Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pembangunan yang begitu pesat di sesuatu kawasan akan menjana aktiviti ekonomi kawasan tersebut. Hal ini akan menarik lebih ramai penduduk terutamanya penduduk luar bertumpu ke kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan timbulnya beberapa masalah seperti setinggan, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Keadaan ini juga tidak kurangnya berlaku di Malaysia.
Masalah kesesakan lalu lintas bukan perkara baru.
Kepesatan pembangunan di Malaysia sememangnya sudah dikenali seantero dunia. Namun di sebalik pembangunan yang begitu rancak secara langsung kita tetap menghadapi masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan, contoh masalah tersebutialah masalah kesesakan lalulintas. Di Kuala Lumpur, pembangunan pesat disusuli dengan berbagai masalah terutama sekali masalah lalulintas dan selain itu, banjir, pencemaran sekitar, percanggahan gunatanah dan lain-lain lagi.
Oleh hal yang demikian, atas kesedaran pentingnya aspek lalulintas dan kesan atau impak kesesakan lalulintas, penyelidik memilih bidang ini untuk dijadikan bahan penyelidikan. Satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca, kesan, ramalan untuk mengenalpasti gambaran sebenarnya masalah kesesakan lalulintas di Bandar raya. Dan seterusnya mengemukakan cadangan bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan tersebut.
Kepelbagaian pengangkutan awam masih tidak dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT), Komuter dan sebagainya.
Namun, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih kronik dan membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak., waktu hendak pergi kerja dan waktu waktu pulang kerja. Masalah ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapat dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya, beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku saban waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.
Punca kesesakan lalu lintas.
- Kemalangan.
- Pelan pembangunan yang tidak sistematik.
- Traffic light yang tidak berfungsi.
- Pertambahan pesat penduduk yang mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk.
- Ketidakseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi.
Kesan kesesakan lalu lintas.
- Stress.
- Masalah dari pengurusan masa yang tidak mengikut jadual. Hal ini banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.
- Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi.
Cadangan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
- Dengan berkongsi kereta dan menggunakan kenderaan awam, kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Satu kereta minimum 3 orang.
- Pihak majikan atau sekolah juga boleh mengubah waktu bekerja atau bersekolah secara mikro, bermaksud 10 hingga 30 minit lebih awal atau lebih lewat untuk mengelakkan waktu kesesakan.
- Jalan-jalan boleh dilebarkan untuk menampung lebih banyak kenderaan.
- Kita juga boleh memilih untuk bersekolah atau bekerja di lokasi yang berhampiran dengan kediaman kita.
- Pakai helikopter atas kepala macam nobita punya (mula mengarut ). Tapi mana tahu teknologi akan datang??
Penutup.
Walaubagaimanapun cdangan diatas mungin sudah tidak relevan bagi untuk melebarkan jalan, sekiranya pelan pembangunan yang telah dibuat di sesebuah bandar tidak sistematik. Ia hanyalah cadangan, sekiranya ada pandangan lain yang ingin diutarakan, sla-sila ya. Kesulitan hari ini untuk kemudahan akan datang.
lola says
saya rasa relevan je yang lebar kan jalan tu. ape yg x relevannye? explain sikit
chein azri pkcrew says
cre tangani kesesakan lalu lintas di negare ini pada pendapat saye :
1.freeruning ke tempat kerja..
2.cari dragonball
3.pakai “tekikopter” di kepale.. bkan helikopter di kepale… :biggrin:
Hatta says
kiter pakai awan terbang ar….. mcm citer dragon ball tu….. hikssss….. 😆 😆 😆 😆 😆 😆 :whistle: :unsure: :tongue: 🙂
Danial Hakimi says
😆 🙂 karangan di atas banyak membantu saya……
siti hajar binti uzid says
saya suka karangan di atas..banyak membantu saya…
siti hajar binti uzid says
lagi2 wat penyelidikan form 6 ni…aduh pening nak memikirkan..nsib baik ada karangan ni..membantu jugak<3
mana relevan says
Nak besarkan jalan bermaksud kita dah mula nak merosakkan alam, merosakkan habitat haiwan. Sedangkan lama kelamaan minyak pula akan habis. Bagi saya, cadangan yang wajar ialah meningkatkan lagi mutu public transport di negara. Hari ni ramai antara kita terpaksa menggunakan kenderaan sendiri sebab mutu public transport kita sangat teruk. Kalau x caya, pi naik KTM. Nak tunggu sampai sejam baru sampai.
jassy says
stuju sangat….nak tunggu berjam -jam ..dah tu sesak pulak…lebih lebih lagi jenayah ragut semakin berleluasa…cam ner rakyat berani nak keluar cam tu jer..lagila kalo waktu malam….haiz
huda says
urm.. cdangannya skit sgt la . mcm mne nak wat krangan ni ?? huh ..!!
Zik says
belasah jer… yang penting isi kasi mantaplah.. kan.. isi dah ada tuh.. apa lagi goreng jer.. huhu
Banana says
Btul tu ! Thanks krn memberi sdikit sebnyk idea yg agak bernas .. ? Lmao . xD Lgipun , Karangan anda Daebak .. !!!! -3-
Zik says
beressss… hehe
siti hajar binti uzid says
saya suka karangan di atas
aya says
mmm…nape x kmbangkan lagi cadangan cara kurgkan kesesakan jalan raya ni???senang ckit saya nak buat karangan tajuk ni…
jassy says
karangan nie sikit membantu..tapi isi dia tak banyak sangat..kena kembangkan lagi….ha pening kepala lgi kena cari….
Zik says
hehe sorylah… next time kena cari idea2 yang baru… huhu … 10q datang ke blog ini..
epoi says
keno cari lagi isi ni
x kembang
tapi ado isi la
Zik says
boleh tuh.. cuba usahakan lagi.. ok…
epoi says
hebat idei last tu……helikopter nobita
hema rajendran says
menambah lorong khas dan menghadkan zon-zon tertentu dalam suatu jangka waktu tertentu…
Nur Afiqah Syahirah says
PBS BM…
Idea yang relevan sikit x ada ke??
Zain Macho says
– Buat jalan bawah tanah bebanyak
– Public transport tambah lagi unit dan quality
– Adjust waktu masuk dan keluar untuk sekolah/bank/company2 dsb.
– Car-pool
– Waktu hujan…tol semua percuma
– Divert routes…pada masa peak boleh ubah 2-way roads…tukau jadi 1-way.
Zik says
Aku tambah lah lagi, tol dihapuskan. Senang cerita. 22.9.2020