• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Bijak Wang / Cara mengatasi tekanan kewangan dikala musim(covid19)

Cara mengatasi tekanan kewangan dikala musim(covid19)

Zik · Nov 25, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

hutang

Tekanan dengan Masalah kewangan lebih kurang sama jer sebenarnya. Cuma tekanan, lebih kepada bebanan kotmitmen bulanan kita. Masalah kewangan boleh dikatakan semua orang ada, cuma bagaimana kita untuk atasi masalah ini. Cuma yang menjadi sangat mencabar untuk dewasa kali ini, kita berdepan dengan wabak virus covid 19 yang melanda di seluruh dunia. Ada yang terjejas teruk dengan ketiadaan pekerjaan, bisnes melingkup. Ada juga yang survive juga,tetapi tetap tak sama macam dulu lagi.

Pandemik COVID-19 telah menimbulkan kebimbingan bagi seluruh pelusuk di seluruh dunia, termasuk tekanan kewangan akibat kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji dan sebagainya. Tekanan kewangan boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mengetahui cara mengatasinya dengan mengambil langkah untuk menangani krisis pandemik ini.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh kita cuba untuk mengatasi tekanan kewangan:

  • Bincang dengan orang yang anda percayai secara terbuka. Ini boleh membantu anda dan individu-individu di sekitar anda untuk memahami apa yang sedang berlaku dan mengenalpasti cara menanganinya bersama.
  • Sediakan pelan dan bajet yang jelas dan realistic. Kita kena beri kerjasama dengan ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan serumah anda untuk menetapkan matlamat. Tetapkan had dan peraturan perbelanjaan, seperti hanya membeli barang keperluan buat masa ini. Anda mungkin ingin berkumpul dan berbincang dengan ahli keluarga bagaimana setiap individu boleh menyumbang untuk kestabilan kewangan keluarga. Mungkin kita kena potong beberapa bajet yang kurang penting atau tak penting dalam kita masih lagi bergelut dengan wabak ini. Kita tak tahu sampai bila akan berakhir selagi belum jumpa penawarnya. Pening mak ooii..
  • Kenal pasti masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Misalnya, jika anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran bulanan selepas tempoh moratorium 6 bulan, hubungi bank anda untuk mengetahui jika tunggakan pembayaran dapat dilanjutkan (jika boleh, untuk berapa lama) atau jika anda mempunyai pilihan untuk penstrukturan semula. Kena telepon bank sekiranya kotmitmen bulanan anda dah lebih dari pendapatan bulanan anda. Sambil tuh kena cari pendapatan lain kalau kita rasa kita boleh dapat atasi masalah ini.
  • Jaga kesihatan mental dan fizikal anda. Anda harus berada dalam keadaan stabil untuk berfikir secara jelas serta dapat menjaga diri dan insan tersayang dengan baik. Cuba dapatkan kaunseling atau bantuan lain sepanjang tempoh PKP (MCO). Kalau kita yang kena positif, berat beb cabaran yang kita akan hadapi. Bukan semasa positif sahaja, lepas kita dah bebas covid19, orang akan mula menjauhi kita. Kita pun tak nak sebenarnya covid 19,tetapi apakan daya virus ini tak mengenal siapa dan darjat.
  • Amalkan sikap proaktif dan hadapi sebarang cabaran. Contohnya, jika anda menghadapi masalah hutang, dapatkan nasihat profesional atau kaunseling kewangan untuk mengetahui cara menguruskan hutang anda. Anda boleh menghubungi AKPK, yang menawarkan kaunseling pengurusan kewangan dan hutang secara percuma.

Anda juga boleh mengurus kesihatan kredit anda dengan menyemak laporan kredit terkini anda. Dengan ini, anda akan lebih bersedia untuk masa depan kerana laporan kredit anda akan memaparkan tahap kesihatan kredit anda secara menyeluruh. Laporan anda akan membantu anda mengenalpasti sebarang isu kredit dan anda boleh membuat rancangan awal untuk meningkatkan tahap kesihatan dan skor kredit anda.

Baca juga semak ccris anda secara online 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Bijak Wang, Ekonomi Cara mengatasi tekanan kewangan, Cara mengatasi tekanan kewangan dikala musim(covid19), cara untuk mengatasi masalah kewangan, masalah kewangan yang melanda, tips jimat

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Abu Sofea says

    November 28, 2020 at 6:00 pm

    Jaga kesihatan mental tu sangat setuju. Waktu sekarang ni la akibat stress anak bini jadi mangsa.

    Duduk tenang, fikir waras sebab setiap masalah tu ada penyelesaiannya. Kita ada Allah maha mendengar.

    Reply

Leave a Reply to Abu Sofea Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: