Dah jadi femes di malaysia. Agak lambat juga, tapi penggunaan masih belum ditahap tegarlah. Mungkin disebabkan harganya agak mahal, bateri pun tak tahan lama (tengok jenis juga). Fungsinya pun digunakan masih ditahap minimum. Suka-suka dan untuk kegunaan profesional.
Asal usul drone.
Untuk kegunaan dalam unit peperangan. Pencipta asal Archibald Low berasal Inggerish tahun 1916 merancang dan menerbangkan kenderaan tak berawak (tanpa pilot) dengan radio kontrol. (masa tuh bukan disebut drone). Pada perang dunia I, drone difungsikan untuk melakukan serangan balik terhadap serangan udara Jerman dan melakukan serangan darat. Oleh kerana bunyinya yang menghalang radio untuk fungsi radar, maka benda terbang yang terbuat dari timah dan kayu ini tidak berjaya dipraktikkan sebaiknya.
First drone. Mana radio dia letak nih?
Pada tahun yang sama Sopwith Aircraft Company juga membuat drone, dengan dia letak radio di bahagian ekor agar tidak ganggu signal tuh.
Tahun 1917 Archibald Low kembali lagi, membuat drone dan cuba buat demo dekat tentera us.Nak dijadikan cerita masa tengah demo tuh, drone dapat terbang macam biasa,tetapi tiba-tiba pulak mesinnya mati dan drone jatuh dan hampir membunuh askar yang tengok tuh. Kesudahannya entahla. Kemudian drone dijadikan sebagai sasaran tembak yang bergerak, dengan secara autopilot gitu, mampu merubahnya menjadi pesawat tanpa awak yang mempunyai dwi fungsi. Yang itu orang lain buatlah kan.
Fungsi Dan Penggunaan Drone di Malaysia dong!
Terdapat dua fungsi asas.
Peribadi
Ianya dijadikan satu hobi, suka-suka jer misalnya untuk pengambilan gambar peribadi, selfie bagai tuhla kan. Kemampuannya untuk mengambil gambar atau video memang satu sudut view yang lain, dari atas. Nak tolong ambil layang-layang yang tersangkut atas pokok pun boleh. Tapi macam susah je nak ambil tuh.
Profesional
Digunakan untuk kepentingan pekerjaan misalnya untuk fotografi gambar kahwin ke, journalist, videografi, buat drama ke, filem sekarang banyak guna drone, mengambil sudut dari view atas memang cantik beb. Pos bang,l kiranya jadi mat despatch alaf baru, hantar barang yang kuantiti tak banyak, sikit jerla. Jarak pun takdalah jauh sangat. Tapi ianya betul-betul praktikal, hantar pizza contohnya ianya satu delivery yang boleh dibuat.
Perlumbaan.
Di luar negara di us sekarang nih memang dah ada buat satu track kasi untuk lumba-lumba punya. Fuhh sudah jadi sukan perlumbaan pulak.
Undang-undang.
Buat masa ini macam belum tahu pulak apa kesalahan bermain drone ini. Tapi katanya dilarang bermain drone di lapangan terbang, sebab mengganggu pilot untuk mendarat. Lain-lain kurang pasti.
Bagaimana dengan kos?
Dianggarkan ada harga serendah dari seratus sampai 5 ribu keatas pun ada . Boleh refer di gedung online di lelong.com.my dan juga lazada pun ada juga.
Apepun ianya bakal menjadi satu keperluan yang sangat diperlukan untuk masa akan datang. Amacam sudah ada drone ka?? Kongsi sikit pengalaman anda !
Psst belum ada budget. Huhu..
Ambulans Drone!!
credit tuh ilmupengetahuan.com
mungkin di masa hadapan, drone akan jadi pengganti selfie stick untuk rakam dan tangkap gambar dari ketinggian yang lebih.
Memang ada hajat nak beli drone untuk tujuan rakaman video dari eagle view.
kalau pizza hut hantar dgn drone, best gak..
tapi kena lepaskan pizza hut dari atas.. kalau tak, dengan drone sekali kena kebas.. heee
Teringin gak nak ada drone nie…lebih utk tujuan profesional aa…tinggal takde port utk study bahan2 nie dgn lebih detail…if ada harap bro zik bleh update nanti… π
p/s: Bleh gak buat revolusi pisang goreng cheese via drone… π
Kalau ade drone memang best..tapi boleh disalah gunakan untuk skodeng jugak ni..merbahaya..hehe..
kalau drone dijadikan hobi macam menarik je…
cuma kos yang tinggi menyebabkan ramai yang tak sanggup dan berani
Ambulance drone pun ada ya, canggih dah tu
DT ada beli.
lepas tu pandai nak main.
asyik tegolek je tak terbang2.
bagi hadiah kat abang.
heh
ni boleh juga dikatakn sebagi hobi mereka yang berduit. sebab golongan urban je yang ada drone ni..
Saya setuju dengan pandangan tuan.
Tapi harap2 juga golongan rural seperti saya mmpu memiliki drone ini untuk tujuan profesional…ameennn
drone ni yang digunakan untuk ambil gambar dari jarak jauh ya. memang kagum
dah lama teringin benda ni..di lelong.com.my ada yang dijual dengan harga rm 3oo je
tau drone ni pun sebab org biasa amik gmbr atau video kahwin dari atas atau jarah jauh kan?heheh…
Berguna betul untuk acara konser musik live.
market malaysia memakai drone? keren sekali
Rasanya kalau drone biasa biasa tu masih lagi dikategorikan sebagai mainan, tiada undang undang. Tapi kalau drone yang alat kawalannya guna frekuensi tinggi yang masuk dalam julat yang ditadbir skmm kena dapatkan lesen la, sama macam RC kapal terbat, helikopter dan bot. Bukan pada permainan itu yang dilesenkan, tapi pada penggunaan frekuensinya.