Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Harimau selatan mengaum di rajamangala, tewaskan ratchaburi 1-0, afc 2021

Harimau selatan mengaum di rajamangala, tewaskan ratchaburi 1-0, afc 2021

Zik · Jun 26, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau selatan

Biarpun menang tipis keatas pasukan Ratchaburi fc yang agak liat sebenarnya untuk pasukan jdt menumpaskan kelab ini. Banyak peluang dijelmakan pada seluruh perlawanan ini, namun dari segi finishing kita agak kurang tajam sebenarya. Cuma mujurlah satu gol dari Leandro menjadikan tiga mata penuh berjaya dikutip diperlawanan yang kedua ini.

Dalam jangkaan aku kemenangan ini, hanya tak tahu berapa boleh jdt skor. Ada banyak peluang ,tetapi kurang kemas dan penjaga gol pasukan mereka pun beraksi cemerlang juga.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad Harimau Selatan melonjak ke tangga kedua kumpulan selepas mengumpul tiga mata manakala Nagoya Grampus naik ke tangga teratas selepas menang 3-0 ke atas Pohang Steelers.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G SETAKAT INI.

kedudukan terkini kumpulan g piala fc 2021

 

Pada pertembungan dua wakil kelab ASEAN dalam kancah ACL, pengendali JDT, Benjamin Mora membuat rombakan taktikal kesebelasan utama apabila menyenaraikan Safiq Rahim mengemudi di posisi tengah selain kelibat Akhyar Rashid yang beraksi di posisi sayap kiri manakala Safawi Rasid sekadar berada di bangku simpanan.

Selain itu juga, posisi bek kiri juga ada perubahan apabila mempertaruhkan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham menggantikan Corbin Ong yang mengalami kecederaan tatkala pengendali kelahiran Mexico berkenaan melakukan percaturan formasi 4-1-4-1 pada pertembungan itu.

Percaturan itu hampir membuahkan hasil pada minit ke-10 selepas bola sepakan lintang Matthew Davies berjaya ditanduk Safiq yang tidak dikawal namun bola sekadar sipi dari gawang gol masa tuh keeper, Kampon Phatomakkukul sudah tak boleh buat apa, dah tertewas masa tuh. Tapi nasib tidak menyebelahi jdt lagi.

Ketika aksi memasuki minit ke-18, berpunca daripada bola umpanan Ariff Aiman Hanapi, Bergson Da Silva hampir memecah kebuntuan jaringan namun bola rembatan kencang di luar kotak penalti sekadar menggegar palang gol.

Asakan berterusan skuad Harimau Selatan ke kubu Ratchaburi FC menyaksikan Pawee Tanthatemee terpaksa menjatuhkan Bergson di dalam kotak penalti pada minit ke-27 dan pengadil dari Iran, Alireza Faghani tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

JDT dapat Jenalti, tetapi bergson sia-siakan peluang yang ada. 

Namun, nasib tidak menyebelahi Bergson selepas bola sepakan penalti berjaya diselamatkan Kampon yang pantas merebahkan badan di sebelah kanan gawang dan JDT terlepas untuk membuka tirai jaringan. Sepakan yang  terlalu lemah dah sepakan kebawah mudah buat penjaga gol Ratchaburi menangkap kemas tendangan itu. Kecewa penyokong malaysia yang menontonnya dari rumah disini.

Sepanjang babak pertama Kampon bagaikan duri dalam daging buat JDT selepas sering menidakkan percubaan berbahaya Bergson yang bagaikan buntu untuk merobek gawang skuad kendalian Sek-san Siripong.

Separuh masa kedua, JDT BANGKIT!! 

Sebaik babak kedua bermula, Kampon akhirnya tertewas selepas gagal menepis bola rembatan deras Velazquez yang tepat ke penjuru kanan gol pada minit ke-47 berpunca daripada umpanan Safiq di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Siripong mengatur gerakan untuk memburu gol penyamaan namun bola rembatan pemain gantian, Jirawat Thongsaengphrao berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Farizal Marlias dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT kutip 4 kad kuning , iaitu Nasrulhaq, Farizal Marlias, Arif Aiman, dan Natso Insa. Dan pemain ratcha, satu kad kuning, Pawee Tanthatemee.

JDT AKAN BERTEMU DENGAN POHANG STEELERS, KELAB KOREA SELATAN. 

 

Perlawanan seterusnya jdt dijadualkan akan betemu dengan pasukan POHANG STEELERS pada 28 jun 2021. Selang beberapa hari sahaja nih, pasukan dari kelab korea. Harapnya pasukan kita mampu mengutip mata, seri atau menanglah. Kita pun tak pasti apa percaturan Mora, dia akan caturkan siapa. Kita ramai pemain yang lain boleh diturunkan nanti. Mana pemain yang kena simpan, semua itu dibawah jagaan Mora, kita serahkan pada beliau untuk membuat keputusan. Dia pun ada reason tersendiri, tetapi kadang-kadang semua ini kena bincang juga dengan big boss. haha.

 

Share this on WhatsApp

Uncategorized afc 2021, Harimau selatan mengaum di rajamangala, jdt tewaskan pasukan ratchaburi 1-0 25.6.2021, tewaskan ratchaburi 1-0

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.