Kadang-kadang kita rasa tertekan, giveup sebab tak dapat nak bayar hutang sebab beban hidup terlalu tinggi. Banyak benda yang kena bayar. Kejap itu , kejap ini kena bayar. Baru nak simpan sikit, tiba-tiba ada je yang tak kena. Tayar bocorlah, gas habis, susu habis, kena saman ke, kemalangan dan sebagainya. Sekiranya kita berniat untuk membayar sesuatu hutang tapi berlaku kesukaran, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita untuk menjelaskan hutang tersebut. Kerana Allah tidak menyukai hambanya yang berhutang dan mereka yang melengah-lengahkan membayar hutang kerana hukumnya adalah berdosa besar kepada penghutang tersebut.
Tak masuk syurga bagi orang yang berhutang.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada.
Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak dibayar. Ketika itu, seseorang itu akan terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah SWT.
Seandainya tidak mampu membayar sekali gus hutang itu, bayarlah sedikit demi sedikit. Itu antara adab orang yang berhutang.
Bagi pemberi hutang pula, jangan pula terlalu menekan dan berasa gembira kerana memikirkan dia ada peluang lebih besar untuk masuk syurga kerana hutang yang gagal dilunaskan itu.
Mereka juga tertakluk kepada adabnya iaitu cuba meminta separuh daripada jumlah hutang itu terlebih dahulu. Sekiranya penghutang itu masih gagal berbuat demikian, berilah penangguhan dan masa kepadanya.
Bagaimanapun, sekiranya dia tetap tidak mampu menjelaskan hutang itu, Nabi SAW ada menyarankan supaya melupakan atau menghalalkan separuh daripada jumlah itu.
Kemudian, beri tempoh kepada penghutang itu menjelaskan separuh lagi hutangnya dan jika dia masih tidak mampu, minta kepadanya sepertiga daripada jumlah hutangnya.
Jika itu pun gagal dilunaskan, maka si pemberi hutang disarankan untuk melepaskan hutangnya itu. Tindakan itu sudah mencapai tingkatan terakhir dan jelas terbukti si pemberi hutang itu beramal dengan adab bersama orang yang berhutang.
Namun, kita diingatkan supaya tidak menyumpah dengan kata-kata seperti: “Aku tetap tak halal sampai mati dunia dan akhirat.”
Sumpah seumpama itu boleh menyebabkan roh orang yang berhutang tergantung sehingga hari akhirat dan ia adalah satu tanggungan yang amat berat.
Jelas kepada kita, bagi orang yang berhutang perlu sentiasa berusaha untuk melangsaikan hutangnya. Bagi orang yang sudah meninggal dunia, warisnya yang akan menanggung hutang itu.
Sudah menjadi amalan masyarakat Islam, selepas solat jenazah waris akan mengumumkan kepada jemaah sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa supaya bertemu dengan warisnya untuk menjelaskan sebarang hutang yang pernah dibuat ketika hayatnya.
Perkara itu sangat baik diamalkan. Itu antara adab dan akhlak sebelum jenazah dikebumikan. Dalam Islam juga, setiap hutang sunat dicatatkan iaitu dengan siapa berhutang, berapa jumlahnya dan apa bentuk barang yang dihutangkan itu.
Ia bagi memudahkan waris melangsaikan hutang apabila seseorang meningga dunia. Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, ‘Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?’
“Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: ‘Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit?
“Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Thabrani)
Kalau boleh hutang jangan ditangguh, jangan buat-buat lupa. Usahakan seberapa yang boleh. Cari pendapatan yang lain selain kerja tetap nih. Last sekali bila dah usaha macam-macam barulah kita berdoa dan tawakal last sekali. Usaha + doa+ tawakal. Jangan doa jer, usaha takda, mana lah boleh selesai masalah tuh kan.
Baca juga: Tips pengurusan hutang.
Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” -HR. Ibnu Majah
Baca juga : Syarat Berhutang.
Doa Mudah Bayar Hutang Walaupun Setinggi Gunung
Sesungguhnya setiap perkara ada jalannya. Dan Allah menyayangi hamba-Nya yang selalu berdoa dan berzikir.
ALLAH SWT berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya
Doa agar mudah melangsaikan hutang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda SAW, para sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Para fuqaha’ telah mendefinisikan hutang pada istilah syara’ sebagai ‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.’ Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji, al-Fiqh al-Manhaji. jil. 6. hlm. 101.
Berbalik kepada soalan di atas, berkenaan dengan amalan agar mudah melangsaikan hutang. Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap orang yang terbeban dengan hutang.
Di sini kami bawakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang, antaranya:
- Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudia orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.
- Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”
Riwayat Muslim (2713)
Imam Nawawi rahimahullah menyebut: “Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban.” (Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
- Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah:
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”
Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kefahaman dan keyakinan kepada Allah SWT. Amiin.
DOA MELANGSAIKAN HUTANG WALAUPUN SEBESAR BUKIT TSABIR.
Bukit Tsabir terletak di Mina, menghadap ke Mekah, di sebelah kanan kita adalah Bukit yang dinamakan sebagai Tsabir. Bukit ini sangat besar. Memanjang sehingga ke hujung Mina.
Suatu hari, seorang hamba mukatab (yang boleh menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) bertemu dengan Ali radhiyallahu ‘anhu.
Hamba ini berkata kepada Ali: Sesungguhnya aku tidak mampu untuk membayar tebusan kepada tuan aku.
Ali radhiyallahu’ anhu berkata: Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam kepadaku, jika engkau sebutkannya, jika engkau mempunyai hutang sebesar bukit TSABIR maka Allah akan menunaikan hutang tersebut bagi kamu.
Katakanlah:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu. [Sunan Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]
Banyakkanlah berdoa agar Allah memberi kita kelapangan rezeki dan keluasan rezeki tanpa kita perlu bergantung kepada makluk (berhutang). Kerana jika kita berhutang kita diwajibkan membayar hutang kerana ianya urusan kita dan manusia lain. Wallahua’lam.
Copy PASTE DARI fb admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith.
Semoga kita terhindar dari hutang piutang.
Hutang tak salah, tetapi perlu pandai kita uruskan dengan teratur dan perlu ada disiplin yang tinggi. Insyallah. Marilah kita sama-sama amalkan doa ini dan semoga Allah memudahkan jalan bagi kita yang berniat untuk menjelaskan hutang-hutang tersebut tidaklah hutang sesama adik beradik, hutang dengan kawan, hutang PTPTN, hutang bank, hutang emas dibawa belayar dan sebagainya. Dan semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah dan mati kelak dipermudahkan hitungan kita.
Wallahu a’lam.
Leave a Reply