• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Cara terbaik urus bajet, (Keluarga)

Cara terbaik urus bajet, (Keluarga)

Zik · Mar 3, 2015 · 5 Comments

Share this on WhatsApp

budgeting, belanja, perbelanjaan,

Sebenarnya ramai yang pening kepala, botak kepala macam aku nih ha.  Apabila berbicara mengenai kewangan. Yalah, dalam seharian, kita memangtidak boleh lari berdepan dengan seribu satu masalah kewaangan . Apa jer kita pergi, mesti ada $$$. Pergi toilet pun mau keluar wang.

Ada yang mendapat tekanan hidup disebabkan oleh masalah kewangan. ada yang hidupnya gembira disebabkan bijak urus kewangan. Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk kewangan dan bajet agar tidak dibelenggu dalam masalah kewangan. Nampak macam mudah, bila dah laluinya apabila sudah berumah tangga. Lu tahulah sendiri ya.  So ini adalah sambungan entri yang lepas hari tuh ha.

Cara terbaik urus bajet: (suami isteri)

  1. Sentiasa memeriksa bajet yang telah dibuat. Pastikan segala keperluan yang mustahak didahulukan, ada lebihan barulah boleh untuk menambah item-item lainj dalam senarai.
  2. Jika hanya buat bajet tetapi tidak mengikutinya besar kemungkinan anda akan berhadapan dengan risiko tinggi berhadapan dengan bajet berlebihan. Budget bursttt bro. Pointnya kena buat bajet tuh, ikut apa yang telah dibuat.
  3. Pasangan suami dan isteri perlu sama-sama menyimpan kerana ini menimbulkan rasa tanggungjawab, sama ada terhadap diri sendiri, pasangan dan juga terhadapa keluarga. Kena sama-sama bincang. Majoriti sekarang isteri pun bekerja, tak boleh nak buat apa. Huhu.
  4. Pentingkan keperluan dari kehendak. Namun , kita tak boleh nak jadi kedekut sangat dengan kehendak anak-anak. Sesekali tunaikan permintaan mereka untuk memberikan semangat dan motivasi kepada anak-anak.
  5. Kurangkan aktiviti sosial, aktiviti luar. Bukan tak boleh langsung, seeeloknya dikurangkan. Sebabnya ia mendorong kepad pembaziran, pengeluaran wang yang tidak dijangka tuh. Sebagusnya hujung minggu dalam sebulan sekali ke. taklah boring sangat.
  6. Jika sudah bergelar ibu atau isteri. Lagi bagus masak dekat rumah jer. Memang jimat banyak beb. Makan bersama-sama anak dirumah tuh ha. Nak makan luar tuh dalam dah dapat gaji sebulan sekali pun ok. Sedikit sebanyak boleh lah mengurangkan hubungan sesama ahli keluarga.
  7. Sediakan peruntukkan, bajet untuk insurans takaful. Ini penting, sebab kita tak tahu masa depan kita. Ambillah sekuang-kurangnya satu sudah cukup. Banyak sangat kang penat nak bayornya. Nanti time nak claim pun susah juga satu company insurans biasa dia nak surat original.
  8. Sebagai suami, atau ayah memang tanggungjawab lebih besar dalam kewangan nak cari duit lebih. So sekarang nih memang nak harapkan gaji yang sedia ada memang kadang-kadang cukup tak cukup. Pointnya kena kreatif cari duit sampingan untuk tambah pendapatan. Apa benda yang nak cari side income, lu boleh fikir sendiri kan. Cuma disini kita janganlah sampai terabai tanggungjawab kita , kadang-kala ambil atau curi masa untuk bersama-sama dengan keluarga kita tuh.
  9. Melabur. Yang ini lebih bersifat long term. Tapi sebolehnya dapatkan khidmat dari yang pakar. Jangan sembrono jer. Sekarang nih macam-macam program melabur nih. Emas lah, forex lah itulah inilah. Bukan tak boleh, cuma kena pastikan ianya sah disisi syariah islam. Sebab ia mendatangkan keberkatan gitu.
  10. Buat simpanan untuk anak-anak. Yang ini penting, mungkin kita boleh buat tabung untuk anak kita ini. Lagi bagus jangan usik langsung duit anak kita nih. Sebab belanja pelajaran untuk anak-anak sangat banyak dan besar.  Apepun, jangan lah kita menambah hutang. Bukan tak boleh hutang, tapi mesti mahu ada kotmitmen untuk bayar hutang tuh.

Sekian terima kasih.

Ada lagi, bersambung ….

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi 10 tips urus bajet suami isteri, bagaimana menguruskan kewangan keluarga, bijak bajet hati tenteram, cara menguruskan perbelanjaan keluarga, cara urus bajet, panduan pengurusan wang, tips perbelanjaan bulanan keluarga

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Hero Borneo says

    March 3, 2015 at 11:10 pm

    soal kewangan yang banyak memeningkan kepala saya setakat ini..

    Reply
    • Zik says

      March 3, 2015 at 11:16 pm

      yer betul tuh bro…

      Reply
  2. Sani Sini Sana says

    March 4, 2015 at 7:47 am

    Tips yang bagus ni untuk bajet. Kalau tak displin semuanya akan kelaut..:-)

    Reply
  3. Diyana says

    March 4, 2015 at 2:13 pm

    Banyak manfaat tips ni, tapi pada hemat saya terlalu general. Kajian menunjukkan yang kita ni susah nak achieve matlamat atau goals kita bukan sebab malas, tapi sebab terlalu bergantung kepada willpower.

    Hakikatnya willpower kita terhad, sebab tu ramai yang nak buat tabiat menabung, investment, berjimat, sekejap je dapat buat. Ini akan menyebabkan kita rasa sia-sia dan “malas fikir” bila dah kerap sangat gagal.

    Saya ada mengupas pasal macam mana nak bagi habit terbentuk tanpa bergantung kepada willpower semata-mata.

    Reply
  4. nur zayyani liman says

    March 22, 2015 at 11:57 am

    Yup..kene ikut bajet2 btul2..yg penting belanja ikut mampu..

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021
  • Pelakon video iklan judi online sudah ditahan polis

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Ekonomi Pengumuman

Selamat hari pekerja 2015, Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat

Share this on WhatsApp Amboi gambar atas nih, mesti ramai yang marah kat aku nih…

Ekonomi

Belanjawan 2020-Penjawat awam

Share this on WhatsApp Apa pula faedah bagi penjawat awam malaysia bagi tahun 20…

Ekonomi

Minyak ron97 turun 10sen, 14november 2013

Share this on WhatsApp Berita baik buat pengguna minyak ron 97!! Tapi majoritiny…

%d bloggers like this: