Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Cara nak tuntut(claim) wang tak dituntut secara manual/online

Cara nak tuntut(claim) wang tak dituntut secara manual/online

Zik · Feb 15, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

wang tak dituntut,

Sejak musim viral nih, pasal isu berkenaan Wang Tak Dituntut (WTD) hangat diperkatakan oleh netizen (tahun lepas 2017), sehinggakan ada yang sanggup beratur panjang untuk membuat semakan jika ada sebarang amaun yang masih belum dituntut pada mereka. Siapa yang tak nak kan? Ada yang banyak juga bila claim tuh setengah juta pun ada, 10ribu pun ada, ratus-ratus pun ada. Juta-juta pun ada jugak. Ada jugak yang bukan main beratur panjang bukan main lama. In the end, takda apa-apa pun duit dekat sana. haha, frust menonggeng lah jawabnya.

Sebab tuh nak dibuat untuk online lebih senang, jimat masa , jimat cuti tahun, jimat minyak, tol , apa semualah. Dah takda kerja korang nak pergi jabatan akaunan negara semata-mata nak check ada duit tak. Kalau dapat 2,3 juta berbaloi jugak. Ini korang beratur lama bagai, tahu-tahu satu sen habuk pun takda. Kan dah membazir jer. Baik buat online jer senang.

Apa benda wang tak dituntut nih?

Maksud wang tak dituntut :

Aku pun blur masa dulu mula-mula orang ramai cakap pasal tak dituntut, tapi ianya duit kita tuh, wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun. 

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap[fix deposit] (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Benda nih dah fixed, dia takkan menyusut nilainya atau bertambah interest ke apa. Contoh ada rm500 semua total, dia akan dapat rm 500 jugak, takda kurang, takda bertambah ok.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  • akaun simpanan; (saving account)
  • akaun semasa; (current account)
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  1. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Baca juga : eGUMIS, Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online

Panduan nak mohon.
Cara-cara nak mohon wang tak dituntut. Katanya tahun ini nak buat website khas dia, tapi belum siap lagi. Benda nih makan masa, dan banyak nak kena buat collect data, structure dari segi form dia, memang leceh procedure dia. So nak duit , korang kena bersabar, memang ada karenah birokrasi disitu yang kita nampak.
Perkara asas yang anda perlu tahu.
Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan. Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

Ada beberapa step yang korang kena ikut. Kalau korang pandai, ikut dia punya step . Pahamkan dulu betul cara dia , baca dulu download borang dia tuh. Panduan nak isi borang, contoh isi borang yang betul tuh. Kalau ada macam was-was kurang pasti terus je call jabatan akaun negara. Tanya.
Dokumen / Panduan Word
1.Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD .     *Penting*Muat Turun
2.Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [ UMA-7 ( Pin.1/2015) ]Muat TurunMuat Turun
3.Contoh Mengisi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD [ UMA -7 (Pin. 1/2015) ]Muat Turun
4.Borang Bon Tanggungrugi [ UMA-8 (Pin. 1/2016) ]  *Baharu*Muat TurunMuat Turun
5.Contoh Mengisi Borang Bon Tanggungrugi [ UMA-8 (Pin. 1/2016)  ]  :
5.1  Contoh Borang Bon Tanggungrugi oleh waris.Muat Turun
5.2  Contoh Borang Bon Tanggungrugi oleh syarikat / firma yang mendahulukan bayaran.Muat Turun
5.3  Contoh Borang Bon Tanggungrugi bagi permohonan bank deraf oleh syarikat / firma.Muat Turun
6.Contoh Surat Pengesahan WTD dari syarikat/firma :
6.1  Contoh Surat Pengesahan bagi WTD (Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM, dan lain-lain).Muat Turun
6.2  Contoh Surat Pengesahan bagi WTD (Akaun Simpanan, Akaun Semasa atau Simpanan Tetap).Muat Turun
6.3  Contoh Surat Pengesahan bagi WTD (Banker’s Cheque, Bank Deraf, Demand Draft atau Cashier Order)Muat Turun

RM5.779 Bilion Wang Tak Dituntut!!

Giler tak banyak, 1mdb dekat 10 billion, 5billion pun kira banyak juga tuh.

“Terdapat dua kategori lain: Pertama, wang yang kena dibayar kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun seperti gaji, bonus, komisen kepada pekerja, dividen dan deposit tetap tanpa arahan pembaharuan automatik.

“Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun seperti akaun hutang perdagangan dan akaun lain yang boleh diterima dengan baki kredit turut dianggap sebagai WTD.

Wang yang akan dikembalikan itu tiada penolakan tambahan daripada jumlah asal mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

Sebagai contoh jika anda mempunyai jumlah WTD sebanyak RM100 kira-kira 20 tahun lalu, ia akan dikembalikan hari ini dengan jumlah yang sama. Tiada tarikh akhir untuk memeriksa dan menuntut wang tersebut.

“Jadi orang ramai tidak perlu panik kerana ia tidak perlu dilakukan dengan terburu-buru.

“Kerajaan juga membangunkan sistem dalam talian untuk memeriksa dan memohon WTD. Ia akan tersedia pada tahun depan,” katanya.

Jumlah terbesar yang pernah dikembalikan kepada individu adalah hampir RM6 juta (individu mempunyai beberapa akaun) manakala jumlah kecil adalah sebanyak 39 sen. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anm.gov.my.

Pengumuman Penting:

Mulai tahun 2015, syarikat/firma tidak perlu menyerahkan Borang UMA-3 kepada Percetakan Nasional Malaysia (PNMB). Syarikat/firma adalah dikehendaki untuk menyerah wang, cakera padat (CD), borang serahan WTD (Borang UMA-4) dan daftar WTD (ketiga-tiga salinan asal Daftar WTD Borang UMA-3) terus kepada pejabat Pendaftar di Aras 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD.

Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan dan fungsi yang terletak di bawah Bahagian II, Akta Wang Tak Dituntut 1965 seperti berikut :

  1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.
  2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat permohonan tuntutan.
  3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan kepatuhan peruntukan Akta.
  4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.

cerdit to anm.gov.my

Share this on WhatsApp

Ekonomi apa itu wang tak dituntut, cara daftar wang tak dituntut secara online, cara nak semak duit wang tak dituntut secara online, cara nak tuntut wang tak dituntut secara online, definisi wang tak dituntut, panduan cara nak keluarkan duit wang tak dituntut secara online, semakan wang tak dituntut 2018, senarai nama wang tak dituntut online, tutorial cara nak apply wang tak dituntut

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.