- Imam muda Nuri dan Imam muda Azhar terhenti perjalanannya minggu ke 8
Salam semua, diharap anda sihat sejahtera.
Imam muda mingu ke 8.
Salam semua diucapkan. Minggu ke 8, ialah minggu yang agak dilihat Imam muda semakin mencabar tugasannya. Mereka semua tabah dan cekal dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang dihadapi.
Minggu lepas Imam muda adib telah terhenti perjalanannya untuk meneruskan perjuangannya.
Tema minggu ini. Keibubapaan.
Berkaitan pernikahan,perceraian,nafakah, ilak, zihar, dan sebagainya. Ia berkait rapat dengan persoalan mengenai keibubapaan.
Perceraian yang berlaku di Malayia sekarang ini sangat membimbangkan. Itulah yang berlaku hari ini, memang tidak diakui, peningkatkan kadar perceraian di Negara kita, terutamanya orang Melayu, Islam.
Permulaan :
Sedikit peringatan, oleh 6 IM muda ini, mempunyai mesej yang jelas mengenai pentingnya kekeluargaan, keibubapaan.
Prestasi imam muda minggu ke7
- Imam muda Asyraf
- Imam muda Azhar
- Imam muda Hizbur
- Imam muda Aran
- Imam muda Nuri
- Imam muda Taufek
- Bilal muda zik (hehe)
Tuan mudir member tugasan kepada IM minggu ini mengenai pasangan untuk meberi Kaunseling, kes-kes perceraian. Kita kena tengok apa-apa punca perceraian.
Perceraian bukan jalan terakhir.
Ya, dalam menyelesaikan masalah suami isteri yang tidak sehaluan, perlu diingat perceraian bukan jalan singkat untuk menyelesaikan masalah ini, perlunya berunding dan juga perlu melihat kesannya kepada keluarga, masyarakat dan juga anak-anak.
Khatib minggu ini.
Bertempat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan Bandar tun razak,KL . Imam muda Taufik sebagai khatib dan Imam muda Aran memberi tazkirah. Perggh memang terbaik, IM taufik selaku Khatib dan IM Aran ada sedikit tersangkut-sangkut.
Sebelum sessi kaunseling.
IM membincangkan satu scenario bagaimana untuk memberi jalan penyelesaian kepada Suami dan Isteri.
Pelbagai masalah cuba untuk diselesaikan, tetapi bukan mudah beb. Ilmu munakahat yang mantap perlu ada, bukan kepada IM sahaja sebagai perunding/counselor nie, kita juga perlu ada memainkan peranannya dalam menangani masalah ini.
Peranan orang ketiga perlu ada untuk menyelesaikan masalah kepada suami isteri untuk memberi jalan yang lain agar dapat dipermudahkan. Sangat diperlukan jika kedua-dua pasangannya ada masalah.
Teori:-
Semua 6 imam muda belajar mengenai kaunseling, bagaimana untuk berhadapan, bercakap dan member pandangan yang bernas untuk menyelesaikan masalah rumahtangga yang semakin runcing dan porak peranda.
Kemahiran mendengar yang perlu dimantapkan.
Kemahiran mendengar suatu kemahiran yang sangat penting. Perlunya untuk mentafsir dan juga memberi pandangan kepada pasangan suami isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Lima soalan Imam muda.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan As-Sam Iyyat.
Perkara perkara ghaib yang dijadikan oleh Allah S.W.T yang boleh diketahui melalui Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W akal fikiran manusia tidak sampai untuk memikirnya.
2. Nyatakan 5 contoh As-Sam- Iyyat.
- Syurga
- Neraka
- As-siroot
- Al-Mizan
- Hari Kiamat3.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan
As-Siroot?
Satu titian atau jambatan, yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T dan diletakkan diatas permukaan neraka yang merentang dari penghujung padang mahsyar hingga ke pintu syurga.
4. Apakah yang didefinasikan sebagai Al-MIzan?
Satu timbang atau neraca yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T bagi menimbang segala amalan baik dan amalan jahat yang telah dilakukan oleh manusia semas ahidup didunia.
5. Takrifkan Krurafat mengikut istilah syara’?
Kepercayaan dan amalan karut dikalangan masyarakat yang bertententangan dengan ajaran islam dan tidak ada asasnya.
Ketika sessi kaunseling. (Bertempat, di Mahkamah syariah wilayah Syariah).
Keadaan memang agak tegang, dan sangat sukar untuk memberi kaunseling, kerana pasangan masing-masing tetap ingin mengakkan benang yang basah. Namun, semua IM yang begitu cekal dan tenang, cuba sebaik mungkin dalam memberi khidmat nasihat yang sewajarnya.
Setiap IM muda punya masalah (masalah pasangan) dan kes memang berlainan dan rundingan yang dilakukan mengikut kesesuaian scenario yang dihadapinya.
Imam muda perlu kreatif:-
Ya memang benar, dalam memberi cadangan, runding bicara kepada pasangan, perlunya imam muda berfikir secara hikmah dan toleransi dalam, kemahiran memahami, dan ilmu yang cukup dalam sentiasa bersedia dalam mencari alternatif yang terbaik.
Kenal pasti masalah:-
Perlu tahu apakah yang menjadinya perceraian ini dimahukan, jadi segala punca ini harus diketahui agar dapat tahu bagaimana ia boleh terjadi. Contohnya, mungkin masalah dari segi pasangan yang curang, kerana tidak dikurniakan anak, kewangan, dan juga mungkin masalah mertua.
Simpan rahsia masalah pasangan:-
Sebagai orang yang memegang amanah, tugas untuk menyimpan rahsia masalah pasangan harus dijaga dengan sebaiknya, bukannya untuk dijaja sana-sini, membesar-besarkan cerita, seperti rancangan gossip yang memporak-perandakan institusi kekeluargaan.
Penyingkiran: (kejutan).
Tuan Mudir, Imam Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz mengumumkan Imam Nuri tersingkir dan Juga Imam Azhar. Minggu ini, dua IM berhenti mengikut keputusan tuan Mudir. Keputusan Tuan Mudir adalah muktamad.
Tinggal berapa minggu sahaja, rancangan ini hamper ke penghujungnya. Teruskan menonton dan menyokong program IM ini.
Leave a Reply