
Argentina layak ke suku akhir Copa America selepas menamatkan kemarau kemenangan ke atas Paraguay dengan keputusan 1-0 hari ini.
Argentina tidak pernah menewaskan Paraguay dalam Copa America sejak 2015 — rentetan empat perlawanan berturut-turut — tetapi skuad La Albiceleste itu menamatkan rekon buruk berkenaan hasil jaringan tunggal Papu Gomez pada minit ke-10.
Gomez menjaringkan gol kemenangan itu selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Paraguay, Antony Silva, yang keluar terlalu awal dari kawasannya, untuk menjaringkan gol keenamnya di peringkat antarabangsa. [Read more…] about Copa America: Argentina tamat kemarau kemenangan, sah ke suku akhir