• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Sajak: insaf seorang hamba..

Sajak: insaf seorang hamba..

Zik · Mar 11, 2011 · 30 Comments

Share this on WhatsApp

Dingin  malam  ini  menusuk hatiku  sebelum tidur…

Bertemankan bintang dan bulan malam ini, aku bermunajat untuk mu ya Allah..

Kabur pandangan mata ditambahkan dengan celik erti  syukur….

Dalam  menerjah ilmu kerohanian yang semakin hari semakin hilang diminda ku….

Nikmat kesihatan yang aku ada hari ini, tidak akan kekal … mungkin esok lusa sudah tiada…

Bermunajat seorang diri, berzikir.. dan menangis mengalirkan air mata…

Apakah dosa aku ini terampun???

Mampukah aku mengajak rakan-rakan ku…kembali kejalan yang benar??

Diri sendiri pun tak rasa layak … untuk mengajak rakan-rakan ku..

Aku yang sering alpa, sibuk dengan urusan duniawi…

Insaflah, insaflah…

Janganlah kita insaf sesaat dua… ….

 

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Setiap taubat harus disertakan dengan membaiki diri, atau amal soleh.

Contohnya, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel/mendengar ceramah yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka disarankan dengan kadar segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.

Renungan.

Insaf sementara adalah suatu senario yang berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati pencipta kita dan paling penting, kita perlu berusaha supaya ‘ insaf sekejap’ ini tidak akan selamanya sekejap.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan aku hamba alpa, sajak, sajak seorang hamba, taubat seorang hamba

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. LadyComot says

    March 11, 2011 at 8:34 am

    jinak2 bersajak yer..?

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 10:20 pm

      ia datang tanpa kita sedari…

      Reply
  2. suri says

    March 11, 2011 at 9:01 am

    kerdilnya dri rasa jauh ketinggalan..
    org sedang berlumpa kita msh di jalan yg sama..

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 10:33 pm

      tingkatkan ketakwaan..

      Reply
  3. suffer8zine says

    March 11, 2011 at 11:56 am

    fuhh ayat sajak tu mmg terbaek bro

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 10:35 pm

      syukran2..

      Reply
  4. papabear says

    March 11, 2011 at 12:36 pm

    pandai bersajak ni.. 😛

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 10:48 pm

      biasa2 jer papa… huhu

      Reply
  5. Mrs.Ayie says

    March 11, 2011 at 2:56 pm

    Semoga kita sama-sama kembali ke jalan-Nya. Amin

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 10:49 pm

      Amin2… itu yang kita mahukan…

      Reply
  6. Miss Tira says

    March 11, 2011 at 4:03 pm

    Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Sebaik-baiknya berbaliklah kepada Allah s.w.t dan minta keampunan dariNya. Satu sajak yang sangat hebat.

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 11:48 pm

      kembali kepada penciptanya…

      Reply
  7. Sabahan Bloggers Club says

    March 11, 2011 at 4:42 pm

    Kepadanya kita berserah kerana kepadanya juga kita akan kembali nanti….

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 11:49 pm

      ingat siapa pencipta kita…. dari situlah tanda kita ingat hala tuju sebagai seorang hamba…

      Reply
  8. nasslimdiet2 says

    March 11, 2011 at 4:48 pm

    bleh tahan sajak ko nih

    Reply
    • Zik says

      March 14, 2011 at 11:54 pm

      apa yang tersirat dan tersurat..

      Reply
  9. Akubiomed says

    March 11, 2011 at 6:23 pm

    Manusia selalu lupa perlu diperingat selalu dan begitu saya

    Reply
    • Zik says

      March 15, 2011 at 12:00 am

      ada masanya kita akan terlupa… mungkin disebabkan faktor2 sekeliling..

      Reply
  10. muhammad fakhruddin says

    March 11, 2011 at 6:24 pm

    Anak merak bersarang di paya,
    Ayam katik di sawah padi;
    Emas perak kebesaran dunia,
    Amal yang baik dibawa mati.

    Reply
    • Zik says

      March 15, 2011 at 12:02 am

      terima kasih diatas pantun ini, bertepatan..

      Reply
  11. teht says

    March 11, 2011 at 10:18 pm

    insaf sementara juga bagus kalau berlaku banyak kali dan semakin kerap
    insya allah akan menjadi insaf kekal

    Reply
    • Zik says

      March 15, 2011 at 1:21 am

      banyak kali insaf… tanda ingat kepada penciptanya…

      Reply
  12. Bro Ery says

    March 12, 2011 at 3:34 am

    Satu nukilan sajak yang membawa seribu makna. Semoga kita akan terus beriman kepada Allah s.w.t.

    Reply
    • Zik says

      March 15, 2011 at 1:22 am

      Amin2…

      Reply
  13. wazy says

    March 13, 2011 at 12:36 am

    Insaf bila baca sajak ni
    rajin karang sajak eh bro

    Reply
    • Zik says

      March 15, 2011 at 1:23 am

      mana yang termampu dan terlintas di minda..

      Reply
  14. Notakaki says

    March 13, 2011 at 5:06 pm

    semoga kita semua menisafi kesilapan disertakan taubat nasuha..amin..
    p/s: pandai bersajak..hehe

    Reply
  15. aimannajmy says

    March 14, 2011 at 5:45 pm

    sungguh meruntun jiwa bait2 sajak itu…terasa diri ini banyak sangat dosa..

    Reply
    • Zik says

      March 15, 2011 at 1:24 am

      samalah diri ku ini… banyak dosa2 yang kita tahu, dan tanpa disedari..

      Reply

Trackbacks

  1. Sajak: insaf seorang hamba.. « news@yoys says:
    March 11, 2011 at 7:57 pm

    […] Excerpt from: Sajak: insaf seorang hamba.. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
%d bloggers like this: