• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopsis Drama Seadanya Aku, Azlee ft Zara Zya

Sinopsis Drama Seadanya Aku, Azlee ft Zara Zya

Zik · Jan 16, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

seadanya aku

Pernah mencetuskan satu fenomena dalam drama Love u Mr Arrogant. Dua gandingan ini dilihat mempunyai chemistry yang cukup baik  bagi akulah. Lama mereka berdua ini tidak lagi digandingkan lagi. Masing-masing sudah berstatus yang berbeza . Namun Zara Zya yang sudah bergelar single semula pada november lepas tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Manakala Azlee pula masih bertanda soal juga tuh.

Seadanya Aku merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia arahan Feroz Kader lakonan utama Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.

Drama Klise .

Macam biasa bila lelaki kena jadi pak sanggup sebab orang yang kena kahwin tuh tak datang sebab apa pun tak pasti. Sama macam drama 7 hari mencintaiku,

 

Drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya ini bakal memulakan siarannya di Slot Akasia TV3 pada malam ini (15 Januari 2020) bagi menggantikan siri Adellea Sofea.

Sinopsis

Aufiya hampir menanggung malu apabila bakal suaminya, Taufik tidak muncul di hari pernikahan mereka. Semuanya gara-gara Taufiq tidak dapat menerima kisah silam Aufiya.

Maruah Aufiya diselamatkan oleh Zarul yang menawarkan diri untuk menjadi suaminya di saat akhir.

Begitupun, Aufiya tidak mendedahkan ikatan perkahwinannya itu walaupun kepada kawan-kawan sendiri kerana Zarul yang menjadi suaminya adalah tunangan sahabat baiknya sendiri, Wina.

Pelakon

Ditunjangi Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad dan Redza Rosli.

Dibarisi para pelakon pembantu seperti Dayana Roza, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Norish Karman, Azri Iskandar, Ainina Ahmad dan ramai lagi.

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan Feroz Kader oleh syarikat penerbitan, Country Universal Sdn Bhd.

Lain-lain drama pernah diarahkan Feroz Kader sebelum ini termasuk Vila Ghazara, Jika Masih Ada Rindu, Dendam Aurora dan Cinta Tiada Ganti.

Waktu Siaran

Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3, mulai 15 Januari ini.

Sinopsis dari Novel.

Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.

“Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!” – TAUFIK

Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak muncul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu.

Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.

“Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.”- ZARUL

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

“Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri.”- AUFIYA

Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.

“Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?”- ZARUL

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri.

Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Aufiya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?

Aufiya memejamkan matanya rapat-rapat. Terasa seolah-olah dirinya seorang perempuan yang kejam. Lebih teruk, lelaki yang menjadi suaminya sekarang, bukan sahaja tunang Wina, malah sahabat baik kepada bekas tunangnya, Taufik.

Dia terasa seolah-olah dia meletakkan Zarul dalam situasi yang sukar. Dia yang bertanggungjawab menghumbankan Zarul ke dalam gaung yang dalam. Gelisah memikirkan risiko yang terpaksa Zarul hadapi selepas ini. Pengorbanan Zarul yang bakal memakan dirinya sendiri.

“Fiya…” tiba-tiba namanya dipanggil seseorang. Aufiya mengangkat muka. Matanya bertembung pandang dengan mata Zarul. Bila masa pula Zarul sudah berada di depannya? Aduh! Banyak sangat perkara yang difikirkannya, sehingga apa yang berlaku di sekelilingnya sudah tidak dia hiraukan. Matanya masih tidak lepas memandang Zarul yang segak berbaju Melayu berwarna putih.

Baju yang dipinjam daripada abang ngahnya. Mujurlah muat-muat sahaja dengan tubuh Zarul. Jika tidak, harus hari ini Zarul memakai T-shirt dan jeans sahaja sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah tadi. “Suami nak sarung cincin tu. Hulurkan tangan Fiya…”

Suara Kak Fetty, mak andam yang diupah oleh Puan Salma kedengaran lagi memberikan arahan. Teragak-agak Aufiya mahu menghulurkan tangannya ke depan. Zarul mencabut cincin yang berada pada jari manisnya. Cincin suasa dihiasi permata berwarna biru. Perlahan tangan Aufiya disentuhnya. Matanya merenung lembut mata wanita yang secara rasminya sudah menjadi isterinya yang sah. Jari manis Aufiya dipegang, lalu cincin yang tadinya berada pada jari manisnya sudah bertukar tuan. Aufiya tunduk, mencium tangan Zarul. Ada air mata yang melekat pada belakang tapak tangan lelaki itu. Zarul menarik kepala Aufiya rapat kepadanya. Dahi isterinya dicium lembut.

“Maaf. Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiya. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya.” Bisik Zarul, hampir pada telinga Aufiya yang dibaluti tudung dan veil yang berwarna putih. “Terima kasih.”

 

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya berharap, gandingan terbarunya bersama Azlee Khairi menerusi drama, Seadanya Aku bakal mengembalikan nostalgia yang pernah dilakar mereka menerusi Love You Mr Arrogant.

Zara berkata, dia teruja apabila peminat memberikan reaksi positif sejak mendapat tahu Azlee kembali menyemarakkan dunia lakonan selepas empat tahun menyepikan diri.

“Biarpun sudah hampir enam tahun berlalu, peminat masih terkesan dengan gandingan kami dalam Love You Mr Arrogant. Malah, ramai yang menaruh harapan untuk melihat kami kembali digandingkan.

“Saya gembira dengan keputusan Azlee untuk kembali berlakon. Harapnya gandingan terbaru ini dapat mengubat kerinduan peminat yang berharap kami kembali bersatu di skrin televisyen,” katanya.

Menerusi drama arahan Feroz Kader dan terbitan Country Universal Sdn Bhd itu, Zara memegang watak Fiya, manakala Azlee menggalas peranan sebagai Zarul yang juga kawan baik tunangnya. Ia bakal disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Dalam Love You Mr Arrogant yang disiarkan pada akhir 2013, Zara mencetus fenomena tersendiri menerusi watak Zaara Aminah apabila meraih pelbagai pencapaian, selain memahat kukuh namanya sebaris bintang popular lain.

“Love You Mr Arrogant membuka pintu rezeki buat saya apabila meraih pelbagai anugerah. Malah, gandingan kami turut memberikan impak apabila memenangi kategori online, Gandingan Serasi Di Layar pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-27, selain Hero & Heroin Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014.

“Drama itu juga melonjakkan populariti saya hingga dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, ABPBH 2013, selain Anugerah MeleTOP ERA 2014 menerusi kategori Pelakon Baharu dan Top Top Meletop (Wanita),” katanya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Drama

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021
  • Dividen kwsp 5.2 konvensional, 4.9 peratus shariah 2020
  • Live streaming Kuala Lumpur United vs Selangor (piala prihatin menteri wilayah) 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Drama

Sinopsis drama Cinta Paling Indah, Alif Aziz ft Aprena Manrose rtm2

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Saksikan telefilem Cinta Paling Indah lakonan…

Drama

Sinopsis drama tuan Danial tv3, Idris Khan ft Intan Najwa

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Mengantikan drama semua salah aku, semalam la…

Drama

Sinopsis drama Cinta Bukan Kristal, Ayda Jebat, Sharnaz Ahmad

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Drama Cinta bukan Kristal. Mengantikan drama …

%d bloggers like this: