Sedar tak sedar dah masuk pusingan yang kedua dalam saingan liga super malaysia untuk edisi 2015. Namun, macam tak berapa ummphh penyiaran kali ini. Ini sebabnya hak penyiaran sudah berpindah milik oleh media prima dan rtm macam biasalah tuh kan. Tapi ada beberapa isu yang ingin diutarakan.
a) Kualiti siaran LIVE
b) Tiada siaran ulangan
c) Ulasan pra perlawanan yang hambar
d) Tiada ‘goals of the week’
e) Tiada sebarang rancangan bual bola oleh pemegang hak siaran
f) lain-lain…
KUALITI PENYIARAN MSL 2015, komen anda??
KUALITI PENYIARAN MSL 2015.
Semenjak bermulanya saingan MSL 2015, satu topik yang sering menjadi bualan adalah mengenai kualiti siaran yang disiarkan oleh stesen Media Prima Berhad dan RTM. Kualiti gambar serta kamera yang kurang memuaskan, nyata jelas menjejaskan momentum peminat “Kuaci” untuk menonton dari rumah dalam menyokong pasukan masing-masing.
Namun bagi aku , ia ada pro dan kontranya bila kita memperkatakan mengenai isu ini. Dahulu bila Astro Arena menjadi penyiar, masalah yang diutarakan adalah cas yang mahal dan kekurangan perlawanan langsung tetapi kualiti amat memuaskan dengan siaran HD dan pelbagai lagi rancangan menarik sebelum Kick-off.
Lain pula dengan Media Prima dan RTM yang dikatakan melemahkan semangat penonton yang menonton berikutan gambar yang kurang menarik di samping kualiti penyampaian yang agak lemah dan kurang bersemangat.Lagipun tv3 nih banyak kepad adrama, so siaran dia agak tergangggu jadi rojak punya siaran. Tengok beza dengan astro, ada astro arena, 801 fokus kepada sukan semata-mata. Ada liputan , ada ulasan, ada ulangan tengok sampai nak muntah.
Solusinya di sini adalah agar kesemua pihak diberikan hak penyiaran. ASTRO, MEDIA PRIMA dan RTM harus bersama dalam usaha untuk menyemai minat menonton Liga Malaysia terutamanya kepada anak-anak muda yang lebih gemar menonton liga luar negara seperti EPL dan La Liga.
Pendek kata, jikalau penyiaran liga Malaysia pun sudah jadi isu,lupakan sahajalah harapan untuk menjadikan MSL sebagai antara liga terbaik ASIA. Liga Thailand jugak yang power.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
koAhmadi says
Sebelum ini, sebelum game pelbagai rancangan menarik disediakan oleh Astro Arena sebelum dan selepas game yang berkaitan Liga Malaysia..walau terpaksa bayar namun berbaloi dengan apa yang diperolehi..Ini jugalah sebenarnya yang melonjakkan semula liga kita…tak tahulah apa rasionalnya diberi 2 siaran percuma kalau servis yang diberikan sekadar melepaskan batok di tangga…apa alternatif kepada orang yang sanggup bayar untuk dapat siaran dan rancangan yang berkualiti?..kalaupun nak kembalikan pada rakyat secara percuma 1 stesyen dah memadai..sebab kalau dah free tahu2 sajalah kualitinya…sekarang dah zaman orang sanggup bayar untuk dapat kualiti yg terbaik..patutnya FAM pikirkan sedalam2 dan kesannya kepada pembangunan bolasepak era profesional… Ini tak..macam kembali ke era 80an….patutla FAM selalu dikutuk, dikeji dan dimaki….dan penyebab kenapa bola sepak Malaysia tak ke mana…