Serius sangat terkejut bila terdengar perkhabaran ini. Macam tak percaya je. Baru sahaja kita dengar gelak ketawa abam dalam pentas maharaja lawak mega 2019 bulan lepas. Allah lebih sayangkan dia.
Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Pukul berapa kita kurang pasti.*Kemaskini pukul 7 pagi tadi
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Bocey atau nama sebenarya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.
Pencapaian Abam Bocey
- Naib Juara – Bintang Mencari Bintang Musim Pertama (2013)
- Tempat Ke-3 – Maharaja Lawak Mega 2013
- Tempat Ke-5 – Maharaja Lawak Mega 2014
- Juara Karok lah kau
- Tempat Ke-5 – Juara Parodi 2015
- Juara – Maharaja Lawak Mega 2016
- Naib Juara – Super Spontan Superstar (2016)
- Juara – Maharaja Lawak Mega 2017
- Naib Juara – Maharaja Lawak Mega 2018
- Tempat Ke-3 – Maharaja Lawak Mega 2019
Pencapaian
- Pelawak Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014,2015)
credit to wikipedia.
Leave a Reply