Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / Harimau muda mendonia belasah vietnam 3-0 sahkan kemaraan final vs Laos/Thailand (aff u19)

Harimau muda mendonia belasah vietnam 3-0 sahkan kemaraan final vs Laos/Thailand (aff u19)

Zik · Jul 13, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

keputusan vietnam vs malaysia aff u19 13.7.2022

Seakan tidak percaya dengan prestasi anak buah Hassan Sazali mencetus fenomena apabila berjaya membenam pasukan naga emas muda berkesudahan dengan 3-0 pada petang tadi. Sebelum ini yang harimau muda yang berada di kumpulan B mendapat tempat kedua untuk melayakan diri ke separuh akhir sebelum itu tewas dengan Laos 0-1. Namun mereka membuktikan pada pengkritik nitizen puaka di media sosial hari ini mereka layak mara ke pentas akhir bakal bertemu Laos atau Thailand dalam pentas akhir nanti.

Bermain secara Ultra Defensive dan menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas apabila pemain Vietnam semua diatas. Tahniah Harimau Muda!

KEPUTUSAN PENUH

VIETNAM 0-3 MALAYSIA AFF U19 SEPARUH AKHIR 13.7.2022

Jaringan oleh :

  •  Adam Farhan Mohd Faizal 25″
  • Haiqal Haqeemi Hairi 70″
  • Haykal Danish Mohd Haizon  87″

SEPARUH MASA PERTAMA.

Awal perlawanan, vietnam yang lebih menguasai bola, ada percubaan tetapi terlalu tinggi. Akhir pada minit ke 26, Malaysia ‘menggoncangkan’ gawang mereka menerusi percubaan curling shot sebelah kanan gawang, Adam Farhan Mohd Faizal yang menewaskan Cao Van Binh.

curling shot malaysia vs vietnam

SEPARUH MASA KEDUA.

Bersambung babak kedua, penguasaan bola yang dimiliki Vietnam tidak mendatangkan sebarang masalah buat Malaysia yang terus kental menafikan ancaman bertubi-tubi diberikan pasukan lawan. Banyak percubaan dari vietnam berjaya dipatahkan. Mujurlah kurang tajam finishing diaorang. Kalau ikutkan tuh boleh bolos banyak juga, tetapi kekentalan penjaga gol malaysia banyak membantu dalam siri serangan yang bertali arus.

Malaysia hampir bolos.

Gawang Malaysia cemas pada minit ke-54 apabila tandukan Nguyen Anh Tu terkena tiang disusuli satu lagi percubaan pada minit ke-57 daripada Vietnam namun ditutup dengan kemas oleh pertahanan negara. Memang dah kelam kabut keadaan masa nih. Kena tiang, lepas tuh attack kiri kanan. Nasib dapat clear. Keeper dah tertewas masa tuh.

minit ke 54 vietnam hampir gol

 

Kalau ikutkan banyak serangan yang dibuat oleh Vietnam, dalam perlawanan ini. Dari segi penguasaaan bola pun dimiliki pasukan Vietnam. Itulah dalam bola sepak ada masa kita boleh menang ada masa kita boleh kalah biarpun main cantik.

‘Keseronokan’ Vietnam menyerang dihukum gandingan dua ‘Haqimi’ menerusi serangan balas pantas apabila hantaran Haqimi Azim Rosli ditampan Haiqal Haqeemi Hairi untuk menewaskan Van Binh buat kali kedua pada minit ke-70.

gerakan gol kedua malaysia vs vietnam

 

Pemain gantian, Haykal Danish Mohd Haizon terus menambah derita Vietnam dengan gol ketiga Malaysia selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Vietnam yang tergelincir pada minit ke-87, meneruskan larian dan mengelecek penjaga gol vietnam, dengan mudah menjaringkan gol ketiga dengan tenang.

 

Final pada hari  jumaat ini anak buah Hassan Sazali Waras pada pentas akhir nanti diantara ada juara lima kali, Thailand ataupun Laos yang akan membuat perhitungan di venue sama, jam 9 malam ini.  Aksi penentuan tempat ketiga akan berlangsung pada sebelah petang sementara final pada sebelah malam di Stadium Patriot Chandrabhaga, Jumaat ini.

Share this on WhatsApp

AFF, Sukan Harimau muda mendonia belasah vietnam 3-0 sahkan kemaraan final vs Laos/Thailand (aff u19), ulasan malaysia u19 vs vietnam u19 semi final piala aff 13.7.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.