CEUPACS
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari.
Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata gesaan itu dibuat berikutan situasi semasa yang menyaksikan perkhidmatan kesihatan negara berdepan cabaran yang terlalu dahsyat untuk merawat pesakit COVID-19 dan pada masa sama, perlu mengendalikan pesakit lain.
Beliau berkata tempoh 21 hari itu adalah paling minimum bagi membolehkan langkah drastik dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19. “Sekiranya kerajaan masih lagi menggunakan SOP (prosedur operasi standard) semasa bagi mengekang penularan COVID-19, CUEPACS bimbang perkhidmatan kesihatan negara akan menjadi lumpuh sekali gus mengundang darurat kesihatan yang serius kepada negara,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
[Read more…] about CUEPACS mahu kerajaan laksana PKP penuh 21 hari-Setuju ker?