Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Kerohanian/Keagamaan

Kerohanian/Keagamaan

Download doa akhir tahun dan awal tahun

Zik · Sep 21, 2017 · Leave a Comment

zikir harian

Assalamu’alaikum wbt

Hari ini Khamis 21 Sept 2017 bersamaan

30 Zulhijjah 1438H
Insyaaallah petang nanti :

*tahun 1438H akan mengudur diri

*kita akan menyambut Awal Muharram 1439H
*01 hb Muharram 1439H jatuh pada hari Jumaat 22 September 2017 M*
Tetapkan Semangat…
MENJELANG AKHIR Tahun 1438H  Buat Keluarga ku

Anda semua telah menyemarak semangat dalam hidup ku
Buat Sahabat ku

Jangan melupakan aku dan ma’afkan bila aku pernah membuat diri mu kecewa
Buat teman ku

Ma’afkan aku kalau aku ada berbuat salah yang disengaja atau pun tidak disengajakan
Buat yang tidak suka pada aku!

Maafkan aku jika selama ini aku selalu salah dimatamu
Buat orang yang pernah menyakiti aku

Terima kasih kerana sudah mengajar aku erti sebuah kesabaran

Terima kasih anda semua kerana hadir dalam hidup ku dan menjadikan 1438 H tersangat indah bagiku
Anda semua pembakar semangat dlm hidup ku
Selamat menyambut awal Muharram!

Kikis segala perasaan geram

Hapuskan segala perasaan dendam

diLubuk hati jangan diperam

kelak kehidupan menjadi suram
Salam Awal Muharram

Khamis waktu asar – Doa akhir Tahun

Khamis waktu maghrib – Doa Awal Tahun……..
Download pdf file format disini

Tonton live gerhana bulan 11.50pm 7.8.2017-8.8.2017

Zik · Aug 7, 2017 · 4 Comments

gerhana bulan, gambar sebelum dan selepas gerhana bulan, sembahyang gerhana bulan, gambar gerhana bulan,

Malam ini ialah gerhana bulan.

Memetik pengumuman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman web rasminya kelmarin, gerhana bulan separa akan berlaku  pada 8 Ogos bermula 01.22 pagi hingga 03.18 pagi iaitu selama 1 jam 55 minit. Bulan akan bergelap kira-kira 30%. Semua umat Islam disarankan menunaikan Solat Sunat Khusuf di masjid / surau berdekatan, bersedekah dan perbanyakkan doa.

Insyallah.

 Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), bagi sesiapa yang ingin melihat fenomena tersebut secara lebih jelas perlu menggunakan bantuan teleskop dan instrumen optikal.


Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
7 Ogos, 11:50 mlm
Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula
8 Ogos, 01:22 pagi
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa (30%)
8 Ogos, 02:20 pagi
Tamat gerhana separa. (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
8 Ogos, 03:18 pagi
Tamat gerhana penumbra (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
8 Ogos, 04:50:5

InsyaAllah pada malam ini akan terjadi gerhana bulan bermula pada jam 1.22 pagi – 3.18 pagi.
Kita disunnatkan untuk mendirikan solat sunat gerhana pada waktu ini.
*Sunnah Ketika Gerhana*

Cara Solat Gerhana
1) Solat dua rakaat
2) Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3) Melakukan ruku’ yang panjang
4) Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5) Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6) Melakukan sujud yang panjang
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud dengan sujud yang panjang
9) Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10) Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11) Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.
*Sunnah lain ketika gerhana:*
1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Kadar bayaran zakat fitrah, setiap negeri (malaysia) 2017

Zik · Jun 3, 2017 · Leave a Comment

 

 

zakat fitrah

Ahah.

Korang dah bayar fitrah untuk tahun nih belum? Kalau belum, settlekan cepat sebelum kang nanti terlupa. Last minit, imam dah sibuk nak prepare apa yang patut tuh kang. Jadinya, kadar zakat fitrah di setiap negeri bagi bulan puasa tahun ini kekal dengan ditetapkan sama iaitu RM7 bagi seorang Muslim.

Perlis, Selangor, Terengganu, Sarawak serta Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; menjadi negeri terakhir mengesahkan secara rasmi kadar zakat pada Ramadhan kali ini tetap sama, RM7.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Senarai Bayaran Zakat Semua Negeri Ramadhan 2017 mengikut negeri. 

  • Perlis – RM7.00
  • Kedah – RM7.00
  • Perak – RM7.00
  • Selangor – RM7.00
  • Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan) – RM7.00
  • Negeri Sembilan – RM6.50
  • Melaka – RM6.70
  • Johor – RM7.00
  • Pahang – RM7.00
  • Terengganu – RM7.00
  • Sabah – RM7.00
  • Sarawak – RM7.00

[Read more…] about Kadar bayaran zakat fitrah, setiap negeri (malaysia) 2017

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Page 16
  • Page 17
  • Page 18
  • Page 19
  • Interim pages omitted …
  • Page 94
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.