Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Analisis perlawanan JDT 5-0 Ayeyawady 27.5.2015

Analisis perlawanan JDT 5-0 Ayeyawady 27.5.2015

Zik · May 28, 2015 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

jdt vs ayeyawadyPerlawanan yang menyakinkan buat pasukan jdt malam semalam. Apepun, kemungkinan besar jdt akan bertemu dengan pasukan dari kelab arab lah kot. Memang tough lah lepas nih dalam pusingan suku akhir piala afc edisi 2015.

Keputusan penuh perlawanan :

JDT 5-0 AYEYAWADY

Jaringan :

  • Shafiq rahim. 2″
  • Luciano Figueroa  47′, 90″
  • Geerge Pereyya Diaz 61″ 74:

Ulasan cincai separuh masa pertama.

Permulaan yang baik buat pasukan jdt apabila adanya Diaz dalam skuad jdt ini tampak lebih bernyawa apabila seawal minit ke 2, jdt terus mengatur serangan pantas hasil dari gerakan dan idea dari diaz kepada luciano di bahagian tengah kemudian dengan pantas shafiq rahim sudah ada didepan sebelah kiri gawang gol menewaskan penjaga gol ayeyawady menjadikan jdt di depan. Tersentak seketika pasukan mereka ketika itu. JDT tidak berputus asa dalam separuh masa pertama, banyak percubaan dari pemain import ini, namun semuanya dinafikan oleh pertahanan yang lebih pantas membaca serangan. Selain itu, beberapa hantaran tidak tepat kepada luciano, diaz dan amri pun gagal membuka ruang kepada pemain untuk mencari gol.

Namun begitu, pasukan pelawat ada sesekali membuat serangan balas, cuma tersasar sedikit sahaja lagi. Kealpaan pertahanan oleh junior eldstar meresahkan pertahanan jdt ketika itu. Ia mengingatkan games final piala fa tempoh hari kelantan vs lions xii. Mujurlah mereka punya ketepatan agar tersasar sedikit jer lagi.

Separuh masa pertama memperlihatkan ball possession memang dipegang oleh jdt, cuma dari segi serangan agak balanced. JDT first awal dua minit serangan memang menjadi, lepas tuh kelaut jadinya. Perlu meningkatkan lagi serangan jika mahu menang. Kalau ikut lagu macam ini, susah juga sebab pasukan lawan pun ada juga buat serangan yang kadang-kala tetapi terus mengancam. Kena jaga-jaga biarpun masih leading 1-0. 45 minit masa seterusnya kita tidak jangka apa yang akan terjadi.

Separuh masa kedua.

Permainan lebih rancak lagi. Mungkin mario gomez ada percaturan yang dibincangkan dalam bilik persalinan ketika dalam waktu rehat separuh masa pertama. Ia terbukti berkesan, apabila penyerang sebelah kiri, diaz melepasi pemain pertahanan menggunakan kelebihan mengelicik dalam sudut yang sukar, ketika itu gandingan ideal sudah menunggu depan gol dan terus diaz membuat passing ke tengah dan luciano menyudahkan sepakan terus ke dalam gawang ayeyawady. Kedudukan 2-0 ketika itu.

JDT tidak mahu terus bermain selamat, mereka yakin dan optimus dengan gandingan diaz dan luciano figueroa pastinya mendatangkan gol lagi. Minit ke 61 satu gol yang cukup sempurna. Apabila gandingan dua dari rakan senegara, diaz dan luciano membuat one two movement yang pantas, menyempurnakan sepakan dan gol dari diaz, sebelum dia sepak tuh dia ada buat step sikit. 3-0 !!

Gol keempat dari diaz apabila mendapat sepakan sudut , disempurnakan oleh Shafiq rahim membuat hantaran di bahagian tengah, diaz yang tepat pada waktunya menanduk masuk dengan mudah menewaskan penjaga gol.. Kesilapan pemain yang marking diaz adalah lebih rendah dari diaz. Mario gomez menukarkan diaz kepada safee sali. Mungkin mahu beri peluang kepada pemain tempatan dalam meneruskan pencarian gol.

Gol kelima dalam minit kecederaan dari luciano hasil sepakan sudut jugak, dengan mudah dia menanduk masuk gawang sama hantaran shafiq rahim di tengah gol. Pertahanan ayeyawady diseparuh masa kedua tampak leih rapuh. Coach diaorang dari luar bengkek jer, muka ketat giler. Tapi apakan daya, jdt bermain baik malam semalam.

Separuh masa kedua memperlihatkan, jdt sudah mula mendapat rentak permainan seperti jdt yang sebenar. Mungkin mario gomez sudah nampak kelemahan, dan dia membincangkan di bilik persalinan ketika berehat separuh masa pertama. Buktinya, 4 gol berjaya dihasilkan diseparuh masa kedua. Biarpun, sudah leading tetapi tetap mencari gol lagi dan lagi. Cuma rasa terkilan jdt memerlukan pemain import untuk menjaringkan gol. Bukan tak suka, jdt menang. Kita mengharapkan sentuhan pemain tempatan untuk belajar teknik skill individu penting juga. Tetapi perlu juga menerapkan berpasukan. Nazri nawi diantara pemain yang bagus juga. Mario gomez pun ok juga memasukkan safee sali untuk bagi dia peluang bermain dalam masa 20 minit lebih. Cuma rentak permainan dan keserasian aku belum nampak lagi.. Safee sali masih main di takut yang lama. Mengaharapkan perubahan yang drastik selepas ini. Tak boleh nak mengharapkan pemain import semata-mata.

Dengan kemenangan 5-0 malam tadi, jdt telah mara ke suku akhir dalam peringkat seterusnya dalam saingan piala afc 2015. Tahniah buat jdt. Perjalanan masih terlalu jauh untuk ditempuhi bersama. 20 june lebih kurang begitulah agaknya. perlawanan seterusnya.

Jom layan video goal highlights  game malam tadi :

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan perlawanan jdt vs ayeyawady 27.5.2015, keputusan terkini jdt vs ayeyawady 27.5.2015, ulasan penuh jdt vs ayeyawady 27.5.2015, ulasan penuh jdt vs ayeyawady afc 27.5.2015, video gol highlights jdt vs ayeyawadt 27.5.2015, youtube gol jdt 5-0 ayeyawady fc 27.5.2015

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.