• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Kadar bayaran zakat fitrah, setiap negeri (malaysia) 2017

Kadar bayaran zakat fitrah, setiap negeri (malaysia) 2017

Zik · Jun 3, 2017 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

 

 

zakat fitrah

Ahah.

Korang dah bayar fitrah untuk tahun nih belum? Kalau belum, settlekan cepat sebelum kang nanti terlupa. Last minit, imam dah sibuk nak prepare apa yang patut tuh kang. Jadinya, kadar zakat fitrah di setiap negeri bagi bulan puasa tahun ini kekal dengan ditetapkan sama iaitu RM7 bagi seorang Muslim.

Perlis, Selangor, Terengganu, Sarawak serta Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; menjadi negeri terakhir mengesahkan secara rasmi kadar zakat pada Ramadhan kali ini tetap sama, RM7.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Senarai Bayaran Zakat Semua Negeri Ramadhan 2017 mengikut negeri. 

  • Perlis – RM7.00
  • Kedah – RM7.00
  • Perak – RM7.00
  • Selangor – RM7.00
  • Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan) – RM7.00
  • Negeri Sembilan – RM6.50
  • Melaka – RM6.70
  • Johor – RM7.00
  • Pahang – RM7.00
  • Terengganu – RM7.00
  • Sabah – RM7.00
  • Sarawak – RM7.00


Kefardhuan Zakat Fitrah
Takrif Zakat Fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :

Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.

Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.

Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.

Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan … dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.

Hukum Zakat Fitrah
Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya. Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.

Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.

Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Islam dan merdeka.

2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

 

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.

3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah

1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.

2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).

3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili _______pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan kadar zakat fitrah 2017, kadar zakat fitrah johor 2017, kadar zakat fitrah negeri kedah 2017, kadar zakat fitrah negeri kelantan, kadar zakat fitrah negeri melaka 2017, kadar zakat fitrah negeri pahang, kadar zakat fitrah negeri perak 2017, kadar zakat fitrah negeri perlis, kadar zakat fitrah negeri pulau pinang 2017, kadar zakat fitrah negeri sabah 2017, kadar zakat fitrah negeri sarawak 2017, kadar zakat fitrah negeri selangor 2017, kadar zakat fitrah negeri sembilan, kadar zakat fitrah negeri terengganu, kadar zakat fitrah seluruh negeri, lafaz zakat fitrah, waktu bayar zakat fitrah

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan Pengumuman

Video Pengumuman puasa 2011,1432 masihi (Esok puasa yeay!!)

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGTahun nih kita punya penyampai mohor besar dir…

Kerohanian/Keagamaan

Ajaran sesat di malaysia semakin parah

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Sekadar gambar hiasan Ajaran sesat semakin te…

Kerohanian/Keagamaan

Hijrah 1432: mendekatkan diri dengan Alquran dan cabarannya hari ini

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Sumber gambar disini. Konsep hijrah perlu dip…

%d bloggers like this: