Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / EURO / German pamer aksi bertenaga, tewaskan portugal 4-2 , euro 2020

German pamer aksi bertenaga, tewaskan portugal 4-2 , euro 2020

Zik · Jun 20, 2021 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

gosens

Tak mahu kecewakan peminat , german mempamerkan aksi yang “sebenar” dalam pertemuan dengan portugal. Perlawanan pertama tewas mengejut dengan pasukan france 0-1, gol sendiri pulak tuh. Betul-betul menyentap semangat pasukan german untuk aksi hidup semula dalam kumpulan F ini.

Akhirnya pasukan german bangkit untuk perlawanan kedua dalam kumpulan F awal pagi tadi. Pada mulanya pasukan german bermain sangat tangkas dan cepat. Gol pertama mereka dibatalkan sebab offside.  Seram sejuk tengok diaorang perform.

Serangan demi serangan tetapi tidak membuahkan hasil. Pada minit ke 15 sementara itu, Portugal yang diketuai bintang dunia, Cristiano Ronaldo pula kelihatan begitu berbahaya dalam serangan balas pantas. Mula kena attack apabila dapat sepakan sudut, terus membuat serangan pantas, dan pada masa yang sama ronaldo pun lari laju kedepan. 

Jaringan tersebut berpunca daripada usaha Ronaldo yang mengeluarkan bola dari kawasan bahaya susulan sepakan sudut. Beliau kemudiannya meluru pantas ke kubu Jerman untuk menolak mudah bola hantaran Diogo Jota bagi gol pendahuluan Portugal ketika itu.

Germany menggandakan asakan. 

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Joachim Low tampil dengan lebih garang untuk memburu jaringan penyamaan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila dua jaringan menerusi gol sendiri  dari duo pertahanan Portugal dalam tempoh lima minit terhasil. Memang keadaan pertahanan portugal agak kucar kacir belum settle down lagi masa gol tuh.

Dua jaringan itu menjelma susulan hantaran Gosens dari sebelah kanan pintu gol Portugal terkena kaki Ruben Dias pada minit ke-35 dan juga cubaan Raphael Guerreiro berselang empat minit kemudian ketika usahanya untuk mengeluarkan hantaran Kimmich yang menggegarkan gawangnya sendiri.

Germany jelas tenang dan penuh strategi dan pantas membuat keputusan menggunakan peluang ketika melihat jentera pertahanan Portugal berdepan kesukaran untuk mengekang asakan menerusi hantaran lintang dari belah sisi yang membolehkan Havertz (pemain chelsea tuh) mudah menyempurnakan hantaran lintang daripada Gosens pada minit ke-51.

Gosens yang beraksi cemerlang pada perlawanan ini tidak ketinggalan untuk meletakkan nama selaku penjaring berselang sembilan minit kemudian apabila beliau free header tanpa ada yang challenge beliau di sebelah kiri gawang untuk menanduk masuk hantaran lintang dilakukan Kimmich.

Apabila germany leading, coach Joachim Low membuat percaturan lain. 

Joachim Low yang gemar menggorek hidungnya, haha. Pantas membuat beberapa pertukaran juga mengeluarkan gosens yang dia rasa perlu untuk tukar taktikal kepada lebih bertahan.

Portugal cuba bangkit, tetapi hampir berjaya. 

Portugal cuba merapatkan defisit jaringan bagi menjadikan kedudukan 2 gol, hasil dari assist ronaldo yang menyelamatkan bola dari terkeluar dari sebelah kanan dan jota terus menerjah gawang germany dan keputusan itu kekal hingga tamat permainan untuk kemenangan berharga buat Jerman.

Dengan kemenangan yang dicatatkan Jerman, persaingan kumpulan F menjadi terbuka dengan Perancis kini di tangga teratas dengan mengumpul empat mata, berkelebihan satu mata meninggalkan Jerman dan Portugal.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN F 

kedudukan terkini kumpulan f

Open lagi, semua ada peluang untuk mara, yang penting kena menang dan dapatkan jaringan yang banyak. France germany dan portugal semua dalam kumpulan F yang maut ini agak tertekan sebenarnya.

Share this on WhatsApp

EURO, Sukan germany atasi pertugal 2-0 aksi piala euro 2021, keputusan german vs portugal 20.6.2021, keputusan jerman vs portugal 20.6.2021, ulasan germany vs portugal 20.6.2021

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.