir Ar sj tumbuhan (pokok), Ficus carica.

anju Mn 1. ancang-ancang, acu; 2. maksud, tujuan;

menganju mengacu, memulai; ? anjur I.

anjung bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~

peranginan anjung tempat mengambil angin;

anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu;

beranjung, berperanjung mempunyai anjung: adalah dilarang

membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung;

menganjung 1. = menganjungkan memegang tinggi-tinggi,

meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak

dinaikkan; 2. = menganjung-anjung, menganjung-anjungkan

memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang

yg suka dianjung; 3. menuju (perahu dll): perahu itu pun ~ ke tengah

laut;

menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg

hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk

prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak

buahnya;

anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan

oleh ~ itu.

anjur I maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak

bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke

depan sahaja, sambil berundur pun boleh;165

beranjur mulai berjalan (melangkah dll);

menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur,

menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke

hadapan; 2. beranjur;

menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah

yg ~ rombongan tunjuk perasaan;

menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan:

jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan,

mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan:

pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah;

teranjur ark terlanjur;

anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan:

~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan

baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan

dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan;

penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita

perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda

kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat

mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri

Perak;

penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang

pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu

usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg

mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.

anjur II ganjur, hela, tarik;

menganjur mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~

surut menarik kembali, memundurkan.

anoa sj kerbau hutan yg kecil (Sulawesi), Bubalus depressicornis.166

anod (Kim) 1. elektrod positif dlm sel elektrolisis atau tiub nyahcas; 2.

bahagian hujung yg negatif pd sel atau bateri.

anofeles (anofélés) (Bio) nyamuk tiruk.

anok Kd sj alat yg dipasang pd kerbau utk menarik padi.

anoksemia (anoksémia) (Ubat) kekurangan oksigen dlm darah.

anom sl muda dan kacak: engkau aku ambil jadi warga dalam kerana

sayang aku membunuh engkau ini kerana rupamu kedua bagus dan

~ tanpa tanding.

anomali penyimpangan drpd peraturan (jenis atau bentuk) yg biasa,

ketakwajaran: ini membolehkan tribunal itu menyelesaikan ~ yg

berbangkit berikutan dgn pelaksanaan SSB.

anomi (Ant) tiadanya nilai sosial atau moral pd diri seseorang, sesuatu

kumpulan atau masyarakat.

anomia (Ubat) kehilangan daya mengingati nama sesuatu objek yg

dikenali.

anona ark ? nona II.

anonikia (Ubat) ketiadaan kuku sejak lahir.

anonim nama samaran.

anorak (Eskimo) sj jaket kalis air yg mempunyai tudung kepala, biasanya

dipakai utk melindungi seseorang drpd hujan, kesejukan dsb.

anoreksia (anoréksia) (Ubat) kehilangan selera makan.

anorkisme (Ubat) ketiadaan buah zakar (satu atau kedua-duanya sekali)

sejak lahir.

anosmia (Ubat) kehilangan deria bau.

anotasi nota yg ditambahkan pd teks (biasanya penulisan sastera) sbg

penerangan;

beranotasi mempunyai anotasi: beberapa teks yg ~; bibliografi ~;

menganotasi membuat catatan tambahan kpd buku (teks,

manuskrip dsb) utk memberikan penjelasan atau keterangan lanjut; 167

penganotasian perihal (perbuatan atau proses) menganotasi.

Ansar Ar = kaum ~ orang Madinah yg menyambut Nabi Muhammad

sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm

perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali.

ansur; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan

sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu

dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah

pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah

itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi

sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih;

demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu

tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr

tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan

lahan: mereka ~ ke depan;

mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi

sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot)

maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan;

mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur;

mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur,

memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk

menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan;

ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara

beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~

RM30.00 sebulan;

pengansuran perbuatan mengansurkan (hutang dll).

anta I sl sifat, keadaan;

~-beranta a) beraneka sifat (keadaan); b) awang-awang; ~kesuma a)

berbunga-bunga (baju dll); b) baju terbang.

anta II Ar kamu (merujuk kpd seorang lelaki).168

antaboga ark sj naga besar, hantu bumi.

antagonis orang (pihak) yg kuat menentang orang (pihak) lain.

antagonisme pertentangan antara dua pihak (orang, kumpulan, dsb).

antagonistik menentang (seseorang atau sesuatu pihak) dgn hebat: itu

akan hanya mendapat reaksi negatif, ~ dan lebih buruk lagi.

antah I butir-butir padi dlm beras atau nasi, gabah;

~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dgn beras

prb terasing orang miskin (hina) drpd orang kaya (mulia); janjian ~

tiada ceruh prb nasib yg malang tidak akan baik, malang juga

selamanya; laksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna

prb barang sesuatu yg tidak berharga dan kurang baik berguna juga

dlm masa kekurangan; tidak tahu ~ terkunyah prb tidak berasa

bahawa telah melakukan sesuatu yg tidak patut.

antah II; negeri ~-berantah sl negeri anu (negeri khayalan sahaja).

antakesuma; baju ~ sl 1. baju drpd cita berbunga-bunga; 2. baju sakti.

antan penumbuk padi, alu;

~ patah lesung hilang prb tertimpa berbagai-bagai kecelakaan

(kesusahan); bagai ~ pencungkil duri = canggung spt ~ dicungkilkan

duri prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; bertelingkah ~ di lesung,

ayam juga yg kenyang prb berselisih antara dua saudara tentang

sesuatu, orang lain yg beruntung; bertelingkah bagai ~ di lesung prb

orang yg sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati,

jadi rosaklah pekerjaannya.

antap I padat, berat; merentang ~ mencari jalan yg sependeknya; ?

antep.

antap II Mn tenang, diam, senyap;

mengantapkan menenangkan, mendiamkan (anak menangis dll):

antapkanlah anakmu itu.

antar bp hantar.169

antar- Id awalan asing dlm lingkungan atau hubungan yg satu dgn yg lain,

mis antarbenua dan antarkelompok, antara.

antara 1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa;

  1. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul

3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3.

selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain:sejam ~nya datanglah

ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5.

= di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb):

~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca;

  1. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian

bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih;

kerjasama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan

~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg

berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu;

diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap

orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~

mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb):

itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara,

dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh

dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12.

kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertangkap kerana

merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll);

berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat

meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak

serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak

berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb

sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya;

mengantara menjadi orang tengah; 170

mengantarai 1. membuat antara, memisahkan: ada suatu sungai yg

~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi

pengantara: ia yg ~ perselisihan itu;

perantaraan 1. perihal mengantarai (bertindak sbg orang tengah):

dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri

Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn

~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan

dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan):~ dgn

majikannya sudah kurang baik;

pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah):

pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok

Penghulu;

pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dlm

perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn

Leman.

antarabangsa 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua

atau lebih negara: menggalakkan persefahaman ~; perhubungan ~;

perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau

warganegaranya: mahasiswa kita cenderung terhadap perkara

perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk

beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau

dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau

lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh

semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar

sbg tinggi tarafnya: hotel ber taraf~;

mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb) bersifat

antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ pergolakan politik

negara itu;171

keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap

~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia;

pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan:

wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat

pembangunan dan ~.

antara muka (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi

sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti,

sistem, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat

dilakukan;

~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti

analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau

menyambungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg

membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran

tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan

komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg

membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ pengguna

penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna

mudah berinteraksi dgn komputer;

pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat,

peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung.

antar-antar penumbuk yg panjang (alu, antan, dll);

~ gobek anak gobek, pelantak gobek; ~ senapang pelantak.

antarbenua Id dlm hubungan antara satu benua dgn benua yg lain.

antardaerah Id dlm hubungan antara satu daerah dgn daerah yg lain.

antari; baju ~ baju panjang yg dipakai oleh orang naik haji.

antarkelompok Id dlm hubungan antara satu kelompok dgn kelompok yg

lain.

antarnegara Id dlm hubungan antara satu negara dgn negara yg lain,

antarabangsa. 172

antarpulau Id dlm lingkungan pulau-pulau.

Antartika daerah Kutub Selatan.

antasid (Ubat) bahan beralkali yg dapat melegakan keadaan asid yg

berlebihan di dlm perut.

antat I sl hantar;

mengantat menghantar: Yang Dipertuan pun menyuruh ~ sirih dgn

perhiasan.

antat II sj tumbuhan (pokok), kenanga hutan, lidah-lidah, pacal kuning,

Alangium ebenaceum.

anteken (antéken) ark IB surat berdaftar.

antelas; kain ~ sj sutera India yg berkilat (satin); atlas II.

antelop (antélop) binatang berkaki dan bertanduk panjang yg seakan-akan

rusa, dan boleh berlari pantas (terdapat di Afrika dan Asia).

anten (antén) Id; mengantenkan mengahwinkan; ? pengantin I.

antena (anténa) alat utk memancarkan atau menangkap gelombang radio,

aerial.

antenatal (anténatal) sebelum bersalin, semasa mengandung: kehamilan

yg tidak mendapat jagaan ~ yg lengkap.

anteng Jw senang (hati), senyap.

antep Jw berat, antap;

mengantepi 1. mempercayai, memegang teguh pd, sangat setia kpd;

  1. membiarkan, mendiamkan sahaja.

anter I (Bio) bahagian stamen yg mengandungi debunga, cepu debunga.

anter II Id hantar.

anterior (antérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian hadapan,

atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yg lain, pd tubuh:

sesungut terletak di bahagian ~ lipas; 2. terletak paling jauh dr

batang utama (bkn bahagian bunga atau daun).

antero (antéro); seantero seluruh, segenap: ~ dunia.173

anteseden (antéséden) 1. sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg berlaku atau

wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg lain, yg masing

masing berkaitan antara satu sama lain: satu lagi ~ harga diri ialah

pencapaian akademik; 2. (Lin) kata, frasa, atau klausa yg dirujuk

oleh kata ganti nama yg mengikutinya, mis Shuhada ialah anteseden

bagi dia dlm ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia

gagal mendapat tempat di universiti.

anti I tidak suka: jangan ~ pd pembangunan; tunjuk perasaan ~-Rusia.

anti II Ar kamu (merujuk kpd seorang perempuan): Munirah, ~ dengarlah

dulu cakap ana ni.

anti– awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang,

mis antikerajaan dan antisosial.

antiagama menentang agama.

antiaparteid (antiapartéid) dasar menentang (tidak menyokong) sistem

politik di Afrika Selatan yg mengasingkan orang drpd berbagai

bagai kaum melalui undang-undang.

antibakteria (antibaktéria) bersifat menentang atau membasmi bakteria:

minyak itu mempunyai kesan ~.

antibiotik (Ubat) sj bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg

boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma

lain spt bakteria (digunakan dlm rawatan penyakit berjangkit pd

manusia, binatang, dan tumbuhan).

antibodi (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang

tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau

membahayakan tubuh.

antidadah menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis

dadah (spt penghasilan, pengedaran, penggunaan dll najis dadah):

pakar-pakar dan pejuang ~; kempen ~ usaha utk membanteras

penyalahgunaan dadah.174

antidepresan (antidéprésan) (Ubat) yg digunakan utk melegakan

kemurungan.

antidiuretik (antidiurétik) (Ubat) bahan yg menghalang pengeluaran air

kencing.

antidot 1. ubat penawar; 2. sesuatu (usaha, tindakan, dll) yg mengubah

atau mengatasi sesuatu situasi yg kurang baik.

antiemetik (antiémetik) (Ubat) bahan yg mencegah muntah atau

melegakan rasa loya.

antienzim (antiénzim) (Bio) bahan yg dapat merencatkan aktiviti sesuatu

enzim.

antigen (Ubat) bahan (protein) yg apabila disuntikkan ke dlm tubuh

merangsangkan pengeluaran antibodi.

antih; mengantih memintal benang;

pengantihan perbuatan mengantih, pemintalan benang.

antihero (antihéro) antiwira.

antihistamina ubat yg digunakan utk mengurangi atau mencegah kesan

histamina, terutamanya dlm merawat alahan.

antijenayah menentang kegiatan jenayah: gerakan ~ di Sabah.

antik 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn

zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang

barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg

dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana

kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): penggemar ~;

keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka

bentuknya.

antikarat mencegah atau mengelakkan berlakunya karat: minyak ini juga

mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengandungi ciri-ciri

khas ~.

antikerajaan menentang (tidak menyokong) kerajaan: anasir-anasir ~.175

antiketuk sj bahan yg ditambahkan kpd bahan api kenderaan bermotor utk

mencegah atau mengurangkan bunyi bising enjinnya.

antiklimaks keadaan yg menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya

(keistimewaannya dll) drpd suatu keadaan atau aliran yg memuncak,

penurunan yg berbeza sama sekali drpd aliran memuncak

sebelumnya.

antikuiti barang purba spt bangunan, karya seni dll.

antimalaria bahan yg dapat mencegah atau menyembuhkan demam

malaria.

antimangkin (Kim) bahan yg mengurangkan atau memusnahkan tindakan

mangkin.

antimikosis (Ubat) bahan yg dapat merencatkan pertumbuhan kulat yg

menyebabkan penyakit.

antimoni sj unsur logam (pepejal putih) yg digunakan utk membuat aloi

dan semikonduktor.

antimoniamis, antimon Id ? antimoni.

antimun ark ? mentimun I.

antinasional bkn (orang, pihak) yg menentang negara: beliau membantah

dakwaan itu dan menyifatkannya sbg tidak berasas dan memberikan

gambaran bahawa beliau seorang ~.

anting; batu ~ a) batu (timah dll) yg tergantung pd tali sbg pemberat (pd

jangka dll); b) orang yg bergantung pd sisi perahu supaya jangan

terbalik; ~ neraca Id batu timbang yg ringan-ringan;

anting-anting 1. subang yg bergantung-gantung; 2. bandul (pd jam,

alat penduga, dll);

menganting bergantung berayun-ayun.

anting-anting; burung ~ sj burung, burung hamba kera, burung sawai,

Dissermurus paradiseus.176

antinovel (Sas) karya prosa yg menolak penggunaan unsur novel

konvensional atau tradisional, terutamanya dr segi pembentukan

plot.

antioksidan bahan yg dapat melambatkan proses pengoksidaan.

antipati rasa benci, rasa tidak suka: menaruh ~ pd seseorang.

antipeluh bahan yg digunakan pd kulit utk mengurangkan atau mencegah

perpeluhan, terutamanya di bawah ketiak.

antipiretik (antipirétik) ubat yg dapat mengurangkan atau menyembuhkan

demam.

antiplot tidak secocok atau bertentangan dgn plot: malah drama mereka

nampaknya spt ~.

antipode Id 1. sebelah bumi yg berlawanan dgn tempat kita; 2. ki lawan.

antirasisme amalan atau dasar yg menentang rasisme dan menggalakkan

toleransi kaum.

antireumatik (antiréumatik) (Ubat) bahan yg dapat mencegah atau

melegakan gejala reumatisme.

antisepsis (antisépsis) (Ubat) pemusnahan bakteria dll (yg menyebabkan

penyakit).

antiseptik (antiséptik) bahan kimia (spt iodin, alkohol, asid borik, dll) yg

digunakan utk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pd

permukaan kulit (pd luka, alat perkakas pembedahan, dll).

antiserum (antisérum) (Ubat) serum darah yg mengandungi antibodi

melawan antigen tertentu, digunakan utk merawat atau melindungi

seseorang drpd sesuatu penyakit.

antisiklon kawasan yg tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dgn

tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan

cuaca yg tenang.

antisipasi perkiraan atau bayangan tentang hal-hal yg akan terjadi.177

antisosial 1. tidak suka bergaul dgn orang lain (masyarakat): mereka yg ~

akan hanya merenggangkan diri mereka drpd arus pembangunan

masyarakat; 2. bertentangan dgn atau berbahaya kpd peraturan atau

adat (sesebuah masyarakat).

antitesis (antitésis) 1. sesuatu yg benar-benar berlawanan atau

bertentangan; Boyle meragui segala sesuatu yg merupakan ~ kpd

prinsip keyakinan dlm agama; 2. penggunaan kata atau ungkapan

spt ‘berjuang atau menyerah’ dlm frasa, ayat, dll yg sama utk

mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yg seimbang.

antitoksin (Ubat) sj zat dlm tubuh yg dapat melawan racun penyakit.

antivirus bersifat menentang atau membasmi virus: ubat ~; perisian ~.

antiwira (Sas) watak utama (wira) dlm sesebuah novel, cerita, filem,

drama dsb yg tidak memiliki sifat yg lazimnya dikaitkan dgn

seseorang wira, spt keberanian dan kepimpinan.

antologi kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya

yg dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan

seseorang pengarang, bunga rampai;

mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya

spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun

diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum.

antonim (Lin) kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis tinggi lwn

rendah.

antonimi (Lin) hubungan antara antonim.

antraks (Ubat) penyakit berjangkit akibat bakteria Bacillus anthracis yg

lazimnya menyerang haiwan ternakan yg seterusnya boleh

menjangkitkan bakteria tersebut kpd manusia.

antrasit sj batu arang yg sangat keras, tidak mengeluarkan banyak api atau

asap apabila dibakar tetapi menghasilkan haba yg sangat panas.

antre (antré), antri Id, bp berdiri berderet-deret.178

antropogeni (antropogéni) kajian tentang asal usul manusia.

antropoid 1. menyerupai bentuk manusia (bkn cimpanzi, monyet dsb); 2.

makhluk yg berbentuk seakan-akan manusia, mis gorila atau

cimpanzi.

antropologi pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan

fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta

kepercayaannya), kaji manusia.

antropomorfisme 1. kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama spt

manusia (dr segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan); 2.

kepercayaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai

perasaan, sama spt manusia.

antroposentrisme (antroposéntrisme) pandangan yg menganggap

manusia sbg faktor yg paling penting dlm alam semesta.

antui = ~ hitam = ~ kuning = ~ putih sj tumbuhan (pokok), Drepananthus

pruniferus.

antukar sj burung, Rallina fasciata (Rallus striatus gularis).

antul; mengantul melambung kembali, melenting, memantul,

mengambul, menganjal.

antun sl anggun, kacak; orang ~ pesolek;

berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~.

antung-antung sj bakul tergantung (tempat menaruh barang).

antup Jw sengat;

mengantup menyengat.

antus; antusan ark sl utusan.

anu 1. (orang, benda, dll) yg tidak disebut namanya (dgn disengajakan,

kerana terlupa, dsb): si ~ nak datang; dgn hajat ~; 2. (Mat) kuantiti

tertentu yg belum diketahui nilainya. 179

anugerah pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd

Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~

Sastera Negara;

menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai:

Allah ~nya seorang anak lelaki;

menganugerahkan

memberikan sesuatu sbg anugerah,

mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau;

anugerahan sesuatu yg dianugerahkan;

penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~

seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain.

anugeraha ark? anugerah.

anuiti (Eko) pembayaran wang kpd seseorang pemegang kuasa dgn

jumlah dan jarak waktu tertentu;

~ biasa anuiti yg dibayar atau diterima pd penghujung setiap tempoh

tertentu; ~ hayat anuiti yg dibayar kpd pewaris sepanjang hidupnya

dan akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia; ~ sampai

tempoh anuiti yg dibayar atau diterima pd awal setiap tempoh

tertentu.

anulus ruang, bahagian dsb yg berbentuk spt cincin.

anum Jw sl muda.

anumerta gelaran (pangkat dsb) yg diberikan sesudah seseorang

meninggal dunia.

anur ? andur.

anuresis (anurésis) (Ubat) keadaan tidak dapat kencing walaupun air

kencing telah dihasilkan oleh buah pinggang dan tersimpan di dlm

pundi kencing.

anuria (Ubat) kegagalan menghasilkan air kencing, yg biasanya berpunca

drpd kerosakan buah pinggang.180

anut; menganut, menganuti menerima sesuatu ajaran (aliran, fahaman,

dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama):

ada drpd perbuatan-perbuatan kita telah pun menjadi adat resam

yg kita anuti sejak lama; ~ agama Islam; beliau ~ fahaman realisme

sosialis;

anutan keyakinan yg dianut, ikutan, turutan: agama Islam telah

lama menjadi ~ penduduk-penduduk di negara itu;

penganutan perihal (perbuatan) menganuti: bidang kita ialah

menumpukan perhatian kpd ~ agama sbg fenomena sosial;

penganut pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama).

anyal Jw ngeran, sebal.

anyam corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~

pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar;

menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar,

bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal

(rambut), mendandan: ~ rambut;

anyam-menganyam pekerjaan menganyam;

anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja

menganyam;

penganyam orang yg kerjanya menganyam.

anyang I sl 1. makanan drpd daging (kerang dll) mentah yg dibubuhi

rempah-rempah dan dimakan mentah-mentah; 2. buah-buahan

mentah dgn cabai dan garam;

menganyang membuat anyang.

anyang II sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus grandiflora.

anyar Jw ark baru.

anyel ? anyal.

anyelir IB bunga teluki.

anyih; onyah-~ ; ? onyah.181

anyur; buah ~ bahagian drpd kepala gajah di bawah rahang bawah yg

menyerupai bola.

aorta (Bio) saluran besar dlm sistem salur nadi yg menyalurkan darah dr

bilik jantung sebelah kiri ke salur nadi seluruh anggota dan organ

organ (kecuali paru-paru), salur nadi agung.

aortitis (Ubat) radang aorta.

a/p kep anak perempuan (kpd): Kumari ~ Gopal.

apa 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli

tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak

terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan

suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk

menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau:

ya ~ tidak;

~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg

hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa

lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~

lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar;

~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak

kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~

ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa,

kenapa;

apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta,

~ lagi Ali yg miskin itu;

apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak

memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih

lanjut mengenai pelajaran hari ini?

berapa kata yg menanyakan banyaknya;

mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg

diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu?182

mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya

maka ia menangis?

mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan

apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak

diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap,

membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja

yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung

mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya

sekiranya adiknya tidak dijumpai.

apa-apa sj tumbuhan (pokok spt pokok durian), Neesia spp.

apabila semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala: ~ ada harta si mati

hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin

bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

apai ? gapai.

apakala sl apabila, bilamana, ketika.

apalagi lebih-lebih (lagi), terlebih-lebih pula, tambahan pula, apatah lagi:

dgn kereta saja ia sudah mabuk, ~ dgn kapal terbang.

apam sj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan

dgn ibu roti dan dikukus;

~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di atasnya

dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn

melenggangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat

drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb

dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkuk

mangkuk kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd

campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus;

mengapam 1. memasak apam; 2. menyerupai apam.

apar Mn tempat tukang besi bekerja, dapur tukang besi; kampung ~

kampung pandai besi.183

aparteid (apartéid) dasar membezakan warna kulit (biasanya antara kulit

putih dgn kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit

hitam (di Afrika Selatan).

apartmen pangsapuri.

apas I sl anggun, kocak, tampan.

apas II Jk sial, celaka.

apatetik (apatétik) bersikap tidak ambil peduli (acuh tak acuh, endah tak

endah, dsb).

apati sikap tidak menaruh minat atau sikap tidak endah terhadap sesuatu

yg wajar diberi perhatian.

APEC (apéc) akronim bagi Asia Pacific Economic Cooperation

(Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).

apeh (apéh) ? apek.

apek (apék) C panggilan kpd lelaki (agak tua) berbangsa Cina.

apeks (apéks) bahagian puncak atau hujung sesuatu yg tirus: ~ paru-paru;

~ daun.

apel (apél) IB minta banding.

apendektomi (apéndéktomi) pembuangan apendiks secara pembedahan.

apendiks (apéndiks) (Bio) umbai usus yg terdapat di persimpangan usus

kecil dgn usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen.

apendisitis (apéndisitis) (Ubat) radang apendiks yg ditandai rasa sakit di

abdomen dan disertai rasa loya, muntah, dan demam.

aperitif (apéritif) minuman beralkohol, terutamanya wain, yg diminum

sebelum makan utk membuka selera.

apertur bukaan yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk ke dlm kamera.

apes ? apas II.

api 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu

kelihatan menjulang-julang; 2. kepanasan (haba) yg digunakan utk

memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali 184

di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas):

~! ~! Hamid berteriak! 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau

pemetik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu

perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan

yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ percintaan sedang

membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~

perkauman;

~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa;~ luka Id demam

kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka;

~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb

kejahatan yg kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum

berbahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi

semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai

tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg

sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb

tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat

menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan;

bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan,

akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb

bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah

asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di

mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk

pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah

dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada

sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb

sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat

dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg

lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb

sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb 185

melakukan pekerjaan yg hampir tidak memberi harapan akan

berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu

perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan;

sudah ke tengah makan ~ prb Mn suatu perselisihan yg susah

didamaikan;

api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api;

berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya

masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn

kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung

tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh

suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan;

berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah,

berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang

pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn)

bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan

tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi;

mengapi menjadi spt api atau menyerupai api;

mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut): mereka ~

Hindun supaya melawan ibunya;

memperapikan memanggang;

perapian tempat menyalakan api utk memanaskan ruang, bilik dsb,

pendiangan;

pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut.

api-api I sj serangga, kunang-kunang.

api-api II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Verbenaceae yg banyak

terdapat di hutan paya bakau, Avicennia spp.; ~ bulu, Avicennia

lanata; ~ ludat, Avicennia officianlis; ~ jambu, Avicennia marina;

~ putih, Avicennia alba.

apiari tempat memelihara dan membiakkan lebah.186

apik rapi dan bersih serta sangat baik: pekerjaannya ~ sekali.

apikultur pemeliharaan dan pembiakkan lebah.

apilan sl papan tebal yg digunakan spt perisai pd meriam (dlm kapal).

aping (Sunda) apit;

mengaping mengapit.

apion ark gasing.

apit 1. berada di antara dua benda (orang dll), tercepit, terhimpit; 2. =

apitan perkakas utk menyepit (menghimpit); 3. = pengapit orang

yg mengiring raja, ajutan, barang yg di kiri kanan sesuatu;

~ cina a) rotan utk menyepit jari murid yg nakal; b) barang yg

dihimpit atau disepit; ~ kanan (kiri) pemain (dlm permainan sepak

takraw) dlm barisan hadapan betul-betul ke kanan (ke kiri); ~

khutbah hari raya (sama ada hari raya puasa atau hari raya haji) yg

jatuh pd hari Jumaat dan dgn ini khutbah dibaca dua kali pd hari

tersebut; ~ lempang a) papan yg di atas lunas (pd perahu); b)

pengiring raja, ajutan; ~ tempang papan yg menutup rangka perahu,

badan perahu;

apit-apit perangkap tikus (harimau dll);

berapit 1. berada di antara dua benda (orang dll); duduk ~ duduk di

antara dua orang; 2. berdekatan, berhimpit, bersanding; bintang ~

dua bintang yg berdekatan letaknya;

mengapit 1. menyepit, menghimpit, menindih; ~ minyak memerah

minyak; 2. menempatkan di antara dua benda (orang dll),

mengiringi di kiri kanan: semasa dibawa ke penjara, dia diapit oleh

dua orang polis; diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali prb

perempuan yg tidak diberi nafkah oleh suaminya tetapi tidak pula

diceraikan;

memperapitkan merapatkan, menghimpitkan;187

apitan 1. perkakas utk menghimpit (mengempa, menyepit): ~

minyak; ~ tebu; 2. (Lin) awalan dan akhiran yg diberi serentak pd

sesuatu kata (mis ke … an, pe … an, dll);

pengapitan perihal mengapit;

pengapit 1. perkakas utk mengapit; 2. picitan (dgn jari); 3. orang di

kiri kanan pengantin; 4. pembantu, ajutan, apit.

apit-apit I sj lebah.

apit-apit II = burung ~ sj burung pipit, ciak tanah, laki padi, lancar-lancar,

seri lancar, ciak (pipit) padang, Anthus novaeseelandiae malayensis.

apkir IB tidak dapat dipakai, ditolak, ditampik;

mengapkir menolak, menampik;

apkiran barang yg tidak dipakai, tampikan.

aplikasi kegunaan (pd praktiknya);

mengaplikasikan menggunakan secara praktik atau amali,

melaksanakan atau menggunakan pd amalan: mereka mengetahui

beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg

baru dimulainya;

pengaplikasian perihal (perbuatan) mengaplikasikan sesuatu.

aplus I IB bp bergilir (orang berkawal, bertugas, dll);

mengaplus mengganti (pengawal dll).

aplus II IB tepuk tangan (tanda setuju dll).

apnea (apnéa) (Ubat) keadaan terhentinya pernafasan beberapa ketika.

apodia (Ubat) kecacatan sejak lahir yg dicirikan dgn ketiadaan kaki

(sebelah atau kedua-duanya sekali).

apogi titik dlm orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada

paling jauh dr bumi.

apoi sj tumbuhan (pokok), bedanan jantan, jolok hantu, mempenai bukit,

Arthrophyllum ovalifolium.188

apokope (apokopé) (Lin) pengguguran bunyi atau huruf, sama ada satu

atau lebih di hujung kata.

apolog cerita dongeng yg mengandungi unsur pengajaran, yg wataknya

terdiri drpd haiwan atau objek yg beraksi sbg manusia.

apologetik (apologétik) bersifat menyesali sesuatu perbuatan yg telah

terlanjur: nada suaranya yg ~ itu mungkin menunjukkan dia telah

menyedari kesilapannya itu.

apologia hujah seseorang utk membela atau mempertahankan pendapat

atau tindakannya tentang sesuatu perkara.

apologis orang yg mempertahankan sesuatu (pendapat, kepercayaan,

tindakan dsb) dgn hujah.

apopleksi (apopléksi) (Ubat) penyakit yg menyebabkan seseorang jatuh

pengsan kerana kerosakan pd salah satu pembuluh darahnya di

bahagian otak.

aposisi (Lin) kata atau frasa yg menjelaskan kata atau frasa yg

mendahuluinya, mis Fadzli dlm frasa kawannya, Fadzli,…atau

Bapa Kemerdekaan dlm frasa Tunku Abd Rahman, Bapa

Kemerdekaan, ….

apotek (apoték) IB rumah ubat, kedai ubat.

apoteker (apotéker) IB ahli ubat.

apraksia (Ubat) ketidakupayaan mengkoordinasi pergerakan akibat

kecederaan otak.

apresiasi (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll

seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan

nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt

deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik

sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah;

mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan,

jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll 189

sesuatu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan

kita ~ drama dan menikmatinya dgn lebih bermakna dan berkesan.

APRI akronim bagi Angkatan Perang Republik Indonesia.

aprikot 1. = buah ~ buah sj pokok yg isinya berwarna oren kekuning

kuningan spt buah pic; pokok ~ pokok yg menghasilkan buah

aprikot, Prunus armeniaca; 2. warna oren kekuning-kuningan.

April bulan keempat dlm Tahun Masihi yg mengandungi 30 hari.

aprit; aprit-apritan Jk berlari tunggang-langgang; ? abrit.

apron I kain yg dipakai, biasanya oleh tukang masak, utk menutupi

bahagian depan pakaian supaya tidak menjadi kotor.

apron II kawasan berpermukaan keras di terminal yg khusus utk

meletakkan pesawat udara dan kegunaan memunggah dan

memuatkan barang.

aptitud kemahiran atau kebolehan semula jadi seseorang, bakat: ujian ~.

apum ? apam.

apung 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam

(sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air

(mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~

dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di

rantau orang;

berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn

perahu dll); 2. = terapung-apung;

berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas

permukaan air: nampak banyak kayu ~;

mengapung 1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air

(tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg

tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika

dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara;190

mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air

atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air;

terapung tidak tenggelam;

terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air;

~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya

(mengenai sesuatu perkara); ~ sama hanyut, terendam sama basah

prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung; asal

(untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik

selamat, kalau nasib malang celaka;

apungan 1. sesuatu yg berapung atau terapung-apung: yg ada hanya

~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang

surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata

wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa

campur tangan drpd kerajaan: kecairan syarikat akan meningkatkan

kemampuan utk ~ lebih bebas;

keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung

katung;

pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau

mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya

memerlukan perbelanjaan yg besar.

apuran Jk longkang (parit) utk membuang air kotor.

apus; buluh ~ sj tumbuhan (buluh), aur kuning, Bambusa aspera.

aqidah ? akidah.

aqiqah ? akikah.

Ar simbol kimia bagi argon.

ara 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu,~ buluh, dll;

  1. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam,

selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~

bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, 191

Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t),

tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang,

Achyranthus aspera;

bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang

tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak

bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam

(hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar

jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah

bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut

patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan.

Arab 1. bangsa yg berasal dr semenanjung besar barat daya Asia; 2. bahasa

yg dituturkan oleh bangsa ini, yg merupakan bahasa al-Quran;

mengarabkan menjadikan atau menyebabkan seseorang atau

sesuatu mengikut atau bertukar kpd ciri (nilai, pengaruh dsb) Arab:

kita tidak bermaksud hendak ~ bahasa Melayu;

kearaban (yg) memperlihatkan ciri (pengaruh dll) Arab: syair

dagang, syair Burung Pingai, dll mempunyai isi yg ~.

arabes (arabés) 1. corak hiasan pd catan, ukiran kayu dsb yg bermotifkan

tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yg disusun dgn garisan

bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat; 2.

kedudukan penari balet yg berdiri di atas sebelah kaki sementara

kaki yg sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan

kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan.

aragonit (Kim) kalsium karbonat semula jadi.

arah 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan:

bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan,

perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke =

ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke;

searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan;192

arah-arah Mn serupa, hampir sama;

berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke

selatan;

mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu

~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan,

jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb),

menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3.

memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan

mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang

orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan

pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan

serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb):

beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan

dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang

~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup;

mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2.

mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang;

mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan,

menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. =

mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar:

~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis

diarahkan bersikap sopan;

terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd

lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan

dan perkembangan yg ~;

arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain

Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara

ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan 193

kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3.

ark orang yg menjadi pembantu;

pengarahan

perbuatan mengarahkan (menghalakan),

penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi

tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu

sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan

hubungan sosial;

pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2.

orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan

sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~

Perkhidmatan dan Perjawatan;

~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh

masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati

pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat

yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg

mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn

kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif

sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan

terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat;

kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan

dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya

sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.

arai I ukuran isi padu yg bersamaan dgn dua cupak atau 2.27 liter: maka

disantap oleh bendahara, habis nasi segantang dan susu se~ dan

sakar secupak itu habis.

arai II Mn, NS mayang: ~ pinang.

arak I sj minuman yg mengandungi alkohol dan memabukkan, minuman

keras; kaki ~ orang yg kuat minum arak;

pengarakan tempat membuat arak.194

arak II; berarak, berarak-arakan 1. berjalan beramai-ramai dan

beriring-iring: setelah itu ~lah mereka berkeliling negeri; 2.

bergerak beriring-iring: awan sudah mulai ~ ke Timur; 3. datang

(timbul) satu demi satu silih berganti (bkn pelbagai kenangan dsb):

bermacam-macam kenangan yg ~ dlm ingatannya;

~ tidak berlari prb perbuatan bersama-sama yg menggirangkan hati

tidak perlu diburu-burukan; elok arak di hari panas prb orang yg

sukacita kalau beruntung, sebab maksud tercapai;

mengarak 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai,

menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan

perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2.

sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~

siang;

arakan, arak-arakan pawai;

perarakan 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak

dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak:

Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan

orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka;

~ haram perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa

(spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar

besaran;

pengarak 1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg

mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan

angin yg mendahului hujan.

arakian ? arkian.

araknid haiwan drpd kelas Arachnida yg mempunyai empat pasang kaki

dan mata ringkas, spt labah-labah, kala jengking dan hama.

aral Ar halangan, gendala, rintangan: kalau tidak ada ~, saya akan datang;

~ gendala = ~ melintang = ~ menggalang halangan yg datang; 195

mengaralkan

menyebabkan ada aral, merintangi,

menggendalakan:~ sesuatu maksud.

aram I; mengaram menaruh dendam, mempunyai niat hendak membalas.

aram II; aram-aram, pengaram ark rangka tempat orang berdiri kalau

membuat tembok dll: pekerjaan ini dilakukan siang malam, itulah

sebabnya ~ berpasang lampu.

aram III; ~-temaram kabur, suram (bulan dll): bulan pun ~-temaram spt

belas akan orang yg bercerai.

arang I 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj

bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau)

tanpa udara atau dlm udara yg terhad;

~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu

lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg

menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna

kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup

matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau

setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga

pd periuk;

~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb

pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh

dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat

jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya;

berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki

lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~

prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri

yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd

hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung

malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama

akibatnya (akan menanggung rugi); membasuhkan ~ yg terconteng 196

di muka prb menghilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak

prb perbuatan jahat, jahat akibatnya;

mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang;

mengarangkan menjadikan arang;

pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang.

arang II Mn mulut.

arang III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok dan kayunya), Diospyros spp.

ararut sj tumbuhan (pokok), sagu belanda, ubi garut, ubi karut, Maranta

arundinacea.

aras I 1. hingga ke, sampai ke, paras, takat; ~ pinggang setinggi pinggang;

  1. muka (air dll): berapa meter padu air mesti dipamkan ke dlm

kolam yg panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya ~ air

naik satu meter; ~ air muka air; 3. tingkat: naik lif hingga ke ~ lima;

~ bumi kedudukan yg sama aras dgn permukaan bumi; ~ dada (Hut)

ketinggian (1.3 meter) yg lazimnya digunakan sbg piawai utk

mengukur lilit, garis pusat, dan luas pangkal pokok hidup; ~ laut

aras purata permukaan laut berbanding dgn permukaan daratan; ~

tinggi ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr

aras laut, altitud;

mengaras menyentuh, mencapai, sampai ke; ~ awan sampai ke

awan.

aras II sl raja dlm bahaya (seruan utk permainan catur).

aras III; ~ kerdan ark sj penganan.

Arasy Ar singgahsana Allah yg tidak dapat diketahui hakikatnya oleh akal

manusia dan hanya dapat diyakini kebenarannya.

arau I berbintik-bintik, berbelang-belang;

anjing ~ anjing belang; ~ batu bintik-bintik putih di atas dasar gelap;

~ hujan panas bintik-bintik merah di atas dasar putih.

arau II; mengarau mengaduk, mengacau; ? karau.197

arau III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, lidah-lidah, kayu

mapa, mentulang, odopon putih, Austrobuxux spp., Cephalomappa

spp., Drypetes spp.

araz; araznya sl aral: kalau-kalau bertemu dgn ~, jadi tiada sampai spt

kehendak Duli Yang Dipertuan itu.

arbaa Ar 1. empat; 2. hari Rabu (hari yg keempat dlm seminggu).

arbab Ar sj biola (memakai dua atau tiga tali), rebab.

arbei (arbéi) IB sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Fragaria

nesca.

arbitraj usaha membeli barang di suatu tempat utk dijualkan di tempat

lain bagi mendapatkan keuntungan; si ~ orang yg melakukan usaha

tersebut.

arbitrari 1. tidak berasaskan pertimbangan yg tertentu atau yg teliti, tidak

berasaskan pemikiran (analisis dsb), mengikut sekehendak hati,

sewenang-wenang: pemisahan antara dunia yg bersifat analitik dan

dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yg ~ kerana sifat

ilmu itu tidak terpisah drpd masyarakat yg mendukungnya; 2. (Lin)

berkaitan dgn sifat bahasa yg menunjukkan tiadanya kepadanan

fizikal yg semula jadi antara bentuk bahasa dgn entiti sebenar.

arbitrasi timbang tara.

arboreal (arboréal) berkaitan dgn (hidup di, atau tinggal di) pokok:

tumbuh-tumbuhan ~; monyet ~.

arboretum (arborétum) kawasan yg ditanami dgn spesies pokok tertentu

utk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan, dan

penyelidikan.

arborikultur penanaman pokok, terutamanya utk menghasilkan kayu

balak.

arca 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat

drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 198

  1. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej:

melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat

ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri

almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk

cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia

‘menyimpan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipandang dlm

tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg

dihasilkan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6.

(Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg

digunakan sbg wakil sesuatu objek;

mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang

~ wajah seorang seniwati;

kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini

agak ~ sedikit;

pengarcaan proses menghasilkan arca;

pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin

merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya.

ardi I sl gunung.

ardi II Ar, sl bumi, tanah.

are IB ukuran luas, 100 m

2

.

arek (arék) Jw anak: ~ Surabaya.

aren (arén) Jw enau, kabung.

arena (aréna) 1. gelanggang (permainan dsb): ~ badminton; 2. lapangan,

gelanggang: ~ politik tanah air; memajukan lagi ~ sukan negara; 3.

gelanggang (pertempuran dsb), medan: kawasan itu menjadi ~

pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara yg

bermusuhan itu.

ares (arés) IB 1. penangkapan; 2. hukuman (tidak boleh keluar rumah dll);

mengares 1. menahan, menangkap; 2. menghukum.199

arestasi (aréstasi) IB penahanan, penangkapan.

argari (Hindustan) gari, belenggu tangan.

argentum (argéntum) (Kim) sj unsur logam, perak.

argon (Kim) sj gas nadir yg digunakan dlm lampu elektrik.

argot bahasa yg khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya

bersifat rahsia dan dikaitkan dgn kelas sosial rendah spt pencuri atau

penyeluk saku.

argus sj binatang, tikus belanda, marmut.

ari I; kulit ~ kulit luar, kulit selaput.

ari II; ular ~ sj ular yg berbisa.

ari III Jw, sl adik, adinda.

ari-ari bahagian bawah perut yg di bawah sekali (ke atas sedikit drpd

kemaluan).

aria Jw 1. gelaran putera raja; 2. sl kata bujukan: ~ ningsun.

Aries lambang pertama dlm zodiak, yg berlambangkan biri-biri jantan.

arif 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami

sesuatu dgn mendalam atau luas pengetahuannya): saya

mengangguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi

kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi

pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah

yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg

mendapat makrifat drpd Allah.

mengarifi arif akan, memahami: sbg seniman, dia sewajarnya ~

apa yg berlaku di sekitarnya;

mengarifkan menjadikan arif;

kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya.

arifin Ar (jamak bagi arif) orang yg mendapat makrifat drpd Allah.200

arih; mengarih, mengarihkan 1. menghulurkan (tangan dll) hendak

memeluk dll: ia ~ tangannya ke muka; 2. Mn menambatkan,

mengikat: ~ kerbau.

arik I; mengarik sl meraih, merengkuh: ~ pengayuh.

arik II Ar tidak boleh tidur, jaga.

arik III; mengarik mengerik.

aring I kerawang di pangkal mata keris.

aring II sj jerat atau jebak yg terdiri drpd tali pencerut, penjerut.

aring-aring sj tumbuhan (pokok), urang-aring, rumput migus (kunang

putih, bin), keremak jantan (hutan), daun dakelin, Eclipta alba.

ariningsun Jw, sl adikku, adindaku (perempuan).

arip sangat mengantuk: ~ sangat mata kekanda.

aris I bahagian tepi (kelim) layar dsb yg dibuat drpd rotan (tali dll);

beraris ada aris, berhias dgn aris.

aris II ark getah pokok yg sudah beku.

aris III Kl tali pukat yg melampung.

arisan kutu (pengumpulan wang).

aristokrasi pemerintahan oleh kaum bangsawan.

aristokrat 1. kaum bangsawan; 2. penganut faham bahawa pimpinan

pemerintahan harus dipegang oleh kaum bangsawan (orang kaya

kaya dan orang-orang yg tinggi martabatnya).

arit I Jw sabit, penyadap;

mengarit menyabit (rumput).

arit II tombak ikan; ? piarit.

aritmetik sains tentang nombor yg melibatkan proses tambah, tolak,

bahagi, dan darab, kira-kira: mencampur, menolak, mendarab, dan

membahagi angka termasuk dlm bidang ~.

aritmia (Ubat) denyutan jantung yg tidak normal.201

arjuna sl 1. dewa-dewa Hindu yg termasyhur kerana kepahlawanan

mereka; 2. ki lelaki yg dikasihi (sama ada kekasih, suami, dsb):

aduhai, ~ kekasihku!

arka; ~ elektrik cahaya yg berkilau yg terhasil di udara akibat ternyahnya

cas elektrik di antara dua elektrod atau litar elektrik bertekanan

tinggi yg terputus.

arkaik 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai

lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg

tidak begitu dikenal atau bersifat ~.

arkaisme cara kuno (bkn pemakaian kata, bentuk kata, dan ayat).

arkan Ar ark (jamak bagi rukun) rukun-rukun.

arked (arkéd) laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dgn kedai

kedai kecil di kiri kanannya.

arkeografi (arkéografi) kajian tentang dokumen bertulis yg kuno.

arkeologi (arkéologi) kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan

(terutama kebudayaan prasejarah) dgn cara penggalian dan

penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba; ahli ~ orang yg

pakar dlm bidang arkeologi.

arketaip (arkétaip) model asal sesuatu mesin, sistem dll yg menjadi

contoh, prototaip.

arkian sl sesudah itu, maka: ~, tersebutlah pula putera baginda Tuanku

Malim Deman besarlah sudah.

arkib 1. kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; 2. tempat menyimpan

naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah

sesebuah negara; 3. (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data

komputer bagi jangka masa yg lama;

mengarkib (Komp) menyalin atur cara atau data ke dlm cakera,

pita, dll utk penyimpanan jangka panjang;202

mengarkibkan menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb)

di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk diarkibkan;

kearkiban segala yg berkaitan dgn fungsi (kegiatan,urusan, dsb)

arkib: anugerah itu sbg sumbangannya dlm bidang ~.

arkitek (arkiték) 1. jurubina; 2. ki perancang atau pencipta sesuatu.

arkus ? argus.

arloji IB jam kecil: ~ saku; ~ tangan.

armada 1. angkatan laut yg terdiri drpd kapal-kapal perang; 2. kapal-kapal

dagang (dr sesuatu negara).

armadilo sj binatang kecil drpd famili Dasypodidae yg bersisik tebal,

mengorek tanah dan menggulingkan badannya spt bola apabila

diserang, biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua

Amerika.

armistis perjanjian yg dibuat antara negara yg sedang berperang utk

melaksanakan gencatan senjata dan membincangkan langkah

berdamai, perjanjian gencatan senjata.

arnab sj binatang mengerip yg menyerupai kucing tetapi lebih panjang

telinganya, kelinci, kucing belanda, Oryctolagus spp.

arnal IB sj tusuk kundai.

aroma bau (terutama bau yg menyedapkan drpd rempah, pokok, dsb);

beraroma ada aroma, berbau sedap: masakan yg ~ itu ialah

masakan India.

aromaterapi (aromatérapi) sj rawatan yg menggunakan minyak harum yg

diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit

dsb.

aromatik (Kim) bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

arombai sj perahu di Ambon.

arpus sj damar utk menguatkan tali (spt tali penggesek biola).203

ar-rahn konsep perbankan Islam yg merujuk kpd kaedah pembiayaan yg

melibatkan penyerahan aset sbg cagaran sesuatu hutang.

arsenik (Kim) sj unsur bukan logam yg digunakan utk membuat racun

perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dsb.

arson (Udg) perbuatan membakar harta (rumah, bangunan dsb) dgn

sengaja, sama ada bermotifkan niat jahat atau utk menuntut

pampasan insurans.

arteri saluran darah yg membawa darah yg mengandungi oksigen keluar

dr jantung utk mengalir ke seluruh badan.

arteriol (Bio) arteri kecil.

arteriosklerosis (arteriosklérosis) (Ubat) keadaan dinding arteri yg

menjadi keras, tebal, dan hilang kekenyalan.

articok sj sayur hijau yg mempunyai daun tebal yg tersusun spt kelopak

bunga, Cynara scolymus.

artifak barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas,

senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman.

artifisial bukan asli, buatan, tiruan.

Artik daerah Kutub Utara.

artikel 1. fasal dlm kitab undang-undang; 2. karangan (dlm surat khabar,

majalah, dll), makalah, rencana.

artikulasi 1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; 2.

penyataan idea atau perasaan terutamanya dgn kata-kata;

mengartikulasikan menyatakan idea atau perasaan terutamanya

dgn kata-kata: rasa kecewanya tidak diartikulasikan.

artileri 1. pasukan tentera yg bersenjata meriam; 2. meriam (biasanya

beroda).

artis 1. orang yg kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni

(terutama lukisan); 2. penghibur (spt penyanyi, penari, dll); ~

rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya 204

dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak

tertentu.

artisan pekerja yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, tukang: Antonio

Pobello ialah seorang ~ berbangsa Itali yg mula-mula sekali

membuat kasut dgn menggunakan tangan.

artistik 1. sangat indah (dikerjakan dsb dgn perasaan kesenian): ia gemar

melihat benda-benda yg ~; 2. berasaskan (berkaitan dgn,

menunjukkan, dsb) nilai-nilai seni: tanpa bantuan segala ini,

sesebuah filem akan mengecewakan dr segi ~.

artralgia (Ubat) rasa sakit pd sendi.

artritis (Ubat) radang pd sendi atau tisu sendi.

artrologi kajian tentang sendi.

artropod (Bio) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea,

serangga, araknid dan lipan) drpd filum Arthropoda yg mempunyai

badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar.

aru gelaran bangsawan Bugis, raja, puteri; arung I.

aruan ? haruan.

aru-aru; hantu ~; ? hantu I.

aruda sj tumbuhan (herba), daun inggu, Ruta graveolens.

aruh; mengaruh 1. (Ubat) mencetus atau mempercepat proses bersalin

(biasanya dgn memberi ubat); 2. (Fiz) menghasilkan arus elektrik

atau daya gerak elektrik secara pengaruhan;

aruhan (Fiz) sifat sesuatu litar elektrik yg beroleh daya gerak

elektrik akibat perubahan arus dlm litar yg sama atau dlm litar lain

yg berdekatan;

pengaruhan (Fiz) proses memindahkan sifat elektrik (magnet) dr

satu litar (atau jasad) ke litar (jasad) yg lain tanpa melalui sentuhan

fizikal;

pengaruh (Fiz) induktor.205

aruk I; mengaruk melakukan tarian perang (adat orang Bugis sbg

menunjukkan kesetiaan kpd raja).

aruk II; mengaruk 1. mengacaukan (gajah liar yg menggemparkan

binatang-binatang jinak, kerbau yg mengacau lumpur, dll); 2.

melakukan sesuatu yg menimbulkan kegemparan (kekacauan,

gangguan, dll), menggemparkan;

pengaruk orang yg mengaruk.

arun I; mengarun mengacau, mengaduk (nasi, pulut, dll).

arun II Mn harum.

arung I (Bugis) gelaran, raja, puteri; ? aru.

arung II; arungan ? harung I.

arus 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan

atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~

searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik

= ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya

bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak

putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm

~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran,

perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara

berasingan drpd kedudukannya dlm ~ penceritaan; ~ sejarah; ~

zaman; ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup

(penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi

menghanyutkan diri ke dlm ~ kota;

~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~

sejuk arus yg membawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg

bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg

panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang

surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr

segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): 206

tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ perdana

pembangunan;

berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupanya tenang tetapi pd

setengah-setengah tempat ~.

arwah Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal

dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku

melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut

seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~

ayahnya; ~ Pak Mat;

mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk

memperingati seseorang yg telah meninggal dunia.

as I IB gandar, pasak, sumbu: kereta itu patah ~nya;

beras mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat

ditarik.

as II IB daun pakau yg tertinggi nilainya.

As simbol kimia bagi arsenik.

as kep alaihissalam.

A.S. kep Amerika Syarikat.

asa I harap(an); putus (berputus) ~ tidak menaruh harapan lagi (akan

berjaya, memperoleh sesuatu, dsb), putus harapan;

asa-asaan harap-harapan, selalu berharap (mengharapkan);

mengasakan mengharapkan.

asa II ? esa.

asa III Mn 1. sangka; 2. sengaja;

mengasa 1. menyangka; 2. menyengaja.

asabah Ar waris yg berhak mendapat pusaka tanpa ditetapkan

bahagiannya, tetapi berhak menerima semua harta atau baki yg ada

setelah setiap waris menerima bahagian masing-masing, atau ia 207

mungkin langsung tidak mendapat apa-apa sekiranya waris yg lain

telah menghabiskan semua pusaka berkenaan.

asabat Ar urat yg menyebabkan kita dapat merasa (melihat dll), saraf;

perang ~ perang saraf (perang saling menggertak, saling menakuti);

sakit ~ sakit saraf.

asad Ar, sl singa, (sering kali juga) harimau; ~ pahlawan pahlawan yg

berhati singa.

asah I gosok (utk menajamkan, meratakan, melicinkan, dll): ~ bulat, ~

lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara

mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk

sementara sebelum ada yg lebih baik;

berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);

mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai,

menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan,

melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina,

mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~

kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan;

~ bakat memupuk dan mengembangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~

fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb);

~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah

tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan

pandai juga;

asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;

pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;

pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah.

asah II ark sah.

asah III Ar ? asahhu.

asahan ? sahan.208

asahhu Ar lebih benar (bkn suatu pendapat ulama yg lebih kuat drpd

pendapat lain): menurut kaul yg ~, haram suami menafikan anaknya

itu.

asai 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah

dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk).

asak padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;

berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit

dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~

menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah,

berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya;

mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal:

pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2.

mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang

ramai ~ ke hadapan; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki

menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan:

pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;

diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah

lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi;

mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat,

menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya

di antara orang ramai yg berkumpul itu;

asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~

orang ramai yg tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia

sahaja.

asal 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui

itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~

bangunan itu dikekalkan; rancangan ~; 2. tempat semula, keadaan

semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja

(sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh 209

pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak

menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap … saja: ~ dapat

gaji terus berjoli;

~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun

cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke

pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok

senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~

ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada

pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb

kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya

(keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm

segala hal, haruslah ditilik puncanya;

berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di):

orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka;

  1. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~;

mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd

(asal, keadaan semula);

diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);

asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau

dlm ruang.

asali Ar 1. yg asal, yg semula; 2. berasal, berbangsa; ? asli.

asal usul 1. salasilah, asal keturunan (seseorang); 2. peringkat awal atau

permulaan: ahli sains yg cuba mengkaji ~ manusia; 3. sebab yg

mula-mula, punca: ~ pertikaian yg berlarutan;

mengasalusulkan menghuraikan asal usul: kisah yg ~ raja-raja

Kedah yg tersebut dlm Hikayat Merong Mahawangsa.

asam I 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2.

berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah

ini;210

~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur;

~ garam

  1. a) berbagai-bagai jenis asam berserta garam: segala persediaan

diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai

pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam

yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu;

~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gunung) bertemu dlm

belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu

juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah

se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (pekerjaan,

perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak

pengalaman;

mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris;

mengasami membubuh asam pd;

mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau

asam supaya masam, menjeruk;

asaman, asam-asaman buah-buahan yg diasamkan (dijeruk).

asam II sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan buahnya),

Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg

digunakan dlm masakan), Tamarindus indica; akar ~ kumbang sj

tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci,

Embelia ribes.

asang Br, Sr insang.

asap 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb

naik ke udara); 2. = ~ air wap;

~ api asap yg keluar dr api; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata;

~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg

keluar apabila kemenyan dibakar; 211

belum dipanjat ~ kemenyan prb belum berkahwin; menggantang ~

(mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b)

berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);

berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus;

dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh

keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;

mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi;

mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum,

kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan,

mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat

bara utk ~ rumahnya;

~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan

pakaian dgn mengenakan asap dupa;

pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi;

perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dll, pedupaan: ia

menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi.

asar Ar 1. = waktu ~ waktu bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn

kayu dsb yg menjadi pengukurnya hingga terbenam matahari; 2. =

sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu asar;

~ rendah petang hari semasa matahari sudah rendah (lebih kurang

pukul lima petang); ~ tinggi petang hari masa matahari masih tinggi

(lebih kurang pukul tiga petang).

asas 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah

sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd

sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan,

kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem

demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mempunyai ~;

berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu

yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;212

berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas,

berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti

yg nyata;

mengasaskan 1. menyandarkan (meletakkan) pd sesuatu sbg asas,

mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara;

  1. membangunkan (pd peringkat permulaannya), memulakan

penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954;

terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ dinasti ke-26;

pengasasan perbuatan (proses dsb) meletakkan sesuatu pd sesuatu

asas: ~ prinsip kebebasan ini amat penting;

pengasas orang yg mengasaskan (memulakan perubahan) sesuatu:

pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya.

ASAS; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950.

asasi menjadi dasar, yg menjadi pokok: undang-undang ini tidak

mengganggu hak-hak ~ rakyat lain.

asasinat; pengasasinatan (Udg) pembunuhan dgn tujuan merebut kuasa,

biasanya kuasa politik.

ASB kep Amanah Saham Bumiputera.

asbab Ar (jamak bagi sebab) sebab-sebab.

asbak IB tempat abu rokok.

asbestos (asbéstos) bahan yg dijadikan kepingan-kepingan yg dapat

menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan utk

bumbung atau siling rumah.

asbut campuran asap dgn kabut;

berasbut dikelubungi atau dilitupi asbut.

ASCII akronim bagi American Standard Code for Information

Interchange atau (Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar

Maklumat).

ase (asé); daging ~ Id daging cencang dgn rempah-rempah.213

ASEAN (aséan) akronim bagi Association of Southeast Asian Nations

(sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia,

Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja,

Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan

kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi,

kebudayaan, dan sosial).

aseksual (aséksual) (Bio) 1. tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks;

  1. tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yg jelas; 3. tidak

melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dgn sel pembiakan

betina: pembiakan ~.

asep (asép) IB bp keterangan yg menyatakan hendak membayar.

asepsis (asépsis) (Ubat) keadaan yg bebas drpd organisma patogen.

aseran Jk pemarah, lekas marah, kasar (bahasa).

asese (asésé) IB setuju, muafakat.

aset (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg

dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat

istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll);

~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg

tidak mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank

yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan

kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan

jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan

kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima

sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair

(Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai;

~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm

tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko)

aset spt tanah, bangunan, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud

(boleh disentuh atau dilihat); ~ kewangan (Eko) aset yg merupakan 214

tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko)

aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti

sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak menjanakan

pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah

ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara

fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi memberi hak kpd pemiliknya

utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd

hasil yg telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima; ~ tetap

(Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi;

~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan,

simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta.

asetaldehid (asétaldehid) (Kim) sj cecair yg tidak berwarna, meruap, dan

digunakan sbg pelarut dan agen penurunan.

asetat (asétat) (Kim) garam atau ester drpd asid asetik.

asetilena (asétiléna) (Kim) gas hidrokarbon tidak tepu yg tidak berwarna

yg digunakan sbg bahan api (mis pd api oksiasetilena).

asetisisme (asétisisme) cara hidup yg langsung tidak mementingkan

kenikmatan, keselesaan atau kemewahan hidup duniawi.

aseton (aséton) (Kim) sj sebatian organik yg digunakan sbg pelarut.

asfal Ar ark yg lebih rendah, hina.

asfalt (asfat) sj bahan yg hitam dan lekit spt tar yg digunakan utk melapisi

jalan (sbg bahan penampal bocor dll);

berasfalt mempunyai lapis (dilapisi) asfalt: jalan itu belum ~;

mengasfalt membubuh asfalt pd (jalan).

asfar Ar 1. putih kuning; 2. kuning (warna kuda).

asfiksia (Ubat) keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen di dlm

darah, sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kematian.

ashab Ar (jamak bagi sahib) kawan, sekutu.

asi I Ar menderhaka, melawan (tidak mengikut).215

asi II benar, sah; tidak masuk ~ tidak masuk hitungan.

asi III sl perhatian; mengambil ~ mengendahkan, mempedulikan;

mengasi mengendahkan, mempedulikan; tidak ~ tidak

mengendahkan; aci I.

asi IV Jk; asian bernasib baik, dapat beroleh untung (kerana nasib baik),

mujur; ? rasi.

asid (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis

dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah;

~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik =

~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj

asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren,

lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik

yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang

tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg

pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik

dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan

gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh

drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara

sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, penghasilan insektisid

dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik

kumpulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di

dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai

ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya

menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu

masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan; ~

lemah asid yg tidak tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan;

~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau

minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk

membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid 216

berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin

sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak

organik yg diperoleh drpd bahan mineral melalui proses kimia; ~

nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik

sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan

sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid

yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat

yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg

tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan

digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg

terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan

utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat

dlm air kencing;

berasid mengandungi asid;

mengasid menjadi asid;

mengasidkan menjadikan asid;

keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larutan;

pengasidan proses mengasidkan.

asidimeter (asidiméter) alat utk mengukur banyaknya kandungan asid dlm

sesuatu larutan.

asidimetri (asidimétri) teknik mengukur kuantiti asid yg terdapat dlm

sesuatu larutan.

asiduria (Ubat) keadaan adanya asid dlm air kencing.

asik 1. Kl panjang di sebelah bawah (teraju layang-layang); 2. bergerak

gerak (layang-layang), tidak tetap.

asimetri (asimétri) keadaan bentuk yg tidak simetri.

asimilasi 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id

paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3.

pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur 217

menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg

berlainan menjadi satu kebudayaan);

berasimilasi berpadu menjadi satu;

mengasimilasikan 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu

hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~

bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan

berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu

kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;

terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~;

pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun,

~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar.

asimptomatik tidak menunjukkan sebarang gejala bagi sesuatu penyakit

(bkn pesakit).

Asmaul Husna Ar sembilan puluh sembilan nama Allah yg teragung,

termulia, dan terindah.

asin I masin, (be)rasa garam; merasai ~ garam sudah banyak pengalaman;

mengasini membubuh garam (supaya masin) pd;

mengasinkan menjadikan asin;

asinan buah-buahan atau sayur-sayuran yg diasinkan;

keasinan perihal asin, rasa asin, kemasinan: ~ air laut.

asin II Mn menang (dlm permainan galah panjang).

asin-asin sj tumbuhan (pokok renek), cekur (manis), Sauropus albicans.

asindeton (asindéton) (Lin) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yg tidak

menggunakan kata hubung, mis saya datang, saya melihat, saya

menang.

asing 1. berlainan, terpisah, tersendiri; berasa diri ~ (di sesuatu tempat)

berasa diri terpisah atau bukan sebahagian drpd tempat yg

berkenaan; 2. berasal (datang) dr daerah atau negeri lain, bukan

tempatan, bukan anak negeri: banyak bangsa ~ di negeri ini; 218

tanaman modal ~; 3. bukan dr dunia ini: makhluk ~; 4. tidak spt yg

biasa terdapat (dilakukan, diamalkan, dll): amalan-amalan yg ~ bagi

masyarakat Melayu;

asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri: barang-barang itu

dinilai ~;

berasing 1. menyisih, memisahkan diri (dr): anak ini ~ dr kawan

kawannya; 2. berubah, menjadi lain: kasihnya sudah ~;

berasingan, berasing-asingan tidak bersatu (bercantum dsb),

berlain-lainan, terpisah, berpisah-pisahan: kertas soalan itu

terbahagi kpd dua bahagian yg ~; pemerintahan kedua-dua

kawasan itu sekarang ~, tetapi masih ada perhubungan yg rapat

antara kedua-duanya;

mengasing berasing;

mengasingkan 1. = memperasingkan memisahkan (dr yg lain),

menyisihkan: Afrika Selatan bertujuan menyebelahkan atau ~

orang berkulit putih drpd orang yg berwarna; ~ diri menyisihkan

(memencilkan) diri; 2. menempatkan (membuang) ke tempat yg

terpisah atau terpencil: dia pernah diasingkan ke Boven Digul;

terasing terpisah, tersisih, terpencil;

keterasingan 1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing

(tersisih), terasingnya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah

~ generasi muda Melayu kerana berbagai-bagai masalah sama ada

benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. keanehan,

keganjilan, keluarbiasaan: ~ perasaan itu ada hubungan dgn

darahnya sendiri;

keasingan sifat dll yg berlainan drpd yg lain, kesendirian, kelainan:

tiap-tiap ciptaan sajak mempunyai ~ yg istimewa;

pengasingan 1. perihal (perbuatan dsb) mengasingkan atau

memisahkan, pemisahan; 2. perihal mengasingkan (menyisihkan, 219

memencilkan) diri: China mengubah sikap ~nya dan mulai

membenarkan orang asing masuk; al-Farabi mengamalkan cara

hidup zuhud dan cenderung pd ~ diri; 3. tempat dibuang, tempat

diasingkan, (tempat) pembuangan: dr tempat ~ itu ia lari ke daerah

musuh.

asisten (asistén) bp pembantu, penolong.

askar 1. tentera, serdadu, perajurit: seorang ~ payung terjun telah mati

kerana kecederaan; 2. pasukan tentera: beberapa batalion ~

kerajaan telah dikejarkan ke medan perang.

askomiset (askomisét) (Bio)kumpulan kulat dlm kelas Ascomycetes,

termasuk kulapuk, kulat, dan kulat pereput kayu.

asli 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah

negeri; orang ~ penduduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing

atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg berasal dr sesebuah negeri

atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3.

bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan

terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~;

gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~;

naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal

(bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~

bukan sebarang orang;

keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini

tidak perlu disangsikan.

asma penyakit sesak nafas, penyakit bengik, lelah.

asmara cinta, kasih, cinta berahi; bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbu

cumbuan;

berasmara 1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan: mereka sedang

mabuk ~; 2. bercumbu-cumbuan; 220

keasmaraan 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara,

cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja.

asmaradana; berasmaradana bercumbu-cumbuan.

asmaradanta sl putih (bkn gading, gigi): giginya ~ dan bibirnya merah

tua, terlalu manis spt laut madu.

asmaraloka (Sanskrit) sl alam percintaan, dunia cinta kasih.

ASN kep Amanah Saham Nasional.

asnad Ar (jamak bagi sanad) rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yg

digunakannya utk sampai kpd matan.

asnaf Ar golongan yg berhak menerima zakat: sumber zakat

disumbangkan kpd individu Islam yg termasuk dlm ~ yg lapan;

selain mengagihkannya mengikut ~ tertentu, ia juga disalurkan utk

kemudahan institusi pelajaran.

aso Jw; mengaso melepaskan lelah, beristirahat: marilah kita ~ sebentar;

pengasoan peristirahatan.

asok Kd pasangan menari (makyung dll).

asonansi (Lin) pengulangan bunyi vokal dlm deretan kata spt secupak dan

sesukat, atau pokok dan tokoh.

asor Jw rendah, hina, alah.

asosiasi perkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian:

koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~

pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau

disebut imej ‘air’, ~ fikirannya akan cepat mengenangkan ‘air

zamzam’;

mengasosiasikan mengaitkan, menghubungkan, mengadakan

(menunjukkan) pertalian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn

objek yg lain.

asparagus sj tumbuhan yg pucuknya dibuat sayur, Asparagus officinalis.221

aspek (aspék) segi, sudut, bahagian (utk diberikan perhatian dsb): mereka

kurang sekali memerhatikan ~ sosial dlm kesusasteraan; masalah

tersebut perlu ditinjau pd segala ~nya.

aspero sj ubat berupa pil utk sakit demam (sakit kepala dll).

aspiran IB bp calon (yg mencita-citakan sesuatu).

aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita

cita: spt yg ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini

sudah berubah;

mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu,

mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yg

berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di

kebanyakan negara Islam.

aspirin sj ubat utk demam (sakit kepala dll).

asrama 1. bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (spt murid sekolah,

mahasiswa, jururawat, dll), hostel; ~ putera (puteri) asrama yg

khusus utk pelajar-pelajar lelaki (perempuan); 2. rumah tempat

tinggal pertapa, biara; 3. Id berek (polis, tentera, dll);

berasrama mempunyai asrama: sekolah ~ penuh;

mengasramakan menempatkan dlm asrama.

asrar Ar (jamak bagi sir) rahsia.

assalamualaikum Ar selamat sejahtera kpd kamu semua (lelaki dan

perempuan).

asta (Sanskrit) lapan (dlm kata majmuk).

astaga Id, bp astaghfirullah.

astaghfirullah Ar Ya Allah, ampunilah aku (disebutkan juga sbg

menyatakan kehairanan, terkejut, dsb).

astagina Jw ark (pelajaran) pertukangan tangan.

astaka pentas khas yg dibina utk sesuatu tujuan, terutamanya utk acara

tilawah al-Quran; balai ~ sl sj balai dlm istana (tidak berdinding dan 222

digunakan utk upacara dsb): raja pun berangkat naik ke atas gajah

dan diarak terus ke ~.

astakona sl 1. segi lapan, sudut lapan; 2. segi banyak;

berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak.

astana ? istana.

astatin (Kim) sj unsur bukan logam yg radioaktif dlm siri halogen yg

wujud secara semula jadi.

asterisk simbol berbentuk bintang (*) yg digunakan dlm tulisan atau

cetakan sbg tanda rujukan silang kpd sesuatu catatan.

asteroid (astéroid) satu drpd ribuan jasad kecil cakerawala yg mengelilingi

matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari.

astigmatisme (Ubat) kekaburan pelihatan akibat ketakseragaman

lengkungan pd kanta mata atau kornea.

astrafobia perasaan takut yg keterlaluan pd kilat dan guruh.

astringen (astringén) sj bahan yg boleh mengecutkan kulit (tisu tubuh

dsb).

astro- awalan asing 1. berkaitan dgn angkasa lepas, mis astronautik; 2.

berkaitan dgn jasad cakerawala atau bintang, mis astrofizik.

astrobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kemungkinan

wujudnya kehidupan di planet lain.

astrobotani cabang botani yg mengkaji kemungkinan tumbuhnya

tumbuh-tumbuhan di planet lain.

astrofizik kajian tentang struktur kimia dan fizikal pd objek (bintang,

planet, dll) yg terdapat di angkasa.

astrokimia kajian kimia tentang jasad samawi dan rantau ruang angkasa

sekitarnya.

astrolab alat yg digunakan oleh ahli astronomi zaman pertengahan utk

mengukur altitud bintang, matahari dsb dan sbg alat bantu pandu

arah dlm pelayaran.223

astrologi ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang

bintang).

astronaut angkasawan.

astronautik kajian tentang prinsip asas fizik yg berkaitan dgn

penerbangan ke angkasa lepas.

astronomi ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yg

melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan

serta tafsiran yg berkaitan dgn bintang).

asu anjing; gigi ~ gigi taring.

asuh; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan

mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih

berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan

melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh

Australia;

asuhan 1. peliharaan dan didikan, jagaan: semasa kecil dia dlm ~

neneknya; 2. awasan dan tunjuk ajar, bimbingan;

pengasuhan perbuatan atau hal mengasuh;

pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh: dicarilah ~ utk anak raja

itu; ~ bunga daun-daun kecil yg tidak sempurna yg terdapat pd

tangkai (sebelah bawah) bunga.

asuh-asuh sj ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, Lethrinus nebulosus.

asung Mn; mengasung menghasut (supaya marah, berdendam, dsb);

asungan hasutan;

pengasung penghasut.

asuransi IB insurans;

mengasuransikan mempertanggungkan (rumah, jiwa, dll) kpd

perusahaan insurans, menginsuranskan.

aswad Ar hitam; hajarulaswad batu hitam di Kaabah.224

asyhadu Ar saya mengakui (percaya, yakin); ~ an lailahaillallah saya

mengakui tiada Tuhan yg lain melainkan Allah.

asyik 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap

seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan

puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan

sesuatu): kalau dah ~ berbual lupa akan makan; ~ maksyuk a)

berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang

kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan

renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong

oleh cinta dan kasih kepada-Nya;

asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg

dibangkitkannya;

mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang),

menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan

jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik

(leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku

cerita yg ~ pembaca;

keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka

memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman;

keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll).

asyikin Ar (jamak bagi asyik) para asyik.

Asyura; hari ~ hari yg kesepuluh dlm bulan Muharam yg disambut oleh

orang Islam dgn berpuasa sunat (berkenduri tahlil dsb).

At simbol kimia bagi astatin.

A.T. kep Asia Tenggara.

atak Mn; mengatak mengatur.

ataksia (Ubat) kegagalan pelarasan otot kawal sehingga menyebabkan

pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak-sentak.225

atap 1. penutup rumah bahagian atas (utk melindungi penghuni dr hujan

dan panas), bumbung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat

drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup

bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih

mahal drpd ~ rumbia;

beratap mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan)

atapnya: pondok itu belum ~;

beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia,

genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~

genting;

mengatap membubuh atap, memasang atap;

mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah.

atar; air ~ = minyak ~ sj minyak wangi; orang ~ juruubat, orang yg

membuat ubat.

atas 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit

itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah

drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~

kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap:

beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah

~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu

dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh

pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan

propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka

dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat

Nabi Ibrahim;

~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin

(spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;

di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah):

letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat 226

berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga

itu, tidak sanggup saya membelinya;

ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas:

angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan)

lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji

seribu ~;

beratas-atasan = atas-mengatasi;

mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main

lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan

(keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi;

atas-mengatas selalu hendak ke atas;

mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~

lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai

(masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);

atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di

sekolah kami, murid-murid saling ~;

mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;

teratas terletak (berada dll) di atas sekali;

atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya,

kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;

pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;

pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa

bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan 6/7, nombor 6 disebut ~.

atase (atasé) pegawai yg diperbantukan pd kedutaan utk menguruskan

tugas-tugas khas: ~ militer; ~ kebudayaan.

atau 1. kata hubung yg bermaksud serupa (sama) dgn, disebut juga: askar

~ tentera; binatang ~ haiwan; 2. kata hubung yg bermaksud salah

satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll): air limau ~ air

tomato, kedua-duanya minuman berkhasiat; mereka menghinanya 227

dgn meludahinya ~ memakinya; 3. = ataupun baik …. mahupun:

besar ~ kecil; tua ~ muda; mahal ~ murah.

atawa atau.

ateis (atéis) orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan

Tuhan.

ateisme (atéisme) fahaman atau kepercayaan yg tidak mengakui

kewujudan Tuhan.

ateistik (atéistik) berpendirian (bersikap) tidak mengakui kewujudan

Tuhan.

atelas ? atlas II.

atendan (aténdan) 1. pekerja lelaki di hospital yg membuat kerja-kerja

rencam (spt menjaga kebersihan di rumah sakit, membawa makanan

utk pesakit, menolong pesakit, dsb); 2. pembantu drebar lori,

kelindan; 3. orang yg bertugas menjaga kereta di sesuatu tempat

letak kereta dan mengutip bayaran drpd empunya kereta, jaga

kereta.

ati-ati sj tumbuhan (pokok yg daunnya dibuat ubat), Coleus

atropurpureus.

Atid malaikat yg menulis segala kejahatan seseorang.

atip; mengatip sl menyusun, mengatur.

atlas I buku yg mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat

maklumat lain tentang negeri-negeri).

atlas II Ar, sl sj kain halus yg berkilat; ? antelas.

atlas III tulang ruas yg pertama.

atlet (atlét) orang yg giat dlm lapangan sukan, ahli sukan.

atletik (atlétik) berbagai-bagai jenis olahraga (terutamanya yg

memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan spt berlari,

melompat, berenang, dll), sukan.

atlit ? atlet.228

ATM kep Automated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu mesin

yg memberikan khidmat juruwang secara automatik).

atma jiwa, nyawa; ~ juita sl kata cumbuan.

atmometer (atmométer) (Fiz) alat pengukur kadar penyejatan air.

atmosfera (atmosféra) lapisan udara yg melingkungi bumi (yg terdiri drpd

bahan-bahan gas).

atol (Geo) terumbu karang yg berbentuk spt cincin yg melingkungi sesuatu

lagun, pulau cincin.

atom 1. bahagian atau unit yg terkecil drpd unsur kimia yg boleh terlibat

dlm sesuatu perubahan kimia: satu molekul air terdiri drpd dua ~

hidrogen dan satu ~ oksigen; bom ~ bom yg diledakkan dgn tenaga

atom; perang ~ perang yg mempergunakan bom (senjata) atom;

zaman ~ zaman moden (zaman sudah adanya bom atom); 2. Id, bp

(dipakai utk menyatakan sesuatu yg moden, baru atau luar biasa);

ikat pinggang ~ ikat pinggang yg dibuat drpd plastik; pulpen ~ pen

yg tidak perlu diisi dakwat.

atop Jw ark sedawa.

atos Jw ark keras.

atribut 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan

itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang

atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd

golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan

dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri

tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp)

kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh

komputer.

atrium I laman bahagian dlm sesebuah seni bina Romawi, gereja, dan juga

bangunan moden yg tinggi.

atrium II (Bio) jantung.229

atui Pn atau.

atuk bp datuk; ~ moyang ark datuk nenek, nenek moyang.

atun; ~ laut sj tumbuhan (pokok), bayur laut, dungun, pelir kambing,

Heritiera littoralis.

atung; teratung-atung terkatung-katung; ? katung I.

atur I; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk

membentuk sesuatu (spt rumah dll);

beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~

di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan

yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur

~ dgn baik;

mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau

sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2.

menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~

persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna

mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga

sendiri belum dapat diatur;

mengaturkan mengatur utk;

teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun:

dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut

(kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah

mereka merancangkannya dgn sempurna;

aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini,

menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan

utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya;

  1. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. =

~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan

terlebih dahulu;230

beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2.

tahu adat (sopan santun);

keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan

alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam;

peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus

diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat;

~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kerajaan peraturan (ketentuan, garis

panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga

(kpd);

berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;

pengaturan perihal (perbuatan dsb) mengatur(kan).

pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu

mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk

mengatur.

atur II Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau.

atur III; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya;

mengaturkan 1. menyampaikan, mempersembahkan, memberi: ~

surat kpd menyampaikan surat kpd; 2. mengucapkan, mengatakan:

~ selamat datang.

atur cara 1. jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk

dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan,

persembahan, dll): ~ persidangan adalah mengikut aktiviti

jawatankuasa dan kumpulan tertentu; masing-masing mempunyai ~

dan rancangan-rancangan tersendiri; 2. (Komp) urutan arahan

berkod yg dimasukkan ke dlm komputer yg membolehkan data

diproses (oleh komputer);

pengaturcaraan (Komp) proses membuat atur cara komputer: dlm

pendekatan ~, pelajar didedahkan kpd peranan komputer;231

pengatur cara 1. orang yg mengendalikan sesuatu majlis: ~ majlis;

  1. (Komp) orang yg menganalisis sesuatu masalah dan menulis atur

cara supaya data yg berkaitan boleh diproses oleh komputer.

atur huruf penyusunan huruf menjadi perkataan atau blok perkataan utk

tujuan pencetakan: pd peringkat ~;

mengatur huruf menyusun huruf menjadi perkataan atau blok

perkataan dlm proses pencetakan: mereka hanya menjalankan tugas

~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid;

pengatur huruf 1. orang yg kerjanya mengatur huruf; 2. mesin yg

digunakan utk mengatur huruf: mesin ~.

au sr kata utk menyatakan kesakitan (ketakutan atau keadaan terkejut).

Au simbol kimia bagi aurum.

aubade alu-aluan dgn muzik atau nyanyian (pd pagi-pagi hari).

audiens para penonton (pembaca, pendengar, dsb) yg menjadi tumpuan

sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera: ia kurang

diminati kerana ~ gagal memahami daya tarikannya yg aneh;

persekitaran membentuk aksi dan kehidupan watak-watak sewaktu

mereka berkomunikasi dgn ~.

audio 1. berkaitan dgn bunyi atau pendengaran: drpd satu bahasa

perhubungan melalui saluran pendengaran atau ~, bahasa Melayu

telah menjadi satu bahasa pustaka; 2. berkaitan dgn bunyi atau

penghasilan semula bunyi: selalunya peralatan ~ diletakkan di

tengah ruang pameran itu; ia membawa konsep baru pusat beli

belah yg menawarkan pelbagai pilihan produk ~ dan video.

audio- awalan asing berkaitan dgn bunyi atau pendengaran, mis

audiometer dan audiologi.

audiogram rakaman dlm bentuk graf yg dihasilkan oleh audiometer utk

menunjukkan tahap ketajaman pendengaran seseorang.

audiologi kajian (secara saintifik) tentang pendengaran.232

audiometer (audiométer) alat utk mengukur kepekaan bunyi, terutama utk

menguji pendengaran.

audiometri (audiométri) pengukuran daya pendengaran, mis dgn

menggunakan audiometer.

audiovisual (yg) melibatkan atau menggunakan pendengaran dan

pelihatan (bkn usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dll),

pandang dengar.

audit (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun);

~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg

diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt

invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih

tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit

yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan

tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg

dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu

(spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg

dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang

undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua

firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod

kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi

itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn

betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd penentuan tepat tidaknya

baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit

pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan

oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn

pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb;

mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira

kira yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima;

pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun).233

auditorium dewan (ruang dlm bangunan dsb) utk para penonton.

auh ? au.

auk Id bunyi anjing menyalak.

auksin (Bio) hormon penggalak dan pengawal pertumbuhan (pd

tumbuhan).

aula Id ruangan besar utk berapat atau mengadakan upacara (dlm gedung

sekolah tinggi dll).

aulia Ar (jamak bagi wali) orang yg dipilih oleh Allah SWT utk mendapat

pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya.

aum I = ngauman bunyi harimau atau singa;

mengaum berbunyi menderam (bkn harimau, singa): kambing

mengembek, harimau ~;

mengaum-aumkan bp menggembar-gemburkan, menceritakan ke

sana ke mari.

aum II Kd borong semua.

aung bunyi meraung;

mengaung meraung.

aungan Jw hubungan.

auns unit ukuran berat yg bersamaan dgn 1/16 paun atau 28.349 gram.

aup Pr mati, mampus: terlangkup ~ sama sekali.

aur buluh, bambu; jenis-jenisnya: ~ cina, ~ duri, ~ hitam, ~ kuning, ~ licin,

dll;

bagai ~ dgn tebing prb dikatakan mengenai orang yg suka

bertolong-tolongan; spt ~ ditarik songsang prb banyak sangkut

pautnya hingga susah hendak dilaksanakan.

aura suasana atau perasaan halus yg menyelubungi diri seseorang atau

sesuatu.

aurat Ar 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup

(menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang.234

AURI akronim bagi Angkatan Udara Republik Indonesia.

aurora fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam

hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau

atau ungu;

~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub

Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar

Kutub Utara.

aurum (Kim) sj unsur logam yg tidak reaktif dan banyak digunakan utk

membuat barang-barang kemas, emas.

Austronesia (austronésia) semua pulau yg terletak di Lautan Pasifik

Selatan dan Tengah, termasuk Irian, Polinesia, Melanesia, Australia,

dan New Zealand: bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa

~ yg terdiri drpd lebih kurang 4000 bahasa.

auta bp borak (tidak sungguh-sungguh), temberang.

autarki perihal atau cara yg tidak bergantung pd negeri lain tentang

keperluan-keperluan dlm negeri, perihal mencukupi keperluan

sendiri.

autentik (auténtik) dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan

benar (bukan palsu, rekaan, dsb): makalah ~.

autisme (Psi) gangguan mental yg mula muncul pd peringkat kanak-kanak

yg menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar

berkomunikasi dgn masyarakat.

autistik menderitai autisme: kanak-kanak ~.

auto IB kereta, motokar; ~ gerobak lori;

berauto berkenderaan dgn motokar, berkereta; automobil.

autobiografi riwayat hidup yg ditulis sendiri.

autobis IB bas.

autofokus dapat memfokuskan sesuatu objek secara automatik (bkn kanta

kamera): kamera ~.235

autogami (Bio) pensenyawaan sendiri oleh tumbuhan berbunga.

autogiro pesawat udara yg menggunakan kipas utk menghasilkan daya

angkat tanpa menggunakan enjin.

autograf 1. tandatangan seseorang, biasanya orang yg terkenal; 2. = buku

~ buku kecil utk menyimpan tandatangan orang yg terkenal atau

kata-kata nasihat dsb oleh sahabat handai utk kenang-kenangan; 3.

naskah (manuskrip) asal yg ditulis tangan oleh pengarangnya

sendiri.

autografi 1. penulisan tentang sesuatu yg dibuat dgn tulisan tangan

penulisnya sendiri; 2. penghasilan semula sesuatu ilustrasi atau

tulisan.

autokarpa (Bio) buah yg terhasil drpd penswasenyawaan, mis buah

manggis.

autokiu alat yg memaparkan skrip (tidak dapat dilihat oleh penonton) yg

boleh dibaca oleh seseorang semasa rakaman rancangan televisyen,

mis siaran berita atau ucapan di khalayak ramai.

autoklaf bekas berdinding tebal, berpenutup, dan digunakan utk

mensterilkan alat-alatan perubatan.

autokrasi 1. pemerintahan oleh orang atau individu yg mempunyai kuasa

penuh (tidak terhad); 2. negara yg diperintah oleh individu yg

mempunyai kuasa penuh.

autokrat pemerintah yg mempunyai kuasa penuh (kuasa mutlak).

autokratik berasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah,

pemerintahan, pengurusan, dsb): amalan pengurusan yg berbentuk

~ dan birokratik.

autolisis (Bio) pemusnahan sel atau tisu oleh tindakan enzimnya sendiri.

automasi sistem pelaksanaan tugas serta alat automatik yg pd

keseluruhannya membolehkan pelbagai aspek dan proses kerja

dilakukan dgn sedikit sahaja atau sama sekali tidak memerlukan 236

tenaga manusia: tahun-tahun lapan puluhan pula memperlihatkan

bank memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dan

~;

mengautomasikan menjadikan sesuatu sistem (proses dsb) berjalan

secara automasi: beberapa langkah sedang diambil utk ~ sistem

pengeluaran yg sedia ada;

pengautomasian perihal atau proses mengautomasikan: ~ Pusat

Sumber Sekolah.

automatik bkn sesuatu yg bergerak atau melakukan sesuatu dsb dgn

sendirinya (alat, mesin, dsb); secara ~ a) dgn sendirinya, dgn

(hampir) tidak perlu dikendalikan oleh tenaga manusia (bkn alat,

mesin, dsb), dilaksanakan (hampir) sepenuhnya dgn penggunaan

alat-alat tertentu dan bukan tenaga manusia (bkn kerja dsb); b) dgn

tidak berfikir-fikir dsb terlebih dahulu (bkn sesuatu tindakan dsb);

  1. c) dgn tidak perlu dilakukan (diuruskan, diselesaikan, dsb) sesuatu

terlebih dahulu (bkn kedudukan, perjalanan, dsb sesuatu);

mengautomatikkan menjadikan sesuatu automatik;

pengautomatikan perihal (proses, tindakan dsb) menjadikan

sesuatu automatik.

automobil kereta, motokar.

automotif bkn kenderaan bermotor.

autonom IB mengurus (mengendalikan) pemerintahan dsb sendiri.

autonomi pemerintahan (pentadbiran,pengurusan) sendiri, hak mengurus

pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau

pengendalian oleh pihak lain);

berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa

sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai

perpaduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan 237

Amerika adalah utk mewujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan

bukannya sebuah negara Palestin.

autoped (autopéd) IB basikal yg disorong dgn kaki (permainan anak

anak).

autoplasti (Ubat) penggantian tisu yg rosak kerana cedera, berpenyakit

dsb, dgn tisu yg diambil drpd bahagian lain tubuh pesakit itu sendiri.

autopsi (Ubat) pembedahan dan pemeriksaan mayat utk menentukan atau

mengetahui sebab-sebab kematian;

mengautopsi melakukan autopsi.

autoritarian 1. berpegang teguh pd peraturan dan undang-undang; 2.

orang yg percaya akan ketaatan sepenuhnya terhadap autoriti.

autoritarianisme faham (pendirian, prinsip, dsb) yg mengutamakan taat

setia kpd pihak yg berkuasa di sesebuah negara.

autoritatif 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh

dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu

bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan;

makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil;

  1. (penuh) berkuasa, berwibawa.

autoriti 1. kuasa atau hak (utk memberi perintah, mengawal, membuat

keputusan, dsb): beliau mempunyai ~ utk mewujudkan dan

menetapkan hukum; 2. sumber (orang, buku, dsb) sbg sumber

maklumat tentang sesuatu yg boleh diterima atau dipercayai: kamus

merupakan salah satu ~ yg sahih dlm kajian ini;

berautoriti mempunyai autoriti.

autosom (Bio) semua kromosom yg terdapat di dlm nukleus sel kecuali

kromosom yg menentukan jantina sesuatu organisma.

auzubillah Ar aku berlindung kpd Allah drpd kejahatan atau bencana

(biasanya drpd iblis dan syaitan).238

avant-garde (Perancis) bersifat baru dan progresif (bkn idea, kesenian,

kesusasteraan dsb): sebuah lukisan ~.

avgas sj bahan api yg digunakan oleh pesawat udara.

avikultur pemeliharaan dan penternakan burung.

avionik sains elektronik yg diterapkan dlm bidang penerbangan.

avisenian (avisénian) sj tumbuhan (pokok bakau) drpd genus Avicennia.

avokado sj tumbuhan tropika yg buahnya berbentuk bulat lonjong,

berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yg

tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan, Persea spp.:

buah ~.

awa I; pinang ~ pinang yg telah dipotong kedua-dua hujungnya dan

dibelah empat (utk dimakan).

awa II Tr musim: sekarang ini ~ orang bermain wau bulan.

awa- Id awalan asing hilang atau bebas, mis awahama.

awah Sr ruang panjang yg menjadi lorong tempat lalu lalang di bahagian

tengah rumah, spt di rumah panjang.

awahama Id tanpa hama, bebas drpd hama;

mengawahamakan membebaskan drpd hama.

awai I Id ark; mengawai melambaikan (tangan).

awai II Mn ark; mengawai memegang, meraba; ? awat III.

awai III Mn kecewa: ia memandang kami dgn agak kecewa … lebih-lebih

~ lagi ketika kami tidak bermohon kepadanya.

awak 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu

dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau,

kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian 3. diri

(sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak

melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; 239

perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun

demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat

menerimanya.

awal 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijangkakan, ditetapkan, dsb), terlebih

dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~

sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. bahagian yg mula-mula (cerita

dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu

jangka waktu): pd ~ tahun ini;

~ mula mula-mula sekali; ~ bermula … pd permulaannya…;

berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula

mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan;

mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal,

mempercepat;

terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan

dsb); 2. paling awal;

awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);

berawalan mempunyai awalan.

awam 1. bkn (melibatkan dsb) orang ramai sbg suatu keseluruhan:

kepentingan ~; 2. utk atau terbuka kpd semua orang (tidak terkhusus

atau teristimewa utk golongan dsb tertentu): tempat ~; kenderaan ~;

kemudahan ~; 3. bukan tentera atau polis dsb; perkhidmatan ~

perkhidmatan kerajaan yg tidak berkaitan dgn tentera atau polis;

orang ~ a) orang preman (bukan anggota tentera atau polis); b)

orang kebanyakan; c) orang biasa (bukan ahli atau istimewa);

mengawamkan 1. mengumumkan, memberitakan kpd orang

banyak; 2. menganjurkan, mengesyorkan;

pengawam penganjur.240

awan 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap

berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi

~ menyinari bumi; 2. corak ukiran;

~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan

yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~

berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit;

~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~

lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg

berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih

ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~

dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur

ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~

hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~

kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-kemawan awan yg

berkepul-kepul; ~ kerawang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg

berpindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait

kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~

pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal

ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk

rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ telepok ukiran yg

menyerupai bunga teratai;

berawan diliputi awan: langit tidak ~;

mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan:

burung bangau yg terbang itu putih ~ di udara; 2. meninggi,

membumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemuncak gunung itu

tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku

kehendaki itu jauh ~, tak mudah tercapai;

merawan berada di atas awan, setinggi awan.241

awang I panggilan kpd orang muda (terutama kpd anak sulung); ~ dan

dayang hamba laki-laki dan hamba perempuan;

perawangan sl orang muda-muda yg menjadi hamba raja: oleh

baginda yg laki-laki digelar awang dan yg perempuan digelarnya

dara, itulah asal segala ~ dan perdaraan.

awang II; ~-gemawang = awang-awang = awang-awangan sl ruang

antara langit dan bumi, udara, angkasa;

(masih) di ~ masih belum tentu atau belum pasti lagi, tidak dapat

diharapkan; hidup di ~ hidup mewah (spt orang besar atau orang

kaya); serasa di atas ~ a) tinggi sekali; b) berasa bahagia atau

senang;

mengawang 1. naik tinggi ke udara, meninggi: belon-belon itu ~

sesudah dilepaskan; 2. memikirkan yg tinggi-tinggi, berkhayal:

fikirannya ~; 3. berbuat sesuatu dgn tidak menentu atau berhati-hati

(memukul, berkata, dll), merambang, mengaur;

perawangan lingkungan awang-awang.

awangku Br 1. gelaran utk anak lelaki bujang yg bapanya keturunan

pengiran: A~ Idris; 2. panggilan timang-timangan utk anak lelaki yg

bapanya bukan pengiran.

awar kerosakan pd kapal atau muatannya.

award (Udg) keputusan yg dibuat oleh hakim atau penimbang tara.

awas 1. tajam pandangan (pelihatan), dapat melihat dgn baik: mata

pemburu itu ~ sekali; 2. kebolehan yg luar biasa utk menilik

(melihat) sesuatu yg ghaib, tajam tiliknya; 3. (ber)hati-hati, berjaga

jaga, waspada: kita harus ~ akan gerak-geri mereka; ~, jalan raya

sedang dibaiki;

berawas, berawas-awas berhati-hati (dgn melihat-lihat ke sana sini

dsb), beringat-ingat, berjaga-jaga: harus ~ sewaktu menyeberangi

sungai itu;242

mengawas = mengawasi;

mengawasi 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb

seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg

tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang

orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di

pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati:

sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3.

memberikan perhatian serta mengawal (supaya teratur atau berjalan

dgn baik dsb): ~ pelaksanaan sesuatu projek; ~ perjalanan

mesyuarat;

pengawasan perihal (perbuatan dsb) mengawas(i), penjagaan,

pemeriksaan: budak itu sekarang di bawah ~nya; mereka masih di

bawah ~ polis; projek-projek di bawah ~ kerajaan pusat;

pengawas orang yg mengawasi, orang yg menjaga; ~ hutan orang

yg mengawasi hutan.

awat I Kd, bp mengapa, apa pasal: ~ hang tak datang kelmarin?

awat II tanah yg tidak kena oleh tenggala.

awat III ark; mengawat memegang, menjawat.

awau sj kera, ungka.

awda Br singkatan bagi awang dan dayang.

awek (awék) bp panggilan yg biasa dihubungkan dgn seorang gadis.

awet (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan

yg tahan lama;

mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak

busuk, rosak, dsb), memelihara atau mengekalkan (kesegaran dsb

sesuatu): ~ makanan;

pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet;

pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan.

awet muda sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar;243

mengawet muda membuat supaya (sentiasa) kelihatan muda,

mengelakkan atau melambatkan penuaan diri seseorang: sari Aloe

Vera terkenal dgn khasiatnya utk ~.

awewe (awéwé) (Sunda) perempuan.

awewek (awéwék); hantu ~ sj hantu.

awi (Sunda) buluh, bambu.

awur I; mengawur menabur, menghambur;

mengawuri menaburi, menghamburi;

mengawurkan menaburkan, menghamburkan.

awur II; mengawur merambang, membabi buta;

awur-awuran dgn merambang (membabi buta).

aya I sj ikan laut, tongkol;jenis-jenisnya: ~ hitam, Thunnus tonggol; ~

jepun, Katsuwonus pelamis; ~ kurik, Euthynnus affinis; ~ selasih,

Auxis thazard; ~ tuna, Thunnus albacares.

aya II (Tamil) bapa, ayah (panggilan kpd lelaki India yg tua).

ayah I (lebih halus drpd ) bapa; ~ bonda ibu bapa, orang tua;

berayah mempunyai ayah: ia tidak ~ semenjak kecil lagi; ~ kpd

menyebut (menganggap) ayah kpd;

berayahkan mempunyai (seseorang yg dinyatakan) sbg ayah: ~

seorang yg pengasih dan penyayang; ~ guru;

keayahan sifat yg dimiliki sbg ayah, kebapaan: sememangnya dia

mempunyai naluri ~ yg cukup tajam.

ayah II amah, pengasuh (orang India).

ayahan Jw kewajiban, tugas.

ayahanda (lebih halus drpd) ayah (lazim digunakan dlm surat-menyurat

atau sastera lama).

ayak alat utk menapis (menyerkai) barang yg halus (spt tepung dsb);

umpama ayakan dawai prb membuat sesuatu tidak dgn cermat; 244

mengayak 1. menapis dgn ayakan (dgn cara menggoyang

goyangkannya): ~ tepung; 2. ark berjalan bergoyang-goyang ke kiri

kanan: ~ spt itik;

ayakan ayak;

pengayakan 1. perbuatan atau cara mengayak; 2. Jk ayakan;

pengayak 1. orang yg mengayak; 2. ayak.

ayak-ayak sj serangga yg panjang kakinya (biasanya hinggap di air) dlm

famili Tipulidae, katih-katih.

ayal Id 1. lalai, lengah: jangan ~ menolong orang yg kemalangan; 2. ragu

ragu, bimbang;

berayal-ayalan berlambat-lambat, berlengah-lengah, bertangguh

tangguh.

ayam I 1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~;

~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam

hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg

bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik

putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallopavo;

~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan;

~ betina ayam jenis betina(jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam

betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~

bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam

yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~

dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar,

Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik

(dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam

yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya

dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya

berbintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam

dan itik yg dipelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan 245

yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis

jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg diternak

secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~

kasi = ~ kebiri = ~ kembiri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg

kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinantan ayam jantan yg putih;

~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~

lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak

bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya

sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang

daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega

burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur

lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk

mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~

potongan ayam yg dipelihara utk disembelih; ~ percik ayam

panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus;

~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya

berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda;~ pupuh ayam aduan

(sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk

disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~

serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan

berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg

dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan

dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan

hitam yg besar dan tegak bulu suanya;

~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba

hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun

diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu

bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya

sendiri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg 246

menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar

helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt

isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang

malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada

prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg

nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting

pd tempatnya sendiri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air

juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan

berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih

kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn

terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb

dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga; ~

terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan

perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang

dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg

berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~

dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana

kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat

lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (mengeram) telur

prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi

makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin,

tidak bekerja keras tidak dapat makan;

ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk permainan); 2. ayam-ayam.

ayam II sj ikan; ~ hutan a) Euxiphippops sextriatus; b) Pomacanthus

annularis; ~ laut, Abalistes spp.

ayam-ayam sj burung yg menyerupai ayam, ayam mei, Gallierex cinerea.

ayan I zink, timah sari.

ayan II sawan babi, (penyakit) gila babi.247

ayang-ayang sj tumbuhan (pokok renek yg dibuat ubat), Lasianthus

longifolius.

ayap sl makan atau minum (digunakan berkaitan dgn orang biasa), lwn

santap (digunakan bagi raja);

ayapan makanan (diberi oleh raja kpd orang biasa);

keayapan kekenyangan setelah diberi makan (minum) oleh raja.

ayat 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg

merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka

surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg

berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud

(dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah …; 3. Id bahagian fasal undang

undang, artikel: fasal 12 ~ 2.

ayatollah Ar gelaran bagi pemimpin agama puak Syiah.

ayeng; ayeng-ayengan Jk pergi ke sana ke mari.

ayir ark ikan tongkol.

ayu I 1. cantik dan lemah lembut orangnya (bkn perempuan): gadis ~; 2.

lemah lembut dan menarik (bkn gerak-geri dsb);

keayuan perihal (sifat dsb) ayu.

ayu II Jw ark kakak.

ayuh sr kata utk menyatakan marilah: ~, lekas pergi!

ayuhai sr 1. kata utk memanggil orang, wahai; 2. kata utk menyatakan rasa

duka.

ayuk bk; mengayuk bersetubuh; ayut.

ayum; mengayum ark membantu (orang yg berbuat jahat);

ayuman bantuan (wang dll) kpd orang yg berbuat jahat.

ayun gerak ke sana ke mari, goyang, buai;

ayun-temayun sl bergantung dan berbuai-buai; matahari ~

matahari mulai turun (hari mulai petang);248

berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai:

budak-budak ~ pd dahan-dahan pokok yg rendah itu;

mengayun 1. berayun, berbuai(-buai): dahan yg patah itu ~ pd

dawai telefon; 2. turun (bkn matahari); matahari sudah ~ sudah

petang; 3. menggerakkan (tangan, senjata, dll) sewaktu hendak

memukul, menggerakkan utk mengenakan (pukulan, senjata, dll); ~

tangan hendak memukul;

mengayunkan menggerakkan: ~ tangan sewaktu menari; ~

langkah;

terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;

ayunan 1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan

bayi); 2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam; 3. gerakan

mengayun (tangan dll); 4. penghumban, ali-ali.

ayunda Id kekanda (perempuan); yunda.

ayut ark; mengayut bk bersetubuh; ? ayuk.

azab 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg

dideritai seseorang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka

sangat ~;

mengazab menghukum (dgn seksaan), menyeksa: orang yg durjana

akan diazab di neraka;

mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yg amat

sangat), menyengsarakan;

keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yg amat sangat: ~ yg

dideritai oleh orang awam dlm masa peperangan.

azal Ar kekal (kekekalan) pd masa yg lampau, tidak bermula.

azalea (azaléa) sj pokok renek drpd genus Rhododendron yg mempunyai

bunga besar berwarna merah muda, ungu, kuning atau putih.249

azali Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang

telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini

wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya;

keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu.

azam I kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg

sesungguhnya): dgn melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah

menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;

berazam mempunyai azam, bertujuan (dgn sesungguhnya), bercita

cita kuat (utk melakukan atau mencapai sesuatu): kerajaan ~ hendak

meneruskan rancangan pembangunan;

mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dgn sesungguhnya): utk

mencapai cita-cita yg diazamkan;

keazaman kemahuan, keinginan yg sangat kuat: Perdana Menteri

mengulangi ~ kerajaan utk mempertahankan kedaulatan negara.

azam II teramat mulia; isimal ~ nama yg teramat mulia (nama Allah).

azamat hebat, ramai (kuat, sangat) sekali: terlalu ~ tempik sorak rakyat

Pasai.

azan panggilan utk bersembahyang, bang: ~ subuh bergema masuk ke

seluruh kampung;

mengazankan melaungkan azan (menyeru orang Islam mendirikan

solat).

azazil Ar syaitan.

azim Ar besar, mulia.

azimat bahan yg terdiri drpd tulisan yg ditulis pd kertas, kain, keratan kayu

tertentu, atau sisik tenggiling yg dipakai pd bahagian tertentu tubuh

(spt di pinggang) yg dianggap mempunyai sakti dan boleh

mengelakkan penyakit, bencana, dsb.250

azimut (Fiz) arah mengufuk suatu titik di langit dr suatu titik di bumi

(biasanya disukat mengikut arah jam dr 0? pd titik rujukan melalui

360?).

aziz Ar (yg) terhormat, (yg) termulia, (yg) sangat berharga.

Azzawajalla Ar Yang Maha Agung (Allah); Tuhan ~ Allah Yang Maha

Agung.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia dewan bahasa dan pustaka huruf a

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss