• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Insentif KWSP suri rumah minggu depan 15.8.2018

Insentif KWSP suri rumah minggu depan 15.8.2018

Zik · Aug 11, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

i suri,

SERAMAI 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih bakal menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.

Katanya, SURI yang dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Baca juga :

Cara nak daftar dan semak e kasih

“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.

“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.

“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2018 (ISSC2018) di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.

“Kerajaan sentiasa komited mengiktiraf dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambahbaik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP dan PERKESO akan menjalankan kajian menyeluruh untuk melancarkan lagi pelaksanaan SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan bank tempatan.

“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.

“Kita faham mungkin terdapat kekangan untuk membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka,” katanya.

Muat turun mengenai Insentif_Suri_09082018

Info mengenai I suri.

Siapakah yang layak mendapat i-SURI ?

Syarat kelayakan i-SURI adalah dari golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakad 30 Jun 2018, termasuk :

1. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)

2. Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita – Balu , Bercerai atau Bujang

3. Warganegara Malaysia

4. Belum mencapai umur 60 tahun

5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Cara pembayaran caruman ?

1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP 

2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP ( Maybank, Public Bank Berhad, Bank Simpanan Nasional dan RHB )

3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik ( Maybank dan Public Bank Berhad )

Antara manfaat ahli KWSP dalam caruman i-SURI juga termasuklah :

1. Dividen Tahunan

2. Bantuan Hilang Upaya

3. Bantuan Kematian

4. Pengeluaran Simpanan

5. Pelepasan Cukai

Bagaimana untuk mendaftar ahli i-SURI ?

Pendaftaran ahli KWSP/i-SURI bagi individu yang layak bermula pada 15hb Ogos 2018 di mana-mana kaunter cawangan KWSP berdekatan anda.
Untuk sebarang pertanyaan maklumat berkenaan i-SURI ,
bolehlah layari ke
www.kwsp.gov.my
atau hubungi
Pusat Pengurusan Perhubungan di talian
03-8922 6000 .
Manakala untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari ke
www.kpwkm.gov.my 
atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat :
  03-8000 8000

kredit sumber dan foto : kwsp.gov.my

KUALA LUMPUR: Suri rumah dan mereka yang tidak berpendapatan tetap digesa untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai persediaan kewangan pada masa depan.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman, berkata kegagalan untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran boleh membawa kesan lebih serius pada masa akan datang.

“Kita perlu meneroka cara untuk bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan ekosistem perlindungan sosial sentiasa relevan, sejajar perkembangan semasa di pasaran demi kesejahteraan semua.

“Statistik mendedahkan sebanyak 62 peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia adalah bekerja sendiri dan tidak dilindungi oleh mana-mana perlindungan sosial yang formal seperti KWSP atau skim pencen kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSC) 2018 dan pelancaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri), di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Samsudin berkata, sebagai agensi perlindungan sosial, jumlah mereka yang tidak dilindungi sebarang perlindungan adalah sangat membimbangkan.

“Ia adalah satu fakta menyedihkan kerana ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi sebagai persediaan bagi persaraan,” katanya.

Tambahan katanya, kadar celik kewangan di Malaysia adalah rendah iaitu 36 peratus, sekali gus berada di belakang Singapura dan Taiwan.

“Kurang pemahaman yang bijak mengenai kewangan menjadikan kita lebih cenderung membuat keputusan perbelanjaan yang buruk seterusnya membawa kepada paras hutang tinggi,” katanya.

Mengulas berhubung pelancaran i-Suri, beliau berkata, ia dilancarkan bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah dan membantu mereka menikmati keselamatan sosial berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan seperti yang dinikmati ahli KWSP.

i-Suri akan menjadi sebahagian daripada inisiatif caruman sukarela KWSP yang ditubuhkan untuk golongan bekerja sendiri dan tanpa pendapatan tetap.

Katanya, insentif itu selaras fokus KWSP untuk mengurangkan jurang pendapatan serta keselamatan sosial, dan inisiatif kerajaan ini adalah langkah positif ke arah itu.

“Caruman sukarela ini seharusnya menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak dilindungi oleh skim perlindungan sosial yang formal untuk menyimpan bagi hari tua mereka.”

Ini sangat penting memandangkan lebih daripada 70 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan secukupnya untuk waktu kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menggalakkan golongan tidak dilindungi oleh sistem perlindungan sosial yang formal untuk menabung demi masa depan persaraan, KWSP telah memperkenalkan caruman sukarela terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Antaranya Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) atau sebelum ini dikenali sebagai Skim Persaraan 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2010.

“i-Saraan diperkenalkan bagi menggalakkan golongan yang tiada pendapatan tetap seperti petani, pemandu teksi dan peniaga kecil untuk menyimpan bagi hari tua, selain mendapat manfaat sama diterima ahli KWSP,” katanya

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Pengumuman daftar i suri kwsp, i-suri, info mengenai i suri, insentif i suri, Insentif KWSP suri rumah minggu depan 15.8.2018

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Pengumuman

Isteri Bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew Meninggal Dunia.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSalam sejahtera. Takziah. Satu perkhabaran dar…

Pengumuman

Bri1m 2015 sudah masuk, untuk bayaran pertama woo

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Ya. Ada yang sudah dapat. Ada yang belum dapa…

Pengumuman

Bayaran Cukai Tanah secara online, Johor

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kemudahan yang telah disediakan oleh pihak ke…

%d bloggers like this: