Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Copa America / Copa America: Argentina tamat kemarau kemenangan, sah ke suku akhir

Copa America: Argentina tamat kemarau kemenangan, sah ke suku akhir

Zik · Jun 22, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
copa america
Argentina layak ke suku akhir Copa America selepas menamatkan kemarau kemenangan ke atas Paraguay dengan keputusan 1-0 hari ini.
Argentina tidak pernah menewaskan Paraguay dalam Copa America sejak 2015 — rentetan empat perlawanan berturut-turut — tetapi skuad La Albiceleste itu menamatkan rekon buruk berkenaan hasil jaringan tunggal Papu Gomez pada minit ke-10.
Gomez menjaringkan gol kemenangan itu selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Paraguay, Antony Silva, yang keluar terlalu awal dari kawasannya, untuk menjaringkan gol keenamnya di peringkat antarabangsa.
Lionel Messi pula menyamai rekod penampilan terbanyak bersama Argentina yang dahulunya hanya dipegang Javier Mascherano dengan 147 penampilan — Messi juga merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan itu dengan 73 gol.
Perlawanan di Brasilia itu turut menyaksikan skuad bimbingan Lionel Scaloni berkenaan melebarkan rekod kemenangan mereka kepada 16 perlawanan berturut-turut sejak Copa America 2019 dan tujuh daripadanya tanpa dibolosi.
Seterusnya, Argentina akan melengkapkan saingan Kumpulan A dengan menentang Bolivia — pasukan yang masih belum menang sepanjang edisi ini — Selasa depan manakala Paraguay pula akan bertemu Uruguay pada hari yang sama.
Share this on WhatsApp

Copa America, Sukan argentian mara ke suku akhir copa america, Copa America: Argentina tamat kemarau kemenangan, sah ke suku akhir

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.