Berita baik dan sedikit melegakan pengguna. Hidup PM, sayang PM. Hua hua. Nampaknya kerajaan melaksanaan betul-betul harga siling mingguan berkuatkuasa 29 mac , hari ini. Seminggu aku kena update harga minyak dah sekarang nih. Kalau dulu sebelum nih, hujung bulan jer kita update harga minyak. Sekarang tiap-tiap minggu kena update lah jawabnya. Huhu.
Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun masing-masing sebanyak 17 sen, 19 sen dan 9 sen mulai tengah malam ini jam 12.00pm. So tak payah nak kelam kabut , pergi beli sekarang. Beli esok jerla. Huhu
RON 95 bulan lepas RM 2.30 Seliter, 30 mac -5 april Rm 2.13 seliter (turun 13 sen).
RON 97 Bulan lepas RM 2.60 seliter, 30 mac -5 april Rm 2.49 seliter (turun 19 sen)
Diesel Bulan lepas Rm2.20 seliter, 20 mac – 5 april 2017 Rm 2.11 seliter (turun 9 sen).
Ini adalah kali pertama harga bahan api itu diumumkan menggunakan sistem harga siling mingguan seperti dinyatakan diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Mengikut sistem terbaru itu, mana-mana syarikat boleh menjual bahan bakar itu lebih rendah, dengan syarat mereka mendapat kebenaran daripada KPDNKK terlebih dulu.
Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual petrol atau diesel pada harga selain daripada yang ditetapkan kerajaan.
Alhamdulillah… Harga minyak turun…. 😉