Tercipta sejarah baru!!! Tahniah weiii.. Mohd faiz Subri menepikan 2 contestant.
Mohd Faiz Subri mencipta sejarah selepas menjadi pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas dalam majlis Anugerah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland, sebentar tadi.
Anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu mengetepikan dua lagi calon akhir, Jonath Marlone Azevedo da Silva (Brazil) dan Danisuka Rodriguez (Venezuela), selepas diumumkan legenda Brazil, Ronaldo.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Pulau Pinang, rakan sepasukan, jurulatih, keluarga dan semua yang mengundi saya,” katanya ketika memberi ucapan.
Faiz Subri, 30, yang ditemani Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah, kelihatan tenang ketika diumumkan sebagai pemenang.
Bagaimanapun, ketika mengambil alih rostrum, Faiz Subri mencuit hati hadirin apabila mengambil masa sedikit lama untuk mencari teks ucapan di dalam telefon bimbitnya. Mengigil beb. Terkial-kial cari teks tuh. haha.
Jaringan menakjubkan yang membawa kepada kemenangan itu, dilakukan Faiz Subri ketika mengambil sepakan percuma untuk membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.
Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo, adalah penerima pertama anugerah itu pada 2009, disusuli pemain Turki, Hamit Altintop (2010), Neymar dari Brazil (2011), pemain Slovakia, Miroslav Stoch (2012), pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez dari Colombia (2014).
Pada 2015, pemain tidak terkenal dari Brazil, Wendell Lira, yang bermain untuk Club Goianesia, menjadi pemenang anugerah itu.
Anugerah itu mengambil sempena nama lagenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang mencipta kejayaan besar bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan kehebatan pasukan Hungary pada era itu.
Senarai pemenang Anugerah FIFA 2016:
Pemain Lelaki Terbaik: Cristiano Ronaldo (Portugal)
Jurulatih Lelaki Terbaik: Claudio Ranieri (Itali)
Jurulatih Wanita Terbaik: Silvia Neid (Jerman)
Anugerah Fair Play: Atletico Nacional (Colombia)
Anugerah Puskas: Mohd Faiz Subri (Malaysia)
Anugerah Peminat: Penyokong Borussia Dortmund dan Liverpool.
FIFPro World11: Manuel Neuer, Dani Alves, Gerard Pique, Sergio Ramos, Marcelo, Luka Modric, Toni Kroos, Andres Iniesta, Lionel Messi, Luis Suarez dan Cristiano Ronaldo.
Copy paste dari stadium astro . Sekian terima kasih. Hehe.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Tahniah Faiz Subri..terbaik..up lagi negara Malaysia..teruskan usaha hingga boleh jadi player International
kita harapkan pasukan kita sebenarnya..
Tanniah kepada Faiz Sabri yang telah mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa.
kita harus bangga,
Tahniah buat mohd faiz subri atas kejayaan manis ini…cuma sekadar selingan jek laa ya tuan rumah…
Menang puskas baru sekali….tendangan bukan lawan hukum fizik ini mungkin sekali..tetapi kecewa ranking 180 dah berkali-kali….
Kalo kita semua sayangkan bolasepak…harap tak kecik hati yer… 🙂
sebab tuh tmj dah pesan.. tapi semua tak paham apa yang dia cuba sampaikan…
hahahha..takpelah kurang2 ada la sejarah kat Fifa nanti
terbaik faiz subri dapat menang anugerah PUSKAS..
sebaris lagenda Cristiano Ronaldo, Zlatan, Neymar,
dah leh agak dia menang.
yang lain memang tak best gol diorang.