• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Pengumuman

Pengumuman

Abam Bocey Meninggal dunia, alfatihah

Zik · Feb 10, 2020 · 1 Comment

abam bocey, abam bocey meninggal dunia,

Serius sangat terkejut bila terdengar perkhabaran ini. Macam tak percaya je. Baru sahaja kita dengar gelak ketawa abam dalam pentas maharaja lawak mega 2019 bulan lepas. Allah lebih sayangkan dia.

Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Pukul berapa kita kurang pasti.*Kemaskini pukul 7 pagi tadi

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu. [Read more…] about Abam Bocey Meninggal dunia, alfatihah

Harga minyak ron 95 turun 4sen seliter, 8 hingga 14 februari 2020

Zik · Feb 7, 2020 · Leave a Comment

Berita baik, barang baik kali inilah untuk pakatan harapan setelah Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel, berkuat kuasa 8 Februari hingga 14 Februari.  Tetapi itulah nitizen kita macam biasa, kalau turun pun orang komplen, naik lagilah komplen. Kalau turun nak cakap Rm1.50 seliter mana janji lu? itu lapiji kena jawablah.

  • Rm 95 minggu lepas Rm 2.08- Turun kepada RM 2.04 sen seliter. ( 4 sen turun)
  • Ron 97 minggu lepas Rm 2.41  -turun kepada rm 2.34 sen seliter.  (7 sen turun).
  • Diesel minggu lepas Rm RM 2.18- turun kepada RM 2.08 sen seliter (10 sen turun).

Harga RON95 turun 4 sen kepada RM2.04 seliter, RON97 turun 7 sen kepada RM2.34 seliter, dan diesel turun 10 sen kepada RM2.08 seliter.

Sebelum ini, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing RM2.08, RM2.41 dan RM2.18 seliter.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kadar baru itu disebabkan penurunan harga minyak global.

“Dasar penstabilan harga runcit ini memanfaatkan rakyat, di mana apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroluem juga diturunkan.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 seliter (diesel),” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Harga runcit petrol dan diesel negara ditentukan berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), bagaimanapun subsidi diberikan apabila harga RON95 dan diesel melebihi had yang ditetapkan.

Tiada had ditetapkan untuk harga RON97.

Lim turut memaklumkan, kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM6 bilion pada tahun lalu untuk produk petroleum.

“Kerajaan komitd dengan dasar penstabilan harga runcit produk petroluem selaras dengan janji manifesto PH,” katanya lagi.

[KEMASKINI] Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang baru

Zik · Feb 2, 2020 · 5 Comments

BSH

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) untuk kemaskini tahun 2020. Bagi yang baru pertama kali baru nak daftar mungkin ada banyak benda yang kena ambil tahu. Dari segi sijil nikah, dokumen anak-anak dan sebagainya. Bagi yang sudah isi tahun lepas, tahun ini mungkin kena update dari segi jumlah anak/ tanggungan gaji dan sebagainya. Itu semua kita akan update setelah pengumuman dibuat oleh MOF nanti ok. Kalau takda apa-apa maklumat tambahan yang korang rasa takda tambah anak, isteri ,gaji ada perubahan dan sebagainya.

Bila tarikh sebenar kemaskini BSH 2020? 

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. So bulan februari akan bermula kemaskini.

So beberapa aspek telah dikaji semula dari segi permohonan yang berkelayakan sahaja boleh memohon bsh ini. Tidak seperti dulu, ada banyak kelompongannya dan juga ada yang kena perbaiki. Semua itu dalam proses penambahbaikan dari semasa ke semasa.

 

[Read more…] about [KEMASKINI] Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang baru

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 66
  • Page 67
  • Page 68
  • Page 69
  • Page 70
  • Interim pages omitted …
  • Page 145
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.