• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Zik · May 18, 2010 · 23 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
Masalah yang dihadapi oleh setiap negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pembangunan yang begitu pesat di sesuatu kawasan akan menjana aktiviti ekonomi kawasan tersebut. Hal ini akan menarik lebih ramai penduduk terutamanya penduduk luar bertumpu ke kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan timbulnya beberapa masalah seperti setinggan, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Keadaan ini juga tidak kurangnya berlaku di Malaysia.

Masalah kesesakan lalu lintas bukan perkara baru.

Kepesatan pembangunan di Malaysia sememangnya sudah dikenali seantero dunia. Namun di sebalik pembangunan yang begitu rancak secara langsung kita tetap menghadapi masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan, contoh masalah tersebutialah masalah kesesakan lalulintas. Di Kuala Lumpur, pembangunan pesat disusuli dengan berbagai masalah terutama sekali masalah lalulintas dan selain itu, banjir, pencemaran sekitar,  percanggahan gunatanah dan lain-lain lagi.

Oleh hal yang demikian, atas kesedaran pentingnya aspek lalulintas dan kesan atau impak kesesakan lalulintas, penyelidik memilih bidang ini untuk dijadikan bahan penyelidikan. Satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca, kesan, ramalan untuk mengenalpasti gambaran sebenarnya masalah kesesakan lalulintas di Bandar raya. Dan seterusnya mengemukakan  cadangan bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Kepelbagaian pengangkutan awam masih tidak dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT), Komuter dan sebagainya.

Namun, senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai titik noktah selama ini. Fenomena ini berubah menjadi lebih kronik dan membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu puncak., waktu hendak pergi kerja dan waktu waktu pulang kerja.  Masalah ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapat dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya, beberapa punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku saban waktu dalam perjalanan walakin pengangkutan awam disediakan.

Punca kesesakan lalu lintas.

  1. Kemalangan.
  2. Pelan pembangunan yang tidak sistematik.
  3. Traffic light yang tidak berfungsi.
  4. Pertambahan pesat penduduk yang  mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk.
  5. Ketidakseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi.

Kesan kesesakan lalu lintas.

  1. Stress.
  2. Masalah dari pengurusan masa yang tidak mengikut jadual. Hal ini banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.
  3. Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi.

Cadangan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

  1. Dengan berkongsi kereta dan menggunakan kenderaan awam, kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Satu kereta minimum 3 orang.
  2. Pihak majikan atau sekolah juga boleh mengubah waktu bekerja atau bersekolah secara mikro, bermaksud 10 hingga 30 minit lebih awal atau lebih lewat untuk mengelakkan waktu kesesakan.
  3. Jalan-jalan boleh dilebarkan untuk menampung lebih banyak kenderaan.
  4. Kita juga boleh memilih untuk bersekolah atau bekerja di lokasi yang berhampiran dengan kediaman kita.
  5. Pakai helikopter atas kepala macam nobita punya (mula mengarut ). Tapi mana tahu teknologi akan datang??

Penutup.

Walaubagaimanapun cdangan diatas mungin sudah tidak relevan bagi untuk melebarkan jalan, sekiranya pelan pembangunan yang telah dibuat di sesebuah bandar tidak sistematik. Ia hanyalah cadangan, sekiranya ada pandangan lain yang ingin diutarakan, sla-sila ya. Kesulitan hari ini untuk kemudahan akan datang.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Alam sekitar cara mengatasi masalah lalu lintas, kesan kesesakan lalu lintas, masalah lalu lintas

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. lola says

    November 19, 2010 at 11:18 am

    saya rasa relevan je yang lebar kan jalan tu. ape yg x relevannye? explain sikit

    Reply
  2. chein azri pkcrew says

    November 21, 2010 at 8:42 am

    cre tangani kesesakan lalu lintas di negare ini pada pendapat saye :

    1.freeruning ke tempat kerja..
    2.cari dragonball
    3.pakai “tekikopter” di kepale.. bkan helikopter di kepale… :biggrin:

    Reply
  3. Hatta says

    December 9, 2010 at 8:09 pm

    kiter pakai awan terbang ar….. mcm citer dragon ball tu….. hikssss….. πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† :whistle: :unsure: :tongue: πŸ™‚

    Reply
  4. Danial Hakimi says

    June 11, 2011 at 9:30 pm

    πŸ˜† πŸ™‚ karangan di atas banyak membantu saya……

    Reply
    • siti hajar binti uzid says

      July 11, 2011 at 9:47 pm

      saya suka karangan di atas..banyak membantu saya…

      Reply
      • siti hajar binti uzid says

        July 11, 2011 at 9:50 pm

        lagi2 wat penyelidikan form 6 ni…aduh pening nak memikirkan..nsib baik ada karangan ni..membantu jugak<3

        Reply
  5. mana relevan says

    July 6, 2011 at 3:46 pm

    Nak besarkan jalan bermaksud kita dah mula nak merosakkan alam, merosakkan habitat haiwan. Sedangkan lama kelamaan minyak pula akan habis. Bagi saya, cadangan yang wajar ialah meningkatkan lagi mutu public transport di negara. Hari ni ramai antara kita terpaksa menggunakan kenderaan sendiri sebab mutu public transport kita sangat teruk. Kalau x caya, pi naik KTM. Nak tunggu sampai sejam baru sampai.

    Reply
    • jassy says

      August 2, 2011 at 1:12 am

      stuju sangat….nak tunggu berjam -jam ..dah tu sesak pulak…lebih lebih lagi jenayah ragut semakin berleluasa…cam ner rakyat berani nak keluar cam tu jer..lagila kalo waktu malam….haiz

      Reply
    • huda says

      March 15, 2012 at 10:10 am

      urm.. cdangannya skit sgt la . mcm mne nak wat krangan ni ?? huh ..!!

      Reply
      • Zik says

        March 18, 2012 at 11:43 am

        belasah jer… yang penting isi kasi mantaplah.. kan.. isi dah ada tuh.. apa lagi goreng jer.. huhu

        Reply
        • Banana says

          July 20, 2014 at 9:35 pm

          Btul tu ! Thanks krn memberi sdikit sebnyk idea yg agak bernas .. ? Lmao . xD Lgipun , Karangan anda Daebak .. !!!! -3-

          Reply
          • Zik says

            July 21, 2014 at 1:35 am

            beressss… hehe

            Reply
  6. siti hajar binti uzid says

    July 11, 2011 at 9:48 pm

    saya suka karangan di atas

    Reply
  7. aya says

    July 26, 2011 at 2:32 pm

    mmm…nape x kmbangkan lagi cadangan cara kurgkan kesesakan jalan raya ni???senang ckit saya nak buat karangan tajuk ni…

    Reply
  8. jassy says

    August 2, 2011 at 1:09 am

    karangan nie sikit membantu..tapi isi dia tak banyak sangat..kena kembangkan lagi….ha pening kepala lgi kena cari….

    Reply
    • Zik says

      August 2, 2011 at 1:17 am

      hehe sorylah… next time kena cari idea2 yang baru… huhu … 10q datang ke blog ini..

      Reply
  9. epoi says

    April 9, 2012 at 8:55 pm

    keno cari lagi isi ni
    x kembang
    tapi ado isi la

    Reply
    • Zik says

      April 11, 2012 at 2:19 pm

      boleh tuh.. cuba usahakan lagi.. ok…

      Reply
  10. epoi says

    April 9, 2012 at 9:39 pm

    hebat idei last tu……helikopter nobita

    Reply
  11. hema rajendran says

    September 9, 2012 at 5:27 pm

    menambah lorong khas dan menghadkan zon-zon tertentu dalam suatu jangka waktu tertentu…

    Reply
  12. Nur Afiqah Syahirah says

    January 13, 2013 at 7:04 pm

    PBS BM…
    Idea yang relevan sikit x ada ke??

    Reply
  13. Zain Macho says

    June 4, 2013 at 12:03 pm

    – Buat jalan bawah tanah bebanyak
    – Public transport tambah lagi unit dan quality
    – Adjust waktu masuk dan keluar untuk sekolah/bank/company2 dsb.
    – Car-pool
    – Waktu hujan…tol semua percuma
    – Divert routes…pada masa peak boleh ubah 2-way roads…tukau jadi 1-way.

    Reply
  14. Zik says

    September 22, 2020 at 2:01 pm

    Aku tambah lah lagi, tol dihapuskan. Senang cerita. 22.9.2020

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 Β· Monochrome Pro on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Alam sekitar

Ikan Sea lamprey, belut penghisap darah yang brutal!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Waahhh, ikan apakah ini?? Memang sangat bruta…

Alam sekitar

CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUANGAN SISA MAKANAN DI RUMAH

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG CARA-CARA MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN PEMBUAN…

Alam sekitar

Ulat sagu, ulat gendon.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Nampak comel pulak pagi-pagi nih duk pergi ny…

%d bloggers like this: