KUALA LUMPUR – Sistem perbankan Bank Simpanan Nasional (BSN) menghadapi gangguan dan tiada transaksi perbankan boleh dibuat sekarang. Hampir semua orang yang menggunakan perkhidmatan bsn nampaknya lumpuh hari ini.
BSN dalam satu kenyataan hari ini berkata, sistem perbankan itu melibatkan perkhidmatan kaunter di cawangan pengeluaran wang di mesin pengeluaran automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM), MEPS, MyBSN, dan ejen bank BSN.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa.
“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami,” katanya. – Bernama
PENGUMUMAN
Pelanggan yang dihormati,
Sistem kami masih tergendala buat masa ini. Walau bagaimanapun:
1. Untuk akaun gaji Akauntan General (AG) dan pencen
Pengeluaran boleh dibuat dengan hadir di mana-mana cawangan BSN dengan membawa Kad Pengenalan dan BSN Debit Kad untuk pengeluaran yang terhad sebanyak RM500.00 sahaja sehari.
2. Untuk akaun pelajar sekolah
Pengeluaran boleh dibuat dengan hadir di mana-mana cawangan BSN dengan membawa Kad Pengenalan, Kad Pelajar dan BSN Debit Kad untuk pengeluaran yang terhad sebanyak RM200.00 sahaja sehari.
Pihak BSN masih dalam usaha untuk baikpulih keadaaan. Status baikpulih akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kesabaran anda.
21 Januari 2019.
Leave a Reply