Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Dengan berat hati, Ong Kim Swee Umum Gugur Safawi(Sukan sea 2019)

Dengan berat hati, Ong Kim Swee Umum Gugur Safawi(Sukan sea 2019)

Zik · Nov 20, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

ong kim swee,

PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan nama Muhammad Safawi menjelang saingan Sukan SEA 2019 di Filipina. Perlawanan semalam, Malaysia vs Indonesia, Safawi menyumbang 2 gol menundukkan garuda di stadium keramat kita , Stadium Bukit Jalil. Memang safawi boleh jer main, sebab umur dia masih lagi layak, tetapi untuk kebaikan pemain yang lain menempa nama. Perlu bagi DOKS mengugurkan Safawi.

Baca juga : Jadual penuh perlawanan Sukan Sea Bola Sepak lelaki filipina 2019

“Satu keputusan yang amat berat dan sukar untuk saya lakukan. Tapi demi kebaikan Safawi di mana yang kita tahu dia bermain begitu banyak perlawanan bersama kelab dan mewakili negara termasuklah bersama B-22 pada awal tahun ini.

“Untuk kebaikan semua, saya terpaksa memutuskan Safawi berehat di mana kita mempunyai jadual penting tahun hadapan… harap semua pihak faham dengan apa yang saya lakukan, bukan demi kepentingan diri saya, tapi untuk kelab dan negara,” katanya ketika sesi latihan pusat di Arena MPSJ, Subang Jaya.


Tambah Kim Swee, Safawi juga sedia maklum tentang keputusan itu dan dia faham akan perkara tersebut.

“Dia (Safawi) faham tentang mengapa dia tidak dipilih. Ini untuk kebaikan dia, kelab (Johor Darul Ta’zim) dan skuad kebangsaan,” katanya.

Berhubung kekosongan posisi yang ditinggalkan Safawi, Kim Swee menjelaskan, ini akan membuka ruang kepada pemain lain membuktikan sesuatu untuk disenaraikan sebagai kesebelasan utama mahu pun senarai terakhir 20 pemain. Akhyar rashid ada, Syahmi Safari ada, dan ramailah lah.

Dalam pada itu, mengulas pemilihan Adam Nor Azlin sebagai slot pemain senior, Kim Swee berkata, beliau mahukan kombinasi serasi kerana kebanyakan pemainnya telah bersama beliau sejak dua hingga tiga tahun lalu lagi.

“Amat singkat untuk saya membentuk kombinasi, tetapi dengan kemasukan Adam, kita akan lihat Irfan Zakaria, Dominic Tan dan Muhammad Haziq Nadzli kita akan dapat satu kombinasi yang biasa kita lakukan sebelum ini,” katanya.

Kim Swee akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2019 pada 22 November ini, sehari sebelum mereka berlepas ke Manila. Jumaat ini.

Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Isnin, diikuti Filipina (29 Nov), Timur Leste (2 Dis) dan Kemboja (4 Dis). Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila.

PENDAPAT NITIZEN. 

Namun ramai yang ada yang setuju ada yang tidak setuju. Itu pendapat masing-masing. Ada yang mengatakan perlu memasukkan safawi, tetapi dalam pemain simpanan sahaja. Jika ada pemain yang kena kad merah atau cedera, barulah khidmat safawi diperlukan.

Pendapat lain pula, Mungkin tindakan dia (DOKS) betul. Dibimbangi Safawi tak mempunyai masa yang cukup utk recovery. Yang paling ditakuti ialah mengalami burn out akibat keletihan yang melampau.

Sepatutnya safawi kene bagi dia main banyak game lagi.. Biar bakat dia dapat digilap…. Ibarat arang, bila dibawah tekanan yang tinggi ianya akan menjadi berlian. Begitulah juga jepun dan korea, bila dia overwork negara diorang menjadi hebat…

DOKS nampak dah mula padang rendah terhadap pasukan lain, permulaan yang teruk, sikap masih tak berubah macam kelayakan bawah 23 haritu..
Safawi tahun dpn banyak game oi acl,liga super,kelayakan,aff.bagus lah keluarkan
Lepas tu kena ACL atau serius injury sape yang kena tanggung???
Regular team senior tak payah nak main skuad bawah umur dah. Negara besar tapi pusing2 muka tu jugak lepas tu bising pool player skuad kebangsaan sikit.
Safawi tu pun manusia… Ada mak ayah jugak… Ko kne igt… Andaikata dia dah overwork…. Injured… Apa pun tarak 2020 nanti
Taktik OKS bukan nak naikkan nama pawi saja tapi dia nak dalam malaysia ni ada banyak player berbakat macam pawi tu lagipun bagi pawi berehat dulu kesian dia…
Patut bagi Safawi main utk kali terakhir skuad sukan Sea ni.. Sekurang-kurangnya simpan sebagai senjata rahsia.. Sambil mengekalkan prestasinya.. Bayang sendiri bermula sekarang harga buka saingan liga super ni tanpa game kompetitif, apa akan jadi pada Safawi?
Aduh, umur pn masih layak kn. Bg jela. Letih? Bagi jela safawi reserve. Apa de hal. Asalkn pingat emas. Kurang2 dpt jgk si safawi merasa jd pemenang pingat emas
Ada masa kita perlu option yang lebih, bukan robotkan atau kudakan atau nak jadi hero malaya. Pawi boleh jadi pemain ke 20. AFC U23 tahun lepas Korea, Son Heung Min dia tak main tapi masuk bila keadaan memerlukan, standby kan boleh rehat, bagi budak2 baru main, tapi bila keadaan memerlukan, kita masih ada pilihan..
Kalau nak suruh terus main boleh..biar lah level yang lebih tinggi..kalau main sukan sea..baik dia rehat je.pasal team nak pakai dia lagi untuk lawan UAE, Vietnam dan Thailand, ACL, Liga Super lagi.
Nih Mesti TMJ tak bagi pawi main..
Pendapat anda bagaimana???
Share this on WhatsApp

Uncategorized doks, ong kim swee gugur safawi rashid, punca ong kim swee tidak menyenaraikan safawi ke sukan sea 2019, safawi rashid tidak beraksi dalam sukan sea 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.