Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

Jenis-jenis zikir.

Zik · May 14, 2010 · Leave a Comment

Mari berzikir

Salam semua. Hari ini ingin membicarakan tentang jenis- jenis zikir.

Zikir itu menyenangkan bagi orang yang telah menemui kelazatannya. Lalu dengan pendekatan yang benar kepada Allah dan menghadap dengan baik kepadaNya, zikir akan memberi ketenangan kepada Hambanya yang selalu ingat kepada Allah. Insyallah marilah kita semua meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.

Kita sudah maklum bahawa berzikir adalah suatu ibadah yg disyari’atkan. Tetapi sebelum kita berzikir, kita hendaklah ada ilmu tentang tasawwur zikir itu. Ini kerana antara salah faham bagi kebanyakan orang Islam ialah mereka ingat zikir itu hanya zikir lisan sahaja dan tidak lengkap jika tanpa biji tasbih.

Zikir ada tiga jenis : [Read more…] about Jenis-jenis zikir.

Keistimewaan Hari jumaat.

Zik · May 12, 2010 · 4 Comments

Keistimewaan hari jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita mengetahui hari sabtu merupakan hari agung bagi kaum yahudi dan hari ahad merupakan hari pergi gereja bagi mereka yang beragama kristian.

Tidakkah kita bangga kerana hari jumaat merupakan hari yang sangat istimewa kerana hari Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu’ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)

Peristiwa hari jumaat.

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi

Menurut Imam Sayuti antaranya ;

1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.

Kelonggaran Untuk Solat Sunat Pada Waktu Larangan Hari Jumaat [Read more…] about Keistimewaan Hari jumaat.

Prihatinkah kita?

Zik · May 11, 2010 · Leave a Comment

Hulurkan tangan ringankan beban.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikesempatan hari jumaat ini. Ingin memberi peringatan kepada diriku ini. Apa kata hari ini, sedekah berapa duit yang kita ada (seberapa yang mampu), di masjid sembahyang jumaat nanti, terutamanya orang lelaki.

Tangisan kanak-kanak siapa yang tahu?

Dimanakah mereka sekarang, makankah? minumkah? Terbelakah nasib mereka?

Kasih sayang seorang abang kepada adiknya (sumber, email sahabat interaktif Malaysia)

Kalaulah daku terjumpa mereka akan ku beri mereka makan sepuas2nya. Ku bersyukur dengan apa yang ada pada ku. Sedih dan sebak hati ini melihat mereka hidup dalam kekurangan. Semoga Allah selamatkan mereka ini, dari musibah dan teguhkan mereka untuk terus berjuang diatas muka bumi.

P/s: ada 3 paper lagi.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 80
  • Page 81
  • Page 82
  • Page 83
  • Page 84
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.