Anugerah juara lagu yang ke 29, 2014 sudahpun melabuhkan tirainya. Ya. Juara ajl pun kita dah tahu. Ramai juga yang tak puas hati kenapa lagu yang boleh menang tapi tak juara pulak. Ajl nih bukan menang vokal semata-mata. Banyak elemen-elemen yang kita mungkin tak tahu pun.
Juara ajl 2014:
Joe flizzow feat sona one. Aku tanya apa khabar.
Naib juara.
Shila amzah. Masih aku cinta.
Ketiga.
Dayang nurfaizah. Di pintu syurga.
Persembahan terbaik.
Mojo feat caliph buskin. Romancinta.
Banyak input yang dapat kita pelajari dalam ajl kali ini. Bukan sahaja kita berhibur. Tetapi ada beberapa input perkara positif yang perlu kita pelajari tanpa kita sedari.
Dari segi baris lagu itu sendiri punyai maksud tersurat dan tersirat. Ya diantara puisi, sajak, pantun, lagu adalah yang paling popular sebab adanya bantuan alat muzik itu menjadikan sesuatu lagu itu lebih sempurna.
Marketing teknik.
Memang ramai yang memyampah punya bila pengacara ag dan scha yahya kena duk sebut ulang-ulang setiap kali diaorang lepas break, pesanan penaja. Pasal qu puteh, qu puteh. Density keyword marketing yang dilihat berkesan. Ianya menjadi trending dalam buat masa ini. Bukan itu sahaja, troll sana sini gambar pasal pengasas qu puteh dan sebagainya. Itu normal, rakyat malaysia suka dalam bab ini. Tapi owner dia pun tak kisah, sebab dia tahu marketing macam ini ada bagusnya mungkin lah.
Cuma tak promotenya macam tak kena. Duk kena sebut tak henti-henti. Orang yang tak biasa, memang tak suka punya. Bagi dalam aliran pemasaran mesti dah faham punya. Prinsip 4p”s , product, price, promotion, dan place. Produk ada, harga takda, pormotion ada , place ada lah kot.
Bagi yang tonton sebab nak tengok ajl, nampak promosi tuh nampak annoying. Untuk alan datang kena bincang dengan marketing manager kalau ada lah kan. Jadikan susunan promosi tuh lebih tersusun dan lebih kreatiflah. Bagi aku dah ok tuh, cuma mungkin sesetengah orang tak boleh terima. Setiap orang mesti tak sama pendapat. Mesti ada yang setuju dan tak setuju.
Tapi aku yakin, pelaburan yang dibuat pengasas qu puteh pastinya beri impak yang besar. Sales mungkin ada naik sikit. Waktu event macam ini memang confirm tengah puncak. Ramai yang tonton punya. Sp, itulah waktu yang terbaik untuk promosi produk. Cuma perlu diperbaiki dari segi delivering, approach marketing dan lain-lain lagi.
Selain itu.
Kita dikejutkan dengan persembahan satu calon final ajl kumpulan mojo. Masa intro pun dah gempak. Graphic kabus. Aku pun agak-agak siapa yang ganti aweera final nih. Dengar mula-mula sedap juga vocal. Time tang chorus tuh, baru nampak muka. Maka menjeritlah semua orang berdiri. Naik bulu roma bila dengar. Rupa-rupanya caliph busker dari warga istimewa yang bergandingan dengan mojo. Dari segi penyampaian aweera dan azmir memang ada kelainan. Kita tak boleh nak cakap mana lebih bagus. Cuma, mungkin takda rezeki buat aweera untuk beraksi malam hari tuh. Percaturan edry kru memilih azmir sebagai vocal sementara memang tepat. Impaknya sangat besar dalam seminggu dua nih.
Mesti dalam seminggu dua, kumpulan caliph busker menjadi perhatian. Apepun syabas buat edry halim yang menaikkan nama caliph busker dan juga menjadikan rating persembahan ajl malam ahad hari tuh memang happening sangat. Bahangnya masih terasa hingga ke hari ini. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apepun memang enjoy semua persembahan yang lain-lain semua tuh pun ok. Lagu Romancinta” membawa maksud perasaan romantis di dalam cinta atau merasa cinta di dalam hati. Arrangement muzik dia, dan dia punya lirik kalau betul-betul kita hayati memang menusuk jiwa.
Persembahan juara ajl.
Paling soul malam tuh, mojolah. Lagu juara joe flizzow ft sona one pun soulnya hebat. Dia berkisarkan perjuangan hiphop jeo dengan maliq dari mula. Kemudian berpisah kerana ada haluan masing-masing. Panjang cerita dia dalam lagu tuh. Kalau hayati lagu tuh memang soulnya sangat menyentuh jiwa. Joe memang rindu perjuangannya bersama maliqe too phat. Mereka berdua naik sama-sama berjuang atas konsep hip-hop. Merekapah pelopor, perintis yang pertama menjadi hiphop. Mula start lagu english. Macam-macamlah.
Syabas buat joe flizzow, mojo feat caliph busker , juga penaja utama qu puteh menjadikan pentas ajl 29 2014 kali ini lebih diingati. Persembahan yang lain pun hebat juga. Cuma beberapa elemen kelainan untuk ajl kali ini nampak ada unik menjadikan ajl 29 sesuatu yang boom. Tahniah semua, tv3.
yang betul aku tengok dan dengar.
lagu mojo dengan lagu apa khabar ni.
yang lain..aku dengar je.