Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / FRIENDLY / HARIMAU MALAYA KEMBALI MENGAUM, TEWASKAN HONGKONG 2-0

HARIMAU MALAYA KEMBALI MENGAUM, TEWASKAN HONGKONG 2-0

Zik · Jun 2, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

keputusan penuh malaysia vs hongkong

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN

MALAYSIA  2-0 HONGKONG

Jaringan oleh :

  • Safawi Rasid 31′ (Penalti)

  • Safiq Rahim 90′

Itulah yang boleh kita katakan. Skuad Kim Pang Gon sudah menampakkan hasil yang baik. Cuma di separuh masa kedua. Agak longgar dibahagian pertahanan, ada juga percubaan yang agak merbahaya dari pasukan Hongkong yang cuba membolosi pasukan malaysia. Cuma kali ini kita lebih solid dibahagian pertahanan, takda dibolosi langsung. Tapi kalau tengok game play hong kong pun agak kureng lah sebab diaorang pun dah lama takda perlawanan persahabatan. Jadinya lemau jugakla team mereka tuh.

ADAKAH PERSIAPAN 2 PERLAWANAN INI SUDAH CUKUP? 

Ada benda positif, dan juga negatif. Namun kalau kita tengok dari segi persiapan skuad Harimau Malaya menuju ke pusingan kelayakan Piala Asia 2023 menunjukkan nada positif menerusi dua kemenangan berturut-turut di Stadium Nasional Bukit Jalil. Setelah minggu lepas membenam Brunei 4-0 pada Jumaat lalu, anak buah Kim Pan Gon melakar kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong pada aksi persahabatan kedua di venue sama, di sini, malam tadi.

Kemenangan ke atas pasukan yang berada tujuh anak tangga di atas Malaysia itu pastinya memberikan tonik terbaik buat skuad negara menjelang tiga aksi penting, minggu depan. Tiada istilah ‘main-main’ daripada Pan Gon kali ini apabila menurunkan barisan kesebelasan utama (kecuali de paula ) yang boleh dianggap terkuat dalam usaha memadam cabaran bekas pasukan yang pernah dibimbingnya itu.  Turun dengan ‘mode’ menyerang, Malaysia lebih menguasai permainan dan beroleh peluang seawal minit kelima menerusi percubaan Safawi Rasid yang berjaya dihalang pertahanan Hong Kong sebelum percubaan susulan Dion Cools tepat ke dakapan Paulo Cesar. Kelincahan bahagian sayap Malaysia menyaksikan Hong Kong terpaksa bermain seperti berkungfu bagi menutup hasrat Malaysia ‘mengepam’ bola ke dalam kotak penalti mereka.

Kekasaran yang dilakukan pemain Hong Kong ke atas Akhyar Rashid pada minit ke-29 dihukum dengan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Safawi untuk gol pembukaan Malaysia. Persiapan ini cukup, cuma kita risau dari segi injury mereka ini, lepas nih nak lawan team Turkmenistan bukan lawan yang mudah. Pasukan ini sudahpun datang ke malaysia minggu ini. Dalam menyiapkan diri untuk sesuaikan keadaan cuaca dan iklim malaysia.

safawi rashid jaring gol

SEPARUH MASA KEDUA.

Malaysia tidak menunggu lama untuk menguji gawang Hong Kong selepas rehat dan kali ini Cesar (pengjaga gol Hong Kong) terpaksa merebahkan badan untuk menolak kuisan Darren Lok daripada menceroboh gawangnya pada minit ke-48. Malaysia sepatutnya beroleh gol kedua pada minit ke-52 selepas Akhyar memenangi satu lawan satu dengan Cesar namun percubaannya ketika gawang sudah ‘menjemput’ gol tidak mengubah kedudukan kepada 2-0 kerana tersasar.

MALAYSIA GOL LAGI SATU , JARINGAN SEPAKAN BOLA BEBAS (FREE KICK).

Stadium Nasional Bukit Jalil kembali gamat pada minit ke-89 apabila sepakan percuma Safiq Rahim yang terkena benteng pertahanan lawan (miss direction) dan bola itu telah mengelirukan Cesar masuk ke gawang Hong Kong, dan kali ini berhasil menjadikan kedudukan 2-0.

shafiq rahim gol

Macam comel pulak moment nih. Yela dulu pernah panas kejap pasal Shafiq Rahim tanduk kepala si Mickey nih, sampai kena kad merah. Semi final piala malaysia kalau tak silap, lawan dengan terengganu.

Lama juga shafiq rahim tak gol sejak dia masuk balik ke kem harimau malaya. Kalau nak tengok kudrat dia masa dulu dengan sekarang memanglah tak sama macam dulu. Dia pun ada peluang untuk jaringkan gol masa gandingan sebelah kanan dengan Arif Aiman, cuma kurang menjadi, sebab timing dan pergerakan dia sudah di baca oleh pertahanan hong kong.

Share this on WhatsApp

FRIENDLY, Sukan HARIMAU MALAYA KEMBALI MENGAUM, malaysia tewaskan pasukan hongkong 2-0 1.6.2022, TEWASKAN HONGKONG 2-0 ., ulasan malaysia vs hongkong 1.6.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.