
Seakan tidak percaya dengan prestasi anak buah Hassan Sazali mencetus fenomena apabila berjaya membenam pasukan naga emas muda berkesudahan dengan 3-0 pada petang tadi. Sebelum ini yang harimau muda yang berada di kumpulan B mendapat tempat kedua untuk melayakan diri ke separuh akhir sebelum itu tewas dengan Laos 0-1. Namun mereka membuktikan pada pengkritik nitizen puaka di media sosial hari ini mereka layak mara ke pentas akhir bakal bertemu Laos atau Thailand dalam pentas akhir nanti.
Bermain secara Ultra Defensive dan menjaringkan gol menerusi serangan balas pantas apabila pemain Vietnam semua diatas. Tahniah Harimau Muda!
KEPUTUSAN PENUH
VIETNAM 0-3 MALAYSIA AFF U19 SEPARUH AKHIR 13.7.2022
Jaringan oleh :
- Adam Farhan Mohd Faizal 25″
- Haiqal Haqeemi Hairi 70″
- Haykal Danish Mohd Haizon 87″