Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

Din beramboi meninggal dunia.

Zik · Apr 17, 2010 · Leave a Comment

Salam semua. Pastinya semua sedang bersedih diatas pemergian, Mior Ahmad Fuad Mior Badri 43, (din beramboi) yang telah kembali rahmatullah. Kita sedekahkan Alfatihah kepada arwah semoga Allah mencucuri rohnya.

Din beramboi

Pergi Tak Kembali (Rabbani). [Read more…] about Din beramboi meninggal dunia.

Mari berzikir!

Zik · Mar 22, 2010 · Leave a Comment

Salam semua. Diharap anda semua sihat hendaknya. Pada hari ini ingin membicarakan tentang zikir.

Ketenangan dengan berzikir

Zikir dalam kehidupan seharian.

Seperti yang kita tahu, zikir merupakan amalan kerohanian yang diperlukan kepada diri kita untuk menjadi insan selalu ingat kepada Allah. Sesungguhnya berzikir kepada Allah SWT merupakan sebaik-baik ibadat kerana Allah SWT menjadikan ibadah-ibadah yang lain mempunyai kadar dan had serta mempunyai waktu dan keadaan yang tertentu.

Tetapi berlainan dengan zikir, Allah SWT tidak menjadikan ibadah zikir itu terhad dan berwaktu bahkan menyuruh supaya memperbanyakkan amalan tersebut berdasarkan firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya” (Al-Ahzab : 41).

Ketahuilah bahawa sesungguhnya berzikir kepada Allah merupakan sebaik-baik ibadah, sebesar-besar ketaatan dan sebenar-benar tanda penghambaan diri kepada Pencipta bumi dan langit, sama ada berzikir secara senyap atau pun nyaring, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, sama ada di masjid atau pun di tempat yang lain, sama ada selepas solat atau pun pada waktu-waktu yang lain.

KELEBIHAN BERZIKIR [Read more…] about Mari berzikir!

Haiwan peliharaan.

Zik · Mar 11, 2010 · 4 Comments

Salam semua. Anda anda mempunyai haiwan peliharaan?

Jaga haiwan peliharaan kita dengan penuh kasih sayang!

Anda suka pelihara binatang? Jika ya, apakah binatang tuh?trends

HOBI membela haiwan peliharaan semakin banyak dipraktikkan oleh golongan masyarakat dizaman ini,  kerana ia boleh menjadi sebagai teman berhibur dan mengisi masa lapang. Namun, ada disebalik cerita yang nak menarik  yang hendak diceritakan disini.

Tanggungjawab Terhadap Haiwan.

Menyayangi haiwan peliharaan sama ada Ayam, Kucing, Arnab, Lembu dan sebagainya merupakan satu tabiat yang sangat baik dan patut dipuji, ini kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, janganlah kita keterlaluan sehingga menyayangi haiwang seperti kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.

Namun, hal ini sebenarnya sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.

Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh.

Sikap ini juga pada pendapat zik, ia merupakan  suatu yang sangat keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.

Balasan bagi yang menyeksa binatang! [Read more…] about Haiwan peliharaan.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 82
  • Page 83
  • Page 84
  • Page 85
  • Page 86
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.