
Pernah mencetuskan satu fenomena dalam drama Love u Mr Arrogant. Dua gandingan ini dilihat mempunyai chemistry yang cukup baik bagi akulah. Lama mereka berdua ini tidak lagi digandingkan lagi. Masing-masing sudah berstatus yang berbeza . Namun Zara Zya yang sudah bergelar single semula pada november lepas tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Manakala Azlee pula masih bertanda soal juga tuh.
Seadanya Aku merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia arahan Feroz Kader lakonan utama Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.
Drama Klise .
Macam biasa bila lelaki kena jadi pak sanggup sebab orang yang kena kahwin tuh tak datang sebab apa pun tak pasti. Sama macam drama 7 hari mencintaiku,
Drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya ini bakal memulakan siarannya di Slot Akasia TV3 pada malam ini (15 Januari 2020) bagi menggantikan siri Adellea Sofea.
Sinopsis
Aufiya hampir menanggung malu apabila bakal suaminya, Taufik tidak muncul di hari pernikahan mereka. Semuanya gara-gara Taufiq tidak dapat menerima kisah silam Aufiya.
Maruah Aufiya diselamatkan oleh Zarul yang menawarkan diri untuk menjadi suaminya di saat akhir.
Begitupun, Aufiya tidak mendedahkan ikatan perkahwinannya itu walaupun kepada kawan-kawan sendiri kerana Zarul yang menjadi suaminya adalah tunangan sahabat baiknya sendiri, Wina.
Pelakon
Ditunjangi Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.
Dibarisi para pelakon pembantu seperti Dayana Roza, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Norish Karman, Azri Iskandar, Ainina Ahmad dan ramai lagi.
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Sebuah karya arahan Feroz Kader oleh syarikat penerbitan, Country Universal Sdn Bhd.
Lain-lain drama pernah diarahkan Feroz Kader sebelum ini termasuk Vila Ghazara, Jika Masih Ada Rindu, Dendam Aurora dan Cinta Tiada Ganti.
Waktu Siaran
Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3, mulai 15 Januari ini.
[Read more…] about Sinopsis Drama Seadanya Aku, Azlee ft Zara Zya

